"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kertas Pandora. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kertas Pandora. Papar semua catatan

Ahad, 17 Oktober 2021

Kertas Pandora tiada kaitan laporan GFI, hanya dakwaan PH, kata Najib

Lebih malang lagi apabila isu laporan GFI dan aliran keluar wang haram ini telah dimainkan oleh PH-DAP sejak 2011 sehingga PRU14, menurut Najib Razak.

PETALING JAYA: Kertas Pandora langsung tidak menyentuh mengenai Laporan Global Financial Integrity (GFI), hanya Pakatan Harapan khususnya DAP yang memainkan sentimen isu aliran keluar wang haram itu berulang kali sejak 2011, kata Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Kertas Pandora hanya mendedahkan senarai individu yang pernah atau sedang memiliki saham atau menjadi pengarah dalam syarikat pesisir.

“Kertas Pandora langsung tak sebut laporan GFI tetapi hanya PH/DAP asyik kaitkan.

“Lebih malang lagi ialah isu laporan GFI dan aliran keluar wang haram ini telah dimainkan oleh PH-DAP sejak 2011 sehingga PRU14 kononnya ratusan bilion ringgit dilarikan oleh ahli politik ke luar negara,” katanya dalam catatan di Facebook.

Najib berkata, laporan Global Financial Integrity (GFI) jelas menyatakan bahawa aliran keluar wang berpunca dari aktiviti “Trade Mispricing” oleh syarikat multinasional (MNC) dan pengimport atau pengeksport untuk mengelak cukai negara.

Bagaimanapun, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, beliau hairan dengan tindakan PH-DAP yang tidak menumpukan kepada masalah “Trade Mispricing” berkenaan.

“Dan kenapa pula PH mansuhkan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang mampu mengawal aktiviti ‘trade mispricing’ ini serta mengurangkan kadar cukai korporat negara untuk mengurangkan aktiviti tersebut?

“Paling kelakar ialah walaupun PH-DAP telah mainkan isu laporan GFI serta aliran keluar wang haram (akibat trade mispricing) sejak 2011 yang bernilai lebih RM100 bilion, satu patah haram berkenaan laporan GFI ini atau berkenaan aliran keluar wang haram tak pernah disebut oleh (Lim) Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) atau kerajaan PH sepanjang tempoh 22 bulan mereka. Kenapa, ya?

 “Seolah-olah mereka okay je dengan aliran keluar wang haram akibat ‘trade mispricing’,” kata Najib.

PH khususnya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim antara individu yang lantang mahu pendedahan Kertas Pandora dibahaskan di Parlimen yang didakwa menyebabkan negara kerugian lebih RM138.66 bilion akibat aliran wang keluar secara haram oleh individu berpengaruh.-FMT

Selasa, 12 Oktober 2021

Pandora Papers: Zahid Harap Anwar Tak Buruk Sangka

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan wang pelaburan di China, yang dikaitkan dengan akaun pesisir di British Virgin Island (BVI), seperti didedahkan dalam Pandora Papers, telah dibawa pulang ke tanah air.

Malah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pinjaman yang dibuat untuk pelaburan itu juga telah dibayar kepada institut kewangan yang terbabit.

"Namun, syarikat telah ditutup kerana kita telah memperolehi semula pelaburan yang dibuat di China, dan dividen telah diberikan kepada pemegang saham," katanya di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian).

Pandora Papers adalah dokumen yang dibocorkan daripada 14 penyedia perkhidmatan yang membantu individu menubuhkan entiti luar pesisir.

Menurut pendedahan itu, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Ia termasuk Ahmad Zahid yang didakwa bertindak sebagai ejen firma bernama BVI.

Breedon ditubuhkan pada September 1996 dengan Ahmad Zahid sebagai pengarah, sebelum namanya ditukar kepada Rising Resources (BVI) Ltd pada November tahun itu.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi menegaskan bahawa ketika itu, beliau masih belum terlibat dalam arena politik, dan bukan bergelar Ahli Parlimen.

"Sila rujuk handsard (Penyata Rasmi) saya, dan saya harap Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan rakan-rakan, jangan ada buruk sangka terhadap saya.

"Ini kerana, saya tidak melarikan cukai, malah wang itu dibawa ke tanah air dan cukai dikenakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jika ada ketika itu," ujarnya lagi.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai berapa lama Ahmad Zahid akan berada di Jerman untuk rawatan masalah slip disc, beliau berkata, mahkamah membenarkan untuk beliau mendapatkan semula pasport dari 26 Oktober hingga 21 November ini.

"Maka ketika pengundian bajet (Belanjawan 2022), saya minta maaf, saya tak dapat bersama tetapi yakinlah jiwa saya terus menyokong bajet yang akan dibentangkan," katanya ~ AstroAwani

NGO Melayu desak k'jaan siasat individu dalam Kertas Pandora


Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendesak kerajaan menyiasat kemungkinan salah laku di kalangan mereka yang dinamakan dalam Kertas Pandora termasuklah golongan menteri yang memiliki akaun luar pesisir.

Pengerusi Biro politik MPM, Shahbudin Embun berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan dan Suruhanjaya Diraja (RCI) perlu disegerakan bagi menyiasat pendedahan berkenaan.

"Pihak berkuasa without fear or favour hendaklah menyiasat perbuatan salah laku undang undang negara yang serius ke atas sesiapa saja yang terlibat waima mereka adalah menteri, bekas menteri, VVIP serta sesiapa saja yang telah dinamakan dalam Pandora Papers tersebut.

"Sekiranya berlaku kesalahan maka pendakwaan hendaklah dilakukan secara adil dan mengikut undang undang negara kita," kata Shabudin dalam satu kenyataan hari ini.

MPM mengulas usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli parlimen lain agar isu itu dibahaskan di parlimen.

Bagaimanapun permintaan Anwar agar isu itu dibahaskan ditolak berulangkali oleh Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.

Anwar hari ini turut menempelak pemimpin Umno, Bersatu dan PAS yang menonjolkan diri mereka sebagai "jaguh Melayu dan Islam" namun mendiamkan diri mengenai pendedahan berkenaan.

Kertas Pandora merupakan dokumen yang dibocorkan daripada 14 penyedia perkhidmatan yang membantu individu menubuhkan entiti luar pesisir, kebanyakannya berada di syurga cukai (tax haven).

Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa yang berpusat di Washington DC memperoleh dokumen tersebut yang kemudian memberikan akses kepada rakan kongsinya di seluruh dunia, termasuk Malaysiakini.

Malaysiakini telah menamakan segelintir rakyat Malaysia dalam Kertas Pandora itu termasuk bekas menteri kewangan dan tokoh korporat Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. 

Bagaimanapun kesemua mereka menafikan melanggar undang-undang dan mengatakan semua cukai yang perlu dibayar telah dibayar.

Meskipun memiliki akaun luar pesisir tidak menyalahi undang-undang, ia mungkin mengakibatkan kehilangan pendapatan kepada kerajaan.

Kebocoran serupa pada masa lalu melalui Kertas Panama dan Paradise Papers menyebabkan pengawasan yang lebih ketat terhadap isu syurga cukai.

-MalaysiaKini