"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Mikroplastik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mikroplastik. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mac 2022

Saintis temui bahan plastik dalam darah manusia

Mikroplastik ini sangat halus sehingga ada masanya tidak terlihat oleh mata manusia. - Shutterstock

AMSTERDAM – Satu kajian terbaharu mendedahkan mengenai penemuan pertama dan mengejutkan mikroplastik atau kepingan kecil plastik halus berdiameter kurang daripada 0.0007 milimeter dalam darah manusia.

Dalam kajian tersebut, saintis-saintis di Belanda mengambil sampel darah daripada 22 penderma dewasa yang sihat secara rawak dan menganalisisnya, demikian menurut akhbar Daily Mail kelmarin.

Mereka  mendapati bahawa 17 daripada 22 sukarelawan tersebut  mempunyai mikroplastik dalam darah mereka.

Saintis-saintis berkenaan berkata, penemuan itu adalah sangat membimbangkan.

Mikroplastik pernah ditemui di dalam otak, usus, plasenta bayi yang belum lahir dan najis orang dewasa dan bayi tetapi ini kali pertama ia dijumpai dalam darah manusia.

“Kajian kami adalah petunjuk pertama bahawa kita mempunyai zarah polimer di dalam darah kita,” kata penulis kajian tersebut, Profesor Dick Vethaak dari Universiti Vrije di Amsterdam.

Kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal Environment International, menguji sampel darah untuk pencemaran lima jenis plastik iaitu polimetil metakrilat (PMMA), polipropilena (PP), polistirena (PS), polietilena (PE) dan polietilena tereftalat (PET).

Penyelidi-penyeldik mendapati bahawa 50 peratus daripada sampel darah yang diambil mengandungi polyethylene terephthalate (PET) iaitu antara plastik yang paling lazim digunakan.

PET ialah plastik jernih, kuat dan ringan yang digunakan secara meluas untuk membungkus makanan dan minuman, terutamanya minuman ringan, jus dan air bersaiz biasa.

Sementara itu, hanya 36 peratus sampel mengandungi polistirena, plastik yang digunakan dalam pembungkusan dan penyimpanan, manakala hampir 23 peratus mengandungi polietilena iaitu bahan beg pembawa plastik.

Hanya satu sampel mewakili lima peratus mempunyai polimetil metakrilat dan tiada sampel darah mempunyai polipropilena.

Apa yang membimbangkan, penyelidik-penyelidik turut menemui sehingga tiga jenis plastik dalam satu sampel darah.

Kesan kesihatan akibat menelan mikroplastik buat masa ini masih tidak jelas, walaupun kajian tahun lepas mendakwa ia boleh menyebabkan kematian sel dan tindak balas alahan pada manusia. – Agensi