"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan

Ahad, 12 Oktober 2025

Kenapa Tentera Darat Tiada Nama Diraja?

 “Kenapa Tentera Darat Tiada Nama Diraja?”

Oleh: Azizul Farhan

Ada seorang pakcik ni buat video dan kemukakan persoalan ni. Ramai yang tak perasan, dalam tiga cabang utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu darat, laut dan udara, hanya dua cabang yang menggunakan gelaran “Diraja”. 

Kita ada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kita ada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Tapi kenapa tiada Tentera Darat Diraja Malaysia? 

Soalan ni nampak mudah, tapi jawapannya sebenarnya berakar pada sejarah panjang, struktur organisasi dan tradisi ketenteraan yang diwarisi sejak zaman penjajahan British lagi.

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula lebih awal daripada semua cabang lain. Seawal tahun 1902, Raja-Raja Melayu sudah pun berbincang dengan penasihat British tentang usaha menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak watan, bukan tentera upahan luar. 

Hasrat itu akhirnya menjadi kenyataan pada 23 Januari 1933 apabila Rang Undang-Undang Askar Melayu diluluskan. Dari situ lahirlah Kompeni Percubaan Askar Melayu yang bermula dengan hanya 25 orang anak muda Melayu menjalani latihan di Haig Lines, Port Dickson. 

Dari detik kecil inilah bermulanya sejarah panjang yang akhirnya membentuk Rejimen Askar Melayu dan seterusnya menjadi tulang belakang kepada Tentera Darat Malaysia hari ini.

Sebenarnya, Tentera Darat bukan tak ada gelaran “Diraja”. Ramai tak tahu bahawa hampir semua kor dan rejimen di bawah Tentera Darat sudah pun menerima pengiktirafan Diraja daripada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya;

- Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), 

- ⁠Rejimen Renjer Diraja (RRD), 

- ⁠Kor Armor Diraja (KAD), 

- ⁠Rejimen Artileri Diraja (RAD), 

- ⁠Rejimen Semboyan Diraja (RSD), 

- ⁠Kor Kesihatan Diraja (KKD), 

- ⁠Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), 

- ⁠Kor Risik Diraja (KRD), 

- ⁠Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), dan 

- ⁠Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD).

Ini hanyalah sebahagian daripada yang telah dikurniakan gelaran tersebut. Pendek kata, hampir semua cabang di bawah Tentera Darat membawa nama Diraja, cuma pengiktirafan itu diberikan kepada unit dan kor masing-masing, bukan kepada keseluruhan Tentera Darat.

Siapa yang jadi payung diraja setiap kor?

Ramai tak tahu, setiap rejimen dan kor dalam Tentera Darat ada penaung tertinggi yang dikenali sebagai Kolonel Yang Dipertua dan hampir semuanya adalah Raja atau Sultan dari negeri-negeri di Malaysia.

Sultan Kedah menaungi Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD).

Raja Perlis menjadi penaung kepada Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD).

Sultan Perak menaungi Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Kor Kesihatan Diraja (KKD).

Sultan Kelantan menaungi Rejimen Artileri Diraja (RAD) serta Kor Risik Diraja (KRD).

Sultan Terengganu pula menaungi Kor Armor Diraja (KAD) dan Kor Ordnans Diraja (KOD).

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi penaung Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dan Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD).

Sultan Johor menaungi pasukan elit negara, Rejimen Gerak Khas (GGK).

Beberapa cabang lain seperti Rejimen Sempadan (RS), Kor Perkhidmatan Am (KPA) dan Rejimen Askar Wataniah (AW) belum mempunyai Kolonel Yang Dipertua, mungkin kerana peranan dan struktur organisasi mereka berbeza daripada kor utama.

Sementara itu, Sultan Selangor ialah Kepten Yang Dipertua bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Sultan Pahang ialah Kolonel Dipertua bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dan jangan pelik bila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikenali sebagai Field Marshal, Admiral of the Fleet atau Marshal of the Royal Malaysian Air Force. Itu sebab YDPA ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, jadi secara automatik baginda berhak memakai pangkat lima bintang (5-star rank) tertinggi dalam ketiga-tiga cabang.

Inilah perbezaan besar antara Tentera Darat dengan dua cabang lain. Dalam Tentera Laut dan Tentera Udara, struktur mereka jauh lebih ringkas. Masing-masing adalah satu perkhidmatan tunggal tanpa pecahan kor atau rejimen yang banyak. 

Jadi bila pengiktirafan Diraja diberikan, ia secara automatik meliputi seluruh cabang. Sebab itu ada Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. 

Tapi Tentera Darat pula terdiri daripada pelbagai kor dan rejimen dengan peranan khusus. Ada yang tempur, ada yang logistik, ada yang teknikal, ada yang risikan. Maka gelaran Diraja diberikan kepada unit-unit itu secara individu, bukan kepada keseluruhan organisasi.

Ada yang tanya, kalau macam tu, adakah Tentera Darat “kurang Diraja”? 

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, kalau ikut jasa dan sejarah, Tentera Daratlah yang paling banyak berkorban untuk negara. 

Dari zaman Perang Dunia Kedua, Darurat 1948, Konfrontasi Indonesia-Malaysia tahun 1963, sampai ke pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 semua itu dibayar dengan darah, peluh dan nyawa anggota Tentera Darat. 

Mereka mungkin tak ada perkataan “Diraja” di depan nama rasmi, tapi setiap panji-panji mereka sudah pun dikurniakan Panji Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Dalam konteks ini, Tentera Darat sebenarnya lebih istimewa, sebab gelaran Diraja mereka bukan hanya satu nama besar di atas kertas, tetapi hidup dalam setiap rejimen dan kor pada bendera, lambang dan panji yang mereka junjung setiap hari.

Mereka tak perlukan gelaran baharu kerana maruah mereka sudah lama dijunjung di bawah Panji Diraja.

Source 

___


Mempertahankan kemerdekaan lebih sukar daripada meraih kemerdekaan.


Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis untuk mempertahankan tanah air bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. 


Dapatkan Segera! 

https://shope.ee/7zoyrqggTG

Selasa, 23 April 2024

Nahas Helikopter:`Kawan ma cakap, ma sudah tak ada'

 Gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri 2024 Allahyarham Noor Rahiza Anuar (dua, kanan)  bersama keluarga. - Foto BERNAMA

Gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri 2024 Allahyarham Noor Rahiza Anuar (dua, kanan) bersama keluarga. - Foto BERNAMA

LUMUT: "Kawan ma (ibu) cakap ma sudah tak ada". Itu kata remaja perempuan dalam nada suara menggeletar ketika mengambil adiknya di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Teluk Muroh, di sini, hari ini.

Remaja itu adalah anak kepada Bintara Muda Noor Rahiza Anuar antara 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini.

Guru tadika yang dikenali sebagai Ila itu berkata, pada mulanya mereka tidak mengetahui nahas berkenaan sebelum kakak kepada kanak-kanak perempuan, Nur Qistina Afiyah, 6, datang ke pusat asuhan itu kira-kira jam 10.30 pagi.

"Selalu ibu bapa murid itu akan beritahu kalau nak ambil cuma kakak dia datang mengejut kata nak ambil Afiyah saja.

"Bila guru kelas tanya kenapa sebab tengok dia (kakak Afiyah) menggeletar, dia cakap 'tak tahu dia kata kawan-kawan ma suruh ambil adik-adik sebab ma sudah tiada," katanya.

Katanya, mereka yang hairan dengan maksud' ma sudah tiada' mahu menghubungi ibu kanak-kanak itu namun sebelum sempat menelefon wanita berkenaan, mereka melihat berita mengenai nahas terbabit di media sosial.

"Kanak-kanak itu berusia enam tahun dan bersekolah di sini sejak tahun lalu. Selalu arwah ibu dia akan hantar kadang-kadang abang, kakak dan bapa. Semalam baru jumpa arwah, tengok dia hantar anak bongsunya itu.

"Saya dan cikgu lain masih terkejut dan terbayang senyuman mak dia datang ambil anaknya," katanya.

Abdul Latif Anuar menunjukkan gambar kenangan bersama Allahyarham adiknya Noor Rahiza Anuar. - Foto BERNAMA
Abdul Latif Anuar menunjukkan gambar kenangan bersama Allahyarham adiknya Noor Rahiza Anuar. - Foto BERNAMA

Noor Rahiza antara 10 anggota dan pegawai TLDM yang terkorban dalam nahas berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi.

Selain Noor Rahiza, mangsa yang terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli; Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Manakala dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad; Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Kiri atas: Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan, Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin. Kiri bawah: Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun, Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar.
Kiri atas: Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan, Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin. Kiri bawah: Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun, Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar.

-BH Online 

TERKINI: Dua Pegawai Memerintah Skuadron Helikopter TLDM antara 10 korban tragedi

 Bangkai pesawat selepas terbabit dalam insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.

Bangkai pesawat selepas terbabit dalam insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.

KUALA LUMPUR: Dua Pegawai Memerintah Skuadron Helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah di antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu di Lumut, Perak, hari ini.

Mereka yang terkorban adalah Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM, Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Pegawai Pemerintah Skuadron 502 TLDM, Komander Muhamad Amir Mohamad.

Komander Muhammad Firdaus Ramli (kiri) dan Pegawai Pemerintah Skuadron 502 TLDM, Komander Muhamad Amir Mohamad.

Komander Muhammad Firdaus Ramli (kiri) dan Pegawai Pemerintah Skuadron 502 TLDM, Komander Muhamad Amir Mohamad.

TLDM dalam kenyataannya, berkata dua pegawai berpangkat Leftenan Komander turut terkorban, iaitu Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin dan Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi.

"Selain itu, mangsa yang terkorban ialah Leftenan T Sivasutan; Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

"Nahas mengorbankan tiga penumpang masing-masing Pegawai Waran II TNL, Noorfarahimi Mohd Saedy; Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar; Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia anak Rohna," katanya, hari ini.

Dalam pada itu, TLDM turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, selain memaklumkan pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut.

Terdahulu, BH melaporkan nahas dua helikopter TLDM bertembung ketika raptai lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 9.03 pagi tadi.

Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM-AW139 terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Rentetan kejadian itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, menyifatkan nahas terbabit sebagai insiden yang amat malang.


INFO:

Spesifikasi Helikopter Fennec (AS 555 SN)

Helikopter Fennec
Helikopter Fennec

Nama pasukan: Skuadron 502

Negara Pengeluar: Perancis

Syarikat pengeluar: Eurocopter

Panjang: 10.93 meter

Lebar: 2.28 meter

Kelajuan: 150 knots

Sesaran: 5.3 meter

Jumlah kru: 3 orang


Spesifikasi Helikopter AW139 (HOM)

503-HOM
503-HOM

Nama pasukan: Skuadron 503

Jenis: AW139

Negara pengeluar: Itali

Syarikat pengeluar: Leonardo Helicopter

Jumlah kru: Empat orang

Kelajuan maksimum: 167 knots

Kelajuan standard: 130 knots

Durasi penerbangan: Empat jam

Jarak: 550 batu nautika

-BH Online 

Kenyataan Akhbar: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM

 Kenyataan Akhbar 

Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM



Helikopter terhempas: 10 dilaporkan terkorban

 HELIKOPTER terhempas ketika latihan di Pangkalan TLDM Lumut.

HELIKOPTER terhempas ketika latihan di Pangkalan TLDM Lumut.

Kuala Lumpur: Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.

Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Helikopter berkenaan dipercayai sedang menjalani latihan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian 9.50 pagi sebelum dua jentera dikejarkan ke lokasi.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi memaklumkan Menteri Pertahanan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.

-myMetro 

Artikel Berkaitan: Dua helikopter bertembung di udara dalam Pangkalan TLDM Lumut