"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah. Papar semua catatan

Khamis, 9 September 2021

Tanah lot RM7 juta: Prosedur tukar hak milik ikut undang-undang

MUHAMMAD Yassir. FOTO BERNAMA
MUHAMMAD Yassir. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Tiada sebarang kesalahan berkaitan prosedur pertukaran hak milik lot tanah dua beradik wanita di tengah ibu kota sebaliknya mereka sudah menandatangani borang untuk perserahan pindah milik.

Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Yassir Yahya berkata, hasil semakan yang dibuat mendapati hak milik tanah yang dimaksudkan sudah dibuat urusan pindah milik dari dua individu kepada sebuah syarikat pada awal Julai lalu.

"Tatacara dan prosedur urusan perserahan pindah milik berkenaan mematuhi semua peraturan dan perundangan tanah seperti yang ditetapkan di dalam Akta 828 Kanun Tanah Negara.

"Instrumen dan semua dokumen sokongan bagi urusan berkenaan sudah disemak dan didapati teratur serta memenuhi keperluan di bawah Division IV Kanun Tanah Negara (KTN)," katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas laporan Harian Metro yang mendedahkan lot tanah berharga lebih RM7 juta dipindah milik tanpa pengetahuan pemiliknya.

 Mengulas lanjut, Muhammad Yassir berkata, borang 14A KTN bagi permohonan pindah milik juga didapati disempurnakan iaitu ditandatangani pemilik bersama dan disaksikan peguam selaras dengan keperluan Seksyen 211 KTN dan jadual kelima KTN.

"Selain itu, dokumen sokongan seperti salinan hak milik asal (geran asal), salinan kad pengenalan pemilik asal, salinan sijil pendaftaran syarikat dan sijil bayaran duti setem turut dikemukakan.

"Semakan pengesahan oleh Pendaftar di PTGKL melalui sistem eTanah yang diintegrasikan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati semua maklumat berkenaan adalah sah.

"Justeru, Pendaftar di PTGKL mendaftarkan pindah milik tanah berkenaan selepas berpuas hati ia 'fit-for-registration' selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 297 Kanun Tanah Negara," katanya.

Menurutnya, selepas terdapat aduan penipuan yang dibuat pemilik tanah berkenaan, PTGKL mendaftarkan 'Kaveat Pendaftar' mengikut Seksyen 320(1)(a) KTN bagi menghentikan sebarang permohonan urusan lanjut berkaitan tanah berkenaan.

"PTGKL akan menunggu hasil siasatan polis bagi menentukan pemilik tanah berkenaan.

"Semua dokumen dan instrumen berkaitan pindah milik sudah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan," katanya.

Berdasarkan carian di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mendapati pemilik asal tanah berkenaan juga sudah membayar duti setem kira-kira RM250,000 untuk tujuan pindah milik tanah berkenaan.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan polis menahan lima individu termasuk peguam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dalam pindah milik tanah.

Ia susulan laporan polis yang dibuat dua beradik di IPD Dang Wangi yang mendakwa tidak tahu dan tidak pernah berurusan untuk pertukaran hak milik tanah yang dianggarkan bernilai RM7 juta itu.

Bagaimanapun, kelima-limanya sudah dibebaskan selepas permohonan tambahan reman polis ditolak mahkamah.

-myMetro

Berita berkaitan

Tanah lot RM7 juta: Permohonan reman tambahan tiga suspek ditolak

 Laporan Harian Metro

Laporan Harian Metro

Kuala Lumpur: Mahkamah menolak permohonan reman tambahan terhadap tiga individu yang ditahan polis berkaitan kes pertukaran hak milik lot tanah di tengah ibu kota milik dua beradik wanita bernilai lebih RM7 juta, hari ini.

Sumber memberitahu Harian Metro, kelima-lima suspek mulanya ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) antara satu hingga empat hari.

"Permohonan reman tambahan terhadap tiga daripada mereka di mahkamah hari ini ditolak. Jadi polis membebaskan mereka hari ini. Seorang lagi akan dibebaskan esok kerana tempoh remannya selama empat hari akan berakhir.

"Manakala, seorang lagi sudah dibebaskan selepas tempoh remannya selama satu hari berakhir," katanya.

Usaha Harian Metro mendapatkan ulasan lanjut daripada pihak berkuasa mengenai perkembangan siasatan tidak berjaya namun difahamkan, ia akan diumumkan sebaik siasatan lengkap dilakukan.

Terdahulu, Harian Metro hari ini melaporkan, lima individu termasuk peguam ditahan polis selepas menerima laporan daripada dua beradik wanita yang mendakwa hak milik tanah lot seluas 1,858 meter persegi (20,000 kaki persegi) dipindahkan kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan mereka.

Laporan itu turut mempersoalkan bagaimana pejabat tanah boleh meluluskan pemindahan hak milik tanah terdiri daripada dua beradik wanita itu tanpa keizinan.

Susulan laporan itu, rata-rata netizen di ruangan komen Harian Metro mendesak siasatan turut dilakukan di pejabat tanah berkenaan bagi merungkai kisah sebenar di sebalik nasib malang menimpa dua beradik itu yang kehilangan hak milik tanah berkenaan.

Dalam laporan terdahulu, Harian Metro melaporkan, mangsa hanya menyedari kehilangan hak milik tanah selepas dimaklumkan anak saudaranya pada 10 Ogos lalu.

"Dia melakukan semakan dengan pegawai pejabat tanah dan mengakui terkejut apabila tanah miliknya disahkan sudah ditukar hak milik kepada syarikat berkenaan tanpa pengetahuannya.

"Mangsa mendakwa tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak dan membuat pemindahan hak milik tanah kepada mana-mana individu ataupun syarikat. Lebih menghairankan bagaimana tanah boleh dipindah milik tanpa pengetahuan pemilik tanah itu sendiri. Urusan tukar hak milik tanah ini bukan benda mudah, saya khuatir ada perkara tidak betul berlaku di pejabat tanah itu," katanya.

Untuk rekod, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

-myMetro

Berita berkaitan:

  • Pelik Tapi Benar:Tangan ghaib kebas tanah RM7 juta
  • Pelik Tapi Benar:Tangan ghaib kebas tanah RM7 juta

     MANGSA menyedari kehilangan hak milik tanah (dalam kurungan) selepas dimaklumkan anak saudara.

    MANGSA menyedari kehilangan hak milik tanah (dalam kurungan) selepas dimaklumkan anak saudara.

    Kuala Lumpur: Dua beradik wanita berusia 50-an terkejut mendapati tanah milik mereka di tengah ibu kota dianggarkan bernilai lebih RM7 juta berpindah milik kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan.

    Persoalannya, bagaimana pejabat tanah boleh meluluskan pemindahan hak milik tanah lot seluas 1,858 meter persegi (20,000 kaki persegi) itu kepada syarikat berkenaan tanpa keizinan pemilik asal.

    Susulan perkara itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 12 Ogos lalu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

    Sumber memberitahu Harian Metro mangsa hanya menyedari kehilangan hak milik tanah selepas dimaklumkan anak saudaranya pada 10 Ogos lalu.

    "Dia melakukan semakan dengan pegawai pejabat tanah dan mengakui terkejut apabila tanah miliknya disahkan sudah ditukar hak milik kepada syarikat berkenaan tanpa pengetahuannya.

    "Mangsa mendakwa tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak dan membuat pemindahan hak milik tanah kepada mana-mana individu ataupun syarikat. Lebih menghairankan bagaimana tanah boleh dipindah milik tanpa pengetahuan pemilik tanah itu sendiri. Urusan tukar hak milik tanah ini bukan benda mudah, saya khuatir ada perkara tidak betul berlaku di pejabat tanah itu," katanya kepada Harian Metro.

    Sumber sama memaklumkan susulan laporan dibuat mangsa, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan lima lelaki termasuk peguam yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

    "Tangkapan dilakukan di sebuah rumah di Ukay Perdana, Ampang dan di IPD Dang Wangi selepas semua individu selesai memberi keterangan," katanya.

    Ditanya mengenai identiti mereka yang ditahan itu, sumber memaklumkan individu terbabit adalah peguam yang menyediakan dokumen serta pekerja yang ditugaskan menghantar dokumen berkenaan.

    "Setakat ini tiada lagi pegawai pejabat tanah ditahan untuk siasatan. Pasukan polis menyiasat kes berkenaan termasuk penyaluran wang yang dikaitkan dengan penjualan dan pembelian lot tanah berkenaan," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan berkenaan.

    "Kami sudah tahan lima lelaki tempatan dan merampas 22 set dokumen dipercayai digunakan dalam urusan penjualan dan pertukaran hak milik tanah.

    "Semua individu ditahan reman satu hingga empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 KK," katanya.

    Beliau enggan mengulas lanjut berkaitan pembabitan pegawai pejabat tanah dalam kes itu, namun menegaskan siasatan lanjut dan terperinci dilakukan pihaknya dari semua aspek.

    Katanya, perkembangan lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.

    -myMetro

    Rabu, 8 September 2021

    Scammer: Warga emas berputih mata ditipu RM149,550

    GAMBAR hiasan
    GAMBAR hiasan

    Padawan: Seorang wanita warga emas lesap wang tunai sebanyak RM149,550 akibat diperdaya sindiket penipuan, semalam.

    Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 60 tahun menerima mesej kira-kira 12 tengah hari mendakwa dia ada membuat pembelian barang secara dalam talian sebanyak RM2,636.

    Beliau berkata, mangsa kemudian diminta menghubungi nombor talian kononnya pihak bank dan bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai John Ng.

    Katanya, lelaki itu mengatakan kononnya maklumat peribadi mangsa digunakan oleh orang lain untuk mendaftar kad kredit di Kuala Lumpur dan tertunggak sebanyak RM4,778.90.

    "Mangsa seterusnya diminta menghubungi nombor yang didakwa daripada Bank Negara Malaysia sebelum disuruh membeli insuran dan mangsa bersetuju.

     "Mangsa kemudian ada menerima beberapa nombor kod kebenaran transaksi (TAC) dan suspek mengarahkan mangsa memberikan nombor TAC itu kepada mereka.

    "Mangsa panik dan mengikuti semua arahan serta permintaan suspek dan menyerahkan nombor TAC sebelum menyedari terdapat transaksi wang keluar dari akaun Public Bank serta Maybank miliknya berjumlah RM23,850 dan RM125,700," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Aidil berkata mangsa yang menyedari dirinya terpedaya dan ditipu segera membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

    Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    -myMetro