"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Mangsa Banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mangsa Banjir. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2021

Pasangan lancar misi bantu 2 penduduk terjejas banjir pulihkan kehidupan

 

Rumah papan yang didiami pasangan Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Melut, Dengkil. (Gambar Shazana Amin)

PETALING JAYA: Bagi dua orang penduduk di Selangor ini, kehidupan mereka tidak lagi akan sama selepas terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda pada 18 Dis lepas.

Beberapa hantaran di Instagram oleh Shazana Amin (@shazanaamin) mendedahkan nasib seorang lelaki berusia 55 tahun dari Kampung Orang Asli Sungai Melut, Dengkil, dan seorang lagi warga emas di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat.

Wanita dari Mutiara Damansara itu berkata, rumah papan yang didiami lelaki Orang Asli itu, dan isterinya berusia 50 tahun, terjejas teruk selepas ditenggelami air banjir sehingga ke paras bumbung.

“Rumah mereka sebelum banjir tiada bekalan elektrik mahupun tandas, dan mereka menumpang kedua-dua kemudahan itu di rumah jiran-jiran.

“Beliau bukan orang Islam, jadi tak layak terima zakat. Beliau telah cuba mohon bantuan, namun gagal.

“Saya bersama rakan, Ida Farhanah, beri mereka bantal dan tilam yang dibeli menggunakan dana dikumpul dari sumbangan rakan dan keluarga,” katanya kepada FMT.

Rumah pasangan Orang Asli ini terjejas teruk selepas ditenggelami air banjir sehingga ke paras bumbung. (Gambar Shazana Amin)

Sementara itu, rumah warga emas di Hulu Langat itu, menurut Shazana, terletak berdekatan sungai, dan “beralih 180 darjah” akibat banjir, menyebabkan salah satu tiangnya roboh.

“Suami saya dan rakan-rakannya membantu menegakkan rumah itu supaya beberapa barangan dapat diselamatkan.

“Tugas itu bahaya, kerana rumah itu boleh roboh bila-bila masa,” katanya.

“Antara barangan yang dapat diselamatkan adalah set sofa dan beberapa barangan berharga miliknya, termasuk tali pinggang kulit yang mahal.”

Shazana berkata, warga emas itu tidur di perhentian bas kerana tidak selesa di pusat pemindahan sementara.

Banjir mengakibatkan salah satu tiang di rumah seorang warga emas di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat roboh. (Gambar Shazana Amin)

“Seorang penduduk kampung menawarkan rumah inapnya untuk didiami mangsa banjir selama enam bulan, dan kami sedang cuba pujuk pakcik itu tinggal di sana,” katanya.

Shazana dan suaminya, Safwan Othman, sedang mengumpul dana untuk membantu kedua-dua lelaki berkenaan. Mereka yang juga ingin membantu boleh membuat sumbangan ke akaun Maybank bernombor 5627 6840 2349 (Anith Shazana Aminuddin) atau hubungi Safwan di safwanothman@gmail.com.-FMT