Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Kalau nak tahu setiap kali musim banjir, beginilah keadaan pemimpin kerajaan dan wakil rakyat di Kelantan.
Ada yang bawa bot sendiri menyelamatkan mangsa seperti YAB Dato Menteri Besar,
Ada yang harungi banjir menghantar barangan keperluan dipusat pemindahan sementara seperti YB Dato Timbalan Menteri Besar,
Ada yang bermesyuarat siang dan malam bagi menyelaras operasi mangsa banjir bersama agensi pusat dan negeri seperti YB Dato Takiyuddin Hassan,
Ada yang turun padang untuk koordinasi proses pemindahan dengan agensi Kerajaan Pusat dan Negeri seperti YB Kak Lah dan YB Ustaz Asri Daud,
Ada yang bantu beri makanan dipusat pemindahan sementara seperti YB Syahir Sulaiman,
Ini tak masuk lagi agensi bukan kerajaan seperti Unit Amal dan NGO yang sudah tentu akan turun bertungkus lumus bantu membersihkan rumah mangsa banjir.
Sekiranya ada yang kata nak jadikan banjir sebagai produk pelancongan, aku kira itu pandangan peribadi dan bukanlah pandangan Kerajaan Negeri yang lahir dari kekhilafan diri dia.
Boleh diabaikan. Dah jom fokus bantu mangsa banjir.
SEBUAH restoran berkonsep rumah bot dan rakit milik seorang pengusaha restoran hanyut sejauh kira-kira lima kilometer (km) dibawa arus deras di Sungai Kelantan. FOTO Ihsan Pembaca.
Kota Bharu: Sebuah restoran berkonsep rumah bot serta rakit milik seorang pengusaha restoran hanyut sejauh kira-kira lima kilometer (km) dibawa arus deras di Sungai Kelantan di sini, petang hari ini.
Kejadian berlaku pada jam 3.30 petang tadi berhampiran Tambatan Diraja, di sini, apabila restoran dan rakit itu tiba-tiba bergerak mengikut arus selepas tali pengikatnya terputus.
Sumber dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, ketika kejadian, tiada pelanggan atau individu dalam rumah bot itu.
"Kebetulan pejabat Unit Marin APM Kelantan terletak hanya beberapa meter sahaja dari lokasi kejadian dan anggota kami segera menghidupkan sebuah bot untuk 'mengejar' restoran rumah bot serta rakit terbabit bersama pemiliknya.
"Dengan dibantu penduduk kampung yang turut bersama menggunakan dua bot, restoran terapung itu berjaya diselamatkan di Kuala Besar iaitu kira-kira lima km dari lokasi asal.
"Walaupun arus sungai deras tapi rumah bot itu memasuki alur yang sedikit perlahan alirannya menyebabkan kami berjaya mengejarnya," katanya ketika dihubungi.
Sumber itu berkata restoran rumah bot serta rakit itu kini ditambat di sebatang pokok di Kuala Besar dan terdapat sedikit kerosakan kerana berlalu pelanggaran.
Katanya, kejadian terbabit dipercayai berlaku kerana tali pengikat rumah bot itu terputus akibat pokok tumbang malam tadi.
Arus Sungai Kelantan yang deras sejak petang tadi menyebabkan tali pengikat terputus kerana berlaku geseran seterusnya menghanyutkan rumah bot bersama rakit di belakangnya.
"Alhamdulillah hasil tindakan pantas dari anggota kami bersama penduduk kampung dapat menyelamatkan rumah bot itu dari terus hanyut ke laut," katanya.
Meriah dalam suasana tradisi berlatarkan rimbunan pokok getah yang menghijau.
Demikian uniknya pasar pagi di Kampung Guntong, Pasir Puteh, Kelantan turut dikenali sebagai Pasar Pendekar dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar.
Terletak kira-kira 3.5 kilometer (km) dari bandar Pasir Puteh, pasar pagi berkenaan kini menjadi antara tarikan utama pengunjung dari luar untuk ke daerah itu.
Pasar pagi seluas dua hektar itu mula beroperasi setiap Jumaat sejak lebih 10 tahun lalu dan kini mempunyai lebih 100 peniaga.
Kebanyakannya menjual makanan seperti nasi berlauk pagi, kuih-muih tradisional, sayur-sayuran, buah-buahan, lauk basah (ikan dan sebagainya), pakaian dan ikan hiasan.
Suasana jual beli ala 1970 -an dan 1980-an dalam kebun getah yang nyaman serta kepelbagaian barangan jualan menjadi faktor utama mengapa Pasar Pendekar semakin menjadi perhatian.
Selain itu, harga makanan juga berpatutan mendorong pasar itu menjadi tumpuan bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah pengunjung dari luar termasuk luar Kelantan.
PASAR pagi yang istimewa.
Peniaga kuih, Mariam Wok, 59, berkata, pada awal pembukaannya ada puluhan peniaga sahaja di pasar pagi itu, tetapi kini semakin meriah dengan kehadiran lebih 100 peniaga.
"Bukan saja peniaga ramai, tetapi pengunjung juga semakin ramai setiap minggu.
"Alhamdulillah, suasana di pasar ini meriah dan jualan mak cik juga laris. Begitu juga dengan jualan peniaga lain," katanya.
Ibu tujuh cahaya mata itu berkata, pengunjung bukan sahaja datang melihat suasana, malah dapat membeli pelbagai makanan tradisi yang sukar didapati di tempat lain seperti lompat tikam, jala emas, bunga tanjung, jering rebus, belalang goreng, lemang periuk kera, etok, ketupat palas dan perut ayam percik.
"Selepas pasar ini viral, semakin ramai pengunjung datang termasuk dari negeri luar dan pada musim cuti sekolah, jumlahnya meningkat berlipat kali ganda.
MENU unik seperti belalang goreng turut dijual.
"Boleh dikatakan pasar ini adalah tarikan pelancongan terbaharu di Kelantan," katanya.
Pengunjung, Danisha Rozelan, 20, pula berkata, dia pertama kali datang ke pasar pagi itu selepas melihat ia tular di TikTok.
Katanya, meskipun agak jauh dari rumahnya di Pengkalan Chepa, namun demi merasai sendiri keunikan suasana jual beli di pasar tani itu, dia sanggup datang dengan ibunya, Kasma Sahimizan, 54, seawal jam 8 pagi.
KEUNIKAN pasar yang penuh aura tradisional.
"Banyak pilihan makanan dan pelbagai barangan jarang jumpa lain boleh didapati di pasar pagi ini, harganya pula berpatutan.
"Ia lokasi yang sesuai untuk 'kaki makan' dan penggemar makanan tradisi masyarakat di negeri ini.
"Tambahan pula, suasananya sangat mendamaikan dalam kebun getah yang menghijau, menjadi daya tarikan tambahan untuk pengunjung," katanya.
Bagi Roslan Ahmad, 55, pula, dia tidak melepaskan peluang berkunjung ke pasar itu setiap kali pulang ke kampung halamannya di Jerteh ,Terengganu.
MAKANAN, ikan hiasan dan lauk basah turut dijual.
Katanya, dia bukan sahaja tertarik dengan kepelbagaian barangan yang dijual, malah teruja melihat suasana jual beli yang masih mengekalkan unsur tradisi dalam senario kampung.
"Keunikan aktiviti jual beli barangan harian dalam kebun getah yang penuh tradisional juga jelas berbeza dengan suasana pasar pagi biasa di tempat lain," katanya.
Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Habidin Hanipa berkata, cadangan agar partinya bertanding hanya permintaan, bukan paksaan.
Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Habidin Hanipa berkata, pihaknya tetap akan menggerakkan jentera pilihan rayanya 100%, walaupun belum tahu siapa calon Bersatu yang akan mewakili PN. (GambarFacebook)
PETALING JAYA: Pemuda PAS Gua Musang akan memberikan komitmen penuh memastikan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) pada PRK Nenggiri, walaupun terdahulu mahu parti itu bertanding mewakili gabungan itu.
Akur dengan keputusan Bersatu mempertahankan kerusi itu, Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Habidin Hanipa berkata, cadangan agar partinya diberi laluan bertanding bersifat permintaan, bukannya paksaan.
“Setakat ini kita akur sahaja keputusan pucuk pimpinan, sama ada letak calon Bersatu atau PAS, asalkan daripada PN.
“Cadangan kita sebelum ini supaya calon PAS dipertimbangkan sekadar permintaan sahaja.
Pemuda PAS tetap akan menggerakkan jentera kita 100%, walaupun belum tahu siapa calon, katanya kepada FMT.
Sementara itu, apabila diminta mengulas sama ada tindakan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang dikatakan anak tempatan, mampu memberi saingan kepada PN, Mohd Habidin berkata, pencalonan ketua Pemuda Umno Gua Musang itu sudah dijangka.
Beliau menjelaskan, Mohd Azmawi bukanlah anak kelahiran DUN itu sebaliknya sekadar menantu kepada penduduk Nenggiri dan mengundi di DUN Galas sebelum ini.
Habidin yakin, PN yang akan bertanding menggunakan lambang PAS akan berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut, memandangkan parti itu masih mendapat sokongan penduduk.
Setakat ini, kita lihat pengundi kita tak berganjak lagi, tetap beri sokongan. (Malah) kita sasar untuk tambah jumlah undi, berkat usaha kerja keras kita, katanya.
Sebelum ini, Mohd Habidin mencadangkan agar calon PAS diketengahkan mewakili PN pada PRK Nenggiri, mengambil kira 90% jentera pilihan raya daripada parti terbabit.
Cadangan sama turut disuarakan Ketua PAS Gua Musang Azman Ahmad atas kebimbangan episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun mengesahkan kerusi DUN Nenggiri akan ditandingi Bersatu pada PRK 17 Ogos depan.
KOTA BHARU: Sempena Hari Raya Aidiladha minggu hadapan rakyat Kelantan berpeluang cuti sehingga lima hari dengan tambahan cuti sempena Hari Wukuf pada Sabtu ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memberitahu kerajaan negeri mewartakan tarikh 9 Zulhijah 1443 bersamaan 9 Julai 2022 sebagai hari kelepasan am negeri sempena Hari Wukuf di Padang Arafah.
Katanya, surat pemakluman mengenai perkara itu bertarikh 10 Jamadilakhir 1443 bersamaan 13 Januari 2022.
“Sehubungan itu memandangkan Hari Wukuf jatuh pada hari Sabtu (9 Julai), dan Hari Raya Korban pertama dan kedua masing-masing jatuh pada 10 dan 11 Julai.
“Maka bertepatan dengan pemakluman surat berkenaan, hari Selasa iaitu 12 Julai ini adalah hari kelepasan am sebagai cuti gantian Hari Raya Korban hari yang kedua,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Kerajaan Kelantan akan mengadakan sambutan Hari Wukuf pada Sabtu ini di 14 kawasan parlimen di negeri itu.
Sambutan tersebut akan diadakan bermula jam 8.30 pagi turut disiarkan rakaman ucapan amanat Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan kuliah oleh penceramah jemputan.
Di kawasan parlimen Kota Bharu sambutan Hari Wukuf akan diadakan di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kelochor, di mana kuliah akan disampaikan pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Mohd Azhar Abdullah.
Di Pengkalan Chepa pula Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary akan diadakan kuliah sempena Hari Wukuf di Dataran Pantai Kundur bermula jam 8.30 pagi. – HARAKAHDAILY 5/7/2022
MINYAK masak peket yang dirampas di Kampung Bendang Pak Yong. FOTO Ihsan KPDNHEP
Tumpat: Permintaan tinggi dari negara jiran mendorong seorang penyeludup mendapatkan bekalan minyak masak peket dari luar Kelantan untuk diseludup menerusi Sungai Golok di daerah ini.
Bagaimanapun modus operandi yang dilakukan itu tidak berhasil apabila kenderaan yang sarat memuatkan 653 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi ditahan di Kampung Bendang Pak Yong, di sini, 10.30 pagi tadi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata, penahanan itu dilakukan bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat hasil maklumat risikan.
"Kereta Proton Iswara itu dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan di bahu jalan di Kampung Bendang Pak Yong, namun pemandunya berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, kami menjumpai minyak masak bersubsidi anggaran 653kg disyaki untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.
"Nilai rampasan barangan kawalan minyak masak peket satu kg bersubsidi yang disita itu dianggarkan RM1,632.50 manakala kenderaan pula RM4,000 menjadikan keseluruhannya berjumlah RM5,632.50," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Azanizam Affendi berkata, daripada jenama dan pembungkusan, minyak masak terbabit diperoleh dari luar Kelantan iaitu dibawa masuk daripada Terengganu.
Menurutnya, tindakan lelaki itu mendapatkan bekalan minyak masak dari luar Kelantan adalah mungkin disebabkan pembekal di negeri ini yang tidak berani menjual secara borong kepada individu.
"Minyak masak negara kita memang menerima permintaan sangat tinggi di Thailand dan dijual dua kali ganda daripada harga di sini iaitu mencecah RM5 sekilogram.
"KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau peniaga yang ingkar," katanya.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pencerobohan hutan simpan adalah satu kesalahan dan kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dalam hal itu.
PETALING JAYA: Kelantan mengakui wujud aktiviti pembalakan dan penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu, namun mendakwa ia tidak serius berbanding negeri lain.
Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia berlaku ketika ada penduduk kampung yang mahu membuka kebun baharu, menanam durian dan kelapa sawit.
“Dari segi undang-undang memang salah menceroboh hutan simpan dan kita tidak akan bertolak ansur bila ada kesalahan, kita akan ambil tindakan,” katanya menurut laporan Berita Harian selepas menghadiri mesyuarat Exco negeri itu di Kota Darulnaim di Kota Bharu.
Media sebelum ini melaporkan, terdapat sindiket meneroka HSK secara haram dengan menanam kelapa sawit sebelum menjual tanah berkenaan pada harga rendah kepada orang ramai.
Mohd Amar Nik Abdullah.
Ia adalah antara taktik terbaru dilakukan sindiket pencerobohan HSK yang dikesan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK).
Sementara itu, ketika ditanya berhubung dakwaan pembalakan haram adalah punca yang menyebabkan harimau masuk ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Amar berkata, tanggapan itu tidak betul.
“Harimau masuk kampung bukan kerana penebangan hutan. Kita ada baca kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan yang menyebut harimau masuk kampung sebab harimau kena penyakit.
“Keadaan ini menyebabkan harimau merayau dalam kampung kerana tidak boleh mencari makanan seperti biasa. Kalau kita hendak salahkan penebangan balak, itu tidak betul.
“Banjir sikit pun nak salahkan penebangan balak. Benda itu bukan begitu,” katanya sambil menambah PERHILITAN kini sedang memburu dua harimau itu.
Amar menasihatkan Orang Asli di kawasan terbabit tidak keluar rumah dan bantuan akan turut disalurkan kepada penduduk terbabit.
Setakat ini katanya, tiada perancangan untuk memindahkan penduduk terbabit kerana mereka lebih selesa di petempatan itu berbanding lokasi baharu.-FMT
Kejadian kepala air di Lata Berangin, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
KOTA BHARU: Fenomena kepala air di Lata Berangin, dekat Kuala Krai, menyebabkan beberapa kampung berhampiran dilanda banjir, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-rafee Parsimin, berkata kejadian berlaku susulan hujan lebat serta air dari sungai di daerah Gua Musang dan Terengganu mengalir ke lokasi berkenaan.
Beliau berkata, pertembungan itu menyebabkan arus air di kawasan terbabit menjadi sangat deras dan dikategorikan sebagai kepala air yang kecil berikutan tiada membawa bersama kayu atau balak.
"Kejadian berkenaan menyebabkan beberapa kampung di lokasi berkenaan, iaitu Lata Berangin dan Mengkebang, dinaiki air.
"Namun setakat ini, penduduk terbabit tidak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana hanya berlaku banjir kecil.
"Bagaimanapun jika hujan berterusan, ada kemungkinan kampung di kawasan rendah akan dinaiki air. Pihak kami sentiasa membuat pemantauan dan akan memindahkan mangsa dengan segera jika kediaman mereka dinaiki air," katanya kepada BH, hari ini.
Beliau sekali gus menasihati penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah, termasuk meletakkan dokumen penting dan barang berharga di tempat yang selamat.
Terdahulu, rakaman video kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi itu turut tular dalam media sosial.-BH Online