"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan

Isnin, 23 Jun 2025

Divide & Rule: Senjata Lama Dalam Wajah Baru oleh Amerika dan Sekutu Zi***s"

 "Divide & Rule: Senjata Lama Dalam Wajah Baru oleh Amerika dan Sekutu Zi***s" 

Kalau kau fikir konflik dunia hari ini berpunca dari minyak, agama atau wilayah, itu cuma permukaan. Yang paling dalam ialah perebutan kuasa. Dan untuk pastikan kuasa kekal, taktik paling berkesan sejak dulu sampai sekarang tetap sama: pecah dan kuasai.

Taktik pecah dan perintah ni dah lama digunakan. Dari zaman penjajahan British, Perancis, Belanda, sampai ke Amerika hari ini. Semua guna formula yang sama. Pecahkan rakyat, timbulkan curiga, kemudian datang konon jadi penyelamat.

Dekat India, British pecahkan Hindu dan Muslim. Mereka semai kebencian antara dua komuniti besar ini. Akibatnya, perpecahan terus membara sampai ke hari ini.

Dekat Afrika, Perancis dan Belgium mainkan isu etnik antara Hutu dan Tutsi. Mereka rekacipta kad identiti puak dan beza layanan. Genosid Rwanda 1994 hasil dari jarum yang ditanam kolonial.

Di Tanah Arab pula, kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah dijadikan peluang besar. Barat mula potong-potong wilayah ikut kepentingan mereka. Lahir Iraq, Syria, Jordan, Lebanon dan banyak lagi sempadan buatan.

Garis sempadan tu dilukis atas meja oleh British dan Perancis. Dalam perjanjian Sykes-Picot, peta ditanda ikut minyak dan pengaruh, bukan ikut bangsa atau budaya.

British juga naikkan minoriti untuk tekan majoriti. Di Iraq, puak minoriti diberi tampuk kuasa. Kemudian kuasa tu dirombak semula bila tak ikut telunjuk penjajah. Akhirnya semua puak berpecah dan saling curiga.

Dekat Tanah Melayu, sistem divide & rule lebih sistematik. Kaum Cina diletak di bandar dan lombong, India di ladang, Melayu di kampung. Sistem pendidikan dipisah. Ekonomi dipisah. Hasilnya, kaum tak faham antara satu sama lain.

Sampai hari ini, warisan dasar tu masih terasa. Bila ada krisis, kaum jadi bahan ugutan politik. Masyarakat terus dilaga-lagakan.

Taktik pecah dan perintah juga bertukar rupa. Dulu guna senjata. Sekarang guna media dan naratif. Identiti jadi senjata psikologi.

Di Iraq selepas 2003, Amerika datang atas nama demokrasi. Tapi struktur politik dibahagi tiga: Sunni, Syiah, Kurdi. Setiap satu dapat kuasa tersendiri tapi kekal bergantung pada pentadbiran luar.

Dekat Syria pula, sokongan kuasa besar kepada kumpulan bersenjata lawan Bashar al-Assad bukan soal kebebasan semata. Ia soal siapa kawal tanah strategik dan tunduk kepada perintah Barat.

Di Yemen, puak Hothree dilabel peng****s. Pakatan yang patuh pada Amerika dilengkapkan dengan senjata. Saudi dan UAE diperalat jadi boneka perang.

Di PLSTeeaN, perpecahan antara Hummus dan Fattthahh rosakkan hala tuju perjuangan. Pendatang haram dari Yesbiol terus bina penempatan tanpa gangguan.

Taktik yang sama sedang dimainkan di Iran. Isu Sunni-Syiah diapi-apikan. Iran digambarkan sebagai ancaman besar kepada negara jiran, walau sebenarnya musuh utama ialah penjajah Gaezhahh dan sekutunya.

Media antarabangsa ulang naratif tu berkali-kali. Akhirnya dunia percaya. Walau realitinya berbeza.

Kenapa semua ni berlaku? Banyak faktor tapi antaranya adalah sebab minyak. Sebab ekonomi. Selagi minyak dijual dalam dolar, Amerika pegang kuasa.

Negara yang cuba keluar dari sistem ni akan dihancurkan. Iraq dulu nak guna euro. Libya nak cipta dinar emas Afrika. Iran lawan guna sistem kewangan sendiri. Tiga-tiga jadi sasaran.

Negara yang mencabar hegemoni petrodollar dan sistem kewangan global yang dikawal oleh AS dan sekutunya sering menjadi sasaran tekanan ekonomi, sekatan, atau campur tangan ketenteraan.

Divide and rule moden juga guna isu sosial. Isu LGBTQ, feminisme radikal, sejarah perkauman semua dijadikan peluru ideologi. Rakyat dikacau dari dalam.

Dekat Malaysia, kaum dijadikan isu saban kali pilihan raya. Di Indonesia, agama dijadikan alat politik. Di Thailand Selatan, bahasa dan identiti dijadikan punca konflik.

Setiap titik rapuh dalam masyarakat dibuka semula. Supaya rakyat bergaduh. Supaya negara lemah.

Empayar Islam runtuh bukan sebab hilang pedang. Tapi sebab percaya pada kuasa luar dan benci sesama sendiri. Kejatuhan Khilafah bukan semata sebab kalah perang. Tapi faktor dalaman seperti rasuah, perpecahan etnik dan mazhab, serta campur tangan luar adalah antara sebab utama. (Panjang nak ulas) 

Puak penjajah masuk dengan janji pembangunan. Tapi yang tinggal hanyalah hutang, perpecahan dan hilangnya maruah.

Lihat kejatuhan Uthmaniyyah. Kuasa besar asingkan wilayah Arab. Didik pemimpin boneka. Latih tentera upahan.

Kemudian mereka tubuh negara-negara kecil dengan sempadan asing. Setiap satu bergantung pada Barat untuk senjata, makanan dan bantuan.

Lama-lama negara Islam hilang kuasa sendiri. Jadi pemain pinggiran dalam pentas dunia.

Di Gaezhahh, pendatang haram dari Yesbiol lancar serangan ke hospital, sekolah dan tempat suci. Tapi dunia diam. Bila Iran jawab balik, terus dilabel ancaman. (Semua tahu Iran yang diserang terlebih dahulu dengan alasan konon ada senjata nuklear tanpa bukti).

Kuasa luar guna negara jiran sebagai pagar. Tengok Iran. Dikepung dari Iraq, Teluk, Pakistan dan Afghanistan.

AS tak perlu hantar askar sendiri. Cukup dengan media, tekanan ekonomi dan boneka politik dalam negara sasaran.

Di PlstwuoinN, media kawal minda. Bila pendatang haram kena serang, dunia menangis. Tapi bila warga Gaezhahh dibunuh, semua bisu.

Divide and rule hari ini masuk bentuk "konservatif vs liberal", "nasionalis vs globalis", "agama vs sekular". Nama lain, tapi taktik sama.

Musuh tak perlu tembak. Cukup hantar ideologi. Biar umat Islam keliru siapa kawan, siapa lawan.

Di Mesir, pemimpin yang naik melalui pilihan rakyat dijatuhkan dengan restu luar. Atas nama kestabilan. Di Sudan, konflik disuburkan bertahun. Sampai negara itu hancur ekonomi, sosial dan politik.

Di Lebanon, pemimpin bersilih ganti. Tapi masalah tetap sama. Campur tangan asing terlalu dalam. Zi***s dan sekutu mereka bukan saja jajah tanah. Mereka jajah fikiran.

Umat disibukkan dengan isu kecil. Sedangkan ekonomi negara terus dijarah. Kita disuruh berdebat bab istilah. Tapi pelaburan asing angkut keluar hasil bumi.

Ulama difitnah: Dalam banyak negara, ulama yang lantang atau berdikari sering menjadi sasaran media, kerajaan autoritarian atau campur tangan luar.

Contoh: Mesir (ulama Ikhwanul Muslimin), Turki zaman awal sekularisme, bahkan ulama bebas di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan ekst******* bila mereka menentang dasar pro-Barat.

Pemuda dipesongkan menggunakan strategi naratif dan budaya. Masuknya ideologi hedonisme, fahaman individualisme ekstrem, atau agenda ideologi asing (melalui media sosial, pendidikan, budaya pop) yang jauhkan anak muda dari sejarah, agama dan jati diri.

Aset negara digadai: Banyak negara Islam dan membangun menjual aset strategik kepada kuasa luar atas nama pelaburan atau bayar hutang.

Contoh: pelabuhan, syarikat minyak, tanah pertanian, bank nasional. Ini direkodkan dalam laporan IMF, World Bank, dan banyak kajian ekonomi.

Kalau korang perasan "mereka" cipta musuh. Supaya mereka nampak sebagai penyelamat. Kita perlu sedar permainan ni. Kita perlu ajar generasi baru siapa musuh sebenar.

Musuh kita bukan kawan sebelah mazhab. Bukan jiran berlainan kaum. Musuh kita ialah mereka yang jajah, bunuh dan rampas hak.

Apa yang berlaku di Gaezhahh cukup jelas. Kanak-kanak dibunuh. Masjid dihancurkan. Tapi dunia diam.

Kalau kita masih nak bergaduh pasal isu remeh, maknanya taktik mereka berjaya. Kita kena ubah naratif. Kena bina kekuatan bersama.

Umat yang bersatu tak mudah di tundukkan. Umat yang tahu sejarah, tak mudah diperbodohkan. Masa untuk bangkit bukan esok. Tapi sekarang.

Sebelum musuh yang sama cipta gelombang baru. Dan sejarah kita sekali lagi dipadamkan dari peta dunia.

Subhanallah. Dunia sedang menyaksikan kekejaman paling biadab dalam sejarah moden. Kanak-kanak di Gaezhahh dihancurkan dengan bom. Hospital disekat. Masjid dimusnahkan. Tapi pendatang haram dari Yesbiol tetap disanjung, dilindungi, malah dipuji sebagai mangsa.

Amerika pula berdiri di belakang mereka. Dengan senjata, dana dan veto. Setiap peluru yang menghancurkan tubuh anak kecil itu, datangnya dari kantung yang disahkan Washington.

Mereka tidak berperikemanusiaan. Mereka tidak mahu damai. Mereka mahu wilayah itu sunyi dari umat Islam. Sunyi dari kebenaran. Sunyi dari sebarang bentuk pembebasan.

Yesbiol ialah wajah sebenar penjajahan moden. Amerika ialah payung pelindung kepada segala kekejian yang berlaku. Kedua-duanya berpura-pura konon bawa demokrasi, hak asasi dan keamanan. Tapi realitinya, mereka bawa kemusnahan, kebencian dan penipuan global.

Kita jangan tertipu lagi. Mereka bukan rakan strategik. Mereka bukan pelindung nilai murni. Mereka adalah penjajah bertopengkan tamadun.

Dan umat Islam wajib sedar. Wajib bangkit. Sebab kezaliman yang kita lihat hari ini, ialah ulangan dari sejarah berdarah yang sama. Bezanya cuma topeng. Agenda tetap sama. Menghapuskan kita secara senyap.

___

Source 

Selasa, 3 Jun 2025

40 Pengebom Rusia Hancur Dihentam Dron FPV Ukraine. Game Changer dalam Perang Moden?

 "40 Pengebom Rusia Hancur Dihentam Dron FPV Ukraine. Game Changer dalam Perang Moden?" 

Pada 1 Jun 2025, dunia dikejutkan dengan serangan besar-besaran yang dilakukan oleh Ukraine ke atas beberapa pangkalan udara strategik Rusia. Operasi ini, yang digelar “Spider Web,” mungkin tercatat sebagai salah satu serangan dron paling berani dan kompleks dalam sejarah ketenteraan moden.

Sebanyak 117 dron FPV digunakan dalam operasi itu. FPV atau “First Person View” ialah dron kawalan jauh yang memberikan pandangan terus kepada juruterbang, seperti main game tetapi dengan nyawa dan aset sebenar sebagai taruhan.

Menurut laporan awal dari Ukrainian Security Service (SBU), sekurang-kurangnya 40 pesawat pengebom strategik Rusia dihancurkan atau dilumpuhkan. Ini termasuk pesawat Tu-95, Tu-22M3 dan juga pesawat A-50, tulang belakang sistem amaran awal udara Rusia.

Salah satu perkara yang paling mengejutkan adalah lokasi serangan dimana empat pangkalan udara utama Rusia, termasuk di Belaya, Olenya, Ivanovo dan Diaghilev. Kesemua lokasi ini jauh beribu kilometer dari sempadan Ukraine.

Bagaimana dron-dron kecil ini berjaya sampai ke sana? Menurut sumber dalaman Kyiv Independent, dron-dron itu diseludup masuk secara rahsia menggunakan trak dan dilancarkan dari jarak dekat, langsung dari dalam wilayah Rusia sendiri.

Dengan kata lain: Ukraine bukan sahaja menyerang jauh ke dalam Rusia, tetapi berjaya menyeludup masuk teknologi ketenteraan ke dalam jantung negara musuh. Ini bukan perkara kecil.

Kerugian anggaran? Hampir $7 bilion. Itu bersamaan dengan separuh bajet pertahanan tahunan negara-negara seperti Perancis atau Jepun. Lebih penting lagi, 34% daripada barisan pengebom peluru berpandu jelajah Rusia telah dilumpuhkan.

Untuk perspektif, setiap Tu-95 mampu membawa sehingga 16 peluru berpandu jelajah jenis Kh-101 atau Kh-555. Pesawat ini adalah senjata utama yang digunakan Rusia untuk serangan jarak jauh ke atas bandar-bandar Ukraine.

Jadi bila 40 pesawat dimusnahkan, ia bukan sekadar angka. Ia merosakkan keupayaan strategik Rusia secara langsung dimana ia satu kejutan yang sistemik.

Pakar melihat ini sebagai isyarat kepada dua perkara: Pertama, bahawa Ukraine kini sudah melangkah ke fasa ofensif jarak jauh yang mampu mengancam keutuhan dalaman Rusia. Kedua, bahawa perang ini semakin sukar dijangka.

Bagi pakar seperti Hans M. Kristensen dari Federation of American Scientists, pendedahan taktik ini sangat membimbangkan kerana ia membuka risiko serangan balas yang lebih ekstrem termasuklah penggunaan senjata jarak sederhana seperti IRBM.

Dan ya, ketegangan meningkat. Beberapa hari sebelum ini, Rusia melancarkan serangan balas besar dengan 355 dron Shahed ke seluruh Ukraine. Ia serangan drone terbesar sejak perang bermula.

Sekarang, kita mungkin berada di titik perubahan. Bila satu pihak berjaya lumpuhkan tulang belakang udara pihak lain, ia bukan sekadar kemenangan taktikal tapi tamparan terhadap moral dan strategi jangka panjang.

Ironinya, ini berlaku ketika rundingan damai sedang dirancang di Istanbul. Serangan Spider Web mungkin menggagalkan momentum diplomatik dan mencetuskan fasa baharu dalam konflik ini.

Apa yang menarik: tiada peluru berpandu, tiada jet pejuang. Hanya dron kecil yang dikawal individu menggunakan skrin kecil dan antena FPV. Kosnya jauh lebih murah, tapi impaknya amat besar.

Bagi Rusia, ini adalah mimpi ngeri. Ketelusan pangkalan udara mereka, serta kebergantungan kepada pesawat era Soviet yang lambat dan besar, kini menjadi kelemahan besar yang dimanipulasi sepenuhnya oleh Ukraine.

Dalam konteks ini, buku-buku seperti Adikuasa: Merebut Orde Dunia dan Amerika: Penguasa Dunia Baharu penting untuk difahami. Kita sedang melihat evolusi kuasa bukan melalui perjanjian antarabangsa, tapi melalui kreativiti taktikal dan teknologi.

Buku Perang Dingin pula memberi gambaran bagaimana konflik dahulu bermain antara dua kuasa besar. Tapi kali ini, Ukraine sebagai kuasa lebih kecil sedang mengajar satu pelajaran mahal kepada jiran besarnya.

Dan untuk yang masih anggap dron itu mainan, Operasi Spider Web ini menunjukkan bagaimana mainan itu boleh jadi mimpi paling menakutkan untuk angkatan udara tradisional.

Bayangkan: Rusia habiskan ratusan juta untuk satu pesawat. Ukraine hantar dron beberapa ribu dolar. Hasilnya? Sama-sama musnah.

Ada orang tanya, “Malaysia boleh tak buat benda macam ni?” Jawapannya: dengan kreativiti dan kesungguhan, tak mustahil. Tapi buat masa sekarang, kita bagi mekanik bawah pokok pasang FPV dulu, jangan terus sasarkan Tu-95. Hahaha.

Apa pun, satu pengajaran jelas: kuasa besar tak lagi selamat bila teknologi ringkas jadi senjata ampuh. Dalam dunia hari ini, siapa yang cepat, kreatif dan berani akan bawa perubahan.

Dan inilah babak baru dalam cerita perang yang kita tak pernah jangka akan ditulis oleh sekelompok pilot dron dari bilik kecil, ratusan kilometer dari medan perang.

---

Nak faham dunia, jangan tunggu berita viral.

Baca dan bersedia.

MasyaAllah… sampai bila manusia nak terus menumpahkan darah sesama sendiri atas nama kuasa, pengaruh dan ego negara? Teknologi yang dulunya dibangunkan untuk kebaikan kini jadi alat pemusnah sejauh ribuan kilometer.

Dron-dron kecil yang dulu dianggap permainan kini bertukar menjadi senjata maut yang memadam nyawa dan melumpuhkan seluruh sistem pertahanan. Yang terkorban bukan hanya aset, tapi maruah dan kemanusiaan.

Bila negara berlumba-lumba cipta mesin pembunuh, siapa yang betul-betul menang? Dunia sedang kehilangan arah. Yang tinggal cuma generasi seterusnya yang bakal mewarisi dendam, kemusnahan dan ketakutan.

Inilah akibatnya bila manusia lupa: kuasa sebenar bukan siapa paling kuat, tapi siapa paling mampu menahan diri dari membunuh.

Source 

Rabu, 16 April 2025

TRUMP CAKAP LAWATAN PRESIDEN CHINA KE MALAYSIA, VIETNAM DAN KEMBOJA SEBAGAI RANCANGAN NAK KENAKAN AS

 TRUMP CAKAP LAWATAN PRESIDEN CHINA KE MALAYSIA, VIETNAM DAN KEMBOJA SEBAGAI RANCANGAN NAK KENAKAN AS PASTU

Presiden China, Xi Jinping, kini dalam lawatan rasmi ke Asia Tenggara, meliputi Vietnam, Malaysia, dan Kemboja. Lawatan ini berlaku di tengah-tengah ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, dengan Presiden Donald Trump mengenakan tarif tinggi ke atas barangan import dari China dan beberapa negara lain di rantau ini.

Dalam pertemuan dengan pemimpin Vietnam, Xi menekankan kepentingan menentang “penindasan unilateral” dan menyokong sistem perdagangan bebas global. Kedua-dua negara menandatangani 45 perjanjian kerjasama, termasuk dalam bidang rantaian bekalan dan pembangunan rel kereta api.

Di Malaysia, Xi dijangka membincangkan perjanjian perdagangan bebas antara China dan ASEAN, dengan Malaysia sebagai pengerusi blok tersebut tahun ini. Lawatan ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik antara China dan Malaysia, yang merupakan rakan dagang terbesar China di ASEAN.

Presiden Trump menyatakan bahawa lawatan Xi ke negara-negara Asia Tenggara ini bertujuan untuk “menyusahkan” Amerika Syarikat. Beliau berkata, "Itu pertemuan yang indah... seperti cuba memikirkan, bagaimana kita boleh menyusahkan Amerika Syarikat."

Lawatan Xi ini dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan pengaruh China di rantau Asia Tenggara dan mempersembahkan China sebagai rakan dagang yang lebih stabil berbanding Amerika Syarikat, terutamanya selepas pengenaan tarif oleh Trump yang menjejaskan ekonomi global.

Dalam perkembangan terkini, China telah mengarahkan syarikat penerbangannya untuk menghentikan pengambilan pesawat Boeing sebagai tindak balas terhadap peningkatan tarif oleh Amerika Syarikat. Langkah ini memberi tekanan besar kepada Boeing, yang sudah menghadapi pelbagai isu termasuk masalah kualiti dan kerugian kewangan yang besar.

Presiden Trump telah menaikkan tarif ke atas import dari China sehingga 245% sebagai tindak balas terhadap tindakan balas China dalam perang perdagangan yang sedang berlangsung. Langkah ini bertujuan untuk menekan ekonomi China, tetapi juga berisiko menjejaskan pengguna dan syarikat di Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, China aktif menjalin hubungan dengan negara-negara lain, termasuk lawatan Presiden Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam, dan Kemboja. Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan diplomatik, serta mengurangkan kebergantungan kepada Amerika Syarikat.

ByteDance telah melancarkan model sumber terbuka bernama UNO, yang merupakan kaedah penyesuaian universal untuk penjanaan imej. Model ini meningkatkan keupayaan penyesuaian dalam model penjanaan imej, menunjukkan kemajuan teknologi China dalam bidang kecerdasan buatan.

Secara keseluruhan, tindakan China dan Amerika Syarikat dalam perang perdagangan ini menunjukkan persaingan yang semakin sengit antara dua kuasa besar ekonomi dunia. Langkah-langkah yang diambil oleh kedua-dua negara bukan sahaja memberi kesan kepada mereka sendiri, tetapi juga kepada ekonomi global secara keseluruhan.

Dalam konteks ini, negara-negara Asia Tenggara perlu menilai semula hubungan mereka dengan kuasa besar dunia, memastikan bahawa kepentingan nasional dan kestabilan serantau terus terpelihara.

MasyaAllah, dunia ini penuh dengan percaturan dan strategi yang kompleks. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa peka dan bijak dalam menilai perkembangan geopolitik yang berlaku di sekeliling kita.

___

Source 

Rabu, 17 Julai 2024

Kabel Bawah Laut: Asas Telekomunikasi Dunia

 Kabel Bawah Laut: Asas Telekomunikasi Dunia

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia.

Di dunia yang semakin berkembang ini, kita sering kali terlepas pandang mengenai bagaimana maklumat digital disampaikan dari satu tempat ke tempat lain. Walaupun kita sering mendengar tentang teknologi tanpa wayar seperti Wi-Fi dan data mudah alih, kebanyakan komunikasi global sebenarnya bergantung pada kabel gentian optik bawah laut.

Kabel gentian optik ini merentasi dasar laut, menghubungkan benua dan negara-negara dengan menyediakan laluan untuk data bergerak dengan kelajuan cahaya. Kabel ini diperbuat daripada kaca halus yang mampu memindahkan data dalam bentuk cahaya, membolehkan kelajuan penghantaran yang sangat tinggi.

Bagaimana Kabel Bawah Laut Berfungsi

Cahaya hanya boleh bergerak lurus, tidak boleh berbelok-belok. Oleh itu, kabel gentian optik direka dengan indeks pembiasan yang rendah dan mempunyai pantulan dalaman penuh (total internal reflection) yang membolehkan cahaya untuk bergerak dengan pantulan melalui kabel tersebut. Ini bermakna, maklumat digital dapat bergerak dengan pantas melalui kabel ini di seluruh dunia.

Kabel gentian optik ini membawa berjuta-juta terabait maklumat digital setiap hari, membolehkan kita mengakses internet dan berhubung dengan seluruh dunia.

Pemilikan dan Kos Kabel Bawah Laut

Kabel gentian optik bawah laut biasanya dimiliki oleh konsortium syarikat telekomunikasi antarabangsa. Antara pemilik utama termasuk syarikat gergasi seperti Google, Facebook, Microsoft, dan Amazon. Kos pembinaan dan penyelenggaraan kabel ini ditanggung bersama oleh syarikat-syarikat tersebut. Kos pemasangan dan penyelenggaraan sangat tinggi, memerlukan perancangan dan kerjasama antarabangsa yang rapi.

Pemantauan Kabel Bawah Laut Menggunakan Satelit

Kabel bawah laut boleh dipantau menggunakan satelit melalui beberapa kaedah. Walaupun kabel tersebut berada di dasar laut, satelit dapat mengesan perubahan dan pergerakan yang berlaku di permukaan laut yang mungkin menandakan kerosakan pada kabel. Selain itu, teknologi seperti sonar dan sensor dasar laut turut digunakan untuk pemantauan lebih terperinci. Sensor-sensor ini boleh mengesan kerosakan atau ancaman segera dan menghantar data ke satelit yang kemudiannya dipantau oleh pasukan penyelenggaraan.

Teknologi Perlindungan Terkini Kabel Bawah Laut

Untuk memastikan kabel gentian optik bawah laut dilindungi daripada pelbagai risiko, teknologi perlindungan terkini telah diperkenalkan. Salah satu teknologi tersebut adalah penggunaan lapisan pelindung tambahan yang tahan terhadap gigitan haiwan laut dan tekanan tinggi di dasar laut. Selain itu, sensor canggih dipasang sepanjang kabel untuk memantau keadaan kabel secara berterusan dan mengesan sebarang kerosakan atau ancaman segera.

Pemantauan satelit dan kapal penyelidikan juga digunakan untuk memastikan kabel sentiasa dalam keadaan baik. Sekiranya berlaku kerosakan, pasukan penyelenggaraan khas akan dikerahkan dengan segera untuk memperbaiki kabel dan memulihkan perkhidmatan secepat mungkin.

Kejadian dan Gangguan Kabel Bawah Laut

Pada tahun 2008, kabel gentian optik yang merentasi Laut Mediterranean dan Laut Merah mengalami gangguan di Alexandria, Mesir. Akibatnya, akses internet di seluruh Semenanjung Arab, India, Singapura, dan Jakarta terganggu. Gangguan ini disebabkan oleh gempa bumi yang mengakibatkan pergerakan tanah dasar laut, memutuskan kabel tersebut. Gangguan ini teruk kerana ia mempengaruhi sambungan internet di beberapa negara dan mengambil masa beberapa hari untuk memperbaiki dan memulihkan sambungan.

MasyaAllah, penemuan dan pembangunan seperti ini menunjukkan betapa besar kebijaksanaan yang telah diberikan oleh Allah kepada manusia untuk mencipta teknologi yang membolehkan kita berhubung dan berkomunikasi dengan lebih baik. Semoga kita terus menghargai dan memanfaatkan ilmu pengetahuan ini untuk kebaikan bersama.

Source 

Jumaat, 6 Mei 2022

COVID-19 ragut 15 juta penduduk dunia 2020-2021 - WHO

  Foto yang dirakamkan pada 26 Ogos 2021 menunjukkan ahli keluarga meratapi kematian mangsa COVID-19 di tanah perkuburan Surabaya, Indonesia. - Foto AFP

Foto yang dirakamkan pada 26 Ogos 2021 menunjukkan ahli keluarga meratapi kematian mangsa COVID-19 di tanah perkuburan Surabaya, Indonesia. - Foto AFP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pandemik COVID-19 meragut hampir 15 juta nyawa di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun mulai 2020.

Anggaran itu hampir tiga kali ganda daripada jumlah kematian yang dikaitkan secara rasmi dengan penyakit berkenaan.

Anggaran yang sudah lama ditunggu mengenai jumlah kematian disebabkan oleh wabak itu termasuk nyawa yang terkorban akibat kesannya, akhirnya meletakkan angka pada kesan krisis yang lebih luas.

Angka itu memberikan gambaran yang lebih realistik mengenai pandemik terburuk dalam satu abad, yang dianggarkan membunuh kira-kira satu daripada 500 orang di seluruh dunia dan terus meragut ribuan nyawa setiap minggu.

"Jumlah kematian yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pandemik COVID-19 antara 1 Januari 2020 dan 31 Disember 2021 adalah kira-kira 14.9 juta (julat 13.3 juta hingga 16.6 juta)," menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Angka itu sangat sensitif jika melihat cara WHO memikirkan pengendalian krisis oleh pihak berkuasa di seluruh dunia, dengan beberapa negara, terutamanya India.

Kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan India bagi tempoh 2020-21 adalah 481,000, tetapi WHO menganggarkan penyakit itu mengorbankan 3.3 juta hingga 6.5 juta nyawa.

"Kita perlu menghormati nyawa yang terkorban secara tragis, nyawa yang hilang dan kita mesti bertanggungjawab terhadap diri kita dan penggubal dasar kita," kata Ketua Data WHO, Samira Asma pada sidang media.

Bagaimanapun New Delhi membidas data yang meletakkan angka itu 10 kali ganda daripada catatan rasmi negara itu.

WHO menganggarkan kira-kira 4.75 juta kematian di India sejak 2020 boleh dikaitkan dengan krisis itu, sama ada secara langsung daripada COVID-19 atau secara tidak langsung melalui kesan pandemik yang lebih meluas terhadap sistem kesihatan dan masyarakat.

Angka yang disebut sebagai kematian berlebihan, dikira sebagai perbezaan antara jumlah kematian yang berlaku dan jumlah yang dijangkakan jika tiada wabak itu, berdasarkan data dari tahun-tahun sebelumnya.

https://covid19.who.int/
https://covid19.who.int/

Kematian berlebihan termasuk kematian secara langsung disebabkan oleh penyakit COVID-19, dan secara tidak langsung akibat kesan pandemik terhadap sistem kesihatan dan masyarakat.

Ia juga faktor kematian yang dielakkan ketika wabak, seperti risiko kematian yang lebih rendah berkaitan kerja atau kemalangan jalan raya.

WHO mengisytiharkan COVID sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa pada 30 Januari 2020, selepas kes koronavirus baharu merebak ke luar China.

Negara-negara di seluruh dunia melaporkan 5.42 juta kematian COVID-19 kepada WHO pada 2020 dan 2021 – angka yang kini berjumlah 6.24 juta, termasuk kematian pada 2022.

Organisasi yang berpangkalan di Geneva itu telah lama berkata jumlah sebenar kematian akan jauh lebih tinggi daripada hanya kematian yang direkodkan akibat jangkitan COVID-19.

Kematian yang dikaitkan secara tidak langsung dengan pandemik itu adalah disebabkan oleh keadaan lain yang menyebabkan orang ramai tidak mendapatkan rawatan kerana sistem kesihatan terbeban akibat krisis.

Itu mungkin termasuk kelewatan operasi pembedahan, atau kemoterapi untuk pesakit kanser.

WHO berkata bahawa kebanyakan lebihan kematian iaitu 84 peratus tertumpu di selatan dan tenggara Asia, Eropah dan Amerika.

Malah, 10 negara sahaja menyumbang 68 peratus daripada semua lebihan kematian iaitu Brazil, Mesir, India, Indonesia, Mexico, Peru, Russia, Afrika Selatan, Turki dan Amerika Syarikat.

Negara berpendapatan tinggi menyumbang 15 peratus daripada lebihan kematian; negara berpendapatan sederhana atas 28 peratus; negeri berpendapatan sederhana rendah 53 peratus; dan negara berpendapatan rendah empat peratus.

Jumlah kematian global lebih tinggi bagi lelaki berbanding wanita - 57 peratus lelaki dan 43 peratus perempuan dengan 82 peratus daripada lebihan kematian dianggarkan adalah orang yang berumur lebih 60 tahun.

WHO juga percaya secara umumnya, enam daripada 10 kematian di seluruh dunia tidak direkodkan secara rasmi. - AFP