"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Calon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Calon. Papar semua catatan

Isnin, 29 Julai 2024

PRK Nenggiri:Bersatu pertaruh bekas pemimpin Pemuda PAS Gua Musang di Nenggiri

 malaysiakini.com

Diterbitkan: Jul 29, 2024 6:54 PM
PRK NENGGIRI | PN menamakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd Rizwadi Ismail, sebagai pertaruhan terbaik parti itu bagi mempertahankan kerusi DUN Nenggiri.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Mohd Nasuruddin Daud di Masjid Hijau Renok, Gua Musang.

Mat Rizwadi merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang yang kemudian menyertai Bersatu.

Selepas pengumuman rasmi dibuat Mohd Rizwadi mengambil tempat di atas pentas untuk melafazkan ikrar dan sumpah laknat.

Antara lain dia bersumpah untuk patuh kepada perlembagaan Bersatu serta tidak akan meninggalkan parti berkenaan atau bakal dilaknat Allah.

-Wak Labu Farm 

Selasa, 16 Julai 2024

PRK Nenggiri: Tanding guna logo PAS, Bersatu yakin menang majoriti selesa

 Kamaruddin Md Nor berkata tidak timbul isu pertembungan PAS dan Bersatu yang kini giat menyusun jentera.



Calon Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN) akan bertanding menggunakan logo PAS pada PRK DUN Nenggiri 17 Ogos depan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Bersatu Kelantan yakin calonnya yang disahkan bertanding di bawah logo PAS mampu mencapai kemenangan dengan majoriti selesa pada PRK DUN Nenggiri, bulan depan.

Ketuanya Kamaruddin Md Nor berkata ketika ini PAS dan Bersatu sedang menyusun jentera dalam mempertahankan kerusi dimenanginya Mohd Azizi Abu Naim dengan majoriti 810 undi.

Kerusi itu dikosongkan oleh DUN Kelantan pada 19 Jun lalu susulan keahlian Azizi dalam Bersatu terhenti, menyebabkan PRK diadakan 17 Ogos depan.

Menurut Kamaruddin, tidak timbul isu pertembungan dua rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini mahu meletakkan calon masing-masing, sebelum Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan kerusi ditandingi Bersatu.

Kamaruddin Md Nor.

“Kerusi Nenggiri dimenangi Bersatu (pada PRN) dan calon Bersatu akan pertahankannya, hal ini telah dipersetujui…tak timbul soal pertembungan.

Calon Bersatu akan guna logo PAS, kita yakin penuh dapat mempertahankan kerusi Nenggiri dengan majoriti selesa,

 katanya kepada FMT.

Sebelum ini, timbul isu membabitkan pemilihan calon PN apabila Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad menyerahkan tiga nama untuk dipertimbangkanwalaupun kerusi itu secara tradisinya ditandingi Bersatu selaku penyandang.

Azman dipetik FMT berkata, pihaknya berharap calon PAS dipertimbangkan dengan alasan kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan, merujuk tindakan penyandang Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Lidah rasmi PAS, Harakah Daily pula melaporkan Ketua Wanita PAS Nuridah Salleh mahu wakil parti itu dipilih untuk meyakinkan penduduk Nenggiri yang calon PN tetap pendirian dan tidak melakukan kesilapan sama dibuat Azizi.

Pada 12 Jul lalu, Kamaruddin pula menjelaskan isu keyakinan pengundi sebenarnya tidak berbangkit, selain mengingatkan PAS juga mempunyai ‘macam-macam rekod’ dengan mengaitkan bekas pemimpinnya seperti bekas timbalan presiden Mohamad Sabu.

Sementara itu, Kamaruddin berkata pihaknya telah menyerahkan dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pada PRK 17 Ogos depan yang diyakini ‘boleh menang’ dan dikenali penduduk setempat.

Tunggu presiden (Muhyiddin Yassin) buat keputusan dalam masa terdekat,

 katanya.-FMT

Isnin, 8 Julai 2024

PRK Sungai Bakap: Pengundi Cina pilih PN, tamparan buat PH

 

Wong Chia Zhen (tiga dari kanan) bersama pimpinan PN meraikan kemenangan Abidin (enam dari kiri) di Sungai Bakap pada Sabtu.
Wong Chia Zhen (tiga dari kanan) bersama pimpinan PN meraikan kemenangan Abidin (enam dari kiri) di Sungai Bakap pada Sabtu.

ALOR SETAR - Kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap turut disumbangkan oleh pengundi Cina di beberapa pusat daerah mengundi (PDM).

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen berkata, kecenderungan pengundi Cina kepada pembangkang agak menyerlah terutama di PDM Sungai Bakap dan Puteri Gunung yang majoritinya kaum Cina.

Menurutnya, ini menunjukkan biarpun naratif sama digunakan pihak lawan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina terhadap Pas, pengundi Cina tetap memberi undi kepada calon Pas.

“Mengapa keadaan ini berlaku? Saya percaya pengundi Cina rasa ditipu atau dikhianati, mandat yang diberikan oleh mereka kepada Pakatan Harapan (PH) diambil endah, janji-janji manis dahulu telah dibakulsampahkan.

“Bukan sahaja janji tidak ditepati malah dasar yang sebaliknya dilaksanakan. Menipu pun ada batasannya, buka mulut sahaja bohong, macam mana rakyat tak marah?” katanya di sini pada Ahad.

Chia Zhen yang juga Ketua Pemuda Gerakan Pusat berkata, penolakan PH di Sungai Bakap ibarat satu tamparan kepada kerajaan negeri yang mentadbir Pulau Pinang selain memberi isyarat jelas kepada Kerajaan Madani.

Chia Zhen turut mengingatkan pemimpin PH dan Barisan Nasional (BN) agar mengingati sejarah lalu.

“Sejarah akan berulang sekiranya sejarah tidak dikenang. Kerajaan BN dulu menang dengan keputusan paling megah pada tahun 2004 namun kalah teruk pada pilihan raya 2008.

“Mesej yang hendak disampaikan kepada Kerajaan Madani sangat jelas. Kerajaan seharusnya prihatin dan mengambil kira suara rakyat marhaen, bukan bersikap angkuh mahu tunjuk siapa lebih pandai.

“Tahniah kepada pengundi Sungai Bakap! Kemenangan ini milik rakyat,” ujarnya.

“Kemenangan pilihan raya tidak sepatutnya diambil endah, lebih-lebih lagi selepas kerajaan campuran dibentuk,” katanya.

Menurutnya lagi, isu-isu berkaitan rakyat khususnya subsidi diesel atau petrol tidak seharusnya diambil mudah.

“Saya setuju subsidi pukal membebankan kewangan negara, tetapi rasionalisasi subsidi perlu dibuat secara berperingkat, bukannya harga diesel dinaikkan sebanyak 60 peratus dalam tempoh sehari,” jelasnya.

Chia Zhen berkata, pengundi sudah bersuara dan penolakan kepada PH bukan disebabkan hasutan mahupun kempen retorik PN.

“Kami tidak menghasut rakyat hari-hari seperti PH dahulu, tetapi kami menjadi pembangkang yang bertanggungjawab, kami lakukan semak imbang terhadap dasar kerajaan, kami menjadi wakil kepada suara rakyat marhaen.

“Tahniah kepada PN, ini satu kemenangan yang sangat bernilai, pada masa sama satu tamparan kepada kerajaan Madani,” katanya.

Pada Sabtu, calon PN, Abidin Ismail menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin pada PRK Sungai Bakap.

Abidin, 56, mempertahankan kemenangan PN dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya, Joohari yang meraih 10,222 undi.

-SH Online 

Isnin, 7 November 2022

Mereka-mereka Ini Dijangka Kalah PRU15 Menurut Penganalisis

 

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) yang digelar ibu kepada segala pilihan raya oleh sesetengah pihak bakal menyaksikan pertarungan beberapa calon ‘heavyweight’ parti politik.

Walaupun semua mata dijangka tertumpu pada nama-nama besar, tumpuan juga diberi kepada sekumpulan bekas ahli Parlimen PKR yang membelot pada Februari 2020, yang memainkan peranan dalam mengguling kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pembelot yang digelar ‘pengkhianat’ oleh Anwar Ibrahim itu akan bertanding di bawah pelbagai tiket parti yang berbeza pada PRU15 kali ini.

Ketika PKR sedang berhempas pulas untuk ‘mengajar’ pengkhianat itu dengan memenangi kembali kerusi itu, keyakinan parti itu turut disokong oleh penganalisis yang mengatakan bekas-bekas pemimpin PKR ini sukar untuk memenangi PRU15.

“Saya rasa kebanyakan pengkhianat itu akan hilang sokongan dan mungkin akan hilang kerusi.

“Mereka dah hilang sokongan (dengan berpaling tadah). Yang tidak berpihak ini mungkin akan tunjukkan tidak setuju dengan tindakan mereka,” kata Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Felo Kanan dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun juga senada dan mengatakan pembelot boleh melupakan hasrat untuk menang kecuali seorang.

“Dalam mimpi (boleh menang),” katanya.

Namun beliau yakin Larry Sng masih boleh mempertahankan kerusi Julau yang dimenanginya sebelum ini.

“Larry boleh menang lagi sebab kawasannya sangat terpencil di mana bantuan pembangunan main peranan,” katanya.

Berikut senarai ahli Parlimen yang berpaling tadah:

MOHAMED AZMIN ALI

Mohamed Azmin Ali sebelum ini merupakan timbalan presiden PKR dikatakan menjadi dalang kepada Langkah Sheraton akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) di mana beliau bakal berdepan saingan lima penjuru.

Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor bakal berdepan dengan bekas rakan seperjuangannya yang juga penerusnya Amirudin Shari.

Azmin menjadi sebagai Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal di bawah tiket PKR. Pada 2018, Azmin menang dengan majoriti 48,721 undi.

Beliau kini bersama Bersatu dan dilantik sebagai menteri kanan dalam Kabinet Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

ZURAIDA KAMARUDDIN

Zuraida sebelum ini merupakan naib presiden PKR dan penyandang Parlimen Ampang.

Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 41,956 undi di bawah tiket PKR pada PRU14 namun pada PRU15 beliau bakal mempertahankan kerusinya itu di bawah tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Selepas Langkah Sheraton, Zuraidah mengikut jejak Azmin menyertai Bersatu namun keluar parti untuk menyertai PBM.

Dalam pilihan raya kali ini, Zuraida bakal bertarung dengan lapan calon lain di Ampang.

Lawannya, Rodziah Ismail (PH), Ivone Low Yi Wen (BN), Sasha Lyna Abdul Latif (PN), Dr Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang), Lai Wai Chong (Warisan) dan tiga calon Bebas M Raveendran, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos serta Tan Hua Meng.

Beliau juga menteri bagi kerajaan-kerajaan sebelum ini termasuk ketika pentadbiran PH.

SAIFUDDIN ABDULLAH

Bekas ahli politik Umno ini beralih ke PKR pada 2015 sebelum menyertai Bersatu pada 2020.

Menteri Dalam Negeri sementara ini menang kerusi Indera Mahkota pada PRU14 atas tiket PH menewaskan calon BN Johan Mat Sah dengan majoriti 10,950 undi.

Pada PRU15, Pengerusi PN Pahang ini akan mempertahankan kerusinya menentang tiga calon lain, Quek Tai Seong (BN), Zuraifi Ismail (PH) dan Dr Mohamad Nor Sundari (Pejuang).

KAMARUDDIN JAAFAR

Kamaruddin menjadi ahli kepada tiga parti politik besar di negara ini - Umno, PAS dan akhir sekali PKR sebelum menyertai Bersatu pada 2020.

Timbalan Menteri Dalam Negeri sementara ini menang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU14 dengan majoriti 19,930 undi.

Dalam pilihan raya kali ini, Kamaruddin akan melalui pertarungan yang sukar di mana PH meletakkan penasihat PKR yang juga isteri kepada presiden parti, Anwar Ibrahim iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail selain calon BN-MCA Chew Yin Kee.

MANSOR OTHMAN

Mansor sebelum ini bertugas sebagai setiausaha politik Anwar sebelum bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal pada PRU13 dan PRU14.

Pada pilihan raya lepas, Mansor menang kerusi Nibong Tebal dengan majoriti 15,817 undi.

Beliau kemudian meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu pada 2020.

Mansor bakal berdepan pertandingan empat penjuru pada PRU15 ini melawan R.S Thanenthiran (BN), Fadhlina Sidek (PH) dan Goh Kheng Huat (Bebas).

RASHID HASNON

Rashid Hasnon sebelum ini menang di Parlimen Batu Pahat atas tiket PKR pada PRU14 dengan majoriti 17,895 undi.

Kini beliau yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat itu akan mempertahankan kerusinya itu di bawah payung Bersatu, komponen bagi gabungan PN.

Beliau akan menentang empat pencabarnya Onn Abu Bakar (PH), Ishak@ Mohd. Farid Siraj (BN), Zahari Osman (Parti Rakyat Malaysia) dan Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (Pejuang).

ALI BIJU

Penyandang Parlimen Saratok ini berdepan pertembungan tiga penjuru pada PRU15 bagi mempertahankan kerusinya yang dimenangi atas tiket PH ketika PRU14 lalu.

Pada PRU14 beliau menang dengan 11,848 undi dalam persaingan satu lawan satu menentang Subeng Mula (BN).

Ali yang juga bertukar parti dari PKR ke Bersatu dalam Langkan Sheraton kini mewakili PN dalam pilihan raya kali ini.

Dalam pertembungan kali ini, Ali akan melawan Ibil Jaya calon PH dan Giendam Jonathan Tait calon Gabungan Parti Sarawak.

WILLIE MONGIN

Willie menganggotai PKR dari 2009 hingga 2020.

Beliau pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum pada 2013, tewas kepada calon BN James Dawos Mamit di Mambong.

Pada 2018, beliau sekali lagi bertanding dan menang di kerusi Parlimen Puncak Borneo dengan majoriti 4,005 undi dalam pertemvungan tiga penjuru.

Willie keluar PKR lalu masuk Bersatu selepas kerajaan PH tumbang pada Februari 2020. Kemudian beliau sertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu awal tahun ini.

Pada pilihan raya umum kali ini penyandang kerusi Puncak Borneo itu akan bertembung calon dari PKR Diog Dios dan Lana akam dari Parti Sarawak Bersatu.

JONATHAN YASIN

Jonathan menang kerusi Parlimen Ranau pada 2018, dan akan bertanding pada PRU15 atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mewakili Bersatu.

Pada 2018, beliau menang dengan majoriti 1,076 undi dalam persaingan empat penjuru. Begitu juga pada pilihan raya umum kali ini, seramai lima calon akan merebut kerusi Ranau.

Di Ranau, parti komponen BN, Parti Bersatu Rakyat Sabah meletakkan calonnya iaitu bekas menteri persekutuan Ewon Ebin. Tiga calon lain yang akan bertanding adalah calon PH Taufik Dahlan, Markos Situn (Warisan) dan Azizul Julirin (Pejuang).

BARU BIAN

Baru antara ahli Parlimen PKR yang keluar parti itu pada 2020, yang kemudian menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau tidak mempertahankan kerusi Selangau pada pilihan raya kali ini, tetapi berpindah ke Lawas.

Baru akan bersaing dengan penyandang kerusi Lawas Henry Sum Agong dari GPS dan Japar Suyut dari PKR.

LARY SNG

Sng bukan antara 11 ahli Parlimen PKR yang berpaling tadah pada Februari 2020. Beliau keluar parti setahun selepas itu.

Sng menang kerusi Parlimen Julau pada 2018 atas tiket Bebas, mengalahkan calon BN Joseph Salang dengan majoriti 1,931 undi dan kemudian sertai PKR.

Beliau umum keluar parti itu untuk menjadi ahli Parlimen bebas tahun lepas dan menyatakan sokongan tergadap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, yang juga perdana menteri ketika itu.

Tidak lama kemudian beliau menyertai PBM, dan akan bertanding di kerusi Julau pada PRU15 atas tiket parti itu.

Penyandang kerusi Julau selama empat penggal itu akan berdepan calon GPS Joseph Salang Gandum, Susan George @ Suhana Abdullah dari Parti Bansa Dayak Sarawak and calon Bebas Elly Lawai.

Selain daripada nama-nama yang disebutkan di atas, bekas ahli Parlimen PKR lain yang menyertai Bersatu adalah bekas naib presiden parti itu Xavier Jeyakumar dan bekas ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara.

Xavier keluar PKR tahun lepas untuk menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong Muhyiddin. Beliau masuk PBM pada Oktober.

Sementara Santhara pula menyertai Bersatu selepas gerakan Langkah Sheraton pada Februari 2020. Beliau juga masuk PBM bulan lepas.

Santhara dan Xavier tidak bertanding pada pilihan raya umum kali ini. – The Malaysian Insight

Jumaat, 4 November 2022

PRU 15:Cucu Saudara Tun Mahathir Bertanding Di Alor Setar Atas Tiket Pejuang

 

Gerakan Tanah Air (GTA) dilaporkan mempertaruhkan cucu saudara kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat bagi kerusi Parlimen Alor Setar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mohamad Nuhairi dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) adalah seorang ahli perniagaan selama lebih 20 tahun.

Menurut Mohamad Nuhairi, beliau lebih gemar bercakap mengenai perkara yang mampu dilaksanakan olehnya terutama berkaitan isu-isu melibatkan ekonomi penduduk setempat dari menjanjikan bulan dan bintang.

Berikut adalah laporannya..

ALOR SETAR: Sebagai pendatang baharu dalam arena politik tanah air, calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi kerusi Parlimen Alor Setar, Datuk Nuhairi Rahmat tidak mahu terikut-ikut ‘rentak’ segelintir politikus lain yang terlalu gemar menjanjikan bulan dan bintang.
Individu berusia 45 tahun itu berkata, beliau lebih gemar bercakap mengenai perkara yang mampu dilaksanakan olehnya terutama berkaitan isu-isu melibatkan ekonomi penduduk setempat.

Menurutnya, bandar raya Alor Setar memiliki material terbaik termasuk dari segi bangunan-bangunan berseni yang berpotensi untuk dimajukan terutamanya dalam aspek pelancongan namun sehingga kini belum dapat dilaksanakan.

“Maka saya di sini menawarkan idea serta pengalaman selaku individu yang sudah 20 tahun lebih terlibat dalam perniagaan, untuk membantu mencari jalan bagi merancakkan ekonomi di bandaraya ini. Misi utama saya adalah menjadikan Alor Setar sebagai pusat tumpuan pelancong.

“Kerana apa yang saya lihat, Alor Setar ketika ini hanya menjadi laluan untuk pelancong menuju ke Kuala Kedah sebelum menaiki feri ke Langkawi. Tidak banyak pelancong yang singgah ke sini sedangkan kita memiliki potensi menjadikannya sebagai tarikan pelancong yang mampu mendatangkan pendapatan cukup baik kepada peniaga-peniaga di bandaraya ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengakui tidak pandai bercakap mengenai hal-hal politik termasuk untuk menyatakan kekurangan para pesaingnya, Nuhairi yang turut memiliki pertalian darah dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun tetap yakin mampu menawan hati pengundi.

Walaupun kerusi Parlimen ini melibatkan banyak penjuru, tetapi saya yakin mampu memenangi hati pengundi. Saya hanya akan bercakap perkara yang boleh dilaksanakan dan akan diusahakan bersungguh-sungguh untuk rakyat di Alor Setar.

“Selepas lama menceburkan diri dalam dunia perniagaan, saya fikir ini masanya untuk saya terjun ke dunia politik untuk lebih berbakti kepada rakyat Alor Setar yang merupakan tempat saya dilahirkan.

“Sebelum ini saya aktif juga membantu golongan memerlukan tetapi saya yakin mampu untuk melakukan yang lebih lagi jika diberi peluang berada dalam sistem Parlimen negara,” katanya. – UTUSAN

Ahad, 29 Mei 2022

Pemilihan Timb.Presiden PKR:Saifuddin angkat ‘bendera putih’, ucap tahniah pada Rafizi

 

Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail mengucapkan tahniah kepada pesaingnya Rafizi Ramli.

PETALING JAYA: Calon timbalan presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail mengangkat “bendera putih” walaupun pencabarnya bagi jawatan itu, Rafizi Ramli belum diumum sebagai pemenang secara rasmi.

“Biarpun belum dikira keputusan rasmi, namun saya telah mengutus ucap tahniah kepada Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Chang Li Kang dan lain-lain pemenang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya menghormati keputusan anggota parti dan berharap agar soal menang atau kalah tidak akan menggugat perpaduan serta silaturahim dalam PKR.

“Sikap saya mudah dan jelas. Hormat keputusan yang dibuat oleh anggota-anggota parti. Amalan demokrasi menentukan ada yang terpilih dan ada yang tidak. Jangan sesekali carikkan silaturahim.

“Sentiasa jaga perpaduan sesama anggota parti. Insya-Allah, keadilan akan terus kuat,” katanya.

Saifuddin berkata, tumpuannya kini adalah untuk memastikan kongres nasional parti pada Jun ini berjalan lancar, di mana keputusan pemilihan akan diumumkan secara rasmi.

Beliau yang juga penyandang setiausaha agung PKR berkata, sekitar 3,000 perwakilan akan memilih 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat bagi membentuk barisan kepimpinan yang lengkap.

“Selesai proses ini Anwar Ibrahim selaku presiden akan mempunyai satu barisan kepimpinan yang lengkap. Tugas saya bernoktah di situ. Tugas seterusnya, kepimpinan baru mempersiap parti mendepani PRU15,” katanya.

Keputusan untuk semua negeri dan Wilayah Persekutuan telah diumumkan kecuali Sarawak dan setakat ini, Rafizi memperoleh 67,895 undi berbanding Saifuddin 48,797 undi.

Rafizi menguasai undi majoriti di Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Sabah, Johor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Manakala Saifuddin hanya menang di Sabah dan Perlis.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, Rafizi hampir pasti akan mengisi jawatan nombor dua dalam PKR pada pemilihan kali ini.-FMT

Rabu, 25 Ogos 2021

Menjelang pengumuman Kabinet: Ulama Pas beri amaran jangan sesiapa jadi ‘abang long’

 

August 25, 2021