"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Realiti Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Realiti Kehidupan. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mac 2024

Jangan perli mak ayah yang bagi anak tengok HP masa makan.

 Jangan perli mak ayah yang bagi anak tengok HP masa makan.

"Eleh.. malas lah tu nak layan anak"

Bukan semua mak ayah pemalas atau suka ambil jalan mudah tapi mungkin mereka terpaksa. Kita tak berada di situasi mereka kita tak sepatutnya cepat membuat sangka buruk.

Semalam semasa di kedai makan, kebetulan ada sebuah keluarga suami isteri dengan 3 orang anak lelaki. Suami isteri sedang tekun makan dan anak anak pun tekun makan makanan masing-masing sambil tengok kartun di hp.

Bukan ke bagus macam tu? Mak ayah dapat makan dengan tenang, anak-anak pun tak ponteng makan.

Memang betul banyak kajian mengatakan hp ni tak bagus untuk kanak-kanak terutama kanak-kanak bawah 6 tahun. Berisiko tinggi untuk rabun, tak pandai bersosial, ketagihan, sukar tidur dan boleh bantutkan perkembangan kognitif skil mereka.

Tapi ada satu fitrah kanak-kanak yang kita selalu lupa, kanak-kanak tak pernah berehat, mereka selalu aktif dan boleh berlari 24 jam sehari kalau mereka mahu.

Saya pernah jumpa satu keluarga yang bawa 2 orang anak lelaki ke kedai makan.

Memang suami isteri ni tak bagi anak mereka tengok hp tapi mereka juga tak kawal anak mereka. Dua beradik ni berlari-lari satu kedai sehingga terlanggar pelayan yang sedang lalu hantar makanan. Tumpah makanan atas pelanggan lain. Ini dah jadi public harrasment pula.

Tak pasal pasal mak ayah kena minta maaf.. inilah punca ada mak ayah jadi serik nak bawa anak ke kedai makan.

Ada juga kes lain yang mak ayah tak dapat nak makan langsung sebab melayan kerenah anak yang sorang melompat atas kerusi, sorang lagi menarik tudung mak dan sorang lagi main bawah meja. Kesudahannya semua makanan di bungkus, makan di rumah barangkali.

Kadang-kadang balik kerja penat, memang tunggu masa nak melenting je. Daripada mak ayah marah-marah baik bagi anak tengok HP, anak behave mak ayah automatik ter-behave.

Anak saya sendiri kalau makan tak bagi tengok kartun terus hilang selera makannya, kalau makan pun mengunyah secara terpaksa. Kalau di beri makan sambil tengok kartun boleh menambah-nambah pula.

Kenapa kita nak sekat selera makan anak, kan bagus tu anak makan banyak.

Bagi saya nak guna HP untuk tambat hati anak supaya behave masa makan dan tak ponteng makan boleh asalkan kita kawal dan letak had. Jangan bagi mereka lihat cerita lucah, ganas dan tak berfaedah sudah lah.

Gunakan untuk kebaikan seperti kenal abjad, kenal warna dan cerita teladan. Annur rania hafal lagu nasyid dari youtube kids tau. Bila dengar dia nyanyi terus ambil sejadah solat taubat..

Dan satu lagi jangan bagi anak melihat HP lebih dari 2 jam sehari kerana ada kajian dari Children's Hospital of Eastern Ontario Research Institute mengatakan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun ni, had Screen Time ( televisyen, tablet, telefon, komputer ) yang ideal adalah 2 jam sahaja sehari. Dan tak boleh secara berterusan selama 2 jam, kena ada Screen Time Break setiap 10-20 minit.

Asalkan untuk kebaikan anak kita buat apa sahaja yang terbaik untuk mereka. Dalam masa yang sama tu cuba lah ubah sedikit demi sedikit tabiat makan tengok hp tu secara baik. Sebab akhirnya yang berbakti pada anak adalah kita, dan yang mendera anak pun kita juga.

Kepada yang selalu menyindir tu, tak semua perkara yang anda lihat itu adalah keseluruhan cerita, di sebalik yang itu ada 1001 cerita yang terpaksa mak ayah tu hadap setiap hari.

Credit 

Jumaat, 4 Februari 2022

REALITI: 5 PERKARA AKAN BERLAKU TAHUN 2022!

 5 PERKARA AKAN BERLAKU TAHUN 2022!


Semalam, saya sempat menonton satu sedutan video yang dimuatnaik oleh tuan Zaidi Ismail, pakar forensik kewangan.

Dia meramalkan sekurang-kurangnya akan ada LIMA benda berlaku di tahun 2022 ini dan kita kena bersiap sedia untuk berhadapan dengannya.

#inflasi

1. Kenaikan harga barangan

Tahun ini, rata2 kos kehidupan akan mula semakin mahal dan membebankan. Banyak barang telah dan akan mengalami kenaikan harga. Dan semua ini bukan dalam kawalan kita.

Maka, masa ini kalau boleh belajar downgrade dan berbelanjalah secara berhemah. Cari cara untuk berjimat cermat. Kalau ada tanah kosong di tepi rumah, sudah boleh mula bercucuk tanam. Kalau suka minum pagi di kedai, boleh mula bawa bekal atau sarapan di rumah.

Jangan lupa, masa ini juga kena bijak uruskan hutang dan jika boleh, elakkan buat hutang jahat.

#BNPL

2. Wujud trend ‘Buy Now, Pay Later’

Dalam masa terdekat, dijangka akan muncul budaya dapat barang dulu, bayar kemudian. 

Maksudnya, akan banyak barang dijual secara ansuran. Malah, sekecil2 benda pun dijual dan boleh dibayar secara ansuran.

Ada baik dan buruknya.

Siapa yang tahu guna kaedah ini, ianya adalah satu kesempatan terbaik gunakan lebihan cash flow yang ada untuk tambah saving, pelaburan atau settelkan hutang jahat.

Tetapi, sebaliknya amat berhati-hati pula buat yang tidak tahu atau tidak boleh mengawal nafsu membeli, silap2 boleh tercekik diri sendiri. 

Hutang pula makin bertambah, simpanan tiada. Pertambahan aset pun yilek! 

#egig

3. Ekonomi GIG

Tahun 2020-2021, ramai yang telah hilang pekerjaan atau bertukar kerjaya.

Daripada pendapatan besar menjadi berpendapatan kecil. Daripada ada pendapatan tetap kepada income tidak tetap. Pastinya kini kehidupan sudah berubah dan dalam keadaan berbeza.

Kini, sejak PKP sudah mula ramai terbiasa bekerja dari rumah.

Maka, tahun ini akan wujud satu trend ramai orang lebih gemar memilih sebagai freelancer iaitu bekerja sendiri daripada makan gaji.

#sideincome

4. Buat pendapatan sampingan

Kos hidup semakin bertambah. Anak-anak perlu disuap makan dan minum mereka. Susu anak kena tetap beli. Beras kena beli. 

Nak atau tidak, hari ini tidak boleh lagi bergantung dengan satu paip income sahaja.

Tahun 2022, kena belajar tambahkan paip income. 

Siapa yang ada kemahiran atau skill, boleh gunakan untuk tambah income.

Minat dan pandai  bertukang kayu.

Minat dan pandai menulis.

Minat dan pandai membuat grafik.

Minat dan pandai coding.

Apa sahaja yang kita minat, jadikan ia sebagai sumber pendapatan kedua.

Setiap orang ada kelebihan masing-masing.

Tetapi, jika masih belum ada sekalipun cuba cari jalan untuk mahirkan diri dan belajar.

Memang, bukan semuanya mudah. Kalau semua benda mudah, semua orang pun akan buat dan kaya raya.

Contohnya, boleh mula belajar dan menjadi perunding kewangan seperti dalam bidang unit trust, takaful, emas, dan hartanah.

At least, kita akan lebih ke depan dalam skill mengurus kewangan sambil berkongsi ilmu dengan orang lain. 

Saham dunia dapat, akhirat pun dapat. 

Just niatkan apa kita buat kerana Lillahi taala.

#SOM

5. Social media  marketer

Buat anak muda atau sesiapa yang ada skill, grab peluang ini sebaik-baiknya. 

Benda ini mungkin baharu dan tak glamor seperti job yang lain. Tetapi, permintaa untuk SOM ini adalah tinggi buat waktu ini.

Yang ada minat dan nampak potensi bidang ini, jangan buang waktu. Jangan sia-siakan bakat sedia ada.

Dunia berubah. Persekitaran kita pun berubah.

Maka, kita juga kena berubah!

Cuba tanya diri sendiri, apakah kita sudah bersedia?

Bedah keperluan dan kewangan kita. Ubah hidup kita hari ini untuk kejayaan dan kesenangan di masa depan.

Selamat pagi!

Semoga dipermudahkan urusan kita semua dalam mencari rezeki untuk keluarga.

Bismillah.

Abdul Shahrom Abdullah 

Siap Sedia!

Ahad, 26 September 2021

Masa abah jatuh tu aku 16 tahun, kau pula 11 tahun tapi tindakan kau lagi matang


 Saya Amir. 32 tahun. Masih bujang. Coretan ni saya khususkan buat adik saya Amira. Sebab saya tau dia rajin baca dan komen-komen di page ni. Ok saya mulakan.

Dik. Takde orang yang aku sayang dalam dunia ni melebihi kau. Aku nak kau tau dari mula kau lahir sampailah sekarang. Kaulah satu-satunya orang yang aku ada dalam dunia ni.

Aruwah mak meningggal masa umur kau 5 tahun. Kau kecik lagi dik. Hingus pon meleleh lagi. Tapi kau dah hilang kasih sayang seorang mak. Aku sampai sekarang ingat lagi. Aku peluk kau depan jnazah mak. Kau tanya aku.

“Kenapa orang balut mak?”

“Kenapa orang ikat mak?”

“Kenapa abang menangis?”

Kau lap air mata aku dengan bantal busuk kau. Kau pujuk aku. Kau peluk aku. Walaupon masa tu kau tak tahu apa-apa, tapi kau dah tunjuk kau lagi kuat dari aku.

Tapi lepas sehari kau tanya bila mak nak bangun. Bila mak nak balik. Kau kata kau rindu mak. Kau melalak depan aku.

Depan abah. Tapi masa tu abah ada dik. Abahlah yang pujuk kau. Tenangkan kau. Bagi kau paham walaupon kau tak mengerti apa-apa lagi masa tu.

Sedih aku tengok kau dik. Hari-hari kau tunggu mak balik. Tanya pasal mak. Sampai aku tak tau nak jawab apa kat kau.

Tapi alhamdulillah lama-lama kau paham jugak yang mak dah takde. Hiduplah kita tiga beranak dik.

Kau mesti ingat kan. Abah punya garang.. Allahu. Hari-hari aku kena balun sebab degil. Kau yang datang selamatkan aku dari kena dengan abah.

Abah tak pkul kau dik. Sebab kau baik. Tak macam aku. Nakal. Degil. Pantang dapat keluar. Memang maghrib la baru balik.

Kau tak macam aku. Kau main keliling rumah je. Kawan-kawan kau yang datang main dengan kau. Tu sebab kau tak pergi jauh. Jangan aku.

Habis segala kebun getah orang aku masuk. Balik kena tibai dengan abah. Kau jugakla yang tenangkan dia l. Hahahaha.. Terima kasih dik.

Kau ingat lagi tak dik. 16 tahun lepas. Aku umur 16 tahun. Kau 11 tahun. Abah pengsan masa dalam bilik air.

Aku kaget dik masa tu. Keras kejung je kat situ tengok abah. Tak tahu nak buat apa. Tapi kau pandai dik. Kau tenang.

Kau pegi lari rumah jiran kita panggil diorang datang tengok abah, bawak abah pergi hospital.

Tapi tu la. Allah lagi sayang abah dari kita kan. Abah meningggal masa kat hospital. Tapi kali ni kau dah faham.

Walaupon umur kau baru 11 tahun, tapi kau matang dik. Kau kuat. Walaupon kau menangis peluk aku, tapi kau tenang hadap benda tu.

Aku yang tak kuat dik. Aku yang lembik masa ni. Macam-macam aku fikir. Kita dah takde sapa-sapa.

Kau dengan aku dah jadi anak yatim piatu. Tapi kau steady dik. Ayat kau memang power. Sampai sekarang aku ingat lagi ayat kau.

“Abah dah takde. Tapi adik ade kau lagi bang. Jangan tinggalkan adik tau. Kalau kau takde adik takde sapa-sapa lagi dah dalam dunia ni.”

Sedih aku dik. Abah pergi tak tinggalkan apa-apa untuk kita. Yang ada tanah getah 2 ekar. Tapak rumah. Tu jelah.

Itu pon ramai je sedara-sedara kita yang tanya. Kau ingat kan dik. Diorang datang rumah kita tanya pasal tanah tu. Aku hambat diorang dengan parang masa tu.

Nasib baiklah kau ada dik. Kalau tak memang dah kedalam aku masa tu.. Hahaha.. Lepastu kita janji kan. Apa jadi pon biar kita hadap sama-sama.

Jangan kita pisah walau apa pon jadi. Lagipon masa tu rumah arwah abah ada. Bukan kita takde tempat berteduh pon.

Meeting kita dua beradik tu kau ingat lagi tak? Yang masa aku nak berenti sekolah sebab nak motong getah tu? Punya beria kau halang. Susah betul aku nak yakinkan kau.

Bukan apa dik. Kita masa tu dah tak ada sapa-sapa. Kalau aku sekolah, kau sekolah, sapa nak bagi kita makan?

Akhirnya kau beralah jugak. Tepat sebenarnya keputusan aku dik. Antara kita berdua kau yang pandai. Aku ni belajar manjang fail je. Baik aku berenti.

Keje carik duit kan. Masa tu la kau buat perjanjian. Aku keje, kau uruskan rumah. Gelak je aku masa tu. Umur kau baru 11 dik.

Nak basuh tangan dekat singki pon kau tak berapa nak sampai masa tu. Ade hati nak uruskan rumah konon, hahaha.. Tapi kau usaha.

Belajar masak. Belajar guna mesen basuh. Kagum jugaklah aku walaupon kadang-kadang kau kata kau masak sambal tapi rasa arang..

Pasal masak nasi pon satu hal jugak dik. Sampai sekarang aku fikir. Apa benda yang kau buat dekat rice cooker tu sampai meletup bende alah tu kau kejekan. Padan muka kau dik.

Lepas tu kau kena masak nasi guna periuk. Tu la sapa suruh kau bagi jahanam rice cooker tu.

Tapi aku tak salahkan kau pon dik sebenarnya. Yela kau baru 12 tahun masa tu. Apa je yang kau tau kan.. Takpe dik. Aku faham..

Rezeki kau masa UPSR kau dapat 5A dik. Memang tepat keputusan aku tak bagi kau berenti sekolah.

Menitik air mata aku masa kau berlari cari aku dalam kebun getah bawak slip periksa kau. Busuk-busuk aku dengan baju motong tu kau peluk. Aku bangga dengan kau dik masa ni.

Alhamdulillah kau dapat sambung ke SBP. Masa ni la kita jual segala harta dalam rumah sebab nak hantar kau.

Merata kita dua beradik pusing naik motor dari kampung membawak ke pekan sampailah ke bandar mencari tin kosong dengan kotak nak jual.

Kau tak malu ikut aku buat benda ni semua. Macam-macam orang mengata kita dik. Tapi biarlah kau kata.

Demi kau aku pekakkan telinga je dik. Cukuplah ada kau dalam hidup aku. Aku bahagia sangat-sangat dah.

5 tahun kau duduk SBP tu dik. Walaupon kau jauh, tapi aku tak penah lupa kat kau. Dan aku tau kau tak penah lupa aku.

Tiap-tiap kali kau balik mesti kau masakkan sedap-sedap untuk aku. Sampai tahap kadang-kadang aku duduk sorang-sorang kat rumah aku mengharap sangat kau balik teman aku,

sembang dengan aku, masakkan untuk aku, hahaha.. Baru kau tau abg kau ni lonely orangnya..

Alhamdulillah. Keputusan SPM kau cemerlang. Kau dapat tawaran pergi luar negara. Ireland. Belajar perubatan.

Kali pertama aku dengar ada negara nama Ireland. Kau kata medic sana bagusla apa la. Aku iyekan je dik. Bukan aku faham pon apa kau cakap.

Aku ni orang kampung je. Sekolah pon tak habis. Tapi aku layankan jugak. Walau dalam hati memikir mana nak carik duit hantar kau jauh-jauh ni.

Nasib baik kau ada biasiswa. Keperluan semua alhamdulillah dapat aku adakan untuk kau.

Merata kita jalan naik motor abah nak uruskan hal kau dulu dik. Ambik cop sana. Mintak sain orang ni.

Aku ikutkan je walaupon aku tak faham. Asalkan kau dapat sambung belajar aku dah cukup gembira.

Masa hantar kah dekat airport nak pergi sana, lama kau peluk aku. Kau menangis. Macam-macam kau pesan dekat aku. Macam aku pulak yang nak pergi jauh.

Padahal kau yang nak pergi belajar, bukan aku. Aku kat sini tetap macam ni jelah dik oi. Penoreh getah berkaliber bak kata kau.

Kau marah aku sebab aku tak sedih hantar kau pergi. Sebab aku boleh gelak-gelak bahan kau tengah menangis.

Kau tak tau dik. Balik je rumah aku menangis kat bucu katil teringat dekat kau tau. Risaukan kau.

Tapi aku percaya dengan kau dik. Aku tau kau akan banggakan aku. 5 tahun kau dekat sana. Sekali je kau balik. Sebab nak jimat duit. Takpe dik aku faham.

Aku tau masa cuti kau keje nak cari duit tambahan walaupon kau ada biasiswa. Tapi aku silap dik. Rupanya kau kumpul duit nak belikan aku tiket kesana tengok kau konvo.

Fuh bangganya aku dapat tengok kau dik. Menitik air mata aku tengok kau pakai jubah tu ambik skrol. Tak sia-sia aku dating dengan pokok getah hari-hari nak bagi kau belajar.

Lepas majlis tu kau bawak aku pusing-pusing negara tu. Boleh tahan sejuk kat sana. Cantik sungguh negara dia. Seronok betul aku. Sampai lupa la macam mana bau getah sekerap..

Tahun lepas kau ingat tak dik. Kau balik kampung jumpa aku. Kita sembang-sembang. Kau tanya aku bila aku nak kahwin.

Aku pelik dengar soalan kau. Rupa-rupanya kau yang nak kahwin. Kau nak bawak bakal suami kau jumpa aku.

Aku ok je dik. Dia pon doktor jugak. Eloklah tu. Sama-sama faham tugas masing-masing.

Masa aku walikan kau dik. Sumpah aku tak kuat. Sebak sangat hati aku. Orang yang paling aku sayang, orang yang sentiasa ada dengan aku susah senang, nak aku serahkan dekat orang lain.

Orang luar pulak tu. Aku hanya mampu doa yang terbaik untuk korang. Maaflah sebab aku emosi masa akadkan kau. Termenangis pulak. Sori ye dik.

Banyak sangat kalau nak diceritakan kat sini. Buat masa ni cukuplah setakat ni. Dan tahun ni sekali lagi kau banggakan aku dik.

Kau laki bini dipanggil bertugas untuk hadap c0r0na ni. Berjam jam kau pakai berbalut macam lepat pisang dalam baju plastik kau tu. Tapi kau tak mengeluh.

Hari-hari kau WhatsApp aku pesan macam-macam. Iye dik. Aku duduk dalam kebun getah je. Habis motong aku balik. Tak kemana. Janganlah kau risau.

Aku bangga dengan kau dik. Kita bukan orang senang. Kita yatim piatu. Tapi kau mampu buktikan yang orang susah macam kita pon boleh berjaya.

Aku doakan kau sentiasa selamat melawan c0r0na ni. Semoga kau dan semua hero-hero kita dalam KKM tabah dan kuat meneruskan usaha korang menyelamatkan negara kita.

Sekian dari aku. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum.

Sumber: ekisah.com