"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2024

Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Tanpa Pergi Ke JPJ (Online)


jpj

Temukan panduan lengkap untuk tukar nama kereta di Malaysia termasuk langkah-langkah tukar hak milik di JPJ, pemeriksaan Puspakom, serta cara tukar nama online melalui MySikap.

Dalam artikel ini, kami berhasrat untuk membawakan panduan terperinci berserta dengan informasi proses tukar nama kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk borang yang diperlukan, kaedah tukar nama di JPJ, serta kos tukar nama kereta di Puspakom.

Langkah Tukar Hak Milik Kenderaan di JPJ

Kalau anda berminat untuk menjual kereta lama atau membeli kereta terpakai yang sudah lunas tapi tidak ingin melibatkan perantara dalam proses tukar nama kereta, panduan ini pasti berguna.

Secara umum, proses tukar hak milik kenderaan mestilah dilakukan di JPJ kerana memerlukan pengesahan biometrik.

Langkah-langkah Utama:

  1. Selesaikan Baki Bayaran: Pastikan hutang atau baki pembayaran kereta telah dilunaskan sepenuhnya sebelum memulai proses.
  2. Pemeriksaan Puspakom: Lakukan pemeriksaan kenderaan di Puspakom untuk mengubah nama kereta ke pemilik baru. Anda boleh buat janji temu Puspakom atau memilih servis pemeriksaan bergerak di tempat yang anda pilih. Biaya tukar nama hanya RM30.
  3. Urusan di JPJ: Sama ada anda pemilik asal atau baru, urusan tukar nama di JPJ memerlukan dokumen relevan seperti kad pengenalan dan ROC atau VOC. Isilah Borang JPJ K3 dan lengkapkan proses pengesahan cap jari. Ketahui bahawa, sekiranya proses pengesahan telah dilakukan, roadtax dan insurans akan terbatal secara automatik, jadi pastikan anda memperbaharui kedua-duanya atas nama baru terlebih dahulu.

Cara Tukar Nama Kereta Secara Online:

JPJ kini menyediakan kemudahan untuk tukar nama kereta secara online melalui MySikap bagi mempermudah proses tanpa perlu ke pejabat JPJ:

  1. Daftar Akaun MySikap: Pertama, daftar akaun dengan MySikap jika belum memiliki satu.
  2. Log Masuk dan Ikuti Prosedur: Ikuti prosedur yang diberikan dalam platform untuk pemilik asal dan pemilik baru dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan dan membayar sebarang yuran yang berkaitan.

Proses Tukar Nama bagi Kereta Milik Orang Meninggal Dunia:

Prosesnya menjadi lebih rumit jika pemilik asal meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat. Waris boleh mula dengan membuat tuntutan pembahagian harta kecil ke Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil. Setelah itu, waris yang terlibat boleh melanjutkan dengan proses pemeriksaan Puspakom dan tukar nama di JPJ dengan menunjukkan dokumen pengesahan yang relevan.

Kos tukar nama kereta di JPJ adalah seperti berikut:

  • Motor: RM30
  • Kereta: RM100
  • Kenderaan perdagangan: RM40
  • Kenderaan off-road: RM100

Penting untuk diingat bahawa waris atau pemohon disarankan untuk hadir sendiri ke JPJ dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses tukar nama.

Credit :Portal Bantuan

Isnin, 17 Januari 2022

Ujian lesen memandu secara automasi, e-Testing, bermula April ini

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim (duduk kiri) mengadakan sidang media selepas menghadiri Majlis
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim (duduk kiri) mengadakan sidang media selepas menghadiri Majlis

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau 'e-Testing' di seluruh negara mulai April ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata sistem e-Testing ini bertujuan meningkat integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.

Beliau berkata, menerusi sistem itu, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan, manakala calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta.

Katanya, selain dapat mengurangkan jumlah pegawai JPJ yang bertugas, keputusan ujian memandu juga akan dijana secara terus.

"Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu (IM) terbabit," katanya pada sidang media pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 JPJ Malaysia di sini hari ini.

 Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perancangan & Operasi, Aedy Fadly Ramli dan Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa, Datuk Lokman Jamaan.

Zailani berkata, calon ujian memandu sistem e-Testing ini perlu melalui enam peringkat iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.

Menurutnya, bagi sesi pembelajaran di dalam kelas dan jalan raya tiada perubahan, sebaliknya hanya sesi belajar di dalam litar sahaja ada sedikit perubahan iaitu pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.

Katanya, setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikadi e-Testing ini secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

"JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ.

"Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ," katanya.

-BH Online

Selasa, 21 September 2021

Adakah anda sudah jadi pemilik sah setelah habis bayar loan kereta dan motosikal?

 Sudah habis bayar loan kereta dan motosikal??

Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh Bank pinjaman anda??

Soalan: 

Apa yang perlu anda lakukan sekarang?? 

Jawapan: 

Anda perlu batalkan nama Bank  pinjaman itu dengan E-Batal.

Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah BAYARAN PINJAMAN HENDAKLAH SUDAH HABIS DIBAYAR SEPENUHNYA.

Cara-caranya:

1) Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. 

2) Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, lebih baik lagi jika surat pelepasan tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.

Kerap bertanya kepada Bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

3) Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik Bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama Bank peminjam daripada geran asal kenderaan  tersebut. 

4) Di cawangan JPJ tersebut juga, jangan lupa untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Senang kan?? 

Kesimpulannya,

Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. 

Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan lagi hak milik itu jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.

Kredit: Puan Nadia Izzati

Khamis, 5 Ogos 2021

Tempoh moratorium pembaharuan lesen tidak disambung

 


PUTRAJAYA: Tempoh moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak disambung selepas 30 September ini.

Sehubungan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.

“Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

“Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

JPJ berkata, orang ramai disaran membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul) mahupun rakan strategik JPJ iaitu myEG.

“Sebarang urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu (online appointment/ call-in),” katanya.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, JPJ berkata, pejabat Pos Malaysia dijangka memulakan urus niaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ini.

“Selain itu, JPJ juga memastikan bekalan dan stok dokumen keselamatan LKM dan LMM adalah mencukupi bagi tujuan urus niaga pembaharuan LKM dan LMM oleh orang ramai.

“Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ketat bagi tujuan mengelakkan daripada berlakunya penularan virus ini,” katanya.

Jelas JPJ, pihaknya amat komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam dan penguatkuasaan dilakukan secara efektif dan efisien bagi menjamin kelestarian industri pengangkutan jalan di Malaysia.