"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Aspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aspirasi. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Disember 2021

Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia: Pencapaian kerajaan daripada lensa si rakyat biasa


Oleh:Mohsin Abdullah 

Sebagai warganegara, kita punya hak menilai pencapaian pihak yang memerintah kita. Ini ialah penilaian saya selaku rakyat biasa terhadap kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob.

Setuju atau tidak terpulang kerana ini berpandukan pandangan peribadi. Penilaian ini mengambil kira apa yang dibuat atau yang tidak dibuat kerajaan menjelang hari ke-100 pemerintahannya 9 Dis lalu. Untuk penilaian ini, saya memberi fokus perkara terbaharu yang dipertonton kepada kita.

Tumpuan pertama, pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan berjaya mewujudkan lebih 97,000 pekerjaan baharu melalui pelaburan dalam negara. Syabas. Markah “A” buat Perdana Menteri.

Tumpuan seterusnya, isu pembangunan Kampung Baru khususnya Kampung Sungai Baru. Umum tahu kontroversi yang tercetus baru-baru ini. Tidak perlu diperjelas panjang lebar. Ringkasnya penduduk tidak puas hati dengan tawaran pihak pemaju. Kerajaan pula dilihat pro-pemaju.

Isu ini dibiarkan berlarutan. Oleh kerana kampung ini ini berada dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, wakil rakyatnya ialah Rina Harun, yang merupakan juga seorang menteri dalam Kabinet Ismail Yaakob.

Rina dituduh membisu sekian lama serta “lepas tangan” dan hanya muncul apabila keadaan sudah menjadi panas. Mungkin juga terlalu panas. Namun tidak ada cadangan penyelesaian diutarakan. Apa lagi penyelesaian yang muktamad.

Muncul pula Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim menegaskan beliau tidak harus dipersalahkan kerana baharu memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Apa pun beliau masuk campur. Sememangnya wajar kerana ini soal penempatan dalam Kuala Lumpur.

Apa langkah beliau? Sekadar mengumumkan pengambilan tanah terbabit ditangguhkan sehingga ke tahun hadapan. Ini katanya bagi membolehkan beliau mengadakan rundingan semula dengan penduduk dan pemaju.

Bagi saya ini sekadar melengah keadaan dan memanjangkan isu. Hakikatnya isu ini belum belum selesai. Untuk peranan Rina dan Shahidan saya beri markah “F” walaupun Shahidan berkata beliau sepatutnya digelar wira kerana berjaya menunda pengambilan tanah secara paksa.

Beralih kepada Wee Ka Siong. Presiden MCA ini ialah Menteri Pengangkutan. Pun begitu beliau berasa wajar untuk mengumumkan Jabatan Kastam (yang bukan tertakluk dibawah Kementerian Pengangkutan) telah diarahkan membatalkan dasar baharu pelesenan arak untuk restoran dan kedai kopi.

Sebelum itu restoran dan kedai kopi yang menjual bir dilapor mesti memohon lesen baharu bermula 1 Januari.

Dalam siaran Facebooknya, Wee berkata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah mengesahkan Kementerian Kewangan telah mengarahkan pembatalan dasar tersebut .

Bagaimanapun, Zafrul pula berkata kerajaan setakat ini tidak berhasrat menarik balik sebarang kelulusan berkaitan pelesenan penjualan minuman keras.

Katanya, sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya.

Zafrul lantas menafikan apa yang beliau sifatkan “tohmahan” yang menuduhnya bertindak membatalkan perkara berkaitan aspek pelesenan berkenaan.

Mulanya saya beri Zafrul pangkat “D”. Namun oleh kerana beliau tidak menamakan siapa yang beliau maksudkan yang membuat tohmahan terhadapnya, “D” itu ditukar kepada “F”. Untuk Wee wajib “F”.

Ini pula kisah Menteri Perpaduan Halimah Mohamed Sadique. Beliau memberitahu Dewan Rakyat tempoh hari SOP untuk perayaan Thaipusam tahun depan tidak mengizinkan perarakan kereta pedati berikutan ancaman varian Omicron.

Setelah dikritik hebat, kementerian beliau (bukan beliau sendiri) mengeluarkan kenyataan memberitahu SOP Covid-19 untuk sambutan Thaipusam belum dimuktamadkan kerana SOP yang dicadangkan perlu diluluskan tiga mesyuarat berbeza membabitkan tiga jawatankuasa. SOP berkenaan akan diumumkan setelah mendapat kelulusan ketiga-tiga jawatankuasa.

Jelas Halimah mendapat “F” untuk kekalutan ini.

Berbicara pula mengenai majlis sambutan 100 hari kerajaan Ismail Sabri. Kita tahu ia dinamakan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Kita tahu orang ramai dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan sambutan. Lalu Kementerian Komunikasi dan Multimedia memanfaatkan media sosial termasuk SMS dan Twitter untuk menjemput orang ramai.

Kementerian Kesihatan pula, juga menerusi media sosial, menggesa orang ramai mengelak pergi dan berhimpun ditempat sesak dan sempit dan elak sembang dekat-dekat.

Percanggahan ini saya tulis 9 Dis lalu. Kali ini percanggahan ini membuat saya memberi “F” kepada Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Juga Khairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan yang sepatutnya diberi “A”.

Namun beliau tidak menghalang acara Aspirasi Keluarga Malaysia walaupun kementeriannya sendiri menasihati orang ramai elakkan tiga S iaitu Sesak, Sempit dan Sembang dekat. Malah beliau sendiri menghadiri majlis itu bersama ribuan hadirin ketika Ismail mengumumkan kejayaan kerajaannya yang dicapai 100 hari pertama memerintah.

Khairy hanya “bising” beberapa hari kemudian dengan mengatakan kerajaan kehilangan kredibiliti pada mata rakyat kerana terus melanggar SOP Covid-19 yang digubalnya sendiri.

Apa pun, yang jelas upacara Asprasi Keluarga Malaysia direstui Ismail. Ia menyaksikan antara lain penjarakan fizikal terabai khususya pada hari pertama ketika Ismail mengumumkan pencapaian kerajaannya .

Tentu Ismail juga saya beri markah “F” untuk itu.

Namun Ismail seperti kita tahu mengumumkan seluruh Jemaah Menterinya mencapai 90% kejayaan dalam prestasi 100 hari pentadbiran. Kalau untuk SPM pencapaian 90% membawa gred “A”. Cemerlang.

Kata wartawan veteran A Kadir Jasin, Perdana Menteri sendiri buat soalan, sendiri mengawas serta menyelia, dan sendiri periksa kertas peperiksaan dan beri markah. “Tidak hairanlah skor 90%,” kata beliau.

Bagi saya itu kesimpulan tepat.-FMT