"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Penipuan Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penipuan Online. Papar semua catatan

Khamis, 4 Julai 2024

Jual melalui e-dagang:'Beras Super Siam' auta

 ANTARA iklan penjualan beras Siam tanpa jenama di laman e-dagang yang menimbulkan tanda tanya pengguna.

ANTARA iklan penjualan beras Siam tanpa jenama di laman e-dagang yang menimbulkan tanda tanya pengguna.

Putrajaya: Kaut keuntungan mudah melalui kaedah menjual beras seludup dan tanpa lesen di platrform e-dagang terkenal.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Taktik itu bagaimanapun terbongkar apabila sebanyak 94 iklan berkaitan penjualan beras secara dalam talian sudah diturunkan oleh penyedia platform e-dagang sejak 1 Oktober tahun lalu hingga 31 Mei lalu.

Semakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) mendapati penjual beras secara dalam talian itu tidak mempunyai lesen runcit yang dikeluarkan oleh KPB dan beras yang dijual dipercayai diperoleh dari sumber tidak sah.

KPKM dalam kenyataannya semalam memaklumkan, padi dan beras adalah barang kawalan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dan peraturan-peraturan di bawahnya.


"Sebarang urus niaga membabitkan barang kawalan di peringkat kilang, borong dan runcit termasuk jualan secara dalam talian memerlukan lesen dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras.

"Ketiadaan lesen barang kawalan beras adalah kesalahan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996," katanya.

ANTARA iklan penjualan beras Siam tanpa jenama di laman e-dagang yang menimbulkan tanda tanya pengguna.
ANTARA iklan penjualan beras Siam tanpa jenama di laman e-dagang yang menimbulkan tanda tanya pengguna.

Tambahnya, di samping itu, beras yang dijual kepada pengguna dalam talian disyaki adalah beras yang dibawa masuk ke dalam negara tanpa mendapat kelulusan Kerajaan.

"Perbuatan ini adalah satu kesalahan mengikut Peraturan 10(1)(a) Peraturan Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996.

"Penjual barang kawalan beras yang menggunakan platform e-dagang adalah terikat dengan perundangan yang berkuatkuasa iaitu Akta 522 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

"Justeru, pihak KPB sentiasa memantau aktiviti penjualan beras menggunakan platform dalam talian dengan kerjasama penyedia platform e-dagang berkenaan bagi membendung aktiviti berkenaan terus berleluasa," katanya.

KPB juga ingin mengingatkan kepada peniaga bahawa penjualan secara dalam talian barangan kawalan padi dan beras perlu mematuhi mana-mana perundangan yang sedang berkuatkuasa.

"Sekiranya didapati bersalah, pihak terbabit boleh didenda sehingga RM25,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Harga 'runtuh' dakwa kononnya beras import Siam

Aktif menjual beras putih tanpa jenama pada harga 'runtuh' di laman e-dagang dengan mendakwa ia adalah beras import Siam.

Itu antara taktik sindiket yang mampu meraih pendapatan lumayan susulan kenaikan harga semasa beras di pasaran selain kesukaran pengguna mendapatkan beras tempatan ketika ini.

Berdasarkan pemerhatian wartawan, terdapat pelbagai iklan jualan beras tanpa jenama berlegar di media sosial dan laman jual beli dalam talian.

Rata-rata beras didakwa sebagai beras Thailand ini ditawarkan pada harga semurah RM4 sekilogram.

Tinjauan turut mendapati beras tanpa jenama ini dikesan dijual di laman e-dagang dengan menggunakan pelbagai nama samaran antaranya beras putih Siam, beras putih super Siam atau beras wangi super Siam.

Tiada nama syarikat beras diletakkan pada iklan jualan di laman e-dagang itu sebaliknya 'penjual' hanya mendakwa beroperasi di Perak, Kedah dan Kelantan.

Ini sekali gus menimbulkan rasa curiga terhadap 'identiti' beras berkenaan sama ada ia adalah beras import ataupun tempatan.

Selain itu, tiada nombor telefon untuk dihubungi pelanggan, sekali gus memungkinkan penipuan berlaku termasuk mencampurkan beras tempatan bersama beras import yang memiliki kualiti rendah.

ANTARA iklan penjualan beras Siam tanpa jenama di laman e-dagang yang menimbulkan tanda tanya pengguna.
ANTARA iklan penjualan beras Siam tanpa jenama di laman e-dagang yang menimbulkan tanda tanya pengguna.

Pengguna, Azlan Mat Hassan, 40, berkata, penjualan beras tanpa diketahui 'asal usul' pengilang memungkinkan penipuan mencampurkan beras gred rendah bersama beras import.

Menurutnya, pelanggan biasa sepertinya sukar untuk membezakan antara beras tempatan gred tinggi dan beras Siam.

"Beras tempatan dijual pada harga RM26 untuk beg 10 kilogram (kg) hampir mustahil ditemui kini. Akibatnya pengguna berusaha mencari alternatif lain termasuk membeli beras di laman sosial.

"Malah, ramai yang tertarik dengan iklan di media sosial berikutan harga beras putih import kini tidak jauh bezanya dengan harga beras tempatan.

"Sebaiknya beli beras yang mempunyai jenama dikenali di pasaran bagi mengelak ditipu baik dari segi kuantiti, kandungan gred dan jenis beras itu sendiri. Agak menyedihkan apabila beras didakwa gred tinggi ini dicampur dengan beras hancur," katanya.

-myMetro 

Rabu, 30 Mac 2022

Penipuan internet, telefon, antara aduan paling kerap diterima

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Aduan mengenai penipuan kewangan, terutamanya penipuan melalui internet dan telefon serta penipuan berkaitan pelaburan antara lima isu yang paling kerap diajukan oleh orang ramai melalui BNMTELELINK pada 2021, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNMTELELINK mengekalkan bilangan interaksi yang tinggi dengan kira-kira 300,000 interaksi pada 2021, di mana orang ramai dan perniagaan terus menghubungi bank melalui telefon, e-mel dan secara dalam talian.

Bank pusat berkata, BNM dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Polis Diraja Malaysia, terus meningkatkan usaha untuk mendidik orang ramai mengenai penipuan kewangan.

"Salah satu inisiatif utama bank ialah membuat hantaran peringatan dengan kerap melalui halaman Facebook Amaran Scam, dengan lebih daripada 320 hantaran dibuat sepanjang 2021. Sejak dilancarkan pada 2020, halaman itu mendapat 39,000 pengikut.

"Pada 2021, kami dapati ada penurunan sebanyak 11.2 peratus dalam pertanyaan dan aduan berkaitan penipuan yang diterima oleh BNM," katanya dalam Laporan Tahunan BNM 2021 yang dikeluarkan hari ini.

Di samping itu, BNM juga sudah menyiarkan siri webinar tujuh episod mengenai penipuan kewangan sempena Bulan Literasi Kewangan pada Oktober 2021.

Webinar yang memberi fokus kepada penipuan kewangan yang lazim berlaku di Malaysia seperti penipuan Skim Cepat Kaya, Macau Scam, Akaun Keldai, Memancing Data dan e-Dagang, dijalankan dalam pelbagai bahasa untuk mendekati komuniti Melayu, Cina dan India.

Selain itu, BNM menganjurkan 47 sesi perbincangan dalam talian melalui stesen radio negeri dan webinar secara maya mengenai penipuan kewangan pada peringkat wilayah, untuk khalayak sasaran seperti pesara, kakitangan kerajaan dan komuniti universiti.

"Bank meningkatkan keberadaan digital, menyediakan lebih banyak kandungan serta memastikan bahawa perkhidmatan dalam talian terus boleh diakses untuk memastikan pihak yang terjejas mengetahui bahawa bantuan tetap tersedia untuk membantu mereka mengharungi tempoh kesusahan," kata bank pusat.

Sepanjang tahun 2021, BNM terus memanfaatkan pelbagai saluran komunikasi bagi meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai saluran dan mekanisme yang tersedia untuk pihak yang terjejas akibat krisis kesihatan bagi mendapatkan bantuan.

Untuk lebih berpusatkan pengguna, BNM memberikan nafas baharu pada reka bentuk laman sesawang bagi memastikan pengunjung mendapat maklumat yang diperlukan dengan beberapa klik sahaja.

Bank juga mengkaji semula kandungan halaman utamanya untuk pengalaman yang lebih mesra peranti mudah alih, yang melihat paparan laman sesawang lebih responsif terhadap peranti yang berbeza untuk peranti mudah alih dan pengguna komputer meja.

Selain keberadaan dalam platform Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn dan YouTube, BNM juga memperluas keberadaan dalam platform Telegram untuk meluaskan jangkauannya.

-myMetro