Mahmoud Issa: Penghulu Tahanan yang Diasingkan dibebaskan Setelah 32 Tahun Penahanan
Mahmoud Issa, digelar Penghulu Tahanan yang Diasingkan (عميد المعزولين), merupakan antara tahanan Palestin paling berpengaruh dan lama dipenjara oleh rejim Ziōnis. Beliau juga dikenali sebagai pengasas Sel 101 di bawah Briged Al-Qāssām, sayap ketenteraan Hāmās serta simbol ketabahan, kesetiaan, dan kepimpinan tahanan Palestin.
Dilahirkan pada 21 Mei 1968 di Anata, timur laut Baitulmuqaddis, Mahmoud menuntut di Fakulti Syariah dan Usuluddin, Universiti Al-Quds (Abu Dis). Beliau aktif dalam persatuan Islam di universiti dan bekerja di akhbar Voice of Truth and Freedom.
Dengan tercetusnya Intifada, Mahmoud mula terlibat dalam aksi ketenteraan, menyertai Briged AI-Qāssām dan menubuhkan sel ketenteraan pertama mereka di AI-Quds yang dinamakan Unit Khas 101.
Unit beliau menjalankan beberapa operasi ketenteraan penting, termasuk menawan seorang sarjan penjajah pada 13 Disember 1992 dengan tuntutan agar Sheikh Ahmad Yāssin dibebaskan sebagai pertukaran.
Penjajah menolak tuntutan tersebut, menjadikan operasi itu digelar “operasi penahanan paling berbahaya dalam sejarah perjuangan PāIestin.” Dalam beberapa hari berikutnya, rejim Ziōnis cuba mengasingkan 415 pemimpin dan anggota Hāmās serta Jihād lsIam ke Marj al-Zuhour di selatan Lubnan.
Pada 1993, pada usia 25 tahun, Mahmoud ditahan dan didera di pusat interogasi Al-Maskobiyya, namun beliau enggan mengaku bersalah. Selepas perbicaraannya, beliau dihantar ke penjara Ramla untuk pengasingan dan kemudiannya dipindahkan secara berulang ke Beersheba dan Asqalan.
Beliau dijatuhkan hukuman tiga kali penjara seumur hidup ditambah 49 tahun. Pada 1996, Mahmoud dan rakan tahanannya menggali terowong bawah tanah sepanjang 10 meter untuk melarikan diri, namun pihak penjajah menemui terowong itu dan menambah enam tahun hukuman.
Sejak itu, beliau dipindahkan hampir setiap enam bulan bagi melemahkan semangatnya. Semasa Intifada AI-Aqsā pada 2002, beliau kembali disoal siasat. Rumahnya diserbu oleh pasukan risikan lsraeI dan tentera, malah ibunya yang lanjut usia turut dibawa untuk menekannya.
Tambahan hukuman dikenakan ke atas beliau atas dakwaan berkomunikasi dengan pimpinan Hāmās di luar negara dan menyertai organisasi pemuda muqawamah.
Mahmoud kemudian diasingkan selama lebih 11 tahun berturut-turut, menjadikannya antara tahanan paling lama diasingkan kerana dianggap pemimpin berpengaruh dan “paling berbahaya.” Beliau aktif dalam kepimpinan Gerakan Tahanan PāIestin dan merupakan ahli Badan Kepimpinan Tertinggi Hāmās di penjara.
Mahmoud juga seorang penulis dan pengarang. Beliau telah menghasilkan karya sastera, agama, keselamatan dan pemikiran antaranya Perjuangan Antara Teori dan Aplikasi (2000), Kisah Sabar – novel autobiografi (2012) dan Risalah Wasatiyyah dalam Jihād, Pemikiran dan Pendidikan (2018).
Selain itu, Mahmoud hafalan yang luar biasa. Di dalam penjara, beliau mengekalkan disiplin menghafal Al-Quran. Beliau berjaya menyelesaikan hafalan 30 juzuk setiap tiga hari, menjadikannya bukan sahaja pemimpin yang berani tetapi juga seorang huffaz yang berdedikasi tinggi.
Ibunya, Hajja Aisha Musa Issa, meninggal dunia pada 2021 ketika Mahmoud masih ditahan dan beliau hanya sempat menziarahinya lima kali sepanjang tempoh penahanan.
Hari ini, Mahmoud Issa (Abu al-Bara’a) telah dibebaskan hasil pengorbanan rakyat Palestin dan perjuangan muqawamah Gaza melalui pertukaran tahanan dalam operasi Taufan al-Ahrar. Namun, disebabkan ketakutan rejim Ziōnis, beliau dibuang ke Mesir sebagai langkah keselamatan.
Walaupun begitu, semangat, ketabahan dan keteguhan Mahmoud tetap menjadi mercu tanda kesetiaan dan perjuangan Palestin. Namanya terus bersinar di hati rakyat Palestin, meninggalkan legasi besar sebagai simbol keberanian, ilmu dan keimanan yang tidak pernah gentar menghadapi musuh.
Penyelidik Dunia Palestin

















