"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Madinah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Madinah. Papar semua catatan

Khamis, 27 Mac 2025

Selepas 113 hari berjalan kaki, dua pemuda dari Perak selamat tiba di Madinah


Menempuh perjalanan kira-kira 8,000 kilometer (km), dua pemuda dari Bagan Serai, Perak iaitu Mohamad Al Bukhari Ellia, 27, dan Mohamad Azizul Abdullah, 34, selamat tiba di Madinah selepas 113 hari berjalan kaki.

Momen itu lebih manis lagi apabila mereka berpeluang bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang beriktikaf di Masjid Nabawi, Madinah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ahmad Zahid di laman Facebooknya, beliau meluahkan rasa bangga dengan dua anak muda tersebut yang berjaya mengharungi pelbagai rintangan demi ke tanah suci.

Selepas 113 hari berjalan kaki

“Ketika sedang beriktikaf di Masjid Nabawi, saya dipertemukan dengan dua orang sahabat, saudara Mohamad Al-Bukhari Ellia dan saudara Mohamad Azizul Abdullah yang berkongsi kisah luar biasa mereka berjalan kaki dari tanah air kita menuju ke Makkah dalam misi menunaikan ibadah Haji 2025.
“Melangkahkan kaki sejauh ribuan kilometer selama beberapa bulan dari Masjid Jamek Changkat Lobak, Bagan Serai menzahirkan ketabahan dan membuktikan keberanian mereka di dalam merealisasikan niat suci untuk mencari cinta Ilahi dan nabi SAW.
“Perjalanan mereka yang sanggup berjalan ribuan kilometer demi meraih reda Ilahi seharusnya menjadi inspirasi. Sejauh mana pula usaha kita dalam mendekatkan diri mencari kasihnya Rabbi? Tepuk dada tanyalah hati,” katanya.

Ahmad Zahid turut berkongsi ayat ke-27 Surah Al-Hajj yang bermaksud ‘Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan dengan menaiki unta yang kurus, datang dari segenap penjuru yang jauh’.

Selepas 113 hari berjalan kaki

Selepas 113 hari berjalan kaki

Sementara itu, menerusi perkongsian Mohamad Al Bukhari  di laman TikToknya, dia dan Mohamad Azizul meluahkan rasa syukur kerana usaha mereka selama ini telah membuahkan hasil.

Dalam pada itu, Mohamad Azizul  menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti mendoa dan membantu mereka sepanjang perjalanan yang panjang itu.

Sumber: Facebook @Zahid Hamidi

Sumber: Oh My Media