"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Tuntutan Insuran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tuntutan Insuran. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2022

Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use'

 

SEORANG pemilik BMW mendedahkan pengalaman hampir ditipu pihak insurans apabila membuat tuntutan hilang guna (Lost of Use) untuk keretanya yang terlibat kemalangan dilanggar belakang beberapa bulan lalu.

Dalam status Facebook Fatiha Ziqra, dia menceritakan keretanya teruk dilanggar hingga terpaksa dimasukkan ke bengkal selama 98 hari untuk dibaik pulih, dan sudah menerima kembali BMW tersebut dalam keadaan baik.

Namun, ketika membuat tuntutan Lost of Use, dia dimaklumkan tuntutan itu hanya diluluskan kurang RM1,000 kerana pihak insuran berpendapat masa diperlukan untuk membaik pulih BMW tersebut hanya 76 jam saja, atau 3 hari 4 jam.

Paling tidak masuk akal, alasan diberikan pihak insurans apabila diminta memperincikan pengiraan mengikut jam, tiada sesiapa dapat atau menunjukkan sebarang garis panduan yang digunakan dalam sistem pengiraan jam tersebut.

Bagaimanapun selepas dia menghantar surat tidak berpuas hati berhubung isu itu, dia menerima e-mel tuntutannya ditambah 14 hari, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 28 hari .

Tidak berpuas hati dengan tuntutan tersebut, Fatiha, yang juga seorang doktor, menghantar sekali lagi surat, tetapi kali ini surat tersebut turut dihantar ke beberapa pihak, termasuk Bank Negara. Ajaibnya, beberapa minit selepas itu tuntutan penuhnya diluluskan dan selepas dua hari wang tersebut dimasukkan ke dalam akaunnya.

Ikuti pengalaman wanita ini;

Assalamualaikum semua🥰

Hari ini saya nak kongsikan pengalaman sendiri berkaitan Lost Of Use claim kereta saya yang teruk dilanggar tempoh hari. saya ada kongsikan cerita tentang bagaimana saya dilanggar teruk dari belakang oleh pemandu yang tak berhemah dan bagaimana kereta saya dimasukkan ke dalam bengkel selama 98 hari lamanya untuk dibaiki. Alhamdulillah kereta dapat balik dalam condition tip top (so far)… syukur for that.

APA ITU TUNTUTAN 'LOSS OF USE'?

So mungkin ramai yang tidak tahu bila kita dilanggar dari belakang dan dibuktikan tidak bersalah melalui siasatan polis, kita boleh claim Loss of Use ( sebab kita tiada kenderaan untuk kegunaan harian).. saya selalu dengar term ini.. tapi sebab ini first time kene langgar teruk dan kerugian yang saya alami berikutan perlanggaran agak tinggi.. Jadi saya dapatkan info daripada bengkel.. Memang layak untuk claim dan bengkel boleh tolong uruskan permohonan.

Basically, loss of use ni dia akan kira berapa hari telah diperlukan oleh bengkel untuk baiki kereta kita darab dengan cc kereta… macam kereta saya 2500cc which equals to RM50 sehari for claim.. So out of 98 hari tu kene tolak cuti umum, Sabtu Ahad dan masa menunggu spare part.. so dapat la total dalam 50++ hari..

TAKTIK PIHAK INSURAN PERTAMA


Di sini la ketidakadilan bermula. Tiba-tiba dapat surat reply daripada insuran claim saya tu diluluskan less than seribu sahaja. Mungkin disebabkan faktor penuaan, saya malas nak bertekak. Saya pun hantar e-mel reply mengatakan saya request justification berserta guidelines daripada Bank Negara kenapa seribu sahaja dilulusk?

Tau dia reply apa? Dia cakap, “Ooo sebab kita check, secara keseluruhan sebenarnya masa yang diperlukan untuk baiki kereta tu hanya 76 jam.” Eh 🤬🤬🤬 apa!!! Aku 3 bulan tak ada kereta kot. No one in a sane mind would say it will take only 76H after looking at my car condition. Dah la claim sampai 60k (lebih kurang macam itu la aku cakap dalam phone time tu - sabar tu memang tinggal tipis je layan diorang ni.

Bila minta justification for hour based calculation, insurans cakap adjuster yang quote 72 hour. Bila call adjuster. Adjuster reply, bos dia yang suruh buat calculation macam tu 😡. So, until this second not even one person either from insuran company or adjuster can show me the black & white guideline yang diorang gunakan for hour calculation system. 😏

So, malas nak gaduh (walaupon dua kali gak call & argue), i wrote a letter mengatakan i tak puas hati dengan claim yang korang bagi. It is ridiculous and tidak mengikut guidelines ditetapkan oleh Bank Negara... and i demand guideline mana yang diorang ikut tu for hours calculation for repairing (which till today tak dapat)… and i quoted the Bank Negara punya guidlines dalam surat tu. Few min later diorang pun reply emel tu, tambah la lagi 14 hari dalam claim

TAKTIK PIHAK INSURAN KEDUA

Dia cakap boleh la dia add lagi 14 hari, so total jadi 28 hari. So ni ketidakadilan yang kedua la. Kalau dapat kat customer lain boleh la nak cong. Customer lain mungkin akan buat sujud syukur terus dapat claim 28 hari. Mungkin diorang akan berpegang dengan ayat, “Alhamdulillah dapat claim pun dah cukup bagus” without knowing the actual amount yang memang hak diorang…

Yang paling sakit hati sebab bila dah naik jadi 28 hari tu, agent insuran yang jaga my case tu boleh pulak cakap. Its not her right to comment la apa la. Semua nak lepas tangan. Nak close case. Time tu I macam malas nak layan orang b***h, so I terus proceed with second appeal letter. This time around I cakap dalam surat tu I memang tak puas hati dengan approval 28 hari tu. I memang demand full claim. Tapi kali ni, I cc-kan surat tu ke both insurans, Bank Negara, TPPM and my lawyer office..

Guess what guys? I terus dapat mesej daripada agent as below.

1. “Kalau boleh jangan libatkan Bank Negara, pengalaman saya susah kita bila libatkan Bank Negara ni”

2. "Miss da hantar a copy letter to Bank Negara ke?

3. “Kalau belum miss jangan hantar dulu. Sebab kita boleh tengok claim miss.”

4. “Kalau kita boleh bagi full claim, miss tak perlu libatkan Bank Negara”

TUNTUTAN DILULUSKAN

See guys?

Beberapa minit lepas tu. Terus dapat reply e-mel. Approved claim 😏😏 Full claim as per demand and after dua hari terus duit masuk dalam bank. Wow, impressive kan!

I dah lama sabar dengan taktik industri ni. Time nak suruh ambik insurans, coverage ko tu konon cover dari Luh Mahfuz sampai titian sira, bayaran kena on time, kalau tak effect ini la effect itu la. Tapi bila nak claim, macam hampehhh...

And waktu I tulis e-mel tu adalah beberapa colleuages yang tengok surat tu.. and diorang share pengalaman diorang. Hantar surat claim Loss of Use, seribu dapat 300 je. Hantar 2 ribu..dapat 500 je. And diorang cakap diorang redha je la. So, imagine berapa banyak dah orang kena macam tu. Berapa keuntungan bodoh je diorang buat (berapa banyak hak org kena tipu).

Dah lama berbulu dengan industri ni sebenarnya. Penuh penipuan. Banyak hidden policies and blaming game nanti ke customer. And customer pula malas nak gaduh-gaduh. So agreed je with whatever.

Tu belom aku masuk part medical insurances. Berapa kali dah as a doctor I got requests, “Dr, boleh tak tulis macam ni. Kalau tak insurans saya tak cover.” "Dr, boleh tak adjust part ni. Kalau tak, insurans saya tak cover.”

So guys, know your facts right. And jangan pernah takut untuk fight for your own right. As customer always know what you are paying for. And jangan terima bulat-bulat je apa agent cakap. Yang paling penting be smart. Tak payah nak terpekik terlolong kat kaunter. No point. Tulis surat. Supaya ade legal documentations, and cc kan kepada pihak berkenaan. Kalau memang hak U, U akan dapat. Don't worry.

Sekian bebelan. So I can finally say i'm free from all the bullshits that happen from my accident. Semoga kita semua dijauhkan dan diberikan keselamatan always. Wallahualam.

SUMBER: Fatiha Ziqra

Kredit:pandulaju.com.my

Sabtu, 30 Oktober 2021

Tips berguna bila eksiden. Sila ambil tahu. Kalau x nak tertipu

 


Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?

Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la.

Jadi apa tindakan anda?

Pertama jangan tandatangan dokumen tu.

Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je.

Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la).

Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurance dan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.

Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda pula untuk claim 10 peratus dari tokey bengkel.

Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000 so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.

Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.

Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.

Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je.

Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000.

Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku.

Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.

Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.

TAHUKAH ANDA?

Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari.

Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari.

Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.

Kredit: Vortec info