Biara Haram, Sami Langgar Ajaran Buddha?
Tempohari mereka dakwa biara telah berusia 100 tahun tetapi mereka gagal memberikan sebarang bukti sehingga mengakibatkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa biara haram tersebut tiada hak ke atas gua tersebut.
Apa akan jadi kepada hakmilik tanah di Malaysia andai semua pihak boleh mendakwa telah berada di tanah tersebut berpuluh atau beratus tahun tanpa sebarang bukti?
Itu belum lagi ditambah bahawa memang dari awal penceroboh tanah tahu itu bukan tanah mereka, kenapa ceroboh & bina sesuatu?
Jikalau itu logik mereka, adakah biara haram ini membenarkan pula orang luar ceroboh biara itu?
Sudah pasti mereka akan buat laporan polis.
Tidak cukup dengan dakwaan biara telah berusia 100 tahun tetapi gagal memberikan sebarang bukti, semalam mereka begitu terdesak sehingga ke SUHAKAM pula.
Kenapa pergi ke SUHAKAM?
Kali ini mereka bukan lagi memainkan dakwaan 100 tahun tetapi Perlembagaan pula. Menurut laporan Malaysiakini, mereka mendakwa perobohan biara itu menjejaskan kebebasan beragama yang dilindungi bawah Perkara 3(1), Perkara 11(1) dan Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 3(1) memperuntukkan bahawa agama selain Islam boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan, manakala Perkara 11(1) menjamin hak seseorang untuk menganut dan mengamalkan agamanya.
Perkara 11(3) pula antara lain menjamin hak kumpulan agama untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri serta menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi tujuan keagamaan.
Beberapa isu timbul sebenarnya. Ketika mereka menceroboh & membina biara haram tersebut, Perlembagaan mana yang mereka rujuk atau mereka hanya rujuk Perlembagaan apabila kena pada tekak mereka sendiri?
Kedua pula ialah, sejak bila kebebasan mengamalkan agama Perkara 3 (1) & jaminan menguruskan hal ehwal agama Perkara 11 (3) itu bermaksud kita boleh ceroboh tanah orang lain & bina struktur haram di situ?
Dr Chiong Sai Tin atau dikenali sebagai Bhante Kusala sebagai ketua sami, saya yakin beliau tahu ajaran Buddha yang cantik ini dalam Pancasila yang kedua;
Adinnadana veramani sikkhapadam samadiyami
Aku berjanji untuk menahan diri daripada mengambil apa yang tidak diberikan.
(The Vipassana Retreat: The Precepts - 5 & 8)
Bukankah tuanpunya tanah tidak memberikan hak kepada biara haram & malahan telahpun kalah di Mahkamah Persekutuan, kenapa masih beria-ia mahukannya?
Adakah Dr Chiong mengikuti ajaran Buddha yang sepatutnya mengajar adanya Dukkha (kesengsaraan) kerana Samudaya (nafsu/kemahuan) dan cara mengatasi kesengsaraan adalah Nirodha iaitu menghapuskan nafsu?
Adakah sami-sami serta persatuan agama Buddha akan menegur perbuatan Dr Chiong atau mereka tidak mahu mengikuti salah satu ajaran 8 Fold Path iaitu Right Action (Perbuatan Yang Betul).
Perbuatan ceroboh & bina biara sudah pasti adalah salah & haram di sisi undang-undang Malaysia.
Namun, persoalan untuk para sama-sama & persatuan agama Buddha di Malaysia, adakah perbuatan Dr Chiong & biara haram itu perbuatan yang betul menurut ajaran Buddha?
Saya menanti jawapan jujur & telus dari sahabat Buddhist kerana saya tahu agama Buddha mengajar penganutnya agar jujur.













