"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label KWSP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KWSP. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mac 2023

Adakah relevan cadangan PM,buat pinjaman guna cagaran akaun KWSP?

 


Saya seboleh mungkin tak sentuh lagi bab politik dan pentadbiran negara. Tetapi, makin hari umpama cacing naik kemata. 

Bagi saya, formula ini amat tidak bagus untuk rakyat madani. 

Persoalan awal: Siapa yang akan buat pinjaman? 

Jawapan awal: Sudah tentu mereka yang miskin dan yang terdesak memerlukan kewangan. 

Penjelasan: Andai kata pasangan anak muda diberi nama Anwar dan Azizah meminjam Rm 5 ribu dengan dicagarkan pinjaman kwsp utk dijadikan modal perniagaan nasi lemak Rahmah tepi jalan. Nak dijadikan cerita, perniagaan mereka gagal. Siapa yang akan menanggung susah? 

Persoalan kedua: Apa yang akan berlaku kepada pasangan tersebut? 

Jawapan kedua: Sudah tentu hutang kena bayar. Ditambah dengan bunga lagi. Mungkin dari pinjaman awal sebanyak Rm5 ribu. Sudah menjadi Rm6 ribu. Silap haribulan, istihar muflis. Macam tu ke yang dikatakan membantu rakyat Madani?

Persoalan ketiga: Darimana pasangan tadi mahu membayar hutang tersebut? Dan katakan gagal. Adakah KWSP pasangan tadi dipotong sebanyak Rm6 ribu? 

——-

Siapa boleh beri penjelasan terhadap situasi ini?

Kerana apa boleh keluar formula begini? Jawapannya mudah. Iaitu, kerajaan yang ada pada hari ini telah membuat pinjaman dalaman negara melampaui had yang sepatutnya. Dalam ertikata mudah, duit dalam poket tak ada. Tapi belanja besar dengan hutang di Court Mammoth. Itulah analogi mudah berkenaan pembentangan bajet negara yg dibentangkan oleh PMX baru-baru ini. Bajet yang paling besar dalam sejarah negara. Sedang ekonomi negara dalam keadaan rapuh.

Sumber Facebook

Rabu, 20 April 2022

Pengeluaran khas KWSP: Kedai emas sesak, diserbu


JOHOR BAHRU: Pengeluaran khas wang KWSP bermula semalam menyebabkan pusat komersial dan beli belah di bandar raya ini menjadi sesak dan tumpuan orang ramai berbelanja.

Tinjauan di Pusat Komersial UDA, Tampoi mendapati kedai emas dan butik menjual pakaian raya antara premis yang menjadi tumpuan.

Deretan kedai emas di pusat komersial di situ, dilihat dipenuhi orang ramai yang sanggup menunggu giliran di luar premis sejak ia dibuka jam 10 pagi tadi.

Bekas pekerja swasta, Emelda Bachok, 46, berkata beliau bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang meluluskan pengeluaran khas KWSP bermula semalam.

Beliau sekeluarga lega apabila mendapat wang tambahan bagi menyediakan persiapan Aidilfitri.

"Sebelum ini memang agak mencabar kerana saya mempunyai tanggungan besar, suami pula baru kehilangan kerja.

"Dengan pengeluaran khas KWSP ini dapatlah bernafas sikit beli apa yang patut. Separuh wang ini akan disimpan dan digunakan ketika kecemasan sahaja dan separuh lagi buat persiapan Aidilfitri.

"Saya memang dah berniat nak belikan dua anak perempuan berusia 15 dan 12 tahun barang kemas, sama ada gelang atau cincin emas dengan duit pengeluaran ini. Alhamdulillah niat ini tercapai hari ini," katanya.

Juruteknik, Mohd Ashraf A Safar, 27, pula berkata beliau juga sangat bersyukur dan lega kerana permohonan mengeluarkan wang KWSP diluluskan.

"Alhamdulillah, saya hanya mengeluarkan separuh daripada jumlah had dibenarkan tetapi memang sangat lega dan bersyukur.

"Ada juga wang lebih selepas bayar hutang, bil dan keperluan lain. Hari ini saya bawa isteri, Nurul Nur Syafiqah Zuraimi, 26, beli barang kemas emas kerana banyak membantu saya ketika susah senang.

"Ini juga sebagai pelaburan juga ketika waktu susah kerana emas yang dibeli sama ada boleh dijual semula atau digadaikan ketika kami memerlukan wang nanti," katanya.

Dalam pada itu, pemilik kedai emas De Aurora, Dayana Haironi, mengakui pelanggan ke kedainya bertambah secara mendadak bermula semalam.

"Sebelum ini, pelanggan ramai juga tetapi tidak seramai semalam dan hari ini. Rasanya pengeluaran khas KWSP memang mempengaruhi pertambahan pelanggan yang agak luar biasa.

"Saya jangkakan pelanggan akan terus bertambah dan memuncak pada hujung minggu ini berikutan pengeluaran khas akan mula dibelanjakan orang ramai dan kami sudah bersedia menambah stok barang kemas baharu selain menggunakan kakitangan sepenuhnya iaitu 30 pekerja pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini," katanya.

-BH Online

Rabu, 16 Mac 2022

Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP RM10,000 - PM

 Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP RM10,000 - PM

Kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selepas mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak.
Bagaimanapun, kata beliau, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ismail Sabri berkata, ini merupakan keputusan sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Namun begitu, beliau menjelaskan, kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja.
"Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
"Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan," kata beliau dalam sidang media khas sebentar tadi.
Kerajaan benarkan pengeluaran simpanan KWSP RM10,000
-AstroAwani

Isnin, 1 November 2021

Pengeluar i-Lestari, i-Sinar, i-Citra perlu 4-6 tahun untuk bina semula simpanan


 PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menganggarkan bahawa ahli-ahli yang terkesan perlu bekerja antara empat hingga enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik Covid-19.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra telah mengakibatkan kejatuhan yang ketara dalam peratusan ahli yang mencapai simpanan asas iaitu RM240,000 pada 55 tahun, iaitu daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada anggaran 27 peratus pada hujung tahun ini.

Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Disebabkan itu, KWSP kini fokus dalam membantu ahlinya membina semula simpanan demi masa depan semasa persaraan.

KWSP memberikan jaminan tersebut setelah kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra yang diperkenalkan berikutan pandemik Covid-19 mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli, atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan ahli KWSP.

Katanya, walaupun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah simpanan yang telah dikeluarkan kini telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli Bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus ahli Bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2 juta, atau 25 peratus mempunyai kurang daripada RM1,000, ” menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

Tambahan lagi, KWSP menyifatkan bahawa pengagihan simpanan telah menjadi semakin tidak saksama.

“Kumpulan 40 peratus terbawah ahli KWSP yang lebih kurang 5 juta ahli menyaksikan simpanan mereka jatuh sebanyak 38 peratus kepada hanya RM8 bilion, menjadikan baki simpanan median sebanyak RM1,005.

“Kumpulan 40 peratus pertengahan juga mengalami kejatuhan sebanyak 18% kepada RM155 bilion, atau baki median sebanyak RM24,995,” katanya.

Kata KWSP, hanya kumpulan 20 peratus teratas yang berumur di bawah 55 tahun menyaksikan kenaikan dalam simpanan, namun ini mencapai median berjumlah RM152,043, atau bersamaan dengan hanya RM633 sebulan untuk 20 tahun.

“Ketiga-tiga pengeluaran luar biasa ini telah menyebabkan 73 peratus, atau hampir tiga perempat, ahli berada dalam situasi serius di mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan,” katanya.

Bagaimanapun, KWSP yakin Pelan Pemulihan Negara, program vaksin, kes harian Covid-19 dan kemasukan ke hospital yang telah menurun secara konsisten, membolehkan sektor ekonomi dapat dipulihkan semula sementara rakyat Malaysia keluar semula bekerja dan sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka.

Selain itu, katanya, Bajet 2022 menyaksikan peruntukan RM8.2 bilion untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan RM4.8 bilion untuk Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), serta pelbagai langkah mencerminkan pendirian kerajaan dalam memperkukuhkan agenda perlindungan sosial untuk rakyat Malaysia.

“Usaha ini juga dapat dilihat melalui kesinambungan insentif i-Saraan dan Kasih Suri Keluarga Malaysia. Usaha-usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu ke arah menangani sebarang kepincangan sistem perlindungan sosial negara untuk masyarakat rentan, bagi memastikan mereka diberi akses kepada mencapai taraf hidup minimum biarpun dalam persekitaran yang tidak dijangka.

“Agenda perlindungan sosial yang diterajui oleh Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, kini sedang mengkaji pembaharuan asas kepada sistem perlindungan sosial negara.

“KWSP menyokong penuh langkah-langkah ini dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan masa depan yang terjamin dan terpelihara untuk ahli dan rakyat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Jumaat, 24 September 2021

Pendapatan pelaburan KWSP RM34.05 bilion

 

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat pendapatan pelaburan sebanyak RM34.05 bilion untuk separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2021 (1H2021), pertumbuhan sebanyak RM6.79 bilion atau 25 peratus daripada RM27.26 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku tahun kedua (S2 2021) adalah RM14.77 bilion, RM0.35 bilion lebih rendah berbanding 2020 dengan ekuiti sebagai penyumbang utama sebanyak RM7.89 bilion, merangkumi 53 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Instrumen Pendapatan Tetap terus menyumbang pendapatan yang stabil sebanyak RM5.28 bilion, atau 36 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan kasar pada S2 2021.

Hartanah dan Infrastruktur serta instrumen Pasaran Wang pula masing-masing mencatatkan pendapatan RM1.4 bilion dan RM0.2 bilion.

Setakat akhir Jun 2021, aset pelaburan KWSP adalah berjumlah RM989.14 bilion, yang mana 37 peratus daripadanya adalah pelaburan di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prestasi kukuh pada 1H 2021 dipacu oleh pemulihan progresif di pasaran ekuiti dan kebanyakan kelas-kelas aset yang lain, ketika pasaran global mengalami kebangkitan semula.

Amir Hamzah

“Pelaksanaan program vaksin Covid-19 yang sedang giat dijalankan, di samping pembukaan semula sektor ekonomi telah meningkatkan prestasi ekuiti di pasaran maju.

“Bagaimanapun, prestasi ekuiti di pasaran baharu muncul adalah lebih lembab berikutan peningkatan kes jangkitan di beberapa negara di Asia Tenggara disusuli kejatuhan harga saham ketara akibat tindakan China mengetatkan peraturan ke atas sesetengah sektor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Amir Hamzah, terdapat kebimbangan tentang keselamatan persaraan rakyat, terutamanya apabila 46 peratus ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun hanya mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan mereka.

“Pandemik telah mengakibatkan kejatuhan ketara dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36 peratus kepada 27 peratus susulan pengeluaran yang telah dibuat bagi menampung pendapatan semasa krisis Covid-19 ini.

“Ketika kita sedang pulih daripada krisis, fokus KWSP adalah untuk membantu ahli membina semula simpanan persaraan mereka. Kami akan fokus kepada Alokasi Aset Strategik dan peka terhadap perkembangan profil risiko pasaran agar penambahbaikan dapat dilakukan,” katanya. – K! ONLINE