"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Mekanik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mekanik. Papar semua catatan

Selasa, 11 November 2025

Tahukah anda: Kereta tiba-tiba tak boleh 'start' hanya kerana sensor kecik saja..

 Bila kereta tak nak start, korang mula fikir macam-macam. Bateri ke, starter ke, plug ke. Tapi tak ramai sangka punca sebenar boleh jadi datang dari sensor kecil macam crankshaft sensor.

Sensor ni tugas dia kira putaran enjin dan hantar info tu dekat ECU. ECU pula akan uruskan bila nak bagi api, bila nak pancit minyak. Bila sensor ni dah mula problem, ECU pun jadi keliru, sebab tak dapat data yang tepat dari enjin.

Masa ni korang akan perasan enjin susah nak hidup. Kadang hidup kejap lepas tu mati balik. Atau bila korang start, enjin tak bagi respon pun. Kalau ada lampu check engine menyala, itu pun dah bagi hint awal yang ada benda tak kena.

Yang buat pening, semua benda lain nampak okay. Bateri masih kuat, minyak cukup, fuse pun tak terbakar. Tapi tekan kunci atau button start, enjin tetap senyap. Masa ni korang mula fikir nak buat apa.

Kalau terdesak sangat, ada satu cara boleh cuba. Korang cabut dulu soket sensor crankshaft tu. Lepas tu sembur starter fluid sikit dalam throttle body, lepas tu try start macam biasa.

Biasanya enjin akan hidup sekejap je. Tapi jangan jadikan ni jalan tetap. Cara ni boleh ganggu komponen lain kalau selalu sangat buat. Sensor crankshaft memang kena tukar kalau dah mula bagi masalah.

Kalau kereta dah tak boleh jalan, towing terus ke bengkel adalah paling selamat. Tapi kalau korang ada basic DIY dan rasa confident, sensor ni boleh je tukar sendiri kat rumah.

Langkah pertama, cabut kabel negatif bateri dulu. Ni penting untuk elakkan kejutan elektrik masa tengah buka apa-apa. Lepas tu korang kena cari sensor tu, selalunya terletak kat bawah enjin dekat dengan transmisi.

Bila dah jumpa, cabut soket sensor tu, buka skru dia pakai sepana, dan tarik keluar sensor lama. Memang kawasan tu sempit sikit, tapi dengan alat yang betul, boleh je selesaikan.

Lepas tu, bersihkan sikit kawasan tu sebelum pasang sensor baru. Masuk sensor baru elok-elok, ketatkan skru balik, sambung soket semula dan akhir sekali sambung balik kabel bateri.

Bila dah siap semua, korang start enjin macam biasa. Kalau lampu check engine masih ada, korang kena guna OBD-2 scanner untuk padamkan kod ralat yang ada dalam ECU.

Sensor crankshaft ni tak besar pun, lebih kurang dua hingga tiga inci je panjang. Tapi bila dia bermasalah, memang boleh ganggu keseluruhan sistem enjin. Baik tukar awal daripada menyesal tepi jalan.

Kalau korang tak biasa atau tak yakin nak buat sendiri, elok panggil mekanik. Biar la keluar duit sikit, janji kereta boleh jalan elok dan selamat.

Source 

Ahad, 3 Oktober 2021

MINYAK ENJIN PERLU DITUKAR SETIAP 6 BULAN? WALAUPUN TAK CUKUP 10,000KM?


Seperti yang kita sedia maklum, minyak pelincir atau minyak enjin perlu ditukar mengikut sela masa yang ditetapkan oleh pengeluar samaada setiap 5000km, 7000km, 10,000km atau 15,000km bergantung pada saranan pengeluar dan jenis minyak enjin yang digunakan.

Sesetengah pengeluar membuat saranan supaya minyak enjin perlu ditukar dengan kerap jika kenderaan dipandu dalam keadaan lasak seperti menunda beban yang berat, dipandu dalam keadaan sesak (stop & go traffic) dengan cuaca panas, atau cuaca terlalu sejuk.

Namun dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, anda akan dapati yang anda banyak bekerja di rumah dan kereta anda semakin kurang dipandu. Secara teori ia bagus untuk anda kerana semakin kurang dipandu, semakin sedikit kos servis yang anda perlu keluarkan. Tapi sebenarnya walaupun kurang dipandu, minyak enjin sekurang-kurangnya perlu ditukar setiap 6 bulan sekali


Kami perkenalkan pada anda satu perkataan baru iaitu “shelf life” iaitu jangka hayat sesuatu produk sebelum ia rosak dan tidak boleh digunakan lagi walaupun komponen tersebut belum pernah dipasang pada kereta. Antara contoh yang senang dilihat ialah tayar dan juga minyak enjin yang memiliki shelf life selama 5 tahun sebelum ia rosak walaupun disimpan dalam botol tertutup.

 Minyak enjin akan menjadi rosak disebabkan tindak balas kimia yang berlaku apabila ia terdedah kepada persekitaran. Unsur seperti udara, gas oksigen, haba, cahaya dan juga air akan memendekkan jangka hayat minyak pelincir. Bagi minyak enjin yang belum digunakan, adalah bagus sekiranya ia disimpan dalam bekas tertutup di dalam bilik stor, bukan dibiarkan di bawah garaj kereta.

Bagi minyak enjin yang telah dituang dalam enjin, ia akan mulai terdedah kepada semua unsur-unsur di atas sebaik sahaja botol minyak dibuka dan enjin kereta beroperasi. Minyak enjin sebenarnya adalah campuran bahan aditif dengan bahan petroleum ataupun minyak pelincir dihasilkan secara sintetik daripada alkohol.


Selepas beberapa bulan terdedah, bahan aditif ini tidak lagi dapat berfungsi secara efisyen seperti yang dijangka. Bahan pelincir petroleum ataupun sintetik akan menjadi kurang likat berbanding dengan sifat asalnya terutama selepas dicemari dengan unsur hidrokarbon yang ada pada pertol atau diesel serta terdedah kepada air yang terhasil daripada pembakaran

Bagi kenderaan dengan enjin turbo moden, sebaik sahaja alat pengesan menilai kelikatan minyak enjin berada di luar parameter yang ditetapkan ia akan menghantar isyarat peringatan kepada pemilik agar menukar minyak secepat mungkin walaupun perbatuan masih kurang daripada 10,000km.


Bagi enjin lama, anda boleh mengesan minyak pelincir sudah tidak sesuai digunakan dengan melihat kepada perbandingan bau (bau terbakar), warna (biasanya hitam), dan juga kelikatan (cair seperti air). Ketika ini juga pecutan kereta akan terjejas serta penggunaan bahan api akan meningkat berbanding biasa

Satu cara lain bagi memeriksa kualiti minyak pelincir ialah dengan melakukan analisis kimia secara terperinci namun ia akan memakan kos yang bukan murah. Jadi penyelesaian yang paling praktikal dan murah ialah menukar minyak enjin anda setiap 6 bulan walaupun jarang dipandu.

Sumber: Mekanika