"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kenaikan Gaji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenaikan Gaji. Papar semua catatan

Rabu, 3 Julai 2024

15% Kenaikan Gaji Penjawat Awam – B40 & M40.Baca Ini Sekarang!

 

15% Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai Hari Ini

Rasmi : 15% Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai Disember 2024. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kerajaan mengumumkan beberapa berita gembira kepada penjawat awam dan pesara pada tahun 2024, di mana salah satu antaranya adalah berkaitan kenaikan gaji.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri mengumumkan penambahbaikan gaji, termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada Perhimpunan Hari Pekerja lalu.

Ini adalah hasil daripada Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Sebelum ini dalam Bajet 2023, Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

Berikut dikongsikan laporan penuh berkaitan kenaikkan gaji yang bakal diumumkan pihak kerajaan bagi tahun 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira buat penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember 2024.

Sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus.

Oleh itu, Kerajaan MADANI akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu dan akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.

Tambah beliau lagi, ia kenaikan paling baik dalam negara.

Kewangan akan diteliti bagi melihat bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih daripada sepatutnya.

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata, selain itu, persepsi kononnya bilangan penjawat awam di negara ini sudah ramai perlu diperbetul kerana mereka tidak sepatutnya disekalikan dengan anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bayaran insentif ini telahpun dibuat pada Februari lalu bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Kenaikan RM300, Bonus Minimum 1 Bulan Setengah (Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 2024)

Antara cadangan CUEPACS ialah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300, bonus minimum satu bulan setengah yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan hingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen bakal diterima penjawat awam.

Ini antara permohonan sangat wajar bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.

Diharap Perdana Menteri juga dapat mengambil peluang ketika pembentangan belanjawan untuk menoktahkan polemik cadangan pemansuhan pencen penjawat awam sama ada membabitkan penjawat awam sedia ada mahupun baru dilantik.

Kerajaan perlu mengumumkan secara terbuka pendirian dan keputusan terhadap isu ini.

Ini penting kerana masyarakat dan ahli politik hangat membahaskan isu ini hingga menimbulkan keresahan serta ketidakselesaan penjawat awam dan rakyat yang berminat menyertai perkhidmatan awam.

Khamis, 27 Jun 2024

Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

 Bernama

Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar
Anwar berkata sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam.
"...kita harapkan mereka (penjawat awam) bekerja lebih kuat, sudah berbelas tahun tak ada kajian dan ganjaran yang adil.
"Sebab itu saya semalam di parlimen apabila ditegur saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini," katanya.
Anwar berkata demikian di dalam ucapannya pada majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
-AstroAwani 

Khamis, 25 April 2024

PM akan umum SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan

 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan. Kerajaan Tempatan di Anjung Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan. Kerajaan Tempatan di Anjung Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat adalah antara yang terbaik pernah diperkenalkan kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Perdana Menteri berkata, biarpun terbaik, ia akan membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi pernah dilakukan sebelum ini.

"Sistem (SSPA) ini antara yang terbaik pernah diperkenalkan oleh kerajaan dan implikasi kewangannya jugak tinggi, tertinggi yang pernah kita lakukan sebelum ini.

"Ini bukan masalah saudara saudari, masalah kita semua untuk mencari dana lebih, kewangan lebih dan saya akan runding dengan Menteri Kewangan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden PPTD, Datuk Seri Isham Ishak.

Anwar berkata, beliau mahu semua penjawat awam bahawa kerajaan pernah menganggap atau memandang kajian SSPAsebagai perkara ringan atau enteng.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan setiap kali dalam mesyuarat bersama KSN, KPPA dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), beliau sentiasa mengingatkan supaya tiada kelompok penjawat awam yang rasa tertinggal atau tersisih.

"Kita mahu ambil tindakan SSPA ini secara menyeluruh dan saya mahu (ia) dilakukan bersama dengan reformasi penjawat awam.

"Jadi saya nak bagi ingatan kepada kelompok, kumpulan di luar termasuk pembangkang jangan mainkan isu ini kerana 12 tahun tidak ada kajian sistem persaraan yang sepatutnya berlaku setiap 10 tahun," katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dengan pengiktirafan kepada penjawat awam menerusi SSPA, kerajaan mengharapkan golongan terbabit dapat menonjolkan prestasi lebih baik dan komited terhadap tugas.

Tegasnya, mana-mana penjawat awam yang malas dan memaparkan prestasi lemah, tidak harus diberikan kenaikan pangkat atau menerima pengiktirafan.

"Maknanya kita juga mengharapkan prestasi lebih baik, kerja lebih serius dan ketua jabatan mesti pantau kerana dalam kelompok yang besar, ada yang malas, ada yang lemah.

"Saya tidak fikir orang yang malas dan prestasi lemah harus diberikan kenaikan pangkat sebagai satu perkara biasa," katanya.

Selain itu, beliau berkata, segala kemudahan untuk penjawat awam dari Semenanjung ke Sabah Sarawak atau sebaliknya, dikaji semula.

"Kita beri kemudahan tapi kita pilih dan nilai prestasi masing-masing. Kalau teruk, lembab dan malas, saya tidak fikir kita harus berikan pengikitrafan.

"Saya minta KPPA dan pimpinan bincang dengan semua, bagi pandangan tetapi 'reform' dalam perkhidmatan awam, dalam erti kata tidak melayani kalangan kecil yang prestasinya sangat lemah," katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2 juta kepada PPTD untuk memastikan program serta aktiviti yang dirancang, dapat dilaksanakan.

-BH Online 

Sabtu, 20 April 2024

PM umum cadangan penambahbaikan, usaha tingkat pendapatan bersih penjawat awam 1 Mei

 Kerajaan komited menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi Kajian SSPA. - BERNAMA

Kerajaan komited menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi Kajian SSPA. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Hari Pekerja, awal bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan Anwar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 hari ini yang antara lain membincangkan lebih lanjut berhubung struktur gaji penjawat awam.

Insya-Allah, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti.

Semoga usaha ini menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya melalui muat naik di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengesahkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah berada di peringkat akhir bagi meningkatkan kadar upah penjawat awam di negara ini.

Perdana Menteri berkata, SSPA baharu itu akan cuba diumumkan sebelum akhir tahun ini selepas 10 tahun gaji penjawat awam tidak dinaikkan sebelum ini.

Mengulas mesyuarat hari ini, Perdana Menteri berkata penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

"Saya ingin tegaskan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, di sebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.

"Kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab ini mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah," katanya.

-BH Online