"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Proton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Proton. Papar semua catatan

Ahad, 4 Februari 2024

Proton S70:Kenapa pakai enjin Turbo PFI sahaja, tak pakai enjin Turbo GDI?

 Proton S70.


Kenapa pakai enjin Turbo PFI sahaja, tak pakai enjin Turbo GDI?

Pendapat aku.

Enjin Turbo PFI kurang sedikit kos penyelenggaraan berbanding enjin Turbo GDI.

Yang pertama, enjin Turbo GDI menggunakan dua pam petrol, satu yang terletak di dalam tangki petrol (low pressure fuel pump), satu lagi pada enjin (high pressure fuel pump atau mechanical fuel pump).

Enjin Turbo PFI hanya ada satu pam petrol yang terletak di dalam tangki petrol macam enjin PFI NA. 

Jadinya kos sudah kurang di situ (jika berlaku kerosakan).

Keduanya, penyuntik petrol enjin Turbo GDI berharga lebih mahal, dinamakan penyuntik Piezo. Lebih kurang macam penyuntik untuk enjin Diesel, penyuntik Piezo merupakan penyuntik yang sangat tepat, tetapi penyuntik Piezo agak sensitif, antaranya adalah ianya sensitif terhadap kekotoran di dalam petrol. Jadinya ketahanan penyuntik Piezo agak kurang jika dibandingkan dengan penyuntik petrol enjin Turbo PFI.

Penyuntik petrol untuk enjin PFI tidak terlalu sensitif, jarang sangat dengar penyuntik petrol enjin Turbo PFI atau enjin PFI NA rosak.

Yang ketiganya, penyuntik petrol enjin Turbo GDI terletak di kebuk pembakaran. Petrol disuntik terus ke dalam kebuk pembakaran. 

Penyuntik petrol enjin Turbo PFI pula terletak di antara “intake manifold” dan injap, petrol yang disuntik akan melalui injap, maka akan ada sedikit sebanyak proses pembersihan di situ.

Jika guna petrol RON97 yang dilengkapi dengan pembersih, lagi bersihlah injap.

Tetapi enjin Turbo GDI jadi lain pula, disebabkan petrol tidak melalui injap, bahagian “port intake” dan injap “intake” akan menjadi kotor. Bila kotor enjin akan jadi macam-macam, contohnya “knocking” dan kurang “power”.

Nak cuci memang kena buka banyak komponen, dan kos pun menjadi tinggi.

Jadinya bagi pendapat aku, memang patut Proton keluarkan S70 dengan menggunakan enjin Turbo PFI kerana kos penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding enjin Turbo GDI.

Enjin Turbo PFI bukanlah tak “power”, tetapi untuk dapatkan penjimatan bahanapi dan mengawal kadar “emission”, itulah pengeluaran kuasa yang terbaik, 150 ps dan tork 226 Nm yang bermula pada rpm yang rendah, badan pun tak berapa berat, cukup “power” sangat bagi aku.

Pembeli dapat “enjoy” dengan “power” yang ada, harga yang tidak terlalu mahal, tidak menggunakan transmisi CVT, dan kos penyelenggaraan yang tidak terlalu tinggi.

0-100 kmsj tidak dinyatakan oleh Proton, tetapi dari apa yang aku tahu, 0-100 kmsj antara bawah sedikit dari 9 saat hingga ke hampir 10 saat. Bagi aku cukup seronok sangat dah dengan pecutan begitu.

Kelajuan maksimum oleh rakan aku dapat antara 215 hingga 220 kmsj. Aku percaya kerana dengan kuasa enjin 150 ps, transmisi dwi klac dan badan sedan yang “streamlined”, memang boleh dapat kelajuan maksimum begitu.

Bagi aku sudah cukup sangat dengan kelajuan begitu, dan bagi aku 200 kmsj sudah cukup laju, macam Honda Civic 1.5L VTEC Turbo, dalam brosur dinyatakan kelajuan maksimumnya hanya 200 kmsj, maknanya Honda nak kata cukup dah tu 200 kmsj 🤣🤣🤣.

Aku rasa Proton kena cepat-cepat keluarkan "part" untuk tambah prestasi. R3 boleh keluarkan sistem suspensi yang terbaik untuk "handling" terbaik tanpa "ganggu" waranti. Rim dan tayar terpilih pun boleh dijual oleh R3.

Kemudiannya buatlah "mapping" ECU untuk tambah "power"  tetapi masih selamat untuk enjin, dan kalau boleh ianya tidak "ganggu" waranti.

Buat macam kereta Turbo lain, ada "Stage" tertentu. Contohnya untuk Stage 1 "remap" sahaja, Stage 2 "remap" dan tukar ekzos, Stage 3, "remap", besarkan turbo dan tukar ekzos.

S70 ada potensi untuk peminat kereta "power". Rugi kalau tak buat. Boleh dapat banyak untung.

Spesifikasi.

Enjin 1.5L 3-silinder DOHC Turbo PFI.

Kuasa maksimum 150 ps / 110 kW @ 5500 rpm.

Tork maksimum 226 Nm @ 1500 - 4000 rpm.

Transmisi dwi klac 7-kelajuan.

Berat 1300 - 1319 kg.

Sumber

Isnin, 11 April 2022

Proton seru pemilik Exora jangan beli OCH bukan keluarannya


 Hos penyejuk minyak atau ‘oil cooler hose’ (OCH) adalah komponen yang menjaga transmisi dan minyak enjin kereta daripada mengalami panas melampau.

PETALING JAYA: Pemilik MPV Exora keluaran Proton dinasihatkan agar tidak membeli hos penyejuk minyak (oil cooler hose atau OCH) yang ditempah khas kerana dikhuatiri akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berlaku.

Ketua Pengurusan Kandungan Proton, Faisal Shah memberitahu pembekal OCH alternatif diragui kepakarannya selain tidak mempunyai makmal untuk tujuan ujikaji komponen buatan mereka.

Isu spesifik seperti OCH pada Proton Exora adalah salah satu isu yang sedang diberi perhatian dan kita usahakan untuk menyelesaikannya. Proton menasihatkan pengguna supaya tidak membeli komponen tidak tulen.

Bagi Proton Exora yang menggunakan enjin turbo, ia adalah satu model yang telah dilancarkan pada 2011 tetapi, pihak syarikat masih melakukan banyak aktiviti untuk meningkatkan prestasinya, termasuk menyelesaikan apa-apa isu yang ada seperti OCH,” katanya kepada FMT.

OCH adalah komponen yang menjaga transmisi dan minyak enjin kereta daripada mengalami panas melampau (overheating).

Jika OCH pecah atau rosak, minyak akan bocor menyebabkan enjin dan transmisi kereta gagal dilincirkan dengan baik, yang akhirnya menyebabkan panas melampau.

Faisal memberitahu, selepas beberapa tahun melancarkan Exora dengan enjin turbo, Proton mengenal pasti berlaku kebocoran OCH yang ketika itu diperbuat sepenuhnya daripada getah.

Katanya, pada masa itu, Proton telah pun menukar OCH pada kenderaan yang terjejas, melakukan kempen servis bagi semua kenderaan yang dikeluarkan serta menukarkan status hos sebagai perlu ditukarkan setiap 40,000 kilometer.

Dan akhir sekali memperkenalkan bahagian baru, iaitu hos separuh besi pada tahun 2018. Ini telah memanjangkan hayat hos itu kepada 80,000 kilometer dan membolehkan ia lebih bertahan pada suhu dan tekanan yang tinggi,” katanya.

Faisal yang mewakili Proton menjelaskan ketidakpuasan hati pemilik Exora yang mendakwa syarikat otomobil nasional itu gagal menyelesaikan isu OCH yang kerap pecah dan mendatangkan kerugian yang banyak.

Ujarnya, Proton akan memanggil semula kenderaan MPV keluarannya itu, jika terdapat teknologi baharu yang boleh menggantikan OCH berkenaan.

Menerusi Kelab Pemilik Exora Malaysia di Facebook, hampir setiap hantaran ahlinya berkaitan masalah OCH pecah. Malah ada yang menggelar isu OCH sebagai ‘bom jangka’ untuk Exora.

Ada yang menggelar isu OCH sebagai ‘bom jangka’ untuk Exora.

Kebanyakan pemilik Exora dalam kumpulan itu mendedahkan mereka terpaksa membeli OCH alternatif bernilai sehingga RM1,000, selepas Proton sejak 2011 dikatakan tidak menawarkan penyelesaian berkaitan isu itu.

Ada juga yang mengeluh apabila terpaksa menunggu lama untuk pusat servis Proton menukar atau menyelesaikan isu OCH dan keadaan itu memaksa mereka mencari penyelesaian sendiri dengan bantuan mekanik.

Kebanyakan pemilik Exora mendedahkan di Facebook bahawa mereka terpaksa membeli OCH alternatif bernilai sehingga RM1,000, selepas Proton sejak 2011 dikatakan tidak menawarkan penyelesaian berkaitan isu itu.
-FMT

Rabu, 27 Oktober 2021

Trending:Proton Juara, dulu dihina sekarang dicari

 

Proton Juara

PETALING JAYA – Proton Juara yang dilancarkan pada 2001 ternyata mempunyai bentuk yang unik dan pelik jika dibandingkan dengan kereta pelbagai guna (MPV) yang lain.

Ketika di awal jualannya, kereta ini tidak mendapat permintaan yang banyak ditambah pula dengan harga sekitar RM50, 000 yang agak mahal ketika itu.

Juara terus merudum, sekitar 2010 kereta ini hanya dijual pada harga RM3, 000 ke RM4, 000 sahaja bagi kondisi yang baik.

Manakala bagi yang berkarat dan rosak, ianya menjadi reban ayam mahupun sebagai pelapik papan di bawah pokok jambu sahaja.

Namun, sejak kebelakangan ini, jenama ini mula menjadi sebutan ramai, mungkin kerana bentuknya yang tinggi menjadi pilihan peniaga tepi jalan.

Bukan itu sahaja, trend menjadikan van sebagai kenderaan berkempen (camper van) ketika ini membuatkan Juara menjadi pilihan ramai.

Menjengah ke beberapa portal jualan kereta, nampaknya harga MPV ini telah mencecah RM10, 000 ke RM15, 000 bagi yang berkondisi elok.

Untuk mencari model ini juga cukup sukar ketika ini, orang ramai turut berpandangan sama dan mendapati model ini semakin pupus.

“Dulu memang bukan pilihan lah Juara ni, dengan bentuk peliknya. Tapi saya agak terkejut dengan harga dan permintaan sekarang.

“Sebelum ini nak cari cukup senang, sekarang memang susah nak dapat. Orang meniaga memang suka dengan model ni,” jelas Yap Ah Chong.

“Juara ni bagus, pintu gelonsor belakang boleh dibuka kedua-dua belah. Memang menjadi pilihan bagi yang nak modi kereta ni.

“Harga pun dah start Yahudi dah sekarang, pandai dah orang-orang kita ni,” kata Wan Aziz Wan Deraman. – K! ONLINE.