"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Shuib Sepahtu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shuib Sepahtu. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Jun 2023

Dengan sekali lafaz,Shuib kini suami Watie

 Shuib bersalaman dengan Watie. FOTO Zaara Talita

Shuib bersalaman dengan Watie. FOTO Zaara Talita

Subang Jaya : Dengan sekali lafaz, Shuib, 39, sah bergelar suami kepada pasangannya, Watie Hanifiah, 35, jam 8.47 malam, hari ini, di Putra Glass House, di sini.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Muammar Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.

Acara itu turut disaksikan 600 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai serta rakan-rakan media.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, mas kahwin berjumlah RM8,288 diiringi lima dulang hantaran.

Pihak Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis serba indah dengan tema warna 'dusty pink' itu turut mengusung konsep Mutiara.

Sebelum ini, Shuib dan Watie mengadakan majlis khatam al-Quran dan berinai pada 13 Jun lalu. Mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi, Anuar Zain dan Lah Ahmad.

Hari bahagia Shuib dan Watie juga turut diraikan oleh rakan-rakan artis antaranya Fasha Sandha, Zulin Aziz, Zara Zya, Nora Danish dan ramai lagi.

-myMetro 

Sabtu, 16 April 2022

Shuib ‘Bertekak’ Gara-Gara Perkataan Siang, “Yang Boleh Betulkan Dia Jep Je”

 


Sebut sahaja nama Shuib, pasti ramai teringatkan jenis-jenis lawak yang dihasilkannya masa bersama kumpulan Sepahtu. Tidak lari bidang, lawak Shuib masih relevan dan mampu menghiburkan peminatnya hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Shuib kembali muncul dengan membuat lawaknya di media sosial telah menjadi bualan hangat warganet. Kali ini Shuib ‘bertekak’ gara-gara perkataan siang dengan rakannya.lickstreee_Ubuy_Video_29032

Dalam rakaman tersebut kelihatan Shuib bersama hasil ikan yang dipancingnya dan kedengaran niatnya untuk menjamah hidupan itu pada malam hari. Namun satu suara yang mengatakan kena siang dulu, membuatkan Shuib ‘tak berpuas hati’.

Korang saksikan sendiri gelagat Shuib ‘bertekak’ gara-gara perkataan ‘siang’ yang telah dimuat naik menerusi akaun TikTok milik selebriti ini sendiri:

Dah sudah! Perkataan ‘siang’ punya pasal pun boleh buat tak puas hati nampaknya. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih sejuta tontonan. Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat selebriti ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Yang boleh betulkan dia Jep je”

a“Tolong panggil Jep untuk betulkan”

Shuib ‘Bertekak’ 3

“Tergelak mak saya tengok abang haha…”

Shuib ‘Bertekak’ 2

“Jep oh Jep ko tengok kawan ko ni perangai lah”


-himpunanceritalawak.com

Ahad, 23 Januari 2022

Buat kejutan jadi juri khas, Jep terus ‘bahan’ Shuib ikut gerakan macam DSV

 


Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021  yang berformatkan komedi ini telah pun melabuhkan tirai malam tadi dengan kumpulan Arteh diangkat menjadi juara. Kumpulan tersebut telah dianggotai oleh dua orang anak pelawak terkenal, Allahyarham Mr. Os dan mereka juga membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi.

Dalam program tersebut, kerusi juri tetap seperti biasa diisi oleh anggota kumpulan Sepahtu iaitu Jep, Rahim dan juga Pak Ya. Lisa Surihani juga telah diundang untuk mengadili 4 finalis pada malam tadi dan satu lagi kerusi telah diduduki oleh juri khas.

Datang time segmen kedua

Siapa lagi kalau bukan anggota kumpulan Sepahtu yang sedang mengambil keputusan berehat dari industri seni iaitu Shuib Sepahtu. Kehadirannya jelas membuatkan sahabat-sahabat yang lain terutamanya Jep mengukir senyuman tatkala Shuib menghampiri kerusi juri.

Shuib yang hadir pada segmen kedua membuatkan studio gamat dengan sorakan kerana ramai yang mengakui rindu akan kehadirannya bersama Sepahtu lagi.

Datang2 Shuib dah kena bahan

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan spontan Jep yang menyakat Shuib dengan membuat gerakan seperti gaya usahawan kosmetik, Datuk Sri Vida telah mengundang tawa ramai.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik video rakaman momen tersebut sehingga membuatkan ramai terhibur.

Dia siap nyanyi2 pulak

Tak hanya itu, Jep juga sempat menyanyikan lagu ‘I Want You’  milik Datuk Seri Vida yang pernah trending satu ketika dahulu sewaktu Shuib sedang memberikan komen kepada finalis yang bertanding.

Walau bagaimanapun, mereka tetap profesional dan masing-masing lebih fokus kepada memberikan komen kepada para peserta.

Macam adik beradik

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan TikTok dengan mengakui bahawa kehadiran Shuib sedikit sebanyak membuatkan rakan-rakannya ceria terutamanya Jep.

Mereka juga berasa terhibur dengan program Mencari Sepahtu Yang Hilang dan merindui pelawak itu untuk kembali bersama dengan Sepahtu menghiburkan orang ramai.

Ceria Jep kawan baik dia datang

Tak duduk atas pentas pun memang dah lawak

Ni namanya gurau member2

Hanya beberapa gerakan je dah buat kita tergelak

Sumber: TikTok @hafeeschelah, paktampya, Instagram Zon LawakShuib Sepahtu

-ohmymedia.cc

Sabtu, 22 Januari 2022

Dikatakan Matanya Persis Arw4h Siti Sarah, Siapa Penonton Cantik Dibelakang Shuib?

 

Terdahulu, dua anak kepada pelawak terkenal Allahyarh4m Mr. Os iaitu Hazwan dan Hafizul membuat kejut4n bakal menyertai program realiti terbaharu Astro Warna iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang

Anak keempat arw4h iaitu Hafizul atau nama sebenarnya Mohamad Hafizul Mohd Yusof, 25, berkata, dia dan abangnya bimbang orang meletakkan jangkaan yang tinggi selepas mengetahui mereka anak pelawak legenda Malaysia.

Ternyata, dengan jejak langkah yang diwarisi, anak Allahyarh4m Mr. Os, iaitu Dewa dapat berentap di pentas akhir dan diangkat sebagai pemenang dan diserap menjadi ahli kumpulan terbaru Sepahtu.

Dengan kemunculan Shuib sebagai juri, seolah-olah dapat mengubati rindu peminat-peminatnya yang telah lama tidak dapat melihat dia beraksi di pentas.

VIDEO:

Dengan kemeriahan rancangan tersebut, seorang penonton di belakang shuib telah mnjadi perhatian ramai apabila dikatakan matanya mirip dengan arw4h Siti Sarah.

VIDEO:

VIDEO:

Dengan kemeriahan rancangan tersebut, seorang penonton di belakang shuib telah mnjadi perhatian ramai apabila dikatakan matanya mirip dengan arw4h Siti Sarah.

VIDEO:

KOMEN NETIZEN: 

-tehtarikkaw.com

Selasa, 18 Januari 2022

Ini jawapan Shuib selepas dikaitkan bercinta dengan DSV

 


Selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu mengakui sedang mengenali wanita lain.

Bagaimanapun, Shuib mendedahkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida bukanlah individu yang sedang dikenali buat masa ini.

Kata Shuib lagi, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Vida atas urusan perniagaan makanan yang diusahakan bersama sejak arwah isterinya Siti Sarah masih ada lagi.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

“Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi,” katanya, seperti dilapor portal hiburan RotiKaya.

Menurut Shuib tidak mungkin mereka akan bercinta apatah lagi dia mencari individu yang sederhana serta mampu menjaga anaknya yang masih kecil.

“Tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.

“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” katanya.

Jelas Shuib lagi, siapa pun wanita yang akan menjadi jodohnya nanti perlu mendapat persetujuan daripada ibu serta anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya.

“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, Vida berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bercinta dengan Shuib serta mengatakan pelawak itu mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

-negaramerdeka.com

Ahad, 16 Januari 2022

“Saya pun rapat dengan anak-anaknya”, Shuib ada ciri lelaki idaman saya kata DS Vida.

 


Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan popular Shuib. 

Vida berkata, Shuib memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini. 

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwh Siti Sarah men1ngg4l dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi. 

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,”katanya. 


Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu. 

“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. 

“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,”katanya.


Sebelum ini, Vida juga sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.

Sumber: HMetro

Selasa, 17 Ogos 2021

Sepupu Shuib bakal jadi ibu susuan Ayash Affan

 


Kuala Lumpur: Pelawak dan pelakon popular, Shuib Sepahtu, 37, akhirnya sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat anak bongsunya, Ayash Affan yang lahir pada 6 Ogos lalu iaitu sepupunya sendiri.

Shuib berkata, sepupunya itu baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, banyak perkara penting harus diambil kira dan difikirkan sebelum membuat keputusan berkenaan ibu susuan terutama dari aspek agama.

"Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya, ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash nanti.

"Saya sebenarnya bimbang terhadap masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri). Takut juga masa depan nanti, kita tidak tahu akan jadi apa. Takut terkahwin pula, akan jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga (ibu susuan). Apapun, saya ucap terima kasih kepada rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolong," katanya dalam temubual dalam program Melodi, kelmarin.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, hanya Allah dapat membalas segala kebaikan yang dihulurkan banyak pihak kepadanya untuk membantu mendapatkan bekalan susu ibu buat anaknya itu.

"Bukan sahaja Tilla (Syatilla Melvin), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.

"Saya harap Allah balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga kepada yang mendoakan kekuatan untuk diri saya," katanya.

Mengulas perasaan rindu terhadap Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib berkata, dia tidak mahu terlalu berduka kerana takut arwah isteri tersayang berasa sedih.

Menurut Shuib, bila kita teringatkan arwah, sedekahkan bacaan surah al-Fatihah.

Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

-myMetro

Sabtu, 7 Ogos 2021

"Allah hadirkan keajaiban di depan mata saya" - Shuib syukur perkembangan Siti Sarah

 "Allah hadirkan keajaiban di depan mata saya" - Shuib syukur perkembangan Siti Sarah

Perkembangan positif yang ditunjukkan Siti Sarah amat-amat menggembirakan Shuib kerana sebelum ini dia mengakui hampir putus asa terhadap keadaan isteri kesayangannya itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu apabila doktor memaklumkan keadaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin semakin stabil.
Bahkan, perkembangan positif yang ditunjukkan Siti Sarah, 36, amat-amat menggembirakan Shuib kerana sebelum ini dia mengakui hampir putus asa terhadap keadaan isteri kesayangannya itu.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, setakat pukul 6 petang Sabtu, kadar oksigen Siti Sarah sudah mencecah paras 85 berbanding paling rendah sebanyak 40 pada pukul 11 malam Jumaat sedangkan kadar ideal oksigen bagi manusia ialah melebihi 95 peratus.
“Allah maha baik. Allah bantu saya dan Siti Sarah dengan memberikan rahmatNya, dihadirkan ramai orang berdoa, membaca Yassin dan mengadakan solat hajat tanya henti.
“Berkat kebaikan semua orang pada isteri saya itu, Allah hadirkan keajaiban buat saya. Keajaiban itu berlaku di depan mata saya. Saya amat-amat bersyukur dan menginsafi kebaikan Allah buat saya dan isteri,” kata Shuib ketika berkongsi perkembangan terkini Siti Sarah dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi yang disertai oleh 157 kenalan pasangan itu.
Selepas berhari-hari melalui detik-detik yang sukar sehingga tidak lelap tidur serta hilang selera makan, Shuib mengakui, keajaiban yang Allah hadirkan dalam tempoh 24 jam lalu telah mengembalikan semangat serta senyumannya.
“Di sebalik uijan ada kemanisan yang Allah berikan. Saya sangat beremosi dan terlalu seronok melihat keprihatinan rakan-rakan kami yang saling berganti menghadiahkan bacaan Yassin, solat hajat serta doa yang tidak putus-putus buat Siti Sarah serta anak kami.
“Saya seperti mendapat semangat baharu. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” kata Shuib.
Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada Rabu lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas dijangkiti COVID-19.
Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.
Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.
Kata Shuib, anak bongsu mereka itu masih ditempatkan di HCTM tetapi sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik.
“Pada awalnya doktor maklumkan anak kami tidak bernafas dan tidak bergerak tetapi selepas memantaunya … sudah mula menunjukkan perkembangan, sudah mula menendang kaki dan menggenggam tangannya selain sudah membuka mata,” cerita Shuib dalam nada penuh syukur.-Astro Awani

Jumaat, 6 Ogos 2021

Covid19: Siti Sarah ditidurkan kerana oksigen tidak stabil - Shuib Sepahtu

 Shuib berkongsi foto yang dirakam ketika dia dan anak-anak berinteraksi dengan Siti Sarah yang menjalani rawatan di ICU HCTM, melalui entri Instagram (IG). Foto IG Shuib Sepahtu

Shuib berkongsi foto yang dirakam ketika dia dan anak-anak berinteraksi dengan Siti Sarah yang menjalani rawatan di ICU HCTM, melalui entri Instagram (IG). Foto IG Shuib Sepahtu

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, yang sarat hamil tujuh bulan, terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, berikutan tahap oksigen tidak stabil.

Suami Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu meminta peminat mendoakan agar isteri dan bayi dikandung, diberi kekuatan dan kembali sihat.

"Pagi tadi, isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil. Keadaan isteri tidak berapa baik.

"Saya mohon pada hari baik, hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.

Doktor dijangka melakukan pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan Siti Sarah, petang ini. Foto IG Shuib Sepahtu
Doktor dijangka melakukan pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan Siti Sarah, petang ini. Foto IG Shuib Sepahtu

"Semoga Allah merahmati kita semua," katanya melalui entri dimuat naik di Instagram (IG).

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya, suami dan tiga cahaya mata positif COVID-19.

Siti Sarah dan keluarga mengambil ujian saringan COVID-19 selepas pembantu rumah disahkan dijangkiti virus berkenaan, pada 25 Julai lalu.

Sementara itu, syarikat pengurusan Siti Sarah, Indigital Music menjelaskan penyanyi itu ditidurkan bagi membolehkan dirinya berehat, badan tidak bekerja kuat dan mengelak banyak berfikir.

Pengurus Siti Sarah, Nana Mohd Rom berkata, Shuib memberitahu syarikat pengurusan bahawa doktor terpaksa menidurkan Siti Sarah untuk membolehkannya berehat.

"Shuib akur apa sahaja yang disarankan hospital, demi kebaikan isterinya itu," katanya.

Majlis bacaan yasin dan doa selamat untuk Siti Sarah secara maya dianjurkan pada jam 12.30 tengah hari tadi, dipimpin Iman Muda Asyraf.

Sementara itu, maklumat terbaharu yang diterima daripada Indigital Music menyatakan, paras oksigen Siti Sarah semakin baik dan doktor dijangka melakukan pembedahan mengeluarkan bayi, pada jam 2 petang ini.

Siti Sarah dikejarkan ke hospital Rabu lalu selepas batuk dan mengadu tidak selesa berikutan tahap oksigen yang menurun.

Siti Sarah sepatutnya memotong gelang pada hari sama dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun, Shuib bersama tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan negatif selepas kuarantin 14 hari.

-BH Online