"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Elon Musk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Elon Musk. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2024

"6 Pagi Esok: Pelancaran Starship, Roket SpaceX!

 "6 Pagi Esok: Pelancaran Starship, Roket SpaceX!"

MasyaAllah, segala puji bagi Allah SWT yang mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk menjelajahi keajaiban alam semesta yang tidak terhingga. Dengan izin-Nya manusia kini mampu mencapai kejayaan yang dahulunya hanya dalam angan-angan.

Dunia penerokaan angkasa lepas bakal menyaksikan satu lagi peristiwa bersejarah. SpaceX syarikat milik Elon Musk akan melancarkan Starship Flight-6 pada 20 November 2024 jam 6:00 pagi waktu Malaysia. Pelancaran akan berlaku di tapak pelancaran SpaceX di Starbase Texas.

Starship bukan sekadar roket biasa. Ia merupakan sistem roket paling maju yang pernah dibina oleh manusia dengan ketinggian mencecah 120 meter. Pencapaian ini mengatasi kehebatan roket Saturn V yang membawa manusia pertama ke bulan. Starship digerakkan oleh 33 enjin Raptor yang menghasilkan daya tolakan melebihi 16 juta paun. Daya tolakan ini sama dengan gabungan lima buah roket Saturn V. Sistem roket ini direka khas untuk membawa muatan berat dan manusia ke tempat yang belum pernah dijelajahi seperti bulan dan planet Marikh.

Keistimewaan Starship terletak pada teknologi canggihnya. Roket ini dibuat daripada keluli tahan karat jenis 301 yang mampu menahan suhu melampau semasa memasuki atmosfera. Bahan ini juga dapat mengekalkan berat yang ringan untuk penerbangan yang lebih berkesan. Enjin Raptornya menggunakan campuran metana dan oksigen cecair yang membolehkan pengisian semula bahan api di planet lain termasuk Marikh. MasyaAllah sungguh menakjubkan bagaimana Allah SWT mengurniakan kebijaksanaan kepada manusia untuk mencipta teknologi secanggih ini.

Enjin Raptor beroperasi dengan tekanan ruang pembakaran tertinggi di dunia iaitu 300 bar. Tekanan ini hampir sama dengan tekanan di dasar laut sedalam 3000 meter. Dengan keupayaan ini Starship boleh mencapai kelajuan mengagumkan 28000 kilometer sejam. Kelajuan ini membolehkannya mengelilingi bumi dalam masa 90 minit sahaja. Bayangkan ketika berada di dalam Starship anda boleh melihat matahari terbit dan terbenam beberapa kali dalam masa beberapa jam.

Sistem pendaratan Starship adalah hasil kejuruteraan yang mengagumkan. Roket ini menggunakan teknik 'belly flop' untuk memperlahankan kelajuan sebelum mendarat tegak di pelantar. Pencapaian ini bukan sahaja rumit tetapi juga mesra alam kerana roket boleh digunakan semula. Reka bentuk aerodinamiknya pula mendapat ilham daripada pergerakan ikan lumba-lumba. Ini membuktikan bahawa ciptaan Allah SWT di alam ini sentiasa menjadi sumber inspirasi terbaik.

Matlamat Starship lebih besar daripada sekadar misi angkasa biasa. Roket ini mampu membawa muatan sehingga 150 tan. Ia berpotensi membawa peralatan dan keperluan untuk membina penempatan pertama di Marikh. Bayangkan suatu hari nanti masjid pertama di planet merah mungkin dibina hasil daripada muatan yang dibawa oleh Starship. Manusia mungkin akan dapat menunaikan solat di bawah langit merah planet tersebut. Ini merupakan satu lagi bukti kebesaran Allah SWT yang tidak terbatas.

MasyaAllah maha suci Allah yang mencipta langit dan bumi serta memberikan ilham kepada manusia untuk menjelajahi rahsia alam semesta. Semoga kejayaan ini terus mengingatkan kita akan keagungan-Nya dan mendorong lebih banyak penemuan yang membawa manusia lebih dekat kepada-Nya. Untuk mereka yang berminat menyaksikan detik bersejarah ini pelancaran akan disiarkan secara langsung melalui saluran rasmi SpaceX.

Sumber 

Ahad, 16 Julai 2023

PMX meeting online bersama Elon Musk.Kenapa madanon gelabah tak tahwan

 MADANON YANG GELABAH TAK TAHWAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 

1) Meeting online dengan Elon Musk - PMX umum Tesla buka ibupejabat di Cyberjaya. MB Selangor pun welcome Tesla bagai. Tapi sebenarnya, Tesla dah umum pun buka pejabat February lalu. Kira hanya confirmation saja lah kut nak buka di Cyberjaya tu.

2) Lepastu isi meeting, kita pi beli 40 Starlink untuk internet sekolah dan universiti. Meeting 25 minit - hasilnya umum balik pembukaan pejabat dan beli 40 Starlink? Rakyat pun dah mula pertikai, tatakelola apa machiam boleh beli produk Mat Elon selamba macam tu saja. Kenapa 40? Sekolah mana nak pakai? Universiti mana? Berapa kos? Tatakelola bagaimana? Kuasa veto PMX kut hasil sembang-sembang dengan Fahmi dan Tengku Zafrul? Ada rujuk kajian apa-apa ke yang menunjukkan keperluan membeli Starlink on the spot? Tak apalah, dah beli. Online. Tatakelola.

3) Susah jadi PMX ni. Apa yang dia buat, semua orang siasat. Sampai ke Twitter Elon Musk pun orang siasat apa yang Elon Musk tweet sepanjang meeting online tersebut - menampakkan Mat Elon bosan dengan meeting tersebut 😄. Tup tup geng Jabatan Komunikasi keluarkan poster Pertemuan Anwar & Elon Musk stabilkan ekonomi. Perghh. Rakyat tak berparti pun duk tanya Elon bawak pelaburan ka meeting untuk buat sale Starlink. Penin.

4) Benda-benda macam ni yang geng Madanon dan Walanon kena pikir. Instead of berpikir secara hostile "walaun dan pembangkang memang suka cari salah orang", lebih baik pikir, kenapa rakyat semakin rajin mengorek kerja buat PMX untuk dijadikan bahan ketawa? Apa salah PMX? Apa pula salah walanon dan Madanon?

5) Fikirlah statement ini - bahawa rakyat sekarang sedang memandang bahawa PMX blur dan tak ada halatuju dalam pemerintahan. Stop situ dulu. Pikir apa sebab dan punca. Dari titik itulah - pembangkang ambil peluang menyerang. Rakyat yang sudah ada basic idea "PMX blur" - pastilah mudah terpengaruh dengan idea pembangkang. Tahukah apa kesalahan walanon? Kesalahan walanon pula, duk pi backup kebluran PMX, membuatkan rakyat bertambah mudah terpengaruh dengan pembangkang.

6) Jabatan Penerangan, JKOM, menteri Komunikasi, dan semua spesis jentera penerangan kerajaan Madani pun blur tak tahu nak buat apa. Bikin poster propaganda, tak sampai sejam - delete sebab kena kecam, kena troll. Takkan Strategist Madani tak boleh pikir kenapa dan mengapa terjadi semua ini? Ya, sebab hilang fokus. 

7) Banyak benda nak kena hadap, nak kena tepis. Last sekali terpaksa guna kuasa untuk sekat rakyat. Kamu sekat TikTok Sanusi. Kamu rasa itu tindakan genius dan powerful untuk belasah Sanusi dan PN tanpa mereka ada peluang untuk jawab dengan cepat. Walaupun kamu tahu rakyat terutamanya rakyat Kedah ramai giler yang sokong Sanusi - tapi kamu buat juga benda yang membolehkan rakyat lebih bersemangat untuk melawan kamu. 

8 ) Rakyat secara subconciousnya akan rasa kerajaan Madani sedang guna kuku besi untuk sekat kebeasan bersuara mereka. Sekat Sanusi bererti menyekat mereka. Kamu boleh nafi sebab ia boleh jejaskan imej politik kamu jika kamu mengakuinya. Itu yang rakyat kebanyakan sedang simpan dalam minda untuk diterjemahkan dalam peti undi. Strategist kamu tak study sampai ke situ kah? Atau hanya ambil dapatan daripada komen-komen walanon sahaja yang sedap dibaca, seronok didengar? Studylah punca sedalam-dalamnya...whyyy. 

9) Posting ni saja nak suruh walanon, Madanon, JKOM dan segala strategist PH/BN renung dan pikir balik. Bertenang sejenak daripada duk stress dengan serangan PN dan Rakyat. Kalau tak sit back dan bertenang, anda akan buat benda yang lebih merepek selepas ini. Walanon hanya reti mengipas bagi anda syiok, walhal realitinya tak sama. Dengan hati yang tenang, baharulah langkah anda seterusnya tidak sumbang.

Sekian

Sumber:Fb Dr Tanaka Mustafa