"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Piala Asia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Asia. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Februari 2024

Final Piala Asia:Bak cerita dongeng yang bertemu juara bertahan .

 Bak cerita dongeng yang bertemu juara bertahan .

Antara rekod tertinggi pasukan bola sepak Jordan, mereka satu kaki langkah untuk ke Piala Dunia pada kelayakan 2014. Namun kalah telak di tangan Uruguay 5-0 di Home Away.

Kini di tahun 2024 mereka satu langkah lagi untuk menjulang Piala Asia , dan juara bukan sekadar menjulang piala tetapi akan mendapat slot ke Piala Konfederasi Dunia  2026  di Amerika Syarikat.

Bagi Qatar, mereka mahu membuang gelaran tuan rumah pelengkap jadual apabila dihumban dan dimalukan di Piala Dunia lalu  dengan menjulang Piala buat kali kedua berturut.Sentimen sebagai tuan rumah dan juara bertahan akan menjadi satu motivasi atau bebanan jika gagal di kawal dengan baik. 

 Nothing to lose untuk Jordan , cerita Greece yang kalahkan Portugal di Euro 2004 di tanah Portugal menjadi nilai tambah untuk diikuti manakala cerita tuan rumah Brazil dikalahkan German 7-0 menjadi gerun kepada Qatar.

Dunia akan memerhati kualiti sebenar benua Asia menerusi perlawanan akhir ini. Tiada nama Jepun, Korea tetapi siapa sangka dua pasukan arab yang buas dan lasak akan beradu.

Perlawanan akan diadili pengadil China Ma Ming . Harey punya AFC  game Arab lawan Arab pandai pulak pengadil benua asia lain. 

Ramalan: Qatar 4-4 Jordan (Penalti 3-1 Qatar Juara)

Credit 

Ahad, 4 Februari 2024

Piala Asia:Jepun yang dijangka menjadi juara dihantar pulang sebelum masuk separuh akhir


 2 bulan sebelum Piala Asia, persiapan Jepun memang nampak akan kuasai Asia dan Piala Asia tampak jelas akan ke Jepun.

 Rekod persahabatan matches dan WCQ memang sangat impressive. 

Bermula dengna kalahkan El Salvador 6-0, kalahkan Peru 4-1, kalahkan German 4-1, kalahkan Turkey 4-2, kalahkan Canada 4-1 dan kalahkan Tunisia 2-0. 

Kemudian di WCQ mereka kitai Myanmar dan Syria 5-0. 

Sebelum kick-off Piala Asia, dalam friendly mereka, Thailand dan Jordan di lanyaknya masing2 dgn 5-0 & 6-1. 

Jepun telah dilihat sebagai calon no 1 untuk juarai Piala Asia.

Tapi bermulanya game competitive di Piala Asia, mereka tumbang pada Iraq 1-2 walau kalahkan dua pasukan ASEAN Vietnam dan Indonesia.

Di R16, Jepun diletakkan bertemu juara Kumpulan E, Bahrain dan mereka menang 3-1. 

Tetapi di Quarter Final, Jepun diletakkan cabaran terbesar bertemu pasukan no 1 Asia. Iran. Walau leading 1-0 pada mulanya, tapi Jepun gagal tambah score mereka hingga Iran berjaya lakukan comeback dan seri 1-1.  

Game yang seakan melarat ke extra time tiba2 pemain Jepun lakukan mistake yang akan dikesalinya sepanjang kariernya. 

Iran dapat penalti di minit ke 4 masa tambahan 4 minit. Akhirnya Jepun tumbang walaupun cuba melakukan last minute attack dengan 9 orang menyerang. 

Akhirnya Jepun tersingkir dan Jepun dihantar pulang oleh Iran tanpa mampu mara ke Separuh Akhir di Piala Asia.

Begitulah bolasepak. Jordan yang dikitainya habis-habisan 3 hari sebelum bermula Piala Asia dgn 6-1 kini ke Semi Final malah ada harapan cerah ke final tapi prospek Juara Piala Asia sudah pun mulakan perjalanan mereka ke Sheikh Hamad Airport untuk mulakan perjalanan pulang selama 13 jam atau mungkin semua terus pulang ke kelab masing2 di Eropah.

Qatar seperti diramal mara ke semi final tapi cabaran Uzbekistan agak mengejutkan hingga mengheret game ke penalty shoot-out. 

Will it be an All Arabs Asian Cup Final? Kita tunggu.

Sumber Fb 

Khamis, 25 Januari 2024

Piala Asia 2023:Klinsmann berang dakwa Malaysia tak berhak dapat penalti

 Ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon dan Ketua jurulatih Korea Selatan Jurgen Klinsmann bersalaman selepas perlawanan peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini. - BERNAMA

Ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon dan Ketua jurulatih Korea Selatan Jurgen Klinsmann bersalaman selepas perlawanan peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini. - BERNAMA

DOHA: Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui berang selepas pasukannya terikat 3-3 dengan Malaysia pada aksi Kumpulan E saingan Piala Asia, sebentar tadi.

Berkongsi satu mata dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Al Janoub itu mencalar reputasi Korea Selatan selaku gergasi bola sepak Asia dan berada di kedudukan ke-23 dunia berbanding Malaysia di ranking 130.

Justeru, Klinsmann seakan sukar menerima keputusan seri selepas melihat pasukannya menguasai hampir keseluruhan permainan dengan dia turut mempertikai beberapa keputusan termasuk mengenai penalti yang diperoleh Malaysia.

"Satu perlawanan yang menarik, enam gol terhasil. Namun, saya agak marah bagaimana gol itu berlaku (Malaysia). Saya rasa ia bukan penalti untuk Malaysia, tiada penalti.

"Kami menguasai hampir keseluruhan permainan namun tidak berjaya meraih kemenangan. Saya harap kami akan lebih baik untuk perlawanan akan datang dan kami akan melakukan analisa," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kejayaan mengikat pasukan Piala Dunia itu menyaksikan Harimau Malaya meraih mata pertama selepas tumbang di tangan Jordan dan Bahrain sebelum ini.

-BH Online 

Ahad, 21 Januari 2024

Piala Asia:Reaksi FIFA kekalahan Malaysia di saat akhir tarik perhatian


Malaysia mengalami kekalahan penuh dramatik 0-1 dalam saingan peringkat kumpulan Piala Asia kepada Bahrain malam tadi.

Jaringan trivela Ali Madan 15 saat sebelum tamat permainan menutup peluang Malaysia untuk memperbaiki pencapaian dalam saingan Piala Asia ke peringkat kalah mati.

FIFA

Menerusi laman sosial, badan induk bola sepak dunia, FIFA turut terkesima dengan kekecewaan yang dialami Malaysia ketika ini.

Skuad Kim Pan-gon akan kembali beraksi Khamis ini bertemu Republik Korea sebagai aksi terakhir.

-Padu Network 

Sabtu, 6 Januari 2024

Aksi Harimau Malaya disiarkan secara langsung di RTM

 SKUAD negara sedang giat menjalani latihan. FOTO IHSAN FAM

SKUAD negara sedang giat menjalani latihan. FOTO IHSAN FAM

Kuala Lumpur: Berita gembira buat peminat bola sepak di Malaysia apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengesahkan akan ada siaran langsung kejohanan Piala Asia di Qatar bermula 12 Januari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, RTM akan menyiarkan setiap perlawanan membabitkan pasukan Malaysia malah bukan itu sahaja, peminat turut dapat menonton perlawanan pasukan lain di saluran rasmi itu.

"Ada beberapa pihak yang bertanya sama ada ia akan disiarkan dalam RTM. Jawapannya adalah ya, ia akan disiarkan bermula 12 Januari.

"Saya telah mendapatkan pengesahan daripada pihak-pihak yang berwajib dan Insya-Allah akan disiarkan. Jadi kita boleh tonton di RTM. Jangan risau pihak kerajaan akan pasti kita dapat tonton perlawanan melibatkan perlawanan bukan hanya Harimau Malaya tetapi juga pasukan-pasukan yang lain di Piala Asia ini," katanya.

Ketika ini, skuad kendalian Kim Pan-gon sudah berada di Qatar bagi mempersiapkan pasukan termasuk perlawanan persahabatan pada 8 Januari dengan Syria.

Di Piala Asia nanti, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama gergasi Asia, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dengan aksi pertama berdepan Jordan pada 15 Januari ini di Stadium Al Janoub.

Selepas itu, skuad Harimau Malaya akan meneruskan kempen bertemu Bahrain pada 20 Januari di Stadium Jassim Bin Hamad sebelum menutup saingan peringkat kumpulan dengan Korea Selatan lima hari kemudian di Stadium Al Janoub.

-myMetro

Selasa, 14 Jun 2022

Kelayakan Piala Asia 2023: Malaysia layak selepas kalahkan Bangladesh 4-1

Harimau Malaya turun untuk perlawanan penting yang boleh menjadi pemisah samada layak ke Piala Asia 2023 atau terus menunggu sehingga tempoh 46 tahun lagi untuk layak secara merit.

Kali terakhir Malaysia bermain di Piala Asia adalah pada 2007 ketika itu layak kerana menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan juga Vietnam.

Piala Asia 1980 yang berlangsung di Kuwait pula merupakan kali terakhir Malaysia layak secara merit dan mempamerkan prestasi paling cemerlang walaupun tidak lepas peringkat kumpulan.

Sepanjang kewujudan kejohanan Piala Asia ini, secara keseluruhannya hanya 3 kali Malaysia berjaya melayakkan diri kali pertama pada 1976 di Iran, 1980 dan 2007.

Kemenangan besar Palestin ke atas Filipina bermakna laluan skuad Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 menjadi semakin mudah dan luas.

Jumlah jaringan yang besar membolosi Filipina bermakna Malaysia akan muncul naib juara Kumpulan E sekiranya tidak tewas kepada Bangladesh, dan mengatasi Filipina dari segi kelebihan gol.

Tekanan semakin menurun buat Harimau Malaya apabila Bahrain mencatatkan kemenangan tipis ke atas Turkmenistan. Seri sudah cukup untuk layak namun kemenangan yang pasti dimahukan semua.

Kim Pan Gon menyatakan keyakinan dengan para pemainnya sebelum perlawanan dan pasukannya kini bebas dari masalah kecergasan serta bersedia untuk meraih kemenangan.

Muhammad Safawi Rasid, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dan Mohamad Faisal Abdul Halim kembali memperkasakan jentera serangan.

Dan paling dinantikan adalah persembahan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang menggantikan Farizal Marlias. Satu percaturan yang berani dan berkeyakinan tinggi dari Kim Pan Gon.

Seperti dua perlawanan lepas Harimau Malaya bermula garang dengan terus mengasak kubu Bangladesh bagi mencari gol seawal mungkin.

Syafiq Ahmad hampir membuka tirai jaringan diawal permainan dengan satu percubaan tetapi sayang tiang menafikan gol dari terhasil.

Arif Aiman, Faisal Halim dan Corbin Ong menjalankan tugas dengan baik menyuap dan mengumpan bola selagi boleh ke kotak penalti Bangladesh.

Hantaran cantik Faisal Halim gagal ditanduk kemas Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid membuat satu percubaan akrobatik persis pemain sepak takraw dan bola sedikit melewati palang.

Minit ke-14 Malaysia mendapat sepakan penalti selepas Atiqur Rahman melakukan terjahan keras ke atas Matthew Davies dalam perebutan bola 50-50 tapi kaki Atiqur diangkat terlalu tinggi.

Kad kuning pertama perlawanan dilayangkan pengadil kepada Atiqur Rahman dan mudah Safawi Rasid menyempurnakan penalti dengan sepakan deras ke sebelah kanan.

Gol yang ke-18 Safawi Rasid untuk Harimau Malaya.

Lontaran ke dalam jarak jauh Corbin Ong hampir menggandakan kedudukan, tandukan tajam Safawi tepat kepada penjaga gol Bangladesh dan percubaan jahat Matthew Davies dari jarak jauh sipi-sipi keluar ditepi tiang.

Bangladesh hampir menyamakan kedudukan kerana kealpaan barisan pertahanan Malaysia, Shahrul Saad berjaya menutup kealpaan itu denga baik.

Pada minit ke-31 Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan melalui lontaran ke dalam yang jauh seperti sepakan bola mati yang disundul tajam, Mohammad Ibrahim.

Malaysia tidak panik dan memberi reaksi balas positif dengan melancarkan serangan untuk kembali mendahului dan Dion Cools hadir melakukannya.

Dion Cools menjaringkan gol kedua pada minit ke-40 melalui satu rembatan kencang dari sudut sempit yang membuatkan penjaga gol Bangladesh membuat tepisan ke dalam.

Gol sulung Cools bersama Harimau Malaya dan akaun gol telah dibuka.

Syafiq Ahmad berjaya melakukan tandukan padu selepas menerima umpanan daripada Matthew Davies pada minit ke-45, tetapi sekali lagi dikecewakan oleh penjaga gol Bangladesh yang beraksi begitu cemerlang menafikan cubaan demi cubaan daripada barisan serangan Malaysia.

Malaysia masuk ke bilik persalinan untuk waktu rehat separuh masa dengan keyakinan yang tinggi hasil daripada persembahan yang mengkagumkan.


Separuh masa kedua dimulakan dengan membawa momentum separuh masa pertama. Seawal minit ke-46, Malaysia dianugerahkan sepakan percuma berhampiran kotak penalti Bangladesh.

Pemain bertaraf UCL, Dion Cools, dengan begitu cool mengambil sepakan tersebut melakukan sepakan knuckleshot namun ditepis keluar oleh penjaga gol Bangladesh lalu memberikan sepakan sudut kepada Malaysia.

Bola dihantar ke belakang daripada sepakan sudut ini kepada Azam Azih sebelum melorongkan bola kepada Faisal Halim, yang kemudiannya membuat umpanan gelembung buaya ke dalam kotak penalti lawan.

Umpanan ini ditanduk oleh kapten Malaysia pada malam ini, Syafiq Ahmad, sekaligus memberikan gol ketiga Malaysia dan menggamatkan lagi Stadium Bukit Jalil.
Kepala Syafiq Ahmad akhirnya mempamerkan bisanya seperti selalu.

Malaysia terus garang dalam melakukan serangan dan membuat tekanan awal atau dalam bahasa orang putih disebut early pressing tatkala pemain Bangladesh mendapat bola.

Syihan Azmi yang jarang diuji sepanjang perlawanan, dengan cemerlang menyelamatkan gol Malaysia pada minit ke-56, apabila dia menggunakan badannya untuk menahan rembatan jarak dekat penyerang Bangladesh.

Seminit kemudian, Syafiq Ahmad berjaya melepasi kawalan pertahanan Bangladesh dan menggelecek penjaga gol lalu menolak bola ke dalam gawang yang terbuka, namun gol tersebut tidak disahkan kerana dia telah berada dalam kedudukan ofsaid.

Malaysia melakukan pertukaran di barisan hadapan pada minit ke-68 apabila menggantikan ketiga-tiga pemain serangan. Syafiq Ahmad dikeluarkan dan digantikan dengan Darren Lok dan lilitan kapten pasukan diberikan kepada Dion Cools, Akhyar Rashid menggantikan Safawi Rasid dan Nazmi Faiz menggantikan Faisal Halim.

Penyerang unggul Malaysia, Darren Lok hanya memerlukan beberapa minit sahaja di atas padang apabila menjaringkan gol pada minit ke-72. Gol terhasil daripada kelincahan Akhyar Rashid di sebelah kanan padang, yang kemudiannya melorongkan bola ke kotak enam ela.

Pada mulanya bola ditampan oleh penjaga gol Bangladesh, namun Darren Lok berjaya berada di posisi dan waktu yang betul, menerima bola yang singgah di kakinya. Dengan sekali sentuh, bola sudah sah masuk ke dalam gawang Bangladesh.

Sememangnya Darren Lok wajar mendapat gol dalam kempen kelayakan ini selepas dia mempamerkan aksi yang cukup bertenaga sepanjang dua perlawanan yang lalu.

Kekecohan telah terjadi apabila pemain Bangladesh mula koyak namun pengadil berjaya mengawal keaadaan dan tiada lagi tambahan gol dari kedua-dua pasukan hingga wisel penamat.

Sejarah tercipta selepas 42 tahun Malaysia layak ke Piala Asia secara merit selepas satu penantian yang cukup menyeksakan.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Bangladesh

Berikut merupakan kesebelasan utama Malaysia vs Bangladesh:

Penjaga Gol

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

Pertahanan

Corbin-ong La’vere Lawrence
Matthew Davies
Dion-johan Cools
Shahrul Mohd Saad

Tengah

Mohamed Syamer Kutty Abba
Muhamad Nor Azam Abdul Azih
Mohamad Faisal Abdul Halim

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad
Muhammad Safawi Rasid
Arif Aiman Mohd Hanapi

Simpanan

Mohd Farizal Marlias
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
Ahmad Khuzaime Piee
Dominic Tan Jun Jin
Ruventhiran A/l Vengadesan
Safiq Rahim
Guilherme De Paula Lucrecio
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
Darren Yee Deng Lok
Mohamadou Sumareh
Muhammad Akhyar Abdul Rashid

-thesukan.net