"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan

Jumaat, 26 September 2025

JANJI BOHONG DAN PROJEK GAJAH PUTIH DENGAN BEBAN HUTANG KESELURUHAN RM2.86 BILION KERAJAAN PHBN TINGGALKAN UNTUK RAKYAT KEDAH SENGSARA

 JANJI BOHONG DAN PROJEK GAJAH PUTIH DENGAN BEBAN HUTANG KESELURUHAN RM2.86 BILION KERAJAAN PHBN TINGGALKAN UNTUK RAKYAT KEDAH SENGSARA

Kedah merupakan negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya, selain menjadi nadi pengeluaran padi negara. Namun, di sebalik kekuatan ini, Kedah turut berdepan dengan kelemahan besar dalam pengurusan ekonomi dan pembangunan ketika diperintah oleh gabungan PHBN. Rakyat Kedah tidak boleh melupakan bagaimana gabungan tersebut meninggalkan legasi penuh kepincangan, janji bohong, projek mega gagal, hutang bertimbun, serta beban kewangan yang kini terpaksa ditanggung oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama rakyat Kedah.

Setelah PN Kedah yang diketuai Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor berjaya sedikit sebanyak selesaikan masalah yang ditinggalkan, timbullah pula irihati dan dengki membara maka dilaungkan oleh PHBN dengan himpunan 'Honggaq' kononnya untuk alihkan perhatian rakyat kepada kejayaan Sanusi di Kedah.

Sejarah tidak dapat dipadam. Apa yang diwarisi oleh kerajaan PN hari ini bukanlah sebuah negeri yang stabil dengan projek-projek bermanfaat, sebaliknya sebuah negeri yang terikat dengan beban hutang lebih RM2.86 bilion. Angka ini hanya berdasarkan projek yang dapat dikira secara rasmi, tidak termasuk janji-janji kosong dan projek mega yang tiada angka didedahkan tetapi meninggalkan kesan besar terhadap imej dan ekonomi negeri. Kebobrokan PHBN telah merosakkan masa depan negeri dengan budaya politik lama yang hanya pandai berjanji tetapi gagal melaksanakan.

Salah satu contoh paling jelas ialah projek Litar Lumba Motosikal yang diumumkan pada 31 Januari 2013. Projek ini asalnya dijanjikan BN dengan kos RM30 juta sebelum dimasukkan dalam manifesto PRU 2013. Malangnya, projek ini tidak pernah bermula. Lebih mengecewakan apabila kerajaan PH kemudian meneruskan projek ini dengan reka bentuk lebih besar bernilai RM73 juta, namun sehingga kini ia tetap terbengkalai. Soalan besar yang masih bergema di kalangan anak muda Kedah ialah mengapa kedua-dua kerajaan, baik BN mahupun PH, gagal menyiapkan sesuatu yang mereka sendiri umumkan dengan penuh bangga?

Apakah tujuan sebenar janji itu, kalau bukan semata-mata untuk membeli undi rakyat? Mengenangkan kebaikan dan manfaat projek ini kepada rakyat maka Dato Seri Sanusi gagahkan untuk teruskan projek walaupun banyak halangan yang ditinggalkan serta cabara kerajaan pusat PHBN yang mahu melihat projek ini gagal.

Begitu juga dengan projek tebatan banjir yang melibatkan aliran Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit. Projek yang sudah lebih sedekad dimulakan itu menelan kos RM79.5 juta, tetapi sehingga kini masih tidak siap. Rakyat Kedah, khususnya di kawasan sekitar, terus dihantui banjir kilat saban tahun. Apa maknanya projek tebatan banjir jika setelah berbelanja puluhan juta ringgit pun masalah masih berulang? Inilah bukti nyata bahawa PHBN gagal memahami keutamaan sebenar rakyat.

Tidak cukup dengan kegagalan projek kecil, PHBN juga menjanjikan projek mega bernilai berbilion ringgit. Pada 26 Jun 2019, Kerajaan PH mengumumkan pembinaan Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) di Kuala Kedah dengan kos mencecah RM1 bilion. Projek ini kononnya akan mengubah lanskap ekonomi perikanan negeri.

Namun sehingga kini, ia hanya tinggal nama. Begitu juga dengan projek Aman Laut ala ‘Dubai’ yang dilancarkan pada 7 Oktober 2018 dengan keluasan 123.2 ekar dan nilai projek RM1.2 bilion. Hari ini, rakyat hanya mampu tersenyum sinis apabila mendengar projek ala Dubai itu kerana apa yang ada hanyalah janji yang tidak pernah menjadi realiti.

Lebih memilukan ialah apabila projek-projek kecil yang sepatutnya lebih mudah untuk direalisasikan turut gagal. Chalet Muzium Padi di Gunung Keriang yang bernilai jutaan ringgit terbengkalai lebih 15 tahun walaupun pembinaannya sudah dimulakan. Begitu juga dengan kuarters guru di Tajar, Hosba, Hutan Kampung, dan Kubur Panjang yang menelan kos ratusan juta ringgit tetapi kini hanya menjadi bangunan usang yang tidak digunakan.

Apabila ditanya, kerajaan terdahulu tidak pernah memberi jawapan memuaskan mengapa projek sebesar itu dibiarkan terbengkalai. Jika mereka benar-benar ikhlas membela rakyat, mengapa tidak dirancang semula supaya kuarters tersebut dapat dimanfaatkan untuk orang awam, pelajar, atau golongan miskin?

Kegagalan PHBN bukan hanya dalam bentuk projek terbengkalai, malah juga dalam bentuk hutang besar yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri kini. SADA misalnya, ditinggalkan dengan hutang RM147 juta. Hutang ini terpaksa dilunaskan secara berperingkat oleh kerajaan PN.

Begitu juga dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang meninggalkan hutang cukai kepada LHDN sebanyak RM10 juta, hasil salah urus kewangan ketika era PH. Hutang-hutang ini bukan sahaja membebankan kerajaan, tetapi juga membantutkan usaha PN untuk memberi tumpuan kepada pembangunan baru.

Selain hutang, terdapat juga pampasan besar yang perlu dibayar akibat kegagalan projek PHBN. Contohnya, projek Jerai International Park yang gagal, memaksa kerajaan negeri membayar pampasan sebanyak RM21 juta kepada syarikat swasta.

Satu lagi kes yang disembunyikan melibatkan Yayasan Islam Negeri Kedah, yang diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM11 juta kepada syarikat Long Island akibat kegagalan memindah milik 16 lot tanah di Tandop. Semua ini adalah bukti nyata bahawa kerajaan terdahulu tidak mengurus projek dengan baik dan akhirnya rakyat yang menanggung kerugian.

Kegagalan PHBN juga jelas dalam pengurusan asas kehidupan rakyat. Air terawat misalnya, masih berdepan dengan masalah non-revenue water (NRW) yang mencecah hampir 50%. Punca utamanya ialah paip lama yang tidak pernah diganti sejak puluhan tahun. Akibatnya, hampir separuh bekalan air terawat bocor sebelum sampai ke pengguna. Berbilion ringgit melayang begitu sahaja, tetapi kerajaan terdahulu tidak mengambil langkah serius untuk menyelesaikan masalah ini.

Sektor pertanian, khususnya pesawah, turut menjadi mangsa janji kosong. Pada 11 Jun 2024, kerajaan Madani mengumumkan insentif kepada pesawah berupa RM160 per hektar untuk membajak dan RM50 per hektar untuk menuai. Janji dibuat bahawa bayaran penuh akan diselesaikan sebelum 31 Julai 2025. Namun, apabila masuk 1 Ogos 2025, tiada sebarang bayaran diterima pesawah, apatah lagi penjelasan daripada kerajaan. Inilah wajah sebenar pentadbiran yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu menunaikan.

Lebih memalukan lagi, PHBN turut terlibat dalam projek-projek mega yang tidak pernah wujud. Contohnya, Bandaraya Sains Perubatan Kedah dan Bandaraya Aero Kedah yang diumumkan dalam Sidang DUN hanya tinggal nama. Begitu juga dengan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang kononnya akan mewujudkan industri baru di Kedah, tetapi hari ini tidak ada apa-apa yang boleh ditunjukkan. Semua ini adalah simbol kepada budaya lama politik yang menggunakan projek mega sebagai alat propaganda pilihan raya.

Jika diteliti, apa yang ditinggalkan oleh PHBN kepada kerajaan PN bukan sahaja hutang, tetapi juga imej buruk kepada negeri Kedah. Projek terbengkalai dan janji kosong ini menjadikan pelabur luar hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan negeri untuk melaksanakan sesuatu projek dengan serius. Apabila keyakinan pelabur runtuh, negeri tidak mendapat peluang pekerjaan baru, ekonomi terbantut, dan rakyatlah yang akhirnya menanggung akibatnya.

Sebaliknya, kerajaan PN yang mengambil alih kini berusaha menutup kelemahan lama ini. Projek tebatan banjir di Taman Wira Mergong yang dijanjikan PHBN sejak dulu hanya berjaya direalisasikan selepas PN mengambil alih pentadbiran. 

Hutang SADA yang besar juga kini sebahagiannya telah berjaya dilangsaikan. PN tidak menjual mimpi ala Dubai atau bandaraya aero, tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas yang menyentuh kehidupan rakyat.

PHBN telah gagal secara menyeluruh dalam pentadbiran Kedah. Mereka meninggalkan hutang lebih RM2.86 bilion, projek gajah putih yang memalukan, janji kosong yang memperdaya rakyat, serta kegagalan asas dalam mengurus air dan pertanian. Legasi ini bukan sahaja menyusahkan kerajaan hari ini, tetapi juga membantutkan pembangunan negeri untuk jangka panjang.

Rakyat Kedah berhak menuntut penjelasan, gantirugi, dan permohonan maaf terbuka daripada PHBN. Kegagalan demi kegagalan yang direkodkan bukanlah sekadar kelemahan pentadbiran, tetapi satu bentuk pengkhianatan kepada mandat rakyat. Jika mereka benar-benar ikhlas, mereka seharusnya mengaku kesilapan, bukannya terus menjual janji palsu.

Kerajaan PN kini mewarisi negeri yang penuh dengan luka kewangan dan projek terbengkalai, namun tetap berusaha memulihkan maruah Kedah. Apa yang berlaku ini adalah pengajaran besar kepada rakyat, bahawa mandat tidak boleh diberikan lagi kepada PHBN. 

Kedah memerlukan pentadbiran yang berfokus, berintegriti, dan tidak tunduk kepada budaya politik lama. Hanya dengan itu, negeri ini boleh benar-benar bangkit menjadi sebuah negeri yang dinamik, maju, dan berdaya saing sebagaimana dengan wawasan yang berani dan jauh ke hadapan yang digagaskan oleh Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu "The Greater Kedah".

Khalid Hamka 

Penganalisis Politik 

Alor Setar


Source 

Jumaat, 9 Februari 2024

Pegawai British yang tidak menyokong Tindakan SHTI (Syarikat Hindia Timur Inggeris) Yang tidak membantu Kedah melawan Siam

 Pegawai British yang tidak menyokong Tindakan SHTI (Syarikat Hindia Timur Inggeris) Yang tidak membantu Kedah melawan Siam

Mohd H Roslan

Dalam Perang Siam-Kedah (1821-1842) Kita telah menyaksikan sebuah kekejaman yang dilakukan oleh Tentera Siam yang bermula pada 12 November 1821. Penjajahan Siam telah menyebabkan Sultan Kedah Ahmad Tajuddin terpaksa melarikan di ke Pulau Pinang. Namun baginda orang-orang Kedah sentiasa merancang strategi untuk merampas kembali Tanah Air mereka yang tercinta. Terdapat Dua Gelombang yang berlaku dari tahun 1829-1840. Gelombang Pertama dipimpin oleh Tunku Kudin  manakala Gelombang Kedua Dipimpin Oleh Tunku Muhammad Saad. Kedua2 Gelombang ini padal awal gerakan Mereka berjaya mendapatkan kembali wilayah jajahan Kesultanan Kedah bahkan pada 1839 Pasukan Pakatan  Tunku Muhammad telah mara mengejar tentera Thai Sejauh Cenak, Senggora. Namun Hasil Bantuan daripada British melalui senjata dan angkatan armada laut, kedua Gerakan ini gagal jua. Sikap British (SHTI) yang tidak membantu Kedah seperti dijanjikan ketika Perpajakan Pulau Pinang 1786 bahkan menolong penjajah mereka mendapat Kecaman daripada Pegawai mereka sendiri.

1.  Anderson

Menurut  Anderson, Beliau menyamakan Raja Thai seperti Napoleon yang bercita-cita untuk menguasai seluruh Eropah manakala Raja Thai pula ingin menguasai seluruh Asia Tenggara. Oleh Itu menurut beliau, Pihak British  harusla memberi sokongan kepada Kedah dengan apa jua keadaan sekalipun kerana kedua-dua negara ini sudah menjadi sekutu bagi satu tempoh yang panjang. Beliau juga menekankan bahawa pihak British telah bersetuju dengan semua perjanjian sejak pulau pinang dipajak oleh itu adalah wajar bagi pihak British membantu Kedah. Beliau turut mempertikai apakah Wajar Pihak British melihat pihak Thai menguasai seluruh tanah melayu tanpa sebarang usaha untuk menghalangnya.

2. Frank Swentenham( Residen Jenderal Pertama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) 

Di Dalam buku tulisannya British Malaya, Frank Swettenham menyatakan tindakan SHTI yang tidak membantu Kedah semasa serangan Thai adalah bacul dan penakut kerana isi perjanjian SHTI-Kedah untuk pemajakan Pulau Pinang yang paling utama ialah SHTI akan memberi bantuan   sekiranya Kedah diserang Thai atau Burma . Seharusnya Pihak SHTI mengambil tindakan secara bermoral atau meninggalkan Pulau itu kerana perbuatan mereka membiarkan Kedah akan melemahkan pengaruh British di Tanah Melayu selama puluhan Tahun. Beliau juga menambah SHTI mampu menyelamatkan Kedah dari Nasib yang buruk berlaku pada tahun 1821 di Tangan Thai sekiranya Pihak SHTI menghantar 2 kompeni tentera Sepoi dan 4 meriam tanah 6 pounder kepada Sultan Kedah bagi mempertahankan negerinya maka kedah akan selamat sekiranya Burma dan Thai percaya bahawa British akan campur tangan sekiranya Kedah diserang, Namun apabila mereka tahu SHTI mendiamkan diri, Isu Kedah akan menjadi persoalan semata-mata yang alhirnya memalukan empayar british kemudiannya.

Rujukan

1. L.A Mills 2012, British Malaya, MBRAS

2. Frank Swettenham 1906, British Malaya, John Lane Company

3. James Anderson 1824, Political and Commercial Consideration Relative To The Malayan Peninsula and British Settelment in The Straits of Malacca, William Cox

4. Mohd Herman Roslan , 2018, Gajah Putih Di Bumi Geroda (Perang Melayu-Siam 1767-1842), Geroda Merah Press

#Nak_Tahu_Lebih_Lanjut?

#Sertai_Kembara_Kami_Di_Bangkok

Kredit: fb Histourism

Khamis, 8 Februari 2024

Al-Fatihah:Azraai Khor Abdullah kembali ke rahmatullah

 Salam Takziah


Bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, sebentar tadi selepas diserang strok.

Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.

Sebagai jurulatih pula, Allahyarham membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin.

Al-Fatihah

#FAM #HarimauMalaya

Rabu, 31 Januari 2024

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, masih lagi dalam 'mood' untuk berkongsi tentang trip Baling, kali ini adalah mengenai sebuah gua yang sebenarnya sangat menarik dan aku rasa mampu menjadi salah satu tumpuan pelancong pada masa akan datang.

Gua yang aku akan kongsikan dalam artikel kali ini adalah Gua Sireh. In shaa Allah aku akan kongsikan pengalaman aku sepenuhnya di Gua Sireh, Baling, Kedah.

MENEROKA KEINDAHAN GUA SIREH, BALING, KEDAH

Baiklah, setelah selesai bersarapan dengan juadah yang begitu enak di M Idaman Cafe, kami terus menuju ke Gua Sireh, Baling, Kedah. Perjalanan dari M Idaman Cafe ke perkarangan pintu masuk Gua Sireh adalah sekitar 6 minit perjalanan sahaja. 

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Gua Sireh merupakan sebuah kompleks gua yang terletak hanya sekitar 10 kilometer sahaja dari bandar Baling. Terletak di kaki Bukit Dalam Wang, gua ini sebelum dikomersilkan sebagai produk pelancongan merupakan tempat mencari rezeki oleh penduduk sekitar.

Najis tahi kelawar atau dikenali sebagai Guano dikutip dan menjadi baja. Kandungan dalam tahi kelawar tersebut yang kaya dengan nitrogen, fosfat dan kalium yang tinggi, iaitu semua nutrien utama yang penting untuk pertumbuhan tumbuhan.


Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Beroperasi sejak tahun 2019, Gua Sireh ini diuruskan oleh Koperasi Eko Pelancongan Gua Sireh. Selain itu, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah memperuntukkan sejumlah RM750,000 bagi membangunkan Gua Sireh, sebagai lokasi pelancongan baharu.

Sebelum memulakan perjalanan ke Gua Sireh, seperti biasa sesi 'warm-up' dijalankan terlebih dahulu. Mengapa perlu 'warm-up' ? Ini adalah kerana terdapat laluan mendaki serta tangga yang agak mencabar. Aktiviti melibatkan fizikal sememangnya perlu 'warm-up' terlebih dahulu.

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Maka bermulalah perjalanan mendaki tangga dan meneroka keindahan Gua Sireh.

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Jika dilihat ada beberapa fasiliti yang di naiktaraf seperti tangga dan juga laluan di dalam gua. 

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Di pintu masuk Gua Sireh terdapat mercu tanda yang mana anda boleh mengabdikan gambar kenangan di sini.  Masuk saja ke dalam gua ini anda akan dapat melihat batu besar berbentuk sireh junjung dengan ketinggian lebih kurang 7 meter

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Kebiasaannya, pengunjung akan menghabiskan masa sekitar 1 sehingga 2 jam di sini. Oh ya, lupa nak beritahu bahawa ada jurupandu yang akan memberikan penerangan dan memberikan tunjuk arah laluan yang tepat dan benar. 

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Selain batu berbentuk sireh junjung, terdapat beberapa lagi batu dengan imej menarik seperti burung, singa, pengisar tepung, gajah, lembu kucing dan perahu patah. Jangan risau, setiap batu yang unik ini ditanda namanya serta jurupandu akan memberitahu tentangnya.

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Mengikut info yang diberitahu, Gua Sireh ini berkeluasan 70,000 kaki persegi. Lebar bagi gua ini mencecah 192 meter manakala ketinggiannya pula adalah antara 60 meter sehingga 80 meter. Di dinding gua ini pula dihiasi lampu neon berwarna warni menjadikan gambar yang diambil kelihatan lebih menarik.

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Sedikit info menarik, mengikut kajian yang dijalakn oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Gua Sireh ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 hingga 17,000 tahun lalu kerana terdapat banyak kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang kelihatan.

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Gua Sireh ini sememangnya sangat luas. Banyak tempat bergambar yang menarik, malangnya terdapat beberapa kawasan di dinding yang dipenuhi dengan grafiti yang menjadikan pemandangan kurang enak. Ada grafitinya ditulis dengan tarikh tahun 1980-an. 

Mungkin pihak pengurusan boleh membersihkan dindingnya, barulah kelihatan lebih cantik dan bersih tanpa sebarang grafiti.

Meneroka Keindahan Gua Sireh, Baling, Kedah

Alhamdulillah, selesai meneroka gua yang indah ini sekitar 2 jam lebih. Banyak betul gambar dan video yang sempat dirakam. Bagi aku yang menariknya tentang gua ini adalah pada bahagian silingnya yang sangat cantik berwarna putih.

Okay, untuk 'parking' di sini memang luas, cuma jalan masuk hanya sesuai untuk satu kenderaan sahaja. Tandas juga disediakan tapi dibahagian bawah sahaja, tempat mendaftar. Jadi, sebelum masuk ke Gua Sireh, pastikan anda membuat 'pelaburan' terlebih dahulu. 
Untuk yang tertanya-tanya tentang laluan di dalam gua, laluan di dalam Gua Sireh ini telah pun dinaiktaraf menjadikan pergerakan di dalam gua selamat.

HARGA BAYARAN MASUK GUA SIREH, BALING, KEDAH


Berikut adalah harga bayaran yang dikenakan pada pengunjung yang ingin meneroka melihat keindahan Gua Sireh. 
  • RM15 Dewasa
  • RM10 Warga Emas
  • RM 7 Sekolah Rendah
  • RM10 IPT / Sekolah Menengah
Jom ke Gua Sireh !

GUA SIREH, BALING, KEDAH



LOKASI : Kampung Padang Che Mas, Dalam Wang, 09100, Baling, Kedah.
HUBUNGI 013-411 4325
WAKTU OPERASI : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
FB : https://www.facebook.com/p/Gua-Sireh-Baling-Kedah-100063664868220/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@guasirehofficial


#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel

Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-

📱+60174079734
📱+60193036008
📩 : qttgroup.management@gmail.com



Sumber:aerill.com

Khamis, 4 Mei 2023

TOK DET MANGSA ANAK TIRI KERAJAAN MADANI

Coretan oleh: Mat Jiwa

Mahdzir Khalid (Tok Det) semenjak kalah pilihanraya lalu, kita lihat para penyokong tegar dia tidak tentu hala seakan tidak dapat menerima hakikat kekalahan. Kini para penyokong tegar Tok Det menyerang Ahli Parlimen Padang Terap siang dan malam.

Apa yang melucukan, isu yang dibawa para penyokong terutama Pemuda UMNO Padang Terap seolah olah nak merintih kepada Kerajaan Persekutuan. Kununnya, UMNO sedang dianaktirikan oleh kerajaan Madani, mereka pun tidak dapat manfaat dan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan macam Ahli Parlimen pembangkang jugak kih kih.

Perasaan kecewa UMNO ini adalah kerana dalam kerajaan BNPH hari ini, yang dilihat mendominasi kerajaan ialah PKR dan DAP sebab ketua mereka ialah Anwar PKR. Sebagai contoh jamuan hari raya di Raia Hotel, Pengarah Program ialah dari geng PKR. Tidak ada peranan kepada UMNO. Hanya dijemput kemudian dipinggirkan sebagai tetamu utama di meja utama menyebabkan ramai pimpinan utama UMNO angkat kaki awal meninggalkan majlis yang belum habis.

Sama juga Himpunan Madani di Stargate, UMNO hanya jemputan dan penceramah sampingan sahaja tidak sebagai player utama.

Berbalik di Padang Terap, Pemuda UMNO macam cacing kepanasan sebab boss mereka kalah pilihanraya, kalah pemilihan Naib Presiden UMNO, tidak diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan Madani.

Ahli Parlimen Padang Terap yang aktif berjumpa rakyat bawahan, mengikhtiar pelbagai cara untuk bantu rakyat sebab peruntukan ahli Parlimen disekat oleh kerajaan zalim Madani, cuba bantu penoreh getah. UMNO buat kerja gila salahkan Ahli Parlimen sedangkan mereka berpeluk tubuh, langsung Tok Det tak bagi apa pun bentuk bantuan dengan alasan tidak ada jawatan. Lemah sungguh Tok Det bekas Menteri 3 Kali, bekas Ahli Parlimen Beberapa penggal, bekas MB, bila hilang jawatan, tak boleh nak deal dengan Kerajaan Persekutuan untuk salurkan bantuan kepada rakyat Padang Terap. Takkan lah gaji, elaun dan kekayaan yang dikumpul semasa jadi menteri dah habis langsung untuk bantu rakyat?

Kekayaan Mat Ayob orang kanan Tok Det pon dah cukup kalau nak bantu 15 ribu penoreh getah Padang Terap.

Nasib baik ada Ahli Parlimen Padang Terap yang berusaha siang malam bantu rakyat.

(Nantikan coretan seterusnya.. Tok Det Bakal Gali Kubur sendiri terima jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah)