Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Seorang lelaki memakai pelitup muka dan pelindung muka di daerah Wanchai, Hong Kong pada 29 Jun lalu. – AFP
GENEVA, SWITZERLAND – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup mula dan penjarakan fizikal susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.
Beliau yang berucap pada sesi taklimat mingguan WHO berkata, Covid-19 masih berada di sekeliling manusia dan kebanyakan negara tidak menguruskan wabak koronavirus secara berkesan, demikian menurut laman berita RT.
Pada minggu lalu WHO merumuskan bahawa koronavirus kekal menjadi ‘ancaman kesihatan awam di peringkat antarabangsa’. Tegas Tedros, pandemik Covid-19 jauh sekali daripada berakhir.
Pada minggu antara 4 hingga 10 Julai lalu, lebih 5.7 juta kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia, meningkat enam peratus berbanding minggu sebelumnya.
Angka kematian bagaimanapun kekal mendatar bagi tempoh sepanjang musim panas tahun ini dengan hanya 9,800 kematian dilaporkan pada minggu berakhir 4 Jula lalui.
Angka korban itu adalah lima kali lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.
Bagaimanapun, Tedros menyeru pihak berkuasa di seluruh dunia meningkatkan usaha dalam menyampaikan pesanan risiko Covid-19 kepada orang awam serta menggesa sekatan kesihatan dilaksanakan semula seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pengudaraan yang baik.
Mandat pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal telah dimansuhkan di banyak negara awal tahun ini meskipun segelintir negara masih menguatkuasakan peraturan itu di tempat awam seperti Korea Selatan dan China. – Agensi
Kes Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan iaitu 11,034 kes berbanding semalam 10,089.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif sebanyak 2,925,254 kes.
Semalam, kes harian Covid-19 terus melonjak kepada 10,089 kes berbanding 9,117 pada Sabtu, sekali gus mencatatkan kes harian tertinggi dilaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan bermula Oktober tahun lalu. – UTUSAN
VARIAN NeoCov Covid-19 diramalkan lebih membawa maut dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi. – Wion News
BEIJING – Sekumpulan saintis dari China memberi amaran berkenaan varian terbaharu Covid-19 dinamakan NeoCov yang dikatakan lebih membawa maut dan memiliki kadar jangkitan yang lebih tinggi, lapor laman berita Wion News kelmarin.
Menurut agensi berita Rusia, Sputnik, dan diterbitkan oleh beberapa agensi media lain, varian NeoCov ditemui di Afrika Selatan dan didakwa berkaitan dengan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV).
Bagaimanapun, NeoCov bukanlah baharu sepenuhnya kerana ia dikaitkan dengan virus MERS-CoV dengan wabaknya sebelum ini ditemui di negara-negara Asia Barat pada 2012 dan 2015.
Penyelidik-penyelidik China menganggarkan kadar kematian dengan menyatakan bahawa satu daripada setiap tiga orang yang dijangkiti akan mati, iaitu pada kadar yang lebih tinggi berbanding Covid-19 semasa.
Menerusi analisis kajian, kecenderungan NeoCov dilihat serupa dengan Sindrom pernafasan akut teruk Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) yang menyebabkan Covid-19 pada manusia. Menurut mereka, NeoCov turut ditemui dalam populasi kelawar.
Dalam pada itu, satu kajian yang belum disahkan dan diterbitkan di laman web bioRxiv menyebut bahawa NeoCov dan virus terdekatnya, PDF-2180-CoV boleh menjangkiti manusia.
Selepas taklimat mengenai NeoCov diadakan, pakar-pakar dari Pusat Penyelidikan Virologi dan Bioteknologi Rusia telah mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu.
“Pusat penyelidikan Vektor mengetahui berkenaan data yang diperoleh oleh penyelidik dari China mengenai NeoCov.
“Dalam kajian ini, kami secara tidak sengaja mendapati NeoCov dan PDF-2180-CoV boleh menggunakan beberapa jenis enzim penukar Angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) daripada kelawar atau manusia untuk merebak,’’ jelas kenyataan tersebut.
Pakar-pakar telah memberi amaran berkenaan risiko jangkitan dengan menyebut bahawa penyelidikan lanjut diperlukan untuk mengenal pasti tahap imunisasi yang diperlukan untuk menangani virus tersebut.
Tambah mereka, lebih banyak maklumat dan input turut diperlukan untuk mewujudkan laporan konkrit mengenai NeoCov- Agensi
Malaysia melaporkan 11 lagi kes melibatkan Covid-19 Varian Omicron hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 Varian Omicron di Malaysia menjadi 13 kes.
Berita pertambahan kes Covid-19 Varian Omicron itu dilaporkan oleh @redzuanNewsMPB menerusi Twitter. Walau bagaimanapun, kesemua kes baharu yang dilaporkan itu adalah kes import dan bukan dari penularan dalam komuniti.
Varian Omicron sebelum ini berjaya dikenal pasti oleh pihak perubatan Afrika Selatan dan dipercayai mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding varian-varian lain terutamanya Varian Delta.
Diingatkan kepada orang ramai untuk sentiasa patuh dengan SOP seperti memakai pelitup muka, basuh tangan dengan sabun atau hand sanitizer, dan elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai.
Usaha ini sedikit sebanyak dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 terutamanya varian Omicron yang lebih ganas ini.
ORANG ramai menunggu untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah kemudahan di Times Square, New York. - AFP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan lebih 50 juta kes jangkitan Covid-19 sejak bermulanya pandemik itu kira-kira dua tahun lalu.
Memetik laporan BBC, lebih 800,000 rakyat AS meninggal dunia akibat Covid-19 yang disifatkan sebagai jumlah kematian paling tinggi yang direkodkan negara itu.
Angka itu jauh lebih besar daripada keseluruhan penduduk di beberapa negeri termasuk Washington, Boston, North Dakota dan Alaska.
Pakar epidemiologi dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, Dr. Keri Althoff berkata, kebanyakan kes kematian membabitkan individu belum divaksin dan warga emas.
Katanya, lebih ramai warga AS yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada tahun ini berbanding tahun lalu.
“Gelombang jangkitan yang kita saksikan ketika ini akan berterusan sehingga populasi mencapai tahap imuniti yang cukup tinggi untuk mencegahnya.
“Apa yang boleh saya katakan adalah, kita masih belum mencapai peringkat itu lagi,” katanya.
Dilaporkan, sejak vaksin Pfizer mula diberikan pada musim sejuk lalu, hampir 300,000 lagi kematian direkodkan.
Pada April lalu, dua lagi vaksin Covid-19 keluaran Moderna dan Johnson & Johnson diluluskan untuk penggunaan. – AGENSI
LONDON: Sekurang-kurangnya seorang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 varian Omicron di Britain, kata Perdana Menteri Boris Johnson pada Isnin, lapor Xinhua.
Beliau berkata demikian ketika melawat klinik vaksin di Paddington, barat London.
Sebelum itu, Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid berkata terdapat 10 orang di rawat di hospital selepas dijangkiti varian Omicron sambil memberi amaran bahawa kes, kemasukan ke hospital dan kematian dijangka meningkat.
Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) umur pesakit itu antara 18 dan 85 tahun.
UKHSA pada Isnin mengesahkan 1,576 kes Omicron turut dilaporkan di Britain, peningkatan harian terbesar sejak varian Covid-19 dikesan di negara itu, menjadikan 4,713 kes dicatatkan di negara itu.
Britain melaporkan 54,661 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 10,873,468, menurut angka rasmi yang dikeluarkan Isnin.
Negara itu juga melaporkan 38 lagi korban akibat Covid-19 menjadikan keseluruhan kematian ini berjumlah 146,477, dengan 7,372 pesakit masih di hospital.
Tahap amaran Covid UK telah dinaikkan daripada Tahap Tiga kepada Tahap Empat, tahap kedua tertinggi, “berdasarkan peningkatan ketara dalam kes Omicron”, menurut empat pegawai perubatan dalam satu kenyataan bersama pada Ahad.
Terkini, lebih 89% penduduk berumur 12 tahun ke atas telah mendapat dos pertama vaksin dan lebih 81% sudah lengkap kedua-dua dos. Lebih 41% lagi menerima suntikan dos penggalak.-FMT
KHAIRY: Kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan kes pertama varian yang dibimbangi (VOC) Omicron di negara ini, melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, individu tersebut merupakan seorang pelajar universiti swasta di Ipoh, Perak, dan telah didapati positif COVID-19 pada 19 November lepas, dan telah selesai menjalani kuarantin kendiri pada 29 November lepas.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kes itu didapati daripada ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan terhadap 74 sampel positif COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA, antara 11 November hingga 28 November, 2021.
“Hasil daripada ujian PCR Genotyping Assay, satu daripada sampel telah dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron. Jujukan genom seterusnya dilaksanakan mendapati keputusan positif bagi varian Omicron pada 2 Disember 2021.
“Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research - IMR) telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif COVID-19 dengan CT Value 26.68, pada 20 November 2021, sebelum jujukan genom mengesahkan ia VOC Omicron pada 2 Disember.
Pengesanan kontak rapat, ujian saringan dan kuarantin wajib, katanya lagi, telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima orang, dan saringan awal mendapati mereka kesemua negatif.
Dalam pada itu, Khairy berkata, langkah pengesanan awal Omicron dilakukan lebih awal, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan ia sebagai varian yang dibimbangi (VOC) pada 24 November lagi.
Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia
“Kes ini menunjukkan surveillance genomic kita dapat mengesan varian baharu, dan kedua, oleh kerana kes ini berlaku pada 19 November, sebab itu kita buka balik kes dahulu, untuk kita laksanakan PCR Genotyping Assay, dan seterusnya lakukan whole genomic sequencing, kita dapati sistem kita berkesan.
“Sama ada kuarantin kita, pengesanan kontak rapat kita, pre-departure dan on arrival kita berkesan, dan dalam kes ini … walaupun kes import, tapi oleh kerana sistem kita berkesan, kes ini setakat ini tidak menyebabkan kes lain berlaku dari indeks kes tersebut,” katanya lagi.
Namun, Khairy berkata, KKM akan terus mempergiatkan usaha untuk meningkatkan jumlah peratusan dos lengkap bagi populasi keseluruhan negara, serta mensasarkan sehingga 75 peratus untuk dos penggalak.
Kerajaan ambil langkah ketat kawalan dari varian baharu
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan 26 lagi negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron.
Negara berkenaan adalah United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong SAR China, Israel, Itali, Jerman, Denmark, Sweden dan Nigeria.
Selain itu, Belgium, Jepun, Brazil, Norway, Republik Czech, Perancis, Austria, Sepanyol, Arab Saudi, Ghana, Republik Ireland, UAE dan Amerika Syarikat (California) turut tersenarai.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengembara dari negara yang disenaraikan itu atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan menyertai gelembung pelancongan Langkawi (GPL).
Beliau berkata, pengembara dari negara yang berisiko tinggi tetapi tidak melaporkan kes Omicron turut tidak dibenarkan menyertai GPL.
Ia melibatkan negara dari Benua Eropah (Rusia, Georgia, Poland, Ukraine, Romania, Slovakia, North Macedonia, Guernsey, Croatia), Amerika Syarikat (French Guiana), Pasifik Barat (Filipina), Mediterranean Timur (Libya, Jordan), Asia Tenggara (Bangladesh) dan Afrika (Angola, Botswana, Eswatini).
Katanya, KKM sentiasa menjalankan penilaian risiko berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan bagi menentukan tahap risiko sesebuah negara itu sebelum dibenarkan menyertai GPL antaranya insiden Covid-19 dan liputan imunisasi negara berkenaan.-FMT
London: Kemunculan varian Omicron ternyata memberi kesan kepada banyak negara untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
CNN melaporkan, setiap hari negara-negara di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mengenal pasti berapa jumlah kes kerana kebimbangan terhadap varian baharu itu memaksa kerajaan menyemak semula langkah kawalan.
Varian baharu itu pertama kali ditemui di Afrika Selatan, dan sejak itu telah dikesan di beberapa negara.
Berikut ialah senarai negara yang sudah melaporkan kes setakat ini.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan penemuan dua kes positif Omicron.
Dua pengembara dari Afrika Selatan yang transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Australia disahkan positif varian Omicron Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).
Menurut laporan Bernama, MOH republik itu berkata Kementerian Kesihatan New South Wales (NSW) mengesahkan bahawa kedua-dua pengembara yang tiba di Sydney dari selatan Afrika dengan penerbangan Singapore Airlines SQ211 pada 28 Nov disahkan positif bagi varian baharu itu.
Kementerian berkata pengembara itu berlepas dari Johannesburg pada 27 Nov melalui Singapore Airlines SQ481 dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada hari yang sama untuk penerbangan transit mereka.
“Saringan Covid-19 yang dibuat sebelum mereka berlepas di Afrika Selatan pada 27 Nov adalah negatif,” katanya dalam kemas kini harian mengenai Covid-19 lewat malam tadi.
MOH berkata kebanyakan pengembara kekal di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sehingga berlepas ke Sydney pada 28 Nov, dan tidak memasuki Singapura atau melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi.
“Enam daripada tujuh penumpang daripada penerbangan itu yang berada di Singapura pada masa ini melaksanakan Notis Duduk Rumah (SHN) 10 hari di kemudahan khas dan akan membuat ujian PCR. Seorang lagi adalah kontak rapat dengan individu yang dijangkiti dalam penerbangan dan sedang dikuarantin,” kata kementerian itu.
Pengesanan kontak sedang dijalankan ke atas kakitangan lapangan terbang yang mungkin menjadi kontak sementara kes itu, kata MOH.-Agenda Daily
Pakar kesihatan mencadangkan kerajaan membuat saringan terhadap pengembara dari Afrika sejak sebulan lalu. – Gambar hiasan
PETALING JAYA – Jumlah mutasi luar biasa dikesan pada varian baharu B.1.1.529 yang dinamakan sebagai Omicron menimbulkan kebimbangan kepada penyelidik berikutan sistem imunisasi manusia berkemungkinan sukar untuk mengawal jangkitannya.
Pakar Mikrobiologi, Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Umi Kalsom Ali berkata, walaupun jumlah mutasi bukan penentu kepada tahap bahaya sesuatu varian, namun jumlah mutasi luar biasa mewujudkan kebimbangan.
“Untuk permulaan, maklumat awal tentang varian baharu perlu kita fahami selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan varian ini sebagai variant of concern (VOC).
“Berdasarkan data awal dari Afrika Selatan menunjukkan ia merebak dengan pantas di mana 100 kes dikesan awal November dan lebih 1,200 kes pada minggu akhir November. Jadi, kebanyakan saintis menjangkakan kebolehan Omicron untuk merebak seperti varian Delta adalah sangat tinggi,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Menurutnya, varian itu turut menunjukkan bilangan mutasi yang tinggi iaitu sebanyak 32 mutasi ‘spike protein’ virus SARS-CoV2 berbanding Delta sekitar lapan mutasi sahaja.
“Jumlah mutasi yang luar biasa itulah yang membimbangkan penyelidik kerana kemungkinan menyebabkan sistem imuniti manusia sukar untuk mengawal jangkitan daripada varian itu,” jelasnya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada kemungkinan wujud gelombang baharu akibat varian berkenaan, Dr. Umi menyifatkan jangkaan itu terlalu awal untuk dibuat.
“Bagaimanapun, jika tiada sebarang langkah diambil untuk mengekang penularan, pastinya risiko jangkitan lebih tinggi dan kesannya sama seperti varian Delta,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar mencadangkan kerajaan untuk mengenal pasti individu yang masuk ke Malaysia dari Afrika sejak sebulan lalu.
“Proses mengenal pasti individu terbabit ialah bagi tujuan saringan dan mempertingkatkan survelan genomik seterusnya menjadi langkah awal dalam mengekang penularannya,” ujarnya.
PETALING JAYA: Seorang penyelidik berkata, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dalam berdepan varian baharu Omicron menggunakan kawalan sempadan dan sekatan perjalanan tidak popular sehingga mempunyai lebih banyak maklumat berhubung strain baharu itu.
Dr Lam Sai Kit, perunding penyelidikan di Universiti Malaya dan Felo Kanan Akademi Sains Malaysia, berkata kerajaan boleh menyesuaikan respons mereka apabila mempunyai lebih banyak maklumat dalam beberapa minggu akan datang.
“Pada masa sama, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi senario terburuk,” katanya, dengan langkah seperti larangan perjalanan, meningkatkan kawalan sempadan dan penjujukan genom, khasnya untuk pelancong asing dari negara terjejas.
“Untuk melaksanakan semula sebarang bentuk larangan perjalanan bukan langkah popular dan sudah tentu akan merosakkan lagi ekonomi dunia. Tetapi, apa lagi yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya memperlahankan varian itu daripada menular ke luar Afrika Selatan?
“Kita perlu bertindak proaktif dalam melindungi sempadan kita dan satu-satunya cara ialah melaksanakan sekatan perjalanan, tidak kira betapa tidak popularnya langkah ini.”
Hari ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan varian Omicron sebagai varian membimbangkan – kategori paling mengancam untuk varian Covid-19. Ia dikesan sebahagian besarnya di Afrika Selatan, tetapi turut ditemui di Hong Kong, Belgium dan Israel.
Lam berkata, “kita tidak tahu sejauh mana keterukan Omicron” dan sama ada ujian PCR serta Antigen Rapid Test (ARTs) masih berguna untuk mengesannya, atau jika vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap Omicron.
Tetapi, langkah semasa seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan tangan, mengelakkan ruang sesak dan meningkatkan pengudaraan di ruang dalaman masih berguna.-FMT
PETALING JAYA: Seorang gadis Kelantan, Nurul, 21, sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada tahun lalu namun perancangan itu terpaksa dilupakan akibat pandemik Covid-19.
Setiap kali memikirkan perkara itu, dia hanya mampu menangis setiap malam kerana tidak pasti sama ada majlis perkahwinan itu dapat diadakan atau tidak.
Sejak 19 bulan lalu, dia tidak dapat bertemu tunangnya, seorang warga British yang menetap di Arab Saudi akibat sekatan perjalanan terhadap pasangan bukan warganegara.
Lebih menyedihkan, sehingga kini tidak ada sebarang petunjuk sama ada sekatan itu akan ditamatkan nanti.
Nurul berkata majlis perkahwinan itu terpaksa dibatalkan memandangkan tunangnya tidak dapat masuk ke negara ini dan dia juga tidak dapat ke sana kerana perlu menjaga ibu yang mengalami penyakit angin ahmar.
“Saya kini hanya mampu menangis setiap malam. Saya juga tidak cukup tidur. Saya sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya kepada FMT.
“Sekiranya berkahwin, kami juga bimbang akan banyak bertengkar disebabkan terpaksa berjauhan.”
Kisah Nurul antara yang dikongsi di laman “Love Is Not Tourism” di Facebook dan ia adalah sebahagian usaha di peringkat global untuk menyatukan semula pasangan dan keluarga yang terpisah akibat sekatan perjalanan dan penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19.
Pengasasnya yang mahu dikenali sebagai Elise berkata, laman untuk rakyat Malaysia pula diasaskan pada Julai 2020.
Katanya, ia bertujuan untuk menggesa kerajaan mempertimbangkan situasi pasangan berkahwin dan tidak berkahwin serta anak-anak yang terpisah akibat sekatan perjalanan dengan memberi kelonggaran kepada mereka.
Walaupun Jabatan Imigresen melancarkan MyTravelPass (MTP) pada Oktober 2020 untuk memudahkan proses permohonan kebenaran masuk dan keluar ketika pandemik namun banyak permohonan pasangan warga asing dan anak-anak dikatakan telah ditolak.
Elise berkata terdapat ramai pasangan asing sama ada terkandas di luar negara ketika visa mereka tamat tempoh atau tidak mempunyai visa pasangan dan mereka ini masih tidak dibenarkan untuk masuk ke Malaysia.
“Terdapat pasangan warga asing yang menetap lebih 10 tahun di Malaysia namun gagal kembali ke sini. Bapa rakyat Malaysia tidak dapat melihat bayi mereka yang baru dilahirkan dan tidak dibenarkan bertemu anak di luar negara,” katanya.
Elise berkata ia menimbulkan kesukaran mereka yang terpaksa menjadi ibu atau bapa ‘tunggal’.
Beliau berharap kisah pasangan terpisah yang diketengahkan itu akan mendapat perhatian Putrajaya, seterusnya meyakinkan kerajaan untuk meluluskan permohonan MTP kepada pasangan warga asing dan anak-anak warganegara serta pasangan tidak berkahwin dengan dokumen sokongan membuktikan hubungan mereka.
“Kami letih apabila banyak permohonan MTP ditolak. Terdapat banyak kisah pasangan yang mengalami kemurungan, bercerai dan berpisah.”-FMT
KUALA LUMPUR: Perang melawan COVID-19 berterusan selama 20 bulan tanpa henti sejak Januari tahun lalu, menjejaskan kesihatan mental barisan petugas hadapan kesihatan apabila lebih 70,000 daripada mereka dikesan berdepan pelbagai gangguan emosi.
Jumlah pesakit baharu yang masih melebihi 20,000 ketika ini dan kematian pesakit COVID-19 di bawah jagaan mereka hampir setiap hari, menyebabkan ramai petugas kesihatan di hospital dan klinikal kerajaan mengalami stres ringan dan teruk, kemurungan serta kecelaruan.
Gangguan emosi itu dapat dilihat jelas menerusi perkongsian beberapa petugas kesihatan di media sosial, dengan ada yang mengaku menangis setiap hari berdepan bebanan tugas berkenaan.
Justeru, isu kesihatan mental petugas kesihatan, khususnya doktor dan jururawat, dilihat menjadi antara cabaran utama perlu diatasi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Koordinator Pasukan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (MHPSS) Perkhidmatan Psikiatri Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Nurul Nadia Ismail, berkata sekurang-kurangnya 75,078 aktiviti pertolongan cemas psikologi (PFA) dijalankan kepada petugas kesihatan KKM setakat Julai lalu.
Beliau berkata, aktiviti PFA dengan purata lebih 10,000 kes sebulan itu, adalah peningkatan dua kali ganda berbanding sepanjang tahun lalu yang merekodkan 64,477 PFA kepada anggota kesihatan KKM dan beberapa pesakit COVID-19.
Katanya, maklum balas diterima pasukan MPHSS mendapati isu kelesuan melampau atau burnout, menjadi penyumbang utama kepada tekanan dialami petugas kesihatan, peningkatan kes COVID-19, berjauhan lama dengan ahli keluarga dan tiada masa untuk mendapatkan intervensi psikososial.
Selain itu, gangguan emosi dalam kalangan petugas kesihatan dilihat ketara di negeri yang merekodkan jumlah kes dan kematian tinggi seperti Lembah Klang.
"Untuk Hospital Kuala Lumpur (HKL), daripada hampir 2,000 kakitangan yang menjalani saringan kesihatan mental secara dalam talian mahupun bersemuka dari Mac 2020 hingga Julai 2021, sekitar 45 hingga 50 peratus daripada mereka mengalami gangguan emosi seperti stres ringan hingga teruk dan juga kelesuan melampau.
"Sebahagian kecil pula mencapai tahap penyakit psikiatri serius seperti kemurungan teruk atau kecelaruan keresahan.
"Pengumpulan data mengikut kes seperti tahap stres yang tinggi, kemurungan, kecelaruan keresahan dan sebagainya masih lagi dilaksanakan," katanya kepada BH.
Dr Nurul Nadia berkata, isu kelesuan melampau didapati menjejaskan motivasi dan pemberian perkhidmatan kakitangan di premis KKM, sama ada di hospital atau di klinik kesihatan.
Katanya, ia berlaku akibat petugas kesihatan perlu bekerja lebih masa daripada yang diperlukan, selain pembekuan cuti terpaksa dilaksanakan di sesetengah tempat bagi menampung keperluan perkhidmatan yang semakin meruncing.
"Cabaran ini menjadi lebih sukar terutama apabila staf perlu dimobilisasi secara dalaman atau luaran, yang memerlukan mereka menyesuaikan diri dengan tugasan dan kemahiran baharu," katanya.
Selain itu, katanya, peningkatan kes harian menyebabkan petugas kesihatan bimbang dengan risiko jangkitan kepada mereka dan ahli keluarga, khususnya yang memiliki anak kecil dan ibu bapa yang berusia di rumah, sekali gus menyebabkan stres.
"Ada beberapa kes yang bukan terpencil yang mana doktor, pembantu pegawai perubatan serta jururawat menghantar anak mereka ke kampung untuk mengurangkan risiko jangkitan, namun perpisahan lama dan jauh memberi kesan kepada emosi mereka.
"Ramai juga kakitangan mengadu tidak mempunyai rehat mencukupi ketika bertugas, ditambah kekurangan keperluan asas yang penting seperti tempat solat, terutama yang bertugas di wad COVID-19 serta tiada ruang melepaskan lelah dan makan.
"Ada juga staf yang memerlukan bantuan pasukan MHPSS, tetapi tidak berjaya mendapatkannya disebabkan tidak mempunyai masa untuk hadir," katanya.
Bagaimanapun, Dr Nurul Nadia berkata, anggota kesihatan di negara ini mempunyai daya ketahanan tinggi dan masih mampu meneruskan perjuangan melawan pandemik walaupun berdepan tekanan.
Katanya, KKM juga menjalankan aktiviti sokongan sosial khususnya PFA secara aktif sejak Mac tahun lalu, selain menubuhkan MHPSS di sekurang- kurangnya 63 jabatan psikiatri di hospital serta klinik kesihatan seluruh Malaysia.
"MHPSS yang majoritinya diketuai seorang pakar psikiatri, menjalankan aktiviti PFA secara berkala, dengan individu atau berkumpulan secara dalam talian dan panggilan telefon, yang diselia sepenuhnya Ketua Perkhidmatan Psikiatri KKM, Dr Salina Abdul Aziz.
"Petugas yang berisiko dengan kelesuan melampau atau tekanan akan dihubungi dan sesi sokongan emosi diberikan secara individu atau berkumpulan, selain kemudahan teknologi turut digunakan seperti menjalani sokongan psikologi melalui WhatsApp dan Telegram," katanya.
-BH Online
Dr Nurul Nadia berkata, antara PFA yang dijalankan termasuk memberikan tips kesihatan mental seperti Teknik Pernafasan Tenang dan Dalam, pengurusan stres berkesan, penjagaan diri yang baik atau 'self-compassion' serta motivasi harian melalui Facebook, seperti dilakukan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Selain itu, pasukan MHPSS juga memberi jambangan bunga serta dan kata semangat kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri, selain jambangan bunga, makanan, minuman serta sebagainya turut diberikan kepada petugas yang terbabit merawat pesakit COVID-19 sebagai tanda solidariti rakan sepasukan.
"Bagi kes dikenal pasti mempunyai isu kesihatan mental serius, mereka akan dihubungkan dengan Unit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (UKKP) di hospital terbabit untuk memastikan mereka boleh ditempatkan di unit atau jabatan yang bersesuaian jika perlu.
"Sijil cuti sakit juga akan dikeluarkan jika bersesuaian dan mereka akan dirawat serta diselia dari semasa ke semasa," katanya.