"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mei 2022

COVID-19 ragut 15 juta penduduk dunia 2020-2021 - WHO

  Foto yang dirakamkan pada 26 Ogos 2021 menunjukkan ahli keluarga meratapi kematian mangsa COVID-19 di tanah perkuburan Surabaya, Indonesia. - Foto AFP

Foto yang dirakamkan pada 26 Ogos 2021 menunjukkan ahli keluarga meratapi kematian mangsa COVID-19 di tanah perkuburan Surabaya, Indonesia. - Foto AFP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pandemik COVID-19 meragut hampir 15 juta nyawa di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun mulai 2020.

Anggaran itu hampir tiga kali ganda daripada jumlah kematian yang dikaitkan secara rasmi dengan penyakit berkenaan.

Anggaran yang sudah lama ditunggu mengenai jumlah kematian disebabkan oleh wabak itu termasuk nyawa yang terkorban akibat kesannya, akhirnya meletakkan angka pada kesan krisis yang lebih luas.

Angka itu memberikan gambaran yang lebih realistik mengenai pandemik terburuk dalam satu abad, yang dianggarkan membunuh kira-kira satu daripada 500 orang di seluruh dunia dan terus meragut ribuan nyawa setiap minggu.

"Jumlah kematian yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pandemik COVID-19 antara 1 Januari 2020 dan 31 Disember 2021 adalah kira-kira 14.9 juta (julat 13.3 juta hingga 16.6 juta)," menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Angka itu sangat sensitif jika melihat cara WHO memikirkan pengendalian krisis oleh pihak berkuasa di seluruh dunia, dengan beberapa negara, terutamanya India.

Kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan India bagi tempoh 2020-21 adalah 481,000, tetapi WHO menganggarkan penyakit itu mengorbankan 3.3 juta hingga 6.5 juta nyawa.

"Kita perlu menghormati nyawa yang terkorban secara tragis, nyawa yang hilang dan kita mesti bertanggungjawab terhadap diri kita dan penggubal dasar kita," kata Ketua Data WHO, Samira Asma pada sidang media.

Bagaimanapun New Delhi membidas data yang meletakkan angka itu 10 kali ganda daripada catatan rasmi negara itu.

WHO menganggarkan kira-kira 4.75 juta kematian di India sejak 2020 boleh dikaitkan dengan krisis itu, sama ada secara langsung daripada COVID-19 atau secara tidak langsung melalui kesan pandemik yang lebih meluas terhadap sistem kesihatan dan masyarakat.

Angka yang disebut sebagai kematian berlebihan, dikira sebagai perbezaan antara jumlah kematian yang berlaku dan jumlah yang dijangkakan jika tiada wabak itu, berdasarkan data dari tahun-tahun sebelumnya.

https://covid19.who.int/
https://covid19.who.int/

Kematian berlebihan termasuk kematian secara langsung disebabkan oleh penyakit COVID-19, dan secara tidak langsung akibat kesan pandemik terhadap sistem kesihatan dan masyarakat.

Ia juga faktor kematian yang dielakkan ketika wabak, seperti risiko kematian yang lebih rendah berkaitan kerja atau kemalangan jalan raya.

WHO mengisytiharkan COVID sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa pada 30 Januari 2020, selepas kes koronavirus baharu merebak ke luar China.

Negara-negara di seluruh dunia melaporkan 5.42 juta kematian COVID-19 kepada WHO pada 2020 dan 2021 – angka yang kini berjumlah 6.24 juta, termasuk kematian pada 2022.

Organisasi yang berpangkalan di Geneva itu telah lama berkata jumlah sebenar kematian akan jauh lebih tinggi daripada hanya kematian yang direkodkan akibat jangkitan COVID-19.

Kematian yang dikaitkan secara tidak langsung dengan pandemik itu adalah disebabkan oleh keadaan lain yang menyebabkan orang ramai tidak mendapatkan rawatan kerana sistem kesihatan terbeban akibat krisis.

Itu mungkin termasuk kelewatan operasi pembedahan, atau kemoterapi untuk pesakit kanser.

WHO berkata bahawa kebanyakan lebihan kematian iaitu 84 peratus tertumpu di selatan dan tenggara Asia, Eropah dan Amerika.

Malah, 10 negara sahaja menyumbang 68 peratus daripada semua lebihan kematian iaitu Brazil, Mesir, India, Indonesia, Mexico, Peru, Russia, Afrika Selatan, Turki dan Amerika Syarikat.

Negara berpendapatan tinggi menyumbang 15 peratus daripada lebihan kematian; negara berpendapatan sederhana atas 28 peratus; negeri berpendapatan sederhana rendah 53 peratus; dan negara berpendapatan rendah empat peratus.

Jumlah kematian global lebih tinggi bagi lelaki berbanding wanita - 57 peratus lelaki dan 43 peratus perempuan dengan 82 peratus daripada lebihan kematian dianggarkan adalah orang yang berumur lebih 60 tahun.

WHO juga percaya secara umumnya, enam daripada 10 kematian di seluruh dunia tidak direkodkan secara rasmi. - AFP

Khamis, 16 Disember 2021

AS catat lebih 50 juta kes Covid-19 dengan lebih 800,000 kematian

ORANG ramai menunggu untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah kemudahan di Times Square, New York. - AFP

 WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan lebih 50 juta kes jangkitan Covid-19 sejak bermulanya pandemik itu kira-kira dua tahun lalu.

Memetik laporan BBC, lebih 800,000 rakyat AS meninggal dunia akibat Covid-19 yang disifatkan sebagai jumlah kematian paling tinggi yang direkodkan negara itu.  

Angka itu jauh lebih besar daripada keseluruhan penduduk di beberapa negeri termasuk Washington, Boston, North Dakota dan Alaska.

Pakar epidemiologi dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, Dr. Keri Althoff berkata, kebanyakan kes kematian membabitkan individu belum divaksin dan warga emas.

Katanya, lebih ramai warga AS yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada tahun ini berbanding tahun lalu. 

“Gelombang jangkitan yang kita saksikan ketika ini akan berterusan sehingga populasi mencapai tahap imuniti yang cukup tinggi untuk mencegahnya. 

“Apa yang boleh saya katakan adalah, kita masih belum mencapai peringkat itu lagi,” katanya.

Dilaporkan, sejak vaksin Pfizer mula diberikan pada musim sejuk lalu, hampir 300,000 lagi kematian direkodkan.

Pada April lalu, dua lagi vaksin Covid-19 keluaran Moderna dan Johnson & Johnson diluluskan untuk penggunaan. – AGENSI 

Selasa, 14 Disember 2021

Covid19: UK sahkan kematian pertama varian Omicron

 

Britain melaporkan 54,661 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 10,873,468, menurut angka rasmi yang dikeluarkan Isnin. (Gambar AP)

LONDON: Sekurang-kurangnya seorang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 varian Omicron di Britain, kata Perdana Menteri Boris Johnson pada Isnin, lapor Xinhua.

Beliau berkata demikian ketika melawat klinik vaksin di Paddington, barat London.

Sebelum itu, Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid berkata terdapat 10 orang di rawat di hospital selepas dijangkiti varian Omicron sambil memberi amaran bahawa kes, kemasukan ke hospital dan kematian dijangka meningkat.

Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) umur pesakit itu antara 18 dan 85 tahun.

UKHSA pada Isnin mengesahkan 1,576 kes Omicron turut dilaporkan di Britain, peningkatan harian terbesar sejak varian Covid-19 dikesan di negara itu, menjadikan 4,713 kes dicatatkan di negara itu.

Britain melaporkan 54,661 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 10,873,468, menurut angka rasmi yang dikeluarkan Isnin.

Negara itu juga melaporkan 38 lagi korban akibat Covid-19 menjadikan keseluruhan kematian ini berjumlah 146,477, dengan 7,372 pesakit masih di hospital.

Tahap amaran Covid UK telah dinaikkan daripada Tahap Tiga kepada Tahap Empat, tahap kedua tertinggi, “berdasarkan peningkatan ketara dalam kes Omicron”, menurut empat pegawai perubatan dalam satu kenyataan bersama pada Ahad.

Terkini, lebih 89% penduduk berumur 12 tahun ke atas telah mendapat dos pertama vaksin dan lebih 81% sudah lengkap kedua-dua dos. Lebih 41% lagi menerima suntikan dos penggalak.-FMT

Jumaat, 10 September 2021

Covid19: Khairy Jelaskan Kenapa Angka Kematian Harian Tinggi

 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kes kematian tinggi akibat Covid-19 yang dilaporkan setiap hari tidak semestinya menggambarkan kadar kematian sebenar berikutan catatan “backlog” atau tertunggak dalam pengumpulan data.

Bercakap di sidang media, beliau berkata tunggakan itu adalah berpunca daripada prosedur klinikal yang memerlukan siasatan dan pengesahan kematian sebelum mereka dimasukkan ke dalam statistik Covid-19.

“Jika kita llihat di Selangor, laporan menunjukkan kematian semakin tinggi, sedangkan angka sebenar kematian bagi hari tersebut mungkin sebenarnya menurun,” katanya sambil menambah penambahbaikan akan dilaksanakan bagi melancarkan prosedur tersebut.

“Sebelum ini, proses laporan memerlukan kita untuk tunggu sehingga autopsi dan proses pengumpulan data dijalankan bagi mengesahkan punca kematian.”

“Ini akan ambil masa beberapa hari. Sekarang , kita akan ambil tarikh sebenar kematian untuk statistik kita, dan kemudian kita akan lakukan post-mortem mengikut prosedur klinikal.”

Beliau berkata jika wujud perubahan, penjelasan akan dibuat dan data tersebut akan dipinda.

“Dengan prosedur baru ini, kita akan umumkan kes-kes kematian mengikut tarikh sebenar kematian.”

-Anak Sungai Derhaka

Jumaat, 30 Julai 2021

Covid19: 16 pekerja jadi korban virus tetapi kilang beroperasi seperti biasa.

 Gambar kenangan Nancy Endi bersama suaminya, Hani Sha'ari.

Gambar kenangan Nancy Endi bersama suaminya, Hani Sha'ari.

Johor Bahru: "Mereka mungkin tidak mengerti nilai nyawa 16 mangsa termasuk arwah suami saya yang terkorban akibat jangkitan Covid-19 kerana mereka tidak mengharungi detik yang kami lalui ini," kata Nancy Endi, 41.

Nancy berkata, suaminya, Hani Sha'ari, 43, adalah mangsa ke-16 terkorban akibat jangkitan Covid-19 ketika bekerja sebagai ketua juruteknik di sebuah syarikat elektronik di Tanjung Agas, Muar di sini.

Menurutnya, suami yang disahkan positif Covid-19 pada 13 Julai lalu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, 16 Julai sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Melaka pada 19 Julai lalu.

Katanya, pada 19 Julai lalu, dia dan dua anak berusia 4 dan 12 tahun turut disahkan positif Covid-19 manakala dua lagi anaknya didapati negatif.

"Kali terakhir kami bertemu dengan arwah suami adalah sebelum dibawa ke MITC manakala ketika saya dan anak mula dikuarantin di MITC pada 20 Julai lalu, suami sudah dirujuk ke hospital kerana keadaannya tidak stabil.

"Ada ketikanya, dia mampu ketawa ketika berkomunikasi menerusi telefon, malah dia juga pernah juga tercungap-cungap ketika berbual kerana dakwa sesak nafas," katanya.

Nancy berkata, kali terakhir berbual dengan suami pada tengah hari 26 Julai lalu dan bercadang membuat panggilan video pada waktu malam hari berkenaan bagi mengubati rindu terhadap teman hidupnya.

Bagaimanapun, katanya, pada jam 10 malam pada 26 Julai lalu dia menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan suami terpaksa ditidurkan.

Katanya, dia hanya mampu berdoa setiap hari supaya suami diberi kesembuhan.

"Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya. Pada awal pagi hari ini iaitu pada jam 5.40 pagi, saya menerima khabar berkaitan pemergian suami.

"Arwah suami seorang yang penyayang dan suka bermanja dengan saya, saya tidak sangka tiba-tiba dia sudah dijemput Ilahi serta pesanan terakhirnya adalah supaya saya menjaga anak dan solat.

"Yang paling saya terkilan, saya tidak mampu melihat dan memeluk jenazahnya buat kali terakhir serta jenazah akan dikebumikan jam 8.30 malam ini (semalam) di tanah perkuburan di Melaka.

"Arwah suami dari Bukit Gambir dan sekurang-kurangnya adik-beradik serta anak sulung kami dibenarkan hadir ke majlis pengebumian," katanya.

Nancy bercadang menyaman majikan suami yang tidak menutup operasi kilang walaupun terdapat kes jangkitan Covid-19 di premis berkenaan.

"Bukan seorang atau dua, sudah 16 orang meninggal dunia dan adalah majikan fikir pampasan dapat menggantikan nyawa yang terkorban termasuk suami yang sudah bekerja selama 23 tahun.

"Saya dari Indonesia tiada pengalaman bekerja dan buntu memikirkan nasib anak kerana semua masih bersekolah dan mereka juga dalam tekanan kerana kehilangan insan kesayangan yang tiada pengganti.

"Doktor juga menyatakan darah saya masih ada kuman dan saya kuatkan semangat demi anak," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau) Johor, Mohd Ridhwan Othman berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan sesuai sebelum bencana menimpa kumpulan pekerja kilang berkenaan semakin buruk.

"Kami menggesa kementerian berkaitan mengambil kira nasib pekerja dan keluarga masing-masing.

"Kami bukan meminta kilang itu ditutup 14 tahun sebaliknya 14 hari demi keselamatan ramai.

"Setakat ini, masih tiada tindakan terhadap pemilik dan pengusaha kilang berkenaan oleh pihak berkuasa, ia seharusnya ditutup bagi memberi ruang kepada siasatan dan proses sanitasi," katanya.-myMetro