"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Perang Palestin Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perang Palestin Israel. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Oktober 2025

21 Tuntutan Trump: Antara Perjanjian Hudaybiyyah atau Granada?

 “21 Tuntutan Trump: Antara Perjanjian Hudaybiyyah atau Granada?”

Perkembangan terbaru di Timur Tengah membuka satu lembaran yang ramai tidak sangka akan berlaku. Selepas sangat lama perang tanpa henti, akhirnya H memberi respons kepada rancangan damai yang dibentangkan oleh Presiden Amerika, Donald Trump. Dunia politik tergamam, sebahagian kecewa, sebahagian lagi melihatnya sebagai langkah strategik.

Rundingan ini dijadualkan berlangsung di Arish, Mesir dengan penglibatan mediator antarabangsa termasuk Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat sendiri. Jared Kushner dan Steve Witkoff dilaporkan mengetuai delegasi Washington, manakala Isbiol menghantar pegawai tertinggi tentera serta penasihat keselamatan. Ia bukan rundingan kecil. Ia adalah pertemuan yang akan menentukan arah sejarah G dan masa depan P secara keseluruhan.

Menurut laporan rasmi Channel 12 dan 14 Isbiol, delegasi mereka sudah menerima arahan untuk berlepas ke Mesir bersama senarai nama tahanan P yang akan dibebaskan dalam fasa pertama. Sumber tentera Isbiol juga mengesahkan operasi ketenteraan mereka di G kini diturunkan ke tahap minimum selepas arahan terus daripada Trump supaya menghentikan serangan.

Apa yang menggemparkan dunia ialah kenyataan rasmi H yang disahkan sendiri oleh media antarabangsa. H bersetuju melaksanakan sebahagian daripada 21 syarat dalam pelan damai Trump. Antara yang dipersetujui termasuk pembebasan tahanan, kemasukan bantuan kemanusiaan, gencatan senjata serta penyerahan sementara pentadbiran G kepada kerajaan teknokrat yang disokong negara Arab dan Islam.

Namun, pelucutan senjata kekal menjadi isu utama. H tidak akan melepaskan pertahanan mereka sepenuhnya kerana sedar langkah itu akan menjadikan mereka seperti F**ah iaitu kehilangan kekuatan dan maruah. Dalam konteks peperangan panjang ini, langkah H bukan tunduk, tetapi strategi sementara demi melindungi nyawa rakyat G yang sedang kelaparan dan tenat.

Trump segera menulis di media sosial bahawa “keamanan semakin hampir”. Baginya, ini kejayaan politik yang mampu melonjak imejnya di mata dunia. Tetapi bagi rakyat G, ini adalah peluang untuk bernafas seketika selepas berlama-lama dikepung dan dibom tanpa henti.

PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengambil pendirian berhati-hati. Beliau menegaskan Malaysia tidak menyokong keseluruhan rancangan Trump kerana terlalu berat sebelah kepada Isbiol. Namun, beliau memahami keutamaan utama sekarang ialah menghentikan pertumpahan darah dan memastikan bantuan kemanusiaan masuk segera ke G.

Apa yang dilakukan H tidak lahir daripada kelemahan. Ia lahir daripada maqasid syariah iaitu menjaga nyawa lebih utama daripada terus menanggung kematian sia-sia. Dalam istilah Islam, inilah “hifz al-nafs”. Langkah ini bukan menyerah, tetapi menunggu masa untuk kembali bangkit.

Ada pihak menyamakan keadaan ini dengan Perjanjian Hudaybiyyah. Namun saudara Ayman Rashdan ada cerita di Facebook beliau yang hakikatnya jauh berbeza. Ketika Rasulullah SAW menandatangani Hudaybiyyah, Islam sedang meningkat naik. Quraysh di Makkah sudah lemah selepas kekalahan dalam perang Badar, Uhud dan Khandaq. Rasulullah menandatangani gencatan kerana tahu kekuatan Islam akan membesar dalam suasana aman.

H hari ini tidak berada di posisi itu. Mereka sedang dikepung, rakyat mereka lapar, ubat-ubatan hampir habis. Dalam keadaan sebegitu, perjanjian damai bukan tanda lemah, tetapi tanda kebijaksanaan. Umat Islam perlu melihat langkah ini dengan hikmah, bukan dengan emosi.

Situasi di G lebih mirip kepada Perjanjian Granada tahun 1491 antara kerajaan Islam terakhir di Andalusia dengan pakatan Kristian Sepanyol. Ketika itu, Sultan Boabdil dipaksa menyerah kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dengan janji kononnya umat Islam akan dilindungi, azan dibenarkan dan hak mereka dijaga. Namun selepas Granada jatuh, semua janji dimungkiri.

Sejarah mengajar kita bahawa setiap perjanjian dengan musuh mesti dilihat dengan mata yang terbuka. Jika Isbiol dan sekutunya benar-benar berniat damai, dunia akan melihat perubahan. Jika mereka berniat memperdaya, masa akan membongkarkannya seperti Granada dahulu.

Dan sebenarnya dah ada satu sejarah yang membuktikan perjanjian seperti ini membawa lebih banyak kehilangan tanah daripada keamanan. Kita boleh lihat sejarah perjanjian Oslo. Hari ini, ramai mengingatkan H agar berhati-hati supaya sejarah tidak berulang.

Dalam konteks semasa, H menilai setiap langkah dengan prinsip survival. Mereka tahu setiap keputusan membawa risiko besar kepada dua juta nyawa di G. Pelucutan senjata sepenuhnya akan menjadikan mereka sasaran mudah. Tetapi menolak semua rundingan pula akan mengundang serangan lebih dahsyat.

Trump menggunakan momen ini untuk mengisytiharkan dirinya sebagai “pencipta keamanan” sambil menekan Setanjahat supaya menghentikan bom. Namun, dunia tahu ini permainan geopolitik dimana ianya satu pementasan yang dirancang rapi agar Amerika dilihat sebagai penyelamat, bukan punca penderitaan.

Langkah H menerima sebahagian tuntutan memberi ruang diplomasi baharu kepada dunia Arab dan Islam. Negara seperti Qatar dan Turkiye dijangka memainkan peranan penting dalam memastikan perjanjian ini tidak dimanipulasi sepihak.

Dalam masa yang sama, misi Freedom Flotilla tetap diteruskan. Kapal Conscience dan aktivis antarabangsa kini sedang menuju ke G membawa bantuan ubat dan makanan. Malaysia turut menghantar sembilan wakil termasuk doktor dan profesor ternama bagi membuktikan solidariti global tidak pernah padam walaupun di tengah diplomasi politik yang rumit.

Bagi rakyat G yang sudah lama hidup dalam kehancuran, langkah ini ibarat nafas pertama selepas lama tenggelam. Mereka tidak mahu lebih daripada satu perkara iaitu peluang untuk hidup. Dan itulah yang sedang diusahakan H sekarang.

Kritikan bahawa perjanjian ini tanda kelemahan sebenarnya tidak adil. Rasulullah sendiri pernah berundur secara taktikal dalam peperangan demi membuka jalan kemenangan yang lebih besar. Dalam strategi Islam, kemenangan bukan hanya melalui pedang juga tetapi melalui kebijaksanaan.

Ada waktunya perlu menahan marah untuk memberi ruang kepada keadilan. Ada waktunya perlu melangkah ke belakang untuk mengelak kehancuran total. H sedang menggunakan ruang itu untuk menyelamatkan rakyat mereka.

Namun dunia tetap perlu berhati-hati. Sejarah menunjukkan musuh tidak pernah berpegang teguh kepada janji apabila mereka sudah memegang kuasa penuh. Inilah sebabnya umat Islam perlu terus berdoa agar Allah menjaga G daripada pengkhianatan baharu seperti Granada dahulu.

Perjanjian kali ini bukan penamat perjuangan, tetapi bab baru dalam perjalanan panjang umat yang tertindas. Sama ada ia menjadi Hudaybiyyah yang membawa kemenangan atau Granada yang membawa kehancuran, masa akan menentukan.

Yang pasti, langkah H hari ini bukan tanda menyerah kalah. Ia tanda mereka masih waras, masih berpaut pada iman dan masih percaya bahawa Allah menilai niat di sebalik setiap tindakan.

Mungkin dunia melihat H sebagai lemah, tetapi sejarah sering berpihak kepada mereka yang sabar. Rasulullah SAW pernah dihina kerana menandatangani Hudaybiyyah, tetapi dua tahun kemudian baginda menakluk Makkah tanpa pertumpahan darah.

Jika H mencontohi kebijaksanaan itu, masa depan masih terbuka. Apa yang penting sekarang ialah memastikan rakyat G selamat, anak-anak mereka kembali ke sekolah dan bumi itu kembali bernyawa.

Dunia sedang menunggu hasil rundingan ini dengan penuh debar. Sama ada ia membawa sinar atau pengkhianatan, satu perkara pasti iaitu perjuangan tidak akan berhenti. Selagi ada penindasan, selagi itu akan ada manusia yang berani melawan.

Dan seperti yang dikatakan saudara Ayman Rashdan Wong, ini bukan soal kalah atau menang, tetapi soal bertahan agar satu generasi lagi dari G masih wujud untuk menyambung perjuangan. Itu sendiri sudah cukup besar maknanya.

MasyaAllah, semoga Allah menjaga mereka di bumi barakah itu, memberi kekuatan kepada umat yang sedang diuji dan membuka jalan kepada kemenangan yang adil dan berkekalan.

Apa pula pandangan rakan-rakan? 

Source 

---


Buku "P: Dari Sungai ke Segara" karya Ayman Rashdan Wong mengupas sejarah panjang bumi barakah yang tidak pernah sunyi daripada konflik dan perjuangan. Setiap halaman membawa pembaca memahami akar penindasan yang masih berlaku hingga hari ini serta peranan umat Islam dalam membela keadilan. Sebuah naskhah penting untuk memahami makna sebenar perjuangan rakyat P yang tidak pernah padam.


Dapatkan senaskah di sini:

https://s.shopee.com.my/4VMuIBEZ3n

Sabtu, 7 Jun 2025

Yasir Abu Syabab, mata dan tentera Zionis dalam kalangan penduduk Gaza

 Yasir Abu Syabab, mata dan tentera Zionis dalam kalangan penduduk Gaza

Minggu lalu dilaporkan oleh pihak pejuang mereka berjaya memerangkap sekumpulan musuh bersenjata dengan letupan bom yang mengorbankan atau mencederakan kira-kira tujuh orang musuh.

Pihak musuh ini bukanlah orang Yahudi, tetapi merupakan sebahagian daripada penduduk Arab G@za sendiri. Mereka merupakan unit Musta’ribun di bawah kelolaan tentera Zi@nis sendiri. Unit terbabit dibantu oleh pihak penjajah dari segi senjata, perlindungan, kenderaan, melatih mereka menjadi pengintip dan bantuan kemanusiaan.

Mereka turut dikategorikan dalam masyarakat G@za sebagai ‘Isabah atau anggota kumpulan penjenayah yang diketuai oleh Yasir Abu Syabab (gambar pemuda di bawah). Mereka dikatakan berasal daripada keluarga kabilah al-Turabin. 

Kabilah terbabit berasal daripada selatan P@lestin yang dijajah, Naqab dan sebahagian Semenanjung Sina yang berada di bawah Kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, kabilah ini menafikan keterlibatan mereka dalam jenayah yang dilakukan oleh Yasir Abu Syabab. 

Mereka turut menegaskan bahawa mereka bersama-sama penduduk P@lestin dalam usaha memerdekakan tanah air daripada penjajahan Zi@nis dan sekutunya. 

Maklumat yang didapati setakat ini, bilangan anggota kumpulan penjenayah Yasir Abu Syabab adalah sekitar 100-300 orang. Mereka berpusat di Rafah hanya beberapa puluh meter daripada Karem Abu Salem, satu-satunya pintu masuk bantuan kemanusiaan ke G@za.

Mereka terlibat dalam merompak bantuan-bantuan kemanusiaan yang berjaya masuk ke G@za tanpa ada serangan daripada pesawat udara pihak Zi@nis. 

Manakala apabila datang pengawal keselamatan yang bertanggung jawab untuk menjaga lori kemanusiaan, pihak rejim Zi@nis menyerang mereka dengan serangan udara.

Begitu juga dengan penduduk G@za yang menuju ke pusat agihan bantuan. Selepas atau ketika mengambil bantuan, mereka sering menjadi sasaran serangan udara pihak rejim Zi@nis. 

Turut berlaku situasi anggota kumpulan penjenayah ini datang ke pusat agihan bantuan dengan membawa senjata api untuk mengugut sesiapa yang menghalang mereka untuk mencuri dan merampas sebanyak mungkin bantuan yang diberikan.

Inilah situasi kesusahan yang sedang dihadapi oleh penduduk G@za sehinggalah ke Hari Raya Eidul Adha sekalipun.

Walaupun begitu, hal sedemikian sedikit pun tidak mengurangkan martabat majoriti penduduk G@za yang sabar dan beriman kepada Allah.

Mereka tetap mengadakan halakah al-Quran di pusat pelarian. Banyak video dan gambar menunjukkan anak-anak dan orang dewasa mengisi masa mereka dengan bacaan al-Quran dalam kem pelarian.

Baru-baru ini mereka mendirikan solat Sunat Eidul Adha secara berjemaah dalam suasana kehancuran dan kemusnahan.

 Kita semua menyaksikan roh keimanan dan ketakwaan daripada penduduk G@za daripada kesabaran mereka walaupun lebih 600 hari menghadapi genos!d.

Tiada masyarakat yang sempurna sepenuhnya dalam kalangan anggotanya sepanjang zaman. 

Pada zaman Rasulullah SAW sendiri, terdapat insan-insan terbaik seperti para sahabat, namun turut wujud golongan paling buruk akhlaknya, iaitu golongan munafik. 

Golongan munafik ini telah melakukan banyak jenayah termasuk menyebarkan fitnah Sayyidatina Aisyah RA, mengkhianati Rasulullah SAW dalam perang Uhud dengan menarik diri bersama 300 orang lagi tentera, menghasut orang ramai supaya tidak menyertai perang Tabuk dan pelbagai lagi.

Dalam keadaan ini generasi Rasulullah SAW masih generasi terbaik sepanjang zaman seperti yang disabdakan baginda Rasulullah SAW:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

Sebaik-baik manusia ialah pada zamanku, kemudian yang datang selepas mereka, kemudian yang datang selepas mereka.”  (Riwayat al-Bukhari (no. 2652) dan Muslim (no. 2533))

Melihat kepada realiti masyarakat di G@za yang sangat pelbagai, masyarakat di Malaysia juga tidak terlepas daripada kepelbagaian pandangan terhadap isu P@lestin.

Sebahagiannya masih memusuhi apa sahaja usaha yang mendekatkan kemerdekaan P@lestin dan sebahagian lagi tidak ambil peduli langsung terhadap apa yang berlaku.

Menjadi tugas kita, sebagai pengikut saluran Aqsa Syarif dan pencinta kemerdekaan Bait al-Maqdis, untuk menyebarkan seluas-luasnya informasi berkenaan isu P@lestin sama ada berita terkini, ulasan yang berpandukan roh perjuangan dan ajaran Islam, kisah-kisah daripada penduduk P@lestin sendiri dan seumpamanya.

Perjuangan kita bukanlah terbatas pada wang sahaja, tetapi termasuk maklumat dan kesedaran. 

Semoga Allah SWT meneguhkan pendirian kita dalam membela kebenaran, memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita di bumi P@lestin, dan menerima segala amal kecil dan besar dalam perjuangan ini sebagai bukti cinta kita kepada agama dan umat.

Selamat berbuka puasa dan selamat selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha.                 

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin

Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

Source