"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Mufti P.Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mufti P.Pinang. Papar semua catatan

Selasa, 30 Januari 2024

ISLAM DILIHAT SEMAKIN ASING PADA AKHIR ZAMAN

 ISLAM DILIHAT SEMAKIN ASING PADA AKHIR ZAMAN

1. Laman The Reporter melaporkan kenyaataan Mufti Pulau Pinang yang memohon maaf kerana memberikan teguran tulus berkaitan konsert yang bakal diadakan hampir dengan waktu ketibaan bulan Ramadan. 

2. Melihatkan poster berikut, teringat kita pada sabda Rasulullah yang berpesan kepada para sahabat, bahawa akan tiba satu masa, mereka yang berpegang teguh dengan agama ini berada dalam keadaan yang sukar sehingga mereka disifatkan sebagai menggenggam bara api. Sabda Rasulullah:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ

“Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.” (HR al-Tirmizi)

3. Bahkan di dalam hadis yang sahih, Islam akan dilihat asing, mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam semakin sedikit dan dilihat aneh. Sabda Rasulullah:

بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيباً، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً، فَطُوبى لِلْغُرَبَاءِ

“Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (HR Muslim)

4. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam al-Nawawi menggambarkan bahawa mereka yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam akan dilihat asing dan semakin sedikit seperti permulaannnya dahulu. Bahkan mereka dianggap aneh dan pelik, tidak selari dengan perkembangan semasa, malah dilihat kolot atau ekstremis. 

5. Dalam lafaz al-Imam al-Tabrani, para sahabat bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan asing tersebut? Lalu Rasulullah menjawab:

الذين يصلحون حين فساد الناس

(Yang dilihat asing tersebut adalah) mereka yang cuba melakukan Islah (penambahbaikan) ketikamana rosaknya manusia.

6. Hari ini kerosakan dalam urusan agama banyak yang berlaku. Sebahagian Muslim melihat tidak mengapa dengan hiburan yang melalaikan, norma-norma LGBT serta pemikiran Liberal yang menyesatkan.

7. Anehnya mereka yang berpegang erat pada panji al-Quran dan Sunnah pula dilihat tidak kena. Begitulah sunnah para pejuang agama dalam menyampaikan dakwah.  

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Timbalan Pengerusi 

Majlis Ulama Isma (MUIS)

Ikuti

Web MUIS : muis.org.my

telegram MUIS : https://t.me/kalamsalafussoleh

FB MUIS: https://www.facebook.com/majlisulamaisma

YouTube MUIS: shorturl.at/eHNW0

#HormatiMufti

#RamadanSemakinHampir

#majlisulamaisma

Isnin, 18 Oktober 2021

Arak Timah penghinaan kepada Islam, ‘Captain Speedy’ lagi sesuai, cadang Mufti P Pinang

 

Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata jenama arak menggunakan nama ‘Timah’ satu penghinaan kepada umat Islam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menjenamakan arak dengan nama “Timah” dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau menzahirkan rasa kurang senang dan kecewa dengan iklan sejenis arak buatan tempatan diberi nama itu yang memaparkan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah.

Katanya, sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu yang mana “Timah” adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad yang amat dihormati umat Islam.

“Pengeluar wiski berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam berkaitan dengan isu ini.

“Lebih memburukkan keadaan apabila gambar yang dipaparkan di botol minuman tersebut seolah-olah imej seorang yang beragama dengan kopiah dan janggutnya,” katanya dalam kenyataan.

Salim berkata, bagi masyarakat Islam di negara ini yang mana di dalam Perlembagaan dinyatakan Islam sebagai agama Persekutuan, maka tidak sepatutnya Malaysia menjadi sebuah negara pengeluar wiski.

Beliau berkata, pihaknya tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kerajaan perlu mengarahkan syarikat pengeluar minuman itu segera menukar jenamanya serta gambar pada botol supaya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Ini demi memelihara suasana harmoni dalam hubungan antara pelbagai kaum di negara ini.

“Kita juga berharap pemimpin politik tanah air terutama yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol ini,” katanya.

Dalam pada itu, Salim mencadangkan supaya arak itu ditukar nama kepada “Captain Speedy.

“Rasanya itu lebih sesuai. Dalam dunia revolusi terkini segala maklumat terlalu cepat merebak. ‘Don’t take for granted’ orang Islam tak tahu sebab mereka tak masuk kedai arak,” katanya.

Beliau berkata, tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelak kontroversi seberapa yang boleh.

“Jadi lebih bijak jika dielakkan perkara yang boleh menyentuh sensitiviti orang Melayu ini dan hindarkan apa jua yang boleh membawa kepada ketegangan dalam hubungan antara kaum di negara kita,” katanya.-FMT