"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Hadiah Lumayan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadiah Lumayan. Papar semua catatan

Isnin, 10 Januari 2022

“Dia memang bertuah orangnya” Pemenang Ford Mustang tampil beri penjelasan

 


MUAR – Seorang pemuda tidak menyangka penyertaannya dalam cabutan bertuah ketika menyertai pertandingan memancing di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah hanya suka-suka menjadi detik paling indah dalam kamus hidupnya apabila memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta sport jenis Ford Mustang Ecoboost model 2016.

Muhammad Amerrul Hakimi Mohd. Suhaili, 24, berkata, pada awalnya dia tidak menaruh harapan tinggi untuk membawa pulang kereta yang berharga antara RM250,000 hingga RM270,000.

“Pada asalnya, niat saya nak ke sana memang saja-saja. Tak berharap sangat untuk menang tapi ada lah niat juga kalau dapat kereta itu, nak bagi ayah sempena ‘birthday’ dia pada 28 Disember baru ni.

“Saya beli tiket ke tempat memancing itu pada tarikh yang sama hari jadi ayah pada 28 Disember 2021 dan daftar daripada Group Team Lanun Johor,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menceritakan kisah lanjut, Muhammad Amerrul berkata, dia bersama bapa, Mohd. Suhaili Ramli serta abangnya, Muhammad Ridhwan bergerak ke Jitra dengan menaiki bas rombongan.

Muhammad Amerrul (kiri) bersama bapa, Mohd. Suhaili (kanan) bergambar bersama kereta Ford Mustang ketika memenangi cabutan bertuah memancing di Tasik Darul Aman, Jitra, Kedah.

Katanya, mereka menaiki bas di Tol Bukit Gambir di sini sebelum bapa saudaranya turut serta dan menaiki bas di Tol Sungai Buloh, Selangor.

“Sampai sana, kami daftar masuk kupon atas empat nama (DIN PJ, BOB 1583, WAN 1583 dan AKIM 1583). Dekat bawah pentas, saya duduk kat bawah pokok.

“Masa umum nombor cabutan itu, saya dah perasan nombor saya. Tapi sebab nak kepastian, saya tunggu telefon berbunyi sambil berlari naik pentas.

“Tak sangka bila dah ada atas pentas, baru tahu rupanya saya menang Mustang. Ingatkan nombor ke-15 dicabut dahulu. Memang bersyukur sangat-sangat sebab dapat menang kereta, memang tak sangka dan memang tak berharap sangat pun,”katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Amerrul menafikan dakwaan yang menyatakan ada unsur penipuan atau telah dirancang ketika sesi cabutan berkenaan.

“Kepada yang kata saya ada kroni, pakai ‘kable’, orang dalam la apa semua itu, boleh tengok semula kat laman Joran Bukit Merah Laketown. Dekat situ ada buat ‘live’ dan tunjuk macam mana telusnya cara mereka buat cabutan bersaksikan orang ramai di sekeliling,”jelasnya.

Muhammad Amerrul memberitahu, kereta mewah itu telah diserahkan kepada bapanya sebagai hadiah hari lahir.

Katanya, terpulang kepada bapanya sama ada mahu menjual atau sebaliknya.

Pemenang Ford Mustang, Ducati orang yang sama?

Terdahulu Keberuntungan seorang lelaki dari Johor memenangi cabutan bertuah sebuah kereta jenis Ford Mustang dalam satu pertandingan memancing baru-baru ini menjadi tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Ketika ini, ramai yang mendakwa kemenangan cabutan bertuah itu dirancang apabila lelaki tersebut turut dikatakan pernah memenangi sebuah motosikal berkuasa tinggi pada 2017.

Tuduhan tersebut semakin tepat apabila beberapa foto lelaki tersebut yang mendapat motosikal Ducati Panigale 1199 telah ditularkan di media sosial.

Pada tahun 2017, lelaki berusia 24 tahun itu telah memenangi cabutan bertuah Ducati itu pada satu acara permotoran, Motoday Penang 2017.

Kemudian pada satu acara pertandingan memancing baru-baru ini, lelaki bertuah itu sekali lagi memenangi kereta mewah berjenama Ford Mustang.


Rata-rata orang ramai yang mendakwa kemenangan itu telah dirancang oleh penganjur telah mencari akaun Facebook lelaki tersebut yang menggunakan nama Pakcik Ku telah dinyah aktif ketika ini.

Pemenang Ford Mustang dan Ducati Panigale didakwa orang yang sama.

“Tak tahu nak kata betul atau tidak, tapi kalau kita lihat pada gambar dan bukti-bukti yang ada ternyata benda ni betul.

“Malas nak tuduh tapi kalau betul telah dirancang harapnya penganjur tu bertaubatlah. Jangan cari keuntungan dengan cara macam ni,” jelas Redzuan Elias.

“Netizen sekarang sudah bijak, sekejap je orang tahu. Tambah-tambah acara ini besar. Katanya yuran untuk dapatkan nombor cabutan pun dah RM60.

“Kalau dikali dengan beribu manusia yang hadir memang untung sangat la penganjur. Orang pergi sebab letak hadiah cabutan yang mewah. Melayu cukup-cukup lah menipu,” jelas Saifullah Abdullah.

sumber: kosmo

Kredit: http://transformasi.host/