LONDON: Kepulangan Cristiano Ronaldo dan penyokong ke Old Trafford membantu menambah £550 juta (RM3.12 bilion) terhadap nilai Manchester United dalam hanya 54 hari.
Layak ke Liga Juara-Juara, perjanjian komersial dan musim ini yang tidak membabitkan sekatan akibat COVID-19 menambah faktor peningkatan berkenaan.
Bagaimanapun keluarga Glazer lebih beruntung berbanding Ole Gunnar Solskjaer kerana mendapat nilai tambah dalam saham mereka.
United kembali mendapatkan Ronaldo dari Juventus pada hari terakhir dan dua minggu sebelum itu, tempat duduk Old Trafford penuh buat kali pertama dalam tempoh 18 bulan bagi perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Leeds.
Ia ditambah dengan peningkatan harga saham Manchester United PLC di Bursa Saham New York.
Pada 4 Ogos, harga saham menurun kepada £11.70 (RM66.42) dengan nilai pasaran kelab itu £1.91 bilion (RM10.84 bilion) tetapi sudah meningkat masing-masing kepada £12.72 (RM72.21 juta) dan £2.08 bilion (RM11.81 bilion) pada 26 Ogos.
Bagaimanapun 24 jam kemudian, selepas berita perpindahan itu disahkan, ia meningkat kepada £13.46 (RM76.42) iaitu lebih 1 dolar sambil nilai pasaran sebanyak £2.19 bilion (RM12.43 bilion). - AGENSI
0 comments:
Catat Ulasan