"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kembar Tertukar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembar Tertukar. Papar semua catatan

Selasa, 16 November 2021

Kembar tertukar, miliki kad pengenalan diri baharu- JPN

 ADRYANI Iwani (tengah) bersama pasangan kembarnya Atirah Ibeni (kanan) dan Adryana Iwani ketika ditemui Bernama selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan Negeri hari ini. FOTO Bernama

ADRYANI Iwani (tengah) bersama pasangan kembarnya Atirah Ibeni (kanan) dan Adryana Iwani ketika ditemui Bernama selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan Negeri hari ini. FOTO Bernama

Kota Bharu: Atirah Iwani Ibeni Yanin dan Adryana Iwani Husin, kembar seiras yang kisah mereka menggemparkan negara apabila seorang daripada mereka tertukar dengan bayi lain 20 tahun lalu, menerima perkhabaran gembira apabila impian mereka membetulkan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan diri terlaksana.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membenarkan permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dan kad pengenalan Atirah Iwani (nama lama Noratirah Binti Husin) dan kembarnya, Adryana Iwani (nama lama Adryana Iwani Binti Ibeni Yanin) berdasarkan keputusan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Bercakap kepada Bernama, Atirah Iwani berkata, tiada kata yang mampu diucapkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi kerana permohonan dibuat dua bulan lalu bagi membetulkan maklumat dalam sijil kelahiran selepas ujian DNA disahkan Oktober lepas, diluluskan oleh JPN pada 1 November.

Menurut Atirah Iwani dengan dokumen pengenalan diri yang baharu ini identiti sebenar beliau tidak lagi menjadi tanda tanya masyarakat, yang sebelum ini sering mempersoalkan rupa paras beliau tidak sama dengan 'keluarganya'.

Nama saya dalam kad pengenalan ada sedikit perubahan, namun saya masih mengekalkan nama Atirah kerana ia pemberian arwah 'ayah' Husin Omar.

"Kad pengenalan diri dengan maklumat baharu ini bukan saja memudahkan saya melakukan urusan penting, malah memberi keyakinan kepada saya untuk membawa identiti sebenar selepas 20 tahun bersama keluarga yang berbeza," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan negeri, di sini, hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Saadon Othman.

Bernama pada Jun lalu melaporkan mengenai dua keluarga yang mengharungi kisah tragis apabila tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar, tertukar selepas dilahirkan 20 tahun lalu dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Atirah berkata, walaupun memilih untuk tinggal bersama 'keluarganya' di Pantai Kundor, di sini, hubungan kekeluargaan bersama keluarga kandung tidak pernah putus dan diabaikan.

"Memandangkan saya masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kota Bharu, jadi hanya apabila ada waktu lapang saja saya pulang menjenguk ibu kandung, Siti Aminah Mohd Ismail dan kembar saya, Adryani Iwani.

"Apabila berjumpa, banyak perkara yang kami lakukan bersama selain berkongsi cerita kisah hidup masing-masing selama 20 tahun lalu," katanya.

Sementara itu, bagi Adryani Iwani beliau tidak pernah menganggap Adryana Iwani sebagai 'orang luar' walaupun kini mengetahui mereka tiada pertalian darah, malah hubungan masih berjalan seperti biasa.

"Kami tidak pernah sisihkan Adryana dan hubungan ini akan kekal selama-lamanya. Ibu saya juga sudah anggap beliau seperti anak sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPN Datuk Saadon Othman berkata permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dengan memasukkan maklumat ibu dan bapa kandung telah diluluskan oleh JPN Kelantan berdasarkan keputusan DNA oleh Jabatan Kimia Malaysia.

"Kes seumpama ini amat terpencil dan jarang berlaku di negara ini, namun saya menyeru kepada orang awam supaya melaporkan segera kepada JPN sekiranya berlaku pemalsuan sijil kelahiran kerana tindakan memalsu dan mengubah suai sijil kelahiran menyalahi Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299)," katanya.

-myMetro