"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Vaksin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vaksin. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2022

Dos penggalak berkesan kurangkan kes akibat Omicron: KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Keberkesanan dos penggalak vaksin Covid-19 dilihat berupaya mengurangkan peningkatan jangkitan wabak itu di Malaysia yang dicetuskan oleh gelombang varian Omicron ketika ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, Program Imunisasi Covid-19 Dos Penggalak (PICK-B) telah dimulakan sejak rasmi pada 1 Oktober 2021, di mana sehingga 21 Februari 2022, 14,078,456 dos telah diberikan kepada individu dewasa yang layak atau 59.8 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

Menurutnya data terkini dari empat minggu lepas iaitu dari 24 Januari hingga 21 Februari lalu, menunjukkan kumpulan individu tidak divaksin adalah yang paling berisiko dijangkiti Covid-19 yang serius terutama kategori empat dan lima bagi semua kumpulan umur.

“Data terkini dari 4 minggu yang lepas iaitu mulai 24 Januari 2022 sehingga 21 Februari 2022 bagi kes Covid-19 kategori 3 serta kategori 4 dan 5 (per 100 ribu populasi), dan juga kes kematian akibat Covid-19 per 100 ribu populasi.

“Kumpulan individu yang menerima dos penggalak adalah paling terlindung, apabila bawah 20 kes dilaporkan dan dilihat kurang kes jangkitan yang serius iaitu kategori 3, 4, dan 5 dan juga kes kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga semalam, seramai 14,078,456 atau 59.8 peratus populasi dewasa telah menerima dos penggalak.

Pada masa sama, data Covidnow menunjukkan 22,945,040 atau 97.5 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,222,810 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di Johor, Kelantan, Kuala Lumpur dan Melaka menunjukkan peningkatan lebih 50 peratus.

“Johor mencatatkan peningkatan 70 peratus, Kelantan 61 peratus, Kuala Lumpur 58 peratus dan Melaka 54 peratus.

“Selain itu sejumlah 25,099 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan kes kumulatif kepada 3,246,779 dan daripada jumlah kes baharu itu, 25,014 kes tempatan dan 85 kes import,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 100 daripada kes baharu adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 24,499 terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Bagi kes sembuh pula sebanyak 17,749 kes dilaporkan semalam menjadikan kes kumulatif sembuh di negara ini adalah 2,955,404, katanya.

-Agenda Daily

Rabu, 19 Januari 2022

Vaksin tidak akan luput selepas disuntik dalam badan – Dr. Malar

Tangkap layar klip video Dr. Malar yang menjelaskan tentang isu tarikh luput vaksin di media sosial.

PETALING JAYA – Dakwaan sesetengah individu terutamanya golongan antivaksin bahawa vaksin yang telah disuntik di dalam badan mempunyai tarikh luput adalah tidak tepat.

Mendedahkan perkara itu, Dr. Malar Santhi Santherasegapan atau lebih dikenali dilaman Facebook dengan Celoteh Dr. Malar menjelaskan bahawa vaksin yang telah disuntik ke dalam badan tidak mempunyai tarikh luput.

Kata Dr. Malar, hanya vaksin yang belum disuntik dalam badan sahaja yang mempunyai tarikh luput dan perlu digunakan sebelum tarikh yang tertera pada setiap botol.

Maksud sebenar tarikh luput adalah ‘best before’ atau guna sebelum, sebagai contoh jika tarikh luputnya pada 1 Januari 2022, kena guna atau suntik dalam badan sebelum tarikh itu.

“Selepas tarikh itu sudah tak boleh suntik. Tetapi bila sudah ada dalam badan vaksin itu tidak akan luput pada tarikh berkenaan,” katanya di laman Facebook.

Menjelaskan lagi isu berkenaan Dr. Malar memberitahu, semua produk mempunyai tarikh luput contohnya roti, sardin, susu malahan ubat sekali pun mempunyai tarikh luput.

Namun katanya, apabila berada dalam badan semua produk itu tidak mempunyai tarikh luput lagi sama seperti vaksin.

“Contohnya jika beli roti hari Isnin, makan pada hari Selasa dan tarikh luputnya pada Rabu. Adakah roti itu basi pada hari rabu ketika berada di dalam badan?

“Tarikh luput atau ‘best before’ hanya ada bagi produk yang belum digunakan (sebelum masuk dalam badan). Apabila berada dalam badan ia sudah tidak ada tarikh luput,” ujarnya. -K! ONLINE

Sabtu, 18 Disember 2021

Covid19: Sinovac berkesan 94 peratus terhadap Omicron

 Varian baharu COVID-19, Omicron dikesan di Afrika Selatan. - Grafik hiasan NSTP

Varian baharu COVID-19, Omicron dikesan di Afrika Selatan. - Grafik hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Dos penggalak vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Biotech (Sinovac) berkesan sehingga 94 peratus terhadap varian baharu COVID-19, Omicron.

Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) memaklumkan, itu antara hasil penemuan awal dalam kajian oleh Sinovac membabitkan tiga dos vaksin itu dengan dua strain Omicron yang diperoleh dari Hong Kong.

Keputusan ujian makmal terkini menunjukkan apabila diuji dengan strain Omicron, 35 peratus daripada 20 sampel serum membabitkan penerima dua dos vaksin CoronaVac diuji positif bagi antibodi peneutral virus.

"Bagi penerima tiga dos vaksin, 94 peratus atau 45 daripada 48 sampel dikesan positif dengan antibodi peneutral virus.

"Hasil ujian ini menunjukkan dos ketiga vaksin Sinovac berkesan meningkatkan keupayaan serum itu untuk meneutralkan strain Omicron. Kajian lanjut terhadap strain Omicron yang lain sedang berjalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Pharmaniaga, hasil kajian itu selari dengan kenyataan Pengarah Kanan Perniagaan Luar Negara Sinovac, Weining Meng, yang memaklumkan suntikan penggalak yang diberi dalam sela masa antara enam hingga 12 bulan selepas dos kedua, akan melonjakkan kekuatan tindak balas imun.

Jelas Pharmaniaga, kajian Akademi Sains China di Peking University dan Sinovac menunjukkan individu yang menerima tiga dos vaksin Sinovac, membolehkan tempoh perlindungan kekal lebih lama dan memiliki daya tahan lebih baik.

"Semua kajian saintifik ini selaras pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang meminta semua penerima vaksin Sinovac dengan dan semua penerima pelbagai jenis vaksin berusia 60 tahun ke atas, mendapatkan dos penggalak menjelang akhir Februari 2022.

"Kebanyakan penduduk dewasa China juga sudah menerima suntikan dos penggalak. Mereka mula memberi vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun sejak Oktober lalu.

"Walaupun memiliki penduduk lebih 1.4 bilion, China hanya merekodkan 546 kes baharu dan sifar kes kematian sepanjang minggu lalu," katanya.

Remaja lelaki menerima dos Sinovac di Banda Aceh, Indonesia. - Foto AFP
Remaja lelaki menerima dos Sinovac di Banda Aceh, Indonesia. - Foto AFP
-BH Online

Jumaat, 22 Oktober 2021

Covid19:6 peratus lagi untuk negara capai golongan dewasa 100 peratus divaksin

 Orang ramai menerima suntikan vaksin dos pertama serta kedua yang dikendali petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Sungai Bertek, Klang melalui temujanji aplikasi MySejahtera dalam usaha memerangi penularan Covid-19. FOTO FAIZ ANUAR

Orang ramai menerima suntikan vaksin dos pertama serta kedua yang dikendali petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Sungai Bertek, Klang melalui temujanji aplikasi MySejahtera dalam usaha memerangi penularan Covid-19. FOTO FAIZ ANUAR

Kuala Lumpur: Hanya enam peratus lagi untuk negara mencapai 100 peratus golongan dewasa divaksin sepenuhnya.

Melalui unjuran yang dikeluarkan COVIDNOW, Malaysia dijangka akan mencapai 100 peratus lengkap vaksin pada penghujung tahun ini iaitu pada 28 Disember ini atau 67 hari lagi.

Melalui data laman web itu juga, setakat semalam, 94.3 peratus rakyat dewasa berusia 17 tahun ke atas sudah lengkap divaksin manakala mereka yang menerima satu dos pula adalah 97.3 peratus.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di Twitternya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) yang bertanggungjawab melaksanakan program vaksinasi sejak Februari lalu.

Beliau juga mengesahkan, CITF mengadakan mesyuarat terakhirnya hari ini dan vaksin vaksinasi seterusnya akan diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

"Dengan hampir 95 peratus dewasa divaksin sepenuhnya, CITF mengadakan mesyuarat terakhirnya hari ini. Terima kasih kepada semua di CITF yang menjadikan PICK satu kejayaan.

"Vaksinasi seterusnya akan berada di bawah @KKMPutrajaya dengan CITF-A (remaja) akan dipengerusikan oleh @DrNoorAzmi (Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali) dan CITF-B (dos penggalak) oleh saya," katanya yang turut memuat naik gambar bermesyuarat bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Moati) Datuk Seri Dr Adham Baba.

Data COVIDNOW turut menunjukkan, golongan dewasa yang divaksin sepenuhnya adalah seramai 22,084,594 manakala belum lengkap divaksin adalah 708,322 (tiga peratus) selain tiada vaksinasi 1,113,317 (4.8 peratus).

Sejumlah 48,673,215 dos suntikan juga sudah diberikan kepada penduduk Malaysia dengan +235,607 dos harian disuntik.

Bagi dos penggalak pula, 66,672 diberikan dengan +19,047 dos penggalak harian disuntik.

Data keseluruhan penduduk Malaysia yang lengkap divaksin adalah 71.8 peratus dan 77.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

-myMetro

Jumaat, 8 Oktober 2021

Vaksinasi Covid19:Tinggal 0.9 peratus untuk capai tahap lengkap vaksin populasi dewasa

 

MGF05102021_VAKSIN-REMAJA-AXIATA02
Orang awam golongan remaja dan dewasa memenuhi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil bagi mendapatkan suntikan Vaksin sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 OKTOBER 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hanya tinggal 0.9 peratus sahaja lagi untuk mencapai tahap 90 peratus populasi dewasa yang lengkap vaksin Covid-19 sebelum aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW setakat tengah malam tadi, seramai 20,856,337 individu atau 89.1 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan manakala 1,296,965 atau 5.5 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK-Remaja), seramai 2,156,346 individu berusia 12 hingga 17 tahun atau 4.7 peratus telah lengkap dos suntikan manakala, 2,008,408 remaja mendapat satu dos.

Keseluruhan populasi penduduk Malaysia yang lengkap suntikan dos vaksin adalah 21,004,275 individu atau 64.3 peratus.

Mengikut unjuran dalam tempoh 40 hari, negara akan mencapai tahap 80 peratus populasi penduduk lengkap suntikan dos pada 17 November depan.

Sebanyak 196,647 dos harian telah diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sejak PICK dilancarkan pada Februari lalu adalah sebanyak 45,204,479 dos. – MalaysiaGazette

Selasa, 28 September 2021

Vaksinasi Covid-19:Lebih 60 peratus orang dewasa terima vaksin lengkap

- Hiasan. FOTO NSTP
- Hiasan. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Seramai 19,784,628 atau 60.6 peratus populasi keseluruhan di negara ini menerima vaksinasi lengkap COVID-19 dan seramai 23,007,292 atau 70.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) berkata, sebanyak 84.4 peratus populasi dewasa menerima vaksinasi lengkap dan 93.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Jelas JKJAV, ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos termasuk dos tunggal dan dos lengkap di negara ini adalah sebanyak 42,699,197.

Katanya, Lembah Klang mencatatkan peratusan tertinggi bagi populasi keseluruhan yang lengkap divaksin iaitu sebanyak 80.4 peratus atau seramai 6,771,183.

 "Ia diikuti Negeri Sembilan sebanyak 69.7 (786,829), Wilayah Persekutuan Labuan 67.7 peratus (67,414) dan Perlis sebanyak 63.8 peratus (162,627).

"Tiga negeri mencatatkan peratusan populasi keseluruhan yang menerima dos lengkap paling rendah ialah Pahang iaitu 49.6 peratus (832,218), Kelantan sekitar 43.8 peratus (835,407) dan Sabah paras 41.8 peratus (1,634,082)," kata JKJAV, hari ini.

Semalam, sebanyak 323,335 dos vaksin diberikan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 172,388 adalah dos pertama daripada 150,947 adalah dua dos lengkap.

Majlis Pemulihan Negara (MPN) turut mencadangkan kebenaran merentas negeri pada pertengahan bulan depan, jika kadar pelalian terhadap COVID-19 mencapai 90 peratus penduduk dewasa.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu sedang diperhalusi oleh menteri terbabit untuk dibincangkan lagi minggu ini, termasuk membuka semula sempadan negara, yang ditutup sejak Mac tahun lalu.

JKJAV menjelaskan, Johor mencatatkan 20,995 pemberian dos pertama dan 27,736 dos lengkap, diikuti Selangor dengan 23,089 pemberian dos pertama dan 9,183 dos lengkap manakala Kelantan sebanyak 15,504 dos pertama serta 13,135 dos lengkap.

Sementara itu, JKJAV berkata, semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Lembah Klang akan ditutup pada 3 Oktober ini.

"Sehubungan itu, penerima vaksin berkenaan yang terlepas dos kedua dikehendaki 'walk-in' sebelum tarikh berkenaan ke PPV dos pertama untuk mendapatkan suntikan dos kedua," katanya.

PPV berkenaan adalah PPVAZ World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPVAZ Universiti Malaya Kuala Lumpur, PPVAZ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, PPVAZ Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

-BH Online

Jumaat, 10 September 2021

Gangguan saraf antara kesan sampingan vaksin AstraZeneca

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

The Hague: Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) menyenaraikan gangguan neurologi Sindrom Guillain-Barre (GBS), yang boleh menyebabkan kelumpuhan sementara, sebagai kesan sampingan yang 'amat jarang' daripada penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca.

Menurut EMA, ada 833 kes sindrom berkenaan dilaporkan di seluruh dunia setakat 31 Julai, daripada 592 juta dos suntikan yang diberikan.

 "Oleh itu, GBS perlu dimasukkan ke dalam maklumat produk sebagai antara kesan sampingan Vaxzevria (vaksin Covid-19 AstraZeneca)", kata agensi yang berpangkalan di Amsterdam itu.

GBS adalah kesan sampingan 'amat jarang', yang boleh berlaku terhadap seorang daripada 10,000 orang, menurut laporan agensi itu.

-myMetro

Isnin, 30 Ogos 2021

VIRAL: Individu Yang Kena Tegur Tak Boleh Rakam Tampil Dedah Cerita Sebenar

 

Tiada m.asalah sekiranya penerima v aksin ingin merekodkan p.roses ketika menerima s.untikan v.aksinasi, selagi mana dia tidak menggang.gu tugas para pegawai perubatan ataupun kelancaran semasa di Pusat Pemberian V.aksin (PPV).

“Kita ingin menggalakkan seramai mungkin orang untuk mendapatkan s.untikan v.aksin. Sekiranya mereka ingin mengambil video, ia harus dibenarkan,” kata Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Ahli P.arlimen Tanjung Piai itu berkata demikian sebagai mengulas keja.dian di mana seorang lelaki berusia 24 tahun dihalang untuk merakam proses v.aksinasi oleh seorang petugas perubatan, dengan alasan bahawa menteri penyelaras Program I.munisasi C0vid 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin telah meletakkan jawatan.

Difahamkan, keja.dian itu berlaku awal minggu ini di sebuah PPV di Pontian, yang berada di dalam daerah Tanjung Piai.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang jurutera dan hanya mahu dikenali sebagai Raff Muhd berkata dia hadir ke PPV berkenaan untuk menerima s.untikan v.aksin dos pertama sekitar pukul 11 pagi, 25 Ogos baru-baru ini.

“Pada mulanya, saya tidak beniat untuk merekod p.roses v.aksinasi tetapi jururawat yang mengendalikan saya baik dan ramah, jadi saya meminta izin kepadanya untuk merakam.

“Saya hanya mula merekod setelah dia memberi izin dan kami dengan senang hati berbual semasa dia sedang memberi s.untikan. Tiba-tiba, seorang pekerja perub.atan lain masuk dan mengatakan bahawa rakaman tidak dibenarkan ‘kerana KJ telah meletak jawatan’, dan dia menutup telefon bimbit saya menggunakan tangannya.

“Saya sangat terk.ejut dan bingung pada ketika itu sehingga saya tidak tahu bagaimana hendak memberi respon. Saya hanya terus berlalu ke stesen seterusnya untuk pemerhatian selepas menerima suntikan,” katanya.

Dia memuat naik klip video itu di Twitter pada Khamis (26 Ogos), di mana ia menjadi tular dan meraih sehingga 579,000 jumlah tontonan setakat tengah hari Jumaat.

Menerusi klip video selama lapan saat itu, kedengaran petugas berkenaan berkata dalam Bahasa Malaysia: “Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan. Prosedur Kementerian Kesihatan (KKM) tak boleh rakam,” katanya sebelum menutup telefon bimbit milik pemuda tersebut.

Raff menambah, dia menghormati tugas barisan hadapan (fro.ntliners) yang memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, tetapi menyifatkan in.siden yang berlaku seolah-olah tidak menghormatinya.

Dalam masa yang sama dia turut berharap agar jururawat yang membenarkannya merakam video agar tidak dikenakan apa-apa t.indakan.

Sementara itu Jeck Seng menyifatkan ayat yang digunakan oleh petugas perubatan berkenaan sebagai tidak wajar, memandangkan perletakan jawatan seorang menteri seharusnya tidak memberi pengaruh kepada cara barisan depan menjalankan tugas mereka.

Khairy pada 23 Julai lalu berkata orang ramai dibenarkan merakam ketika menerima s.untikan v.aksinasi mereka.

Khairy yang sebelum ini merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta menteri penyelaras Program Imunisasi C0vid 19 Kebangsaan (PICK), kini memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Reaksi Khairy Sebelum Itu

T.indakan Menteri Kes.ihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bert.indak berkongsi semula video memaparkan seorang pemuda yang tidak dibenarkan merakam video ketika menerima suntikan vaksin di laman Twitter mencuit hati pengguna media sosial, hari ini.

“Assalamualaikum,” tulisnya ringkas sebentar tadi yang diulang kicau lebih 16,000 kali.

-ISU HOT

Khamis, 19 Ogos 2021

Vaksinasi Covid19: Lebih 50 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

 

Data 18 Ogos 2021

Lebih 50 peratus populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu hingga semalam.

Dalam tempoh itu juga sebanyak 75.3 peratus lagi populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin, menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.

“Kita di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk PICK,” kata JKJAV dalam kenyataan hari ini.

Secara keseluruhan lebih 29.36 juta dos vaksin telah diberikan sehingga semalam membabitkan 17,625,760 suntikan dos pertama dan 11,743,096 lagi dos kedua.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu sebanyak 11,099,973 dos membabitkan 6,553,311 dos pertama dan 4,546,662 dos kedua.

Semalam sahaja sebanyak 531,114 dos suntikan diberikan membabitkan 188,474 penerima dos pertama dan 342,640 penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Data pemberian vaksin di seluruh negara pada 18 Ogos 2021.

-Agenda Daily

Ahad, 15 Ogos 2021

Covid19: 'Dulu lebih 200, sekarang sekitar 20 pesakit sahaja' - Pengarah HKL

 GAMBAR hiasan.

GAMBAR hiasan.

Kuala Lumpur: Jika semalam seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkongsi khabar gembira mengenai situasi pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan yang semakin berkurangan, hari ini pengarahnya mengesahkan perkara itu.

Dr Rohana Johan berkata, trend penurunan berlaku sejak sebulan lalu dan paling ketara, seminggu kebelakangan ini.

"Alhamdulillah, jika kita bandingkan kemasukan pesakit Covid-19 sejak sebulan lalu, boleh nampak penurunan kes yang masuk melalui Jabatan Kecemasan.

"Kalau sebulan dulu, kes kecemasan yang menunggu untuk kemasukan ke wad lebih 200, sekarang setakat hari ini, hanya tinggal sekitar 20 orang sahaja," katanya ketika ditemui di HKL.

Beliau yakin kerjasama rakyat dalam pengambilan vaksin, melakukan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyumbang kepada situasi ini.

Dr Rohana berkata, kes kategori lima yang memerlukan bantuan pernafasan juga menunjukkan trend penurunan amat ketara terutama dalam kalangan individu yang sudah lengkap divaskin.

"Walaupun masih ada lagi kes yang memerlukan bantuan pernafasan namun jumlah tinggi dilihat dalam kalangan individu tidak mempunyai sejarah vaksin," katanya.

Beliau berkata, lebih melegakan, keadaan terkini itu turut memberikan sedikit ruang kepada petugas barisan hadapan untuk berehat dan merawat pesakit dengan lebih tenang.

Dr Rohana yakin bahawa trend penurunan ini akan berterusan dengan kerjasama seluruh rakyat dan mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit termasuk inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV) serta hospital swasta yang sedia menerima pesakit bukan Covid.

"Juga inisiatif kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan sukarelawan sama ada secara klinikal atau bukan klinikal yang membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan HKL," katanya.

Tinjauan mendapati dua wad yang sebelum ini dikhaskan bagi merawat pesakit Covid-19 tahap tiga kini kembali dijadikan wad untuk merawat pesakit bukan Covid-19 zon kuning sejak seminggu lalu.

Difahamkan wad yang mampu menempatkan 30 orang pada satu-satu masa itu pernah dihuni 70 pesakit Covid-19 dengan dilengkapi katil kanvas sementara.

Kini katil kanvas itu diletakkan di satu sudut dalam keadaan siap siaga sekiranya diperlukan, begitu juga dengan puluhan tangki oksigen dan ventilator.

Katil katil kosong juga dapat dilihat di dua wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19 tahap 4 dan 5 serta yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sebelum ini, Pakar Anestesiologi di HKL Dr Hana Hadzrami berkongsi kelegaan apabila kes rujukan dari Jabatan Kecemasan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu yang membabitkan pesakit Covid-19 kritikal semakin berkurangan.

"Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan," katanya dalam satu kemas kini di laman Facebook.

-myMetro

Sabtu, 14 Ogos 2021

Vaksinasi lengkap bantu 5 negeri kurangkan kemasukan kategori 3 hingga 5 ke hospital

DR Noor Hisham, gambar fail. FOTO Bernama
DR Noor Hisham, gambar fail. FOTO Bernama

Putrajaya: Suntikan dos lengkap vaksin Covid-19 yang meningkat dalam kalangan populasi dewasa di lima negeri berjaya membantu menurunkan kes kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima ke hospital di negeri terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, suntikan dos lengkap itu juga mengurangkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi ketiga-tiga kategori di semua negeri terbabit iaitu Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kita mendapati apabila liputan dos lengkap vaksin Covid-19 dalam kalangan populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas di Labuan mencapai 63.4 peratus, Sarawak (55.7 peratus), Negeri Sembilan (40.1 peratus), Kuala Lumpur (78.3 peratus) dan Putrajaya (69.3 peratus), terdapat penurunan bagi kemasukan kes kategori tiga hingga lima ke hospital dan ICU.

 "Negeri lain pula belum menunjukkan trend penurunan kerana peratusan liputan dos lengkap masih kurang," katanya pada sidang media mengenai perkembangan semasa Covid-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata, trend penurunan itu turut dapat dilihat di Hospital Sungai Buloh selepas kerajaan melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang untuk mempercepat vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa.

"Selepas pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang, kita dapati pada minggu ke-30, kes kemasukan kategori empat dan lima ke hospital semakin menurun dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

"Selain itu, kita lihat kes kemasukan individu berusia antara 40 hingga 59 tahun dan 20 hingga 39 tahun juga ada penurunan. Ini menunjukkan kesan vaksinasi berjaya menurunkan kes ke hospital dan penggunaan katil-katil di ICU," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, simptom keparahan dialami mereka yang dijangkiti juga rendah apabila hanya tiga kes daripada petugas kesihatan yang dijangkiti virus itu berada dalam kategori lima iaitu dua daripadanya meninggal dunia manakala seorang lagi masih dirawat di ICU serta diberi bantuan pernafasan.

Beliau turut memaklumkan bahawa daripada sejumlah 21,468 jangkitan baharu Covid-19 yang dilapor hari ini, hanya 2,703 kes atau 12.6 peratus telah lengkap divaksinasi.

Katanya, kes aktif pula ialah 241,187 manakala seramai 1,075 pesakit kini dirawat di ICU dengan 537 orang memerlukan bantuan pernafasan. Kes sembuh yang dilaporkan hari ini ialah 17,025.

Sejumlah 277 kematian dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kematian negara kini 11,968 orang, katanya sambil menambah terdapat 41 kluster baharu direkodkan, menjadikan kluster aktif kini berjumlah 1,293.

Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (RT) di Malaysia kini 1.05 dengan Perlis mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu 1.33 diikuti Sabah dan Kelantan (masing-masing 1.20) serta Sarawak dan Pulau Pinang (1.17).

-myMetro

Isnin, 9 Ogos 2021

Vaksinasi Covid19 Lengkap: Belum boleh balik kampung

 

INDIVIDU yang sudah lengkap dua dos vaksin perlu menunjukkan sijil digital kepada pasukan keselamatan di sekatan jalan raya.

PUTRAJAYA – Kebenaran merentas daerah dan negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh antara kemudahan yang diberikan kerajaan kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksinasi Covid-19 berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pergerakan merentas daerah dan negeri juga dibenarkan bagi golongan ibu bapa yang lengkap divaksin untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

Beliau berkata, selain kemudahan perjalanan, kemudahan kuarantin juga diberikan kepada individu yang lengkap divaksin dengan membolehkan mereka menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital.

Menurutnya, kemudahan­ kua­rantin itu melibatkan pengembara warganegara dan warga ­asing yang mempunyai kediaman di negara ini termasuk penduduk tetap dan pemegang pas Malaysia MY Second Home yang pulang atau tiba dari luar negara.

“Kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap divaksin ini terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya ketika menyampaikan perutusan khas kemudahan-kemudahan bagi individu lengkap divaksin di siaran televisyen tempatan semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan turut membenarkan aktiviti solat di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara membabitkan keempat-empat Fasa PPN.

“Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat dengan menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 sebagai bukti bahawa individu berkenaan telah menerima imunisasi lengkap,” katanya.

INDIVIDU yang lengkap dua dos suntikan vaksin di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 PPN dibenarkan untuk makan di restoran. – GAMBAR HIASAN

Berhubung kebenaran sektor sosial bagi negeri Fasa 2 PPN, ujarnya, rakyat di negeri tersebut dibenarkan melakukan perjalanan rentas daerah dan menjalani aktiviti makan di restoran.

Sebagai rekod, negeri dalam Fasa 2 ketika ini ialah Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Sabah, manakala Sarawak, Perlis dan Labuan di Fasa 3.

Selain itu, aktiviti riadah dan sukan tanpa sentuhan dan bukan berkumpulan juga dibenarkan di negeri Fasa 2 dari 6 pagi hingga 10 malam dengan pematuhan prosedur operasi standard ketat.

“Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di club house dibenar kan selaras dengan kebenaran dine-in, manakala operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis terbabit adalah dilarang.

“Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti joging, senaman, taichi, berbasikal, papan selaju, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis dan badminton (perseorangan), golf serta permotoran,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama turut dibenarkan melibatkan inap desa dan hotel.

“Kemudahan-kemudahan sektor ekonomi sedang dibincang dan dipertimbangkan di pe­ringkat Sidang Khas Majlis Kese­lamatan Negara dan akan di­umumkan dalam waktu terdekat,” katanya. -K! ONLINE

Jumaat, 6 Ogos 2021

Varian Delta: Vaksin sedia ada berfungsi, 'booster' diberi jika perlu - Pakar

 Varian Delta: Vaksin sedia ada berfungsi, 'booster' diberi jika perlu - Pakar

Suntikan booster boleh dilaksanakan untuk meningkatkan antibodi tetapi vaksin yang ada sudah mampu memberi perlindungan yang diperlukan. -Foto/Bernama
KUALA LUMPUR: Vaksin dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) merupakan dua cara terbaik bagi menghalang berlakunya mutasi virus.
Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, mutasi virus adalah proses semulajadi selepas berlakunya jangkitan dalam sel manusia.
Virus COVID-19 sudah beberapa kali bermutasi, namun varian Delta yang kini dominan di seluruh dunia merupakan yang paling berbahaya ketika ini dan mencetuskan kebimbangan.
"Mutasi berlaku semasa proses replikasi untuk menghasilkan virus baharu, yang berlaku selepas berlakunya jangkitan.
"Lebih banyak jangkitan, lebih banyak replikasi dan meningkatkan kemungkinan berlakunya mutasi.
"Tetapi dengan vaksin, ia akan memberi rintangan dan halangan kepada proses replikasi, sekali gus mengurangkan kemungkinan mutasi," katanya.
Jelas Dr Yahya, vaksin yang ada ketika ini semuanya berfungsi terhadap varian Delta, namun apa yang yang perlu difahami adalah tahap keberkesanannya.
"Apabila muncul varian baharu, bukanlah bermaksud vaksin yang ada terus tidak berkesan. Cuma, antibodi yang terhasil akan menghadapi masalah untuk berinteraksi atau mengenali virus.
"Untuk mengatasi masalah ini, kandungan atau kepekatan antibodi perlu ditingkatkan. Kerana itu ada beberapa syarikat pengeluar seperti Pfizer dan Sinovac membangunkan dos ketiga sebagai booster.
"Tetapi kita kena tahu beza penurunan antibodi dengan apa yang disebut sebagai immunological memory atau penghasilan memory B cell dan memory T cell.
"Kesemua vaksin yang kita ada sekarang mampu menghasilkannya dan inilah yang paling diperlukan untuk melawan jangkitan," katanya dalam sesi Wacana Sinar berjudul Varian Delta: Ancaman Sistem Negara, pada Khamis.
Beliau berpendapat, pilihan vaksin yang dimiliki negara ketika ini sudah cukup dan apa yang perlu kini ialah mewujudkan imuniti kelompok secepat mungkin.
"Kita sudah ada vaksin yang mencukupi. Apa yang penting sekarang ialah penglibatan orang ramai untuk mendapatkan vaksin.
"Kalau kita lihat sekarang, kadar jangkitan kita walaupun kadar pemberian vaksin juga tinggi.
"Jadi saya fikir kita kena lihat bukan pada angka jangkitan sahaja tetapi pada jumlah jangkitan, berapa ramai yang sudah divaksinasi dan berada dalam Kategori 1 atau 2.
"Ini kerana mereka yang sudah divaksin dan berada dalam dua kategori ini, kebarangkalian mereka untuk ke kategori lebih tinggi itu kecil.
"Secara tidak langsung ia akan mengurangkan beban sistem kesihatan dan itu yang kita mahu," ujarnya.
Dr Yahya juga merasakan negara bersedia untuk melaksanakan suntikan booster, namun ia tidak bermakna suntikan itu perlu dibuat dalam tempoh terdekat.
"Kerajaan telah memaklumkan yang bajet bagi perolehan suntikan booster ini akan dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan, jadi ini perkembangan baik.
"Kita tak perlu terburu-buru kerana vaksin yang ada sekarang berfungsi.
"Suntikan booster boleh dilaksanakan untuk meningkatkan antibodi, tetapi vaksin yang ada ini sudah boleh beri kita perlindungan yang diperlukan," katanya.
-Astro Awani