Pertemuan antara Trump dan Mamdani ni memang luar biasa.
Selepas berbulan-bulan serang Mamdani sebagai "komunis" dan mengugut untuk potong peruntukan New York, Trump sambut Mamdani dengan muka penuh senyuman.
Pertemuan ni pun sangat "madani" atau "civilized" (beradab). Tak ada sindiran atau cemuhan yang Trump biasa bagi kat orang yang dia tak suka.
Tapi wartawan Amerika ni suka jadi batu api. Pantang tak ada drama. Jadi ada yang tanya Mamdani sama ada dia masih anggap Trump sebagai "fasis" macam yang dia sebut dulu.
Yang tak sangkanya, boleh pula Trump cakap kat Mamdani dengan muka senyum: "kau cakap je yes, aku tak kisah pun." (Maksud dia lebih kurang macam tu, bukan verbatim).
Mamdani pun sama. Dia pro-Filistin, kritik Trump macam-macam, tapi tak adalah dia nak tumbuk muka Trump bila jumpa depan-depan sambil jerit "haramjadu" (haramjadah dalam Bahasa Gujarat).
Dia cuma cakap: "saya telah sampaikan kepada Presiden tentang jenayah yang dilakukan oleh Iswel, dan kerisauan ramai orang New York bahawa duit cukai dibelanjakan kepada Iswel dan bukannya untuk kebajikan mereka."
Skrip bahasa yang diplomatik dan selamat. Tak ada dia panggil Trump penjenayah yang bersubahat dengan Iswel. Trump pun dengar je kat sebelah tu.
Inilah politik. Gaduh macam mana pun, bila jumpa depan-depan mesti kena berhemah dan matang, walaupun dengan musuh.
Ramai media pun puji Trump jadi matang semacam dalam pertemuan ni. Bukan Trump yang diorang kenal.
Mungkin dia dah habis tenaga pasal isu Fail Epstein, dah tak ada mood nak bergaduh dengan orang buat sementara waktu. Tak lama nanti dia sambung attack balik lah tu.
Dan apa yang lebih luar biasa pasal pertemuan dua orang ni ialah ideologi politik diorang.
Trump melambangkan politik "far right" (kanan jauh), membawa ideologi "konservatisme nasional". Mamdani pula melambangkan politik "far left" (kiri jauh), membawa "sosialisme demokratik".
Dua-dua ideologi politik ni dianggap ekstrem dalam politik Amerika. 10 tahun yang lepas, hampir tak ada siapa nampak tokoh dari dua ideologi ni akan menjejaki White House
Sebelum kebangkitan Trump, politik Amerika didominasi oleh ideologi "neoliberal-globalisme" selama lebih 30 tahun.
Teras "neoliberal-globalisme" ni ialah tanggapan bahawa ekonomi pasaran bebas adalah terbaik. Kerajaan tak patut campur tangan dalam ekonomi, dan patut beri kebebasan kepada bisnes untuk menjana ekonomi.
Pada masa yang sama, kerajaan perlu kurangkan perbelanjaan, sebab bisnes dah boleh ambil alih peranan kerajaan dengan menswastakan perkhidmatan awam.
Pendirian ekonomi ni melimpah kepada dasar luar. Bila bisnes makin bebas dan berkembang, diorang perlukan pasaran dunia yang lebih luas.
Jadi peranan kerajaan Amerika adalah untuk mewujudkan pasaran dunia tunggal, menyokong globalisasi, supaya syarikat Amerika bebas nak melabur di merata dunia dan mencari untung.
Negara yang tak nak terima sistem ini, yang masih nak kekalkan kedaulatan, bersedialah untuk menerima campur tangan dari Amerika.
Tak kira Republikan atau Demokrat, "neoliberal-globalisme" ni dah jadi konsensus (kata sepakat).
Yang diorang berbeza pendapat cuma isu sosial dan moral (LGTV, hak menggugur). Tapi dalam isu ekonomi dan geopolitik, Demokrat dan Republikan hampir tak ada beza.
Tapi konsensus ni mula runtuh pada 2010-an, selepas Krisis Kewangan Dunia 2008–2009.
Rakyat mula mempersoalkan sistem lama, dan menuntut kerajaan untuk betulkan masalah ekonomi.
Itu mewujudkan ruang kepada kebangkitan Trump. Dalam masa setahun dua saja, Trump berjaya transform Parti Republikan kepada parti nasionalis, bukan lagi globalis.
Parti Demokrat masih pegang kepada neoliberal-globalisme. Tapi kem sosialis dalam parti pun mula memberontak dan mencabar "establishment" (otai-otai parti) yang masih pegang ideologi lama.
Kemenangan Mamdani walaupun digambarkan sebagai kemenangan Demokrat, tapi perkembangan tu merisaukan otai-otai parti Demokrat sebab diorang tolak sosialisme.
Otai-otai tengah menyusun gabenor California, Gavin Newsom, untuk jadi calon presiden seterusnya. Newsom ni Gen X yang masih mendukung neoliberal-globalisme, bukan Gen Y dan Z yang dah rata-rata beralih kepada nasionalisme atau sosialisme.
Kem sosialis akan cabar keputusan tu memandangkan diorang makin kuat. Kalau keputusan pilihanraya "mid-term" tahun depan memihak kepada sosialis, lagi teruklah perpecahan dalaman Demokrat.
Jadi bila Trump sebut "saya ada banyak persamaan dengan Mamdani", dia bukan sembang kosong atau nyanyuk.
Trump dan Mamdani walaupun dari dua ideologi yang berbeza, diorang berkongsi penentangan terhadap "neoliberal-globalis" yang menjadi arus perdana selama ni.
Jadi Trump berbaik-baik dengan Mamdani pun boleh ditafsir sebagai satu cara nak memecahkan Demokrat.
Saya suka gambar ni sebab ia sangat simbolik: di sebelah Mamdani dan Trump, ada potret Reagan, presiden Amerika (1981–1989) yang mengarusperdanakan neoliberal-globalisme.
Neoliberal-globalisme menjadi tonggak hegemoni Amerika dari 1990-an hingga 2000-an. Tapi legasinya kini dirobohkan oleh nasionalis dari kanan dan sosialis dari kiri.
Sudut ekonomi-politik (political economy) ni jarang dibincangkan oleh orang Malaysia dalam memahami politik dunia. Balik-balik Yehoodi, Freemason, Illuminati.
Saya pun tengah menyiapkan buku GEOEKONOMI yang akan mengupas perspektif ni dengan lebih mendalam. Tu sebab saya jarang sikit nak ulas isu kat Facebook.
Sementara tu, dapatkan ADIKUASA untuk memahami asas politik dunia, sebelum saya bawa korang menerokai dimensi yang lebih mendalam dan mendasar. Dapatkan di kedai buku utama atau klik link kat komen.













