"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Fikir-fikirkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fikir-fikirkan. Papar semua catatan

Rabu, 29 November 2023

Poligami:“Tiada istilah curang bagi lelaki sebab lelaki boleh kahwin 4.”

 


“Tiada istilah curang bagi lelaki sebab lelaki boleh kahwin 4.”

“Adakah Nabi SAW dikira curang kerana Nabi juga mengamalkan poligami?”

Biasa kan dengar soalan dan statement ni? 

Apa yang menentukan curang adalah bagaimana kita mendekati POLIGAMI sebelum poligami itu terjadi. 

Poligami boleh terjadi DENGAN CURANG atau TANPA CURANG. 

Curang adalah PERBUATAN. 

Curang BUKAN definisi poligami sehingga kita boleh mengeluarkan sifir bahawa semua yang poligami adalah curang dan semua yang curang adalah poligami.

Tidak. 

Curang dan poligami adalah 2 perkara yang berbeza langit dan bumi. 

Poligami itu rukhsah. 

Curang pula khianat. 

Poligami menyelesai masalah. 

Curang membawa masalah. 

Poligami dilakukan dengan jalan mengangkat maruah. Curang menginjak maruah pada tahap yang hina. 

Poligami itu ada undang-undang. 

Curang itu sendiri melanggar undang-undang. 

Yang menjadikan ummah keliru adalah BANYAK CURANG yang juga berakhir dengan poligami / banyak poligami yang bermula dengan curang. 

Walhal - di saat lelaki CURANG dia sebenarnya AUTO TIDAK LAYAK BERPOLIGAMI. Dia lelaki zalim. Dia tidak ada kriteria layak poligami. 

Poligami harus berada di tangan lelaki yang muhsin, soleh, bertaqwa, lelaki cerdas emosi dan intelektual, lelaki yang qawwam dan bertanggungjawab atas segala tindak tanduknya. 

Di saat lelaki mahu poligami - dia WAJIB selamatkan diri dari apa jua sifat/perbuatan curang.

Curang dan poligami tidak mungkin menyatu dalam sesuatu situasi KECUALI ada kezaliman yang sedang berlaku di sebaliknya. 

Adakah Nabi SAW mendatangi poligami dengan jalan curang, khianat, bercinta, tidak adil dan sebagainya? 

Kita sendiri tahu jawapannya. Maha Suci ALLAH yang menjadikan Nabi SAW sebaik-baik tauladan untuk kita semua. 

Bagaimana pula sebahagian lelaki hari ini mendatangi poligami? Pun, kita tahu jawapannya. 

Menipu isteri, kahwin senyap, ada sampai dah berzina dahulu, memburukkan isteri depan skandal, nafkah culas sentiasa, urusan batin yang gagal dilunasi dengan baik dan sebagainya. 

Teramat jelas perbezaan antara prinsip poligami Nabi SAW dan amalan poligami majoriti hari ini.

Nabi SAW memegang poligami dengan penuh taqwa dan wibawa. Jauh berbeza dengan apa yang diterjemahkan SEBAHAGIAN BESAR lelaki pada hari ini pada cara mereka melaksanakan poligami. 

Jika seorang lelaki itu GAGAL membezakan antara poligami Nabi SAW dan poligami yang dimulai dengan maksiat curang atas alasan “tiada istilah curang kerana lelaki boleh kahwin 4” - ini adalah petanda yang sangat jelas bahawa lelaki ini TIADA kriteria layak poligami kerana hal sesimple poligami vs curang pun dia tidak boleh faham. 

Maka hal-hal lain yang lebih kompleks dalam menguruskan rumahtangga poligami yang MENUNTUT KECERDASAN EMOSI DAN INTELEKTUAL yang berganda dari seorang lelaki yang ingin berpoligami tentulah tidak dapat dia fikirkan kerana kedangkalan akalnya dalam memahami letak duduk perkara yang hakikatnya sangat ringkas dan mudah untuk difahami. 

Poligami harus berada di tangan lelaki yang berilmu, bukan dungu. Saat ia berada di tangan orang yang tidak sepatutnya - saksikanlah kegagalan demi kegagalan akan terus berlaku dan yang lebih malang lagi - kegagalan tersebut mereka sandarkan atas nama sunnah dan ujian berumahtangga; maka agama pun terfitnah. 

Tidak semua perkara dalam rumahtangga itu berlaku kerana ujian. Kadangkala ianya berlaku kerana kita sendiri yang silap mencatur jalan. 

“Mek Jah suka betul minum air pepsi sebotol, bedal teh tarik malam-malam sebelum tidur, makan roti canai dan kek tiap-tiap pagi. Lepas 5 tahun, kaki dia kena potong. Kasihan Mek Jah. Itulah ujian Mek Jah nampaknya..” 

Begitulah kawan. 

Kadangkala, bukan semua takdir adalah ujian. Ada sebahagian takdir adalah natijah. 

Kerana itu, kita wajib memperhatikan tindakan kita. Agar tidak tersalah menempah natijah. 

Ada takdir boleh dielak sebatas menguruskan tingkah. Ada takdir memang tidak terkait dengan tingkah dan langkah kita - sebaliknya diselia ALLAH 100%. 

Ini benarlah ujian, di saat ianya tidak lagi terkait dengan tindakan kita sebaliknya kehendak ALLAH semata-mata. 

Allahualam. 

Sharifah Zahidah

27 November 2023 

#sebelumsenja

Sumber: Facebook