"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Antivaksin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Antivaksin. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Oktober 2021

Enggan divaksin? Kerajaan akan 'susahkan' hidup anda selepas ini - Khairy

 Enggan divaksin? Kerajaan akan 'susahkan' hidup anda selepas ini - Khairy

Meskipun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan 'memberi muka' kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin, tegas Khairy Jamaluddin. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: “Pendekatan kita adalah, maaf cakap, kita akan buat hidup anda susah kerana anda tidak divaksin kerana anda memilih untuk enggan divaksin.”
Demikian peringatan tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin khusus buat golongan antivaksin yang masih berdegil, enggan menerima vaksin COVID-19.
Menurut beliau, kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan saringan secara mingguan kepada mereka dan kosnya perlu sendiri ditanggung, bukan melalui dana kerajaan.
Tegasnya, meskipun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan 'memberi muka' kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.
“Kalau anda tidak divaksin kerana masalah kesihatan, tidak mengapa. Kita akan beri pengecualian dengan memberikan e-sijil MySejahtera tapi kalau anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, kita akan ‘menyusahkan’ hidup anda.
“Kita akan terus sukarkan hidup anda, tidak boleh makan di restoran, tidak boleh pergi ke pusat beli-belah,” katanya pada sidang media selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini, hari ini.
Tambah beliau, isu tersebut terus dibangkitkan apabila beliau melihat wujudnya kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang gusar untuk menghantar anak mereka ke sekolah memandangkan terdapat guru yang enggan divaksin.
Vaksinasi | Dakwa segera penyebar antivaksin - KJ
“Sebab itu bila kita bincang, kita kata ia tidak boleh hanya melibatkan sektor pendidikan tapi ia juga mestilah untuk sektor awam. Sekarang ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah keluarkan pekeliling, mewajibkan penjawat awam untuk divaksinasi.
“Kita galakkan sektor lain turut melakukan perkara sama termasuk syarikat swasta. Mereka perlu ada undang-undang juga seperti kalau tidak divaksin, anda tidak boleh kembali bekerja,” ujarnya.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan Khairy memohon pihak berkuasa agar menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.
Menerusi muat naik di akaun Twitternya, beliau menegaskan Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri sudah bertindak dengan membuat beberapa laporan polis terhadap beberapa kumpulan antivaksin.
Bagaimanapun katanya kumpulan berkenaan terus menyebarkan berita palsu yang mengancam kesihatan awam dan ia perkara yang menjengkelkan.
-AstroAwani

Selasa, 12 Oktober 2021

Dulu anti vaksin, sekarang tak sabar divaksinasi

 IDRIS sedia divaksin selepas disahkan positif Covid-19. FOTO Ihsan Idris Jaffar

IDRIS sedia divaksin selepas disahkan positif Covid-19. FOTO Ihsan Idris Jaffar

Melaka: Disahkan positif dijangkiti Covid-19 memberi pengajaran bermakna buat Idris Jaffar, 57, yang masih belum mengambil suntikan vaksin.

Malah dia sama sekali tidak menduga terpalit wabak itu selepas mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat setiap kali berada di luar rumah terutama di lokasi awam.

Katanya, dia akan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal berikutan menyedari tidak mengambil vaksin.

Bagaimanapun semua langkah terbabit tidak mencukupi apabila dia dijangkiti virus Covid-19 selepas diserang demam panas, selsema dan batuk sejak 3 Oktober lalu.

"Saya bertindak pergi ke klinik berhampiran kediaman di Sungai Udang di sini, sebelum dinasihati menjalani saringan Covid-19.

"Saya kemudian disahkan positif selain turut menjalani saringan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Lebih malang isteri dan anak bongsu saya yang tinggal serumah turut positif Covid-19. Saya terkejut kerana semua mereka sudah lengkap menerima dua suntikan vaksin sejak lebih sebulan lalu," katanya tadi.

Menurutnya, dia kini menjalani kuarantin di rumah serta dipantau petugas KKM yang turut menghubunginya dan keluarga.

"Saya kini sudah bersedia untuk divaksin. Sebelum ini pelbagai pandangan diberikan rakan-rakan, ahli keluarga dan adik beradik supaya saya mengambil vaksin namun saya menolaknya," katanya.

"Sebelum ini saya sanggup digelar anti vaksin. Namun kini akur dengan keadaan semasa dan kepentingan berikhtiar mencegah penyakit," katanya.

Idris berkata, pergerakannya semakin terbatas terutama untuk berurusan di agensi awam, solat di masjid, makan di kedai makan serta merentas negeri.

-myMetro

Jumaat, 24 September 2021

Antivaksin: Pemikir bebas tolak vaksin maut kerana Covid -19

KRISTEN Lowery.
KRISTEN Lowery.

California: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini lantang dengan pendirian antipelitup muka serta antivaksin, meninggal dunia kerana Covid-19.

Independent UK melaporkan Kristen Lowery, 40, ibu empat anak masih bersekolah di California.

Menerusi hantaran di Facebook (FB), Lowery menyatakan dirinya sebagai pemikir bebas yang tidak memakai pelitup muka, tidak tertipu, tidak divaksinasi dan tidak takut.

Dalam satu gambar dimuat naik, Lowery menunjukkan tanda protes.

Bagaimanapun, bulan ini, adiknya memuat naik status menyatakan Lowery dimasukkan ke hospital kerana jangkitan Covid-19.

 "Kakak saya, Kristen, berada di hospital berjuang melawan Covid -19 dan mengalami radang paru-paru.

"Kami memerlukan kamu di sini. Anak-anak kamu sangat menyayangi dan merindui kamu. Jangan berputus asa," katanya.

Adik perempuan itu juga memberi 'amaran' dalam perkongsiannya di FB itu.

"Saya tidak peduli dengan pendapat anda mengenai vaksin atau tidak. Ini bukan politik," katanya.

Namun, pada 15 September, beberapa ahli keluarga mengumumkan Lowery meninggal dunia.

Susulan itu, kutipan derma menerusi platform dalam talian GoFundMe dilancarkan untuk membiayai urusan pengebumiannya.

"Anak saudara saya yang cantik tewas dalam pertarungan melawan Covid-19," tulis ibu saudaranya.

Insiden itu satu daripada contoh kes kematian berlaku kerana tindakan segelintir rakyat AS menolak vaksin Covid-19.

-myMetro

Rabu, 22 September 2021

Pengaruh antivaksin main peranan dalam kematian kes Covid-19

 GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Orang muda, namun tiba di hospital dengan jangkitan Covid-19 yang teruk, berstatus komorbid serta tidak divaksinasi - fenomena yang kini menjadi kelaziman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dengan angka mereka mengatasi jumlah pesakit warga emas komorbid tetapi lengkap vaksinasi Covid-19.

Menyifatkan situasi itu ada kaitan dengan isu "keberatan menerima vaksin Covid-19", doktor yang bertugas akan meningkatkan kewaspadaan terhadap pesakit muda terbabit kerana mereka dikategorikan sebagai amat berisiko.

Pakar Perunding Perubatan Kecemasan HTAR Dr Ahmad Tajuddin Mohamad Nor memberitahu Bernama bahawa kira-kira dua pertiga daripada pesakit yang diterima hospital itu adalah berusia bawah 60 tahun.

"(dan) ... hampir kesemuanya tidak divaksinasi. Masih ada kelompok yang sedemikian," katanya tatkala laporan menyebut lebih 55 peratus populasi Malaysia telah lengkap vaksinasi, dan di Lembah Klang sahaja lebih 80 peratus penduduk sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Dr Ahmad Tajuddin yang juga Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR, berkata trend itu mula dikesan pada permulaan gelombang keempat, penghujung Jun lepas.

Katanya, ketika itu mereka tidak mengaitkan isu "keberatan untuk divaksinasi" sebagai penyumbang utama status vaksinasi pesakit berikutan pemvaksinan masih belum dilaksanakan secara meluas.

Bagaimanapun, mengambil kira program pemvaksinan tanpa janji temu sudah dilaksanakan sejak hampir dua bulan lepas, beliau kini berpendapat faktor "keberatan untuk divaksinasi" merupakan penyebab utama situasi itu.

"Baik yang pertengahan usia mahupun yang lebih muda, sesetengahnya hanya menerima satu dos manakala yang lain pula langsung tidak menerima sebarang dos vaksin," katanya.

Golongan antivaksin yang turut digelar antivaxxer, kini menjadi kelompok yang mendominasi katil hospital dan juga penyumbang angka kematian akibat Covid-19 di negara-negara yang telah memulakan pemvaksinan lebih awal seperti Amerika Syarikat dan Israel.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat baru-baru ini melaporkan penduduk negara itu yang tidak divaksinasi didapati 10 kali ganda berkemungkinan dimasukkan ke hospital dan 11 kali ganda berkemungkinan maut berbanding mereka yang divaksinasi. Sementara di Malaysia pula, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan kumpulan yang tidak divaksinasi merangkumi hampir 80 peratus daripada pesakit yang dirawat di hospital sekarang.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Tajuddin berkata status vaksinasi pesakit mempunyai impak yang besar terhadap tahap pemulihan mereka.

"Kami dapati ada perbezaan umpama langit dengan bumi. Jika seseorang pesakit itu telah divaksinasi, keadaannya tidak mungkin merosot teruk.

"Namun, jika dia (tidak divaksinasi) dan tiba dalam keadaan tidak begitu teruk, keadaannya boleh berubah dan merosot dengan cepat. Andai kata seorang pesakit tiba dalam keadaan kategori 4, iaitu perlukan bantuan oksigen serta tidak divaksinasi, maka kami perlu tingkatkan kewaspadaan kerana dia adalah 'red flag' bagi kami," katanya.

Menurutnya, kesemua pesakit Covid-19 yang diterima HTAR mempunyai lebih daripada satu penyakit atau kelompok komorbid.

Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi mengesahkan trend itu dan menganggarkan 70 peratus daripada kemasukan ke wad adalah golongan yang tidak divaksinasi yang turut menyumbang 80 peratus kepada angka kematian.

Katanya, kebanyakan pesakit muda yang keadaannya merosot dengan teruk, turut didiagnosis dengan diabetes yang tidak dikesan lebih awal.

"Yang muda ada komorbiditi, obesiti, ada kencing manis, tak pernah menjalani pemeriksaan perubatan. Masa dia masuk ke hospital baru kita tahu dia ada kencing manis," jelasnya.

Sementara itu, Dr Ahmad Tajuddin percaya sesetengah individu tidak mahu divaksinasi kerana menyangka faktor usia muda sudah memadai untuk melindungi mereka daripada dijangkiti virus maut tersebut.

"Asalnya (Covid-19) bermula sebagai penyakit yang hanya menjangkiti orang tua atau mereka yang berpenyakit. Saya fikir ini yang membuatkan golongan muda berasa mereka selamat," katanya.

Beliau berkata golongan muda juga mungkin lebih berani untuk bersosial dan tidak begitu mematuhi garis panduan mencegah Covid-19.

Menurut KKM, kira-kira enam peratus penduduk di negara ini atau 1.46 juta orang tidak berdaftar untuk divaksinasi. Pada masa ini, semua individu dewasa yang berdaftar telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan tidak ada yang masih menunggu untuk suntikan pertama mereka. Sesetengah daripada yang tidak berdaftar itu mungkin antivaksin tegar manakala yang lain pula mungkin disebabkan kekangan akses, baik dari segi teknikal mahupun faktor geografi.

KKM, dengan bantuan badan bukan kerajaan termasuk MERCY Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia serta IMARET, berusaha memastikan mereka yang menghadapi kekangan tersebut, sama ada kerana tinggal jauh di pedalaman atau pekerja asing, mendapat akses kepada vaksin Covid-19.

"Pendaftaran bukan prasyarat untuk vaksinasi. Vaksinasi tanpa janji temu dilaksanakan hampir di semua tempat di negara ini. Selain itu, terdapat usaha outreach (menggunakan segala kemudahan yang ada - helikopter, bot dan lain-lain) untuk memberikan vaksin kepada golongan yang berdepan jurang digital," kata Dr Mahesh Appannan, ketua data di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dalam responsnya kepada Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming, menerusi Twitter.

Golongan antivaksin hanya mewakili segelintir daripada jumlah penduduk negara ini, namun itu tidak menghalang mereka daripada menggunakan media sosial untuk berkongsi maklumat salah selain aktif menghasut orang lain agar tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19. Ada juga yang menjual sijil vaksin palsu bagi membolehkan mereka menikmati "kebebasan" yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada individu yang telah lengkap vaksinasi.

Pakar kesihatan awam serta kumpulan majikan turut menyatakan sokongan masing-masing sekiranya vaksinasi diwajibkan pada masa akan datang jika masih terdapat ramai penduduk yang enggan divaksinasi sekalipun telah didekati oleh pihak bertanggungjawab.

-myMetro

Jumaat, 13 Ogos 2021

Covid19: Jururawat suntik 9,000 orang dengan air garam

 

Orang ramai menunggu giliran suntikan vaksinasi mereka di pusat vaksinasi daerah di Ludwigsburg, Jerman selatan, pada 3 Ogos lalu. - AFP

MUNICH, Jerman – Seorang jururawat yang merupakan individu antivaksin mengaku  menyuntik hampir 9,000 warga emas dengan picagari berisi air garam dan bukan vaksin Covid-19, lapor akhbar The Sun semalam.

Kejadian itu berlaku di Pusat Vaksinasi di Friesland, awal Mac lalu. Ketika itu, suspek bertugas di bawah Persatuan Palang Merah.

Pihak berkuasa mula membuat panggilan kepada penduduk setempat supaya mereka mendapatkan suntikan vaksin sekali lagi jika tidak yakin dengan dos yang diterima dalam tempoh masa insiden berlaku.

Anggota majlis perbandaran tempatan, Sven Ambrosy meluahkan rasa terkejut dengan kejadian tersebut.

“Hari ini saya menjalankan satu tanggungjawab berat apabila terpaksa memaklumkan 8,600 penduduk bahawa suntikan yang mereka terima adalah air garam semata-mata dan bukan vaksin Covid-19.

“Bagi memastikan ketenangan jiwa semua orang, pihak perbandaran mengesyorkan agar mereka yang menerima suntikan vaksin pada awal Mac lalu untuk mendapatkan suntikan semula,” katanya menerusi Facebook.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, jururawat berkenaan dipercayai berupaya menukar kandungan vaksin di dalam botol kerana dia bertanggungjawab untuk proses penyediaan vaksin dan jarum sepanjang bertugas di pusat vaksinasi itu.

Penyiasat polis, Peter Beer  memberitahu bahawa sehingga kini, pihaknya belum mendapat motif jelas atas tindakan suspek,  namun dia dilaporkan pernah menyuarakan pandangan skeptikal berkenaan vaksin di media sosial.

“Suspek memilih menggunakan haknya untuk berdiam diri maka kami tidak pasti apa dan berapa ramai mangsa yang terkesan akibat tindakannya itu.

“Namun, kami mendapat kejadian berlaku dalam tempoh tujuh minggu bermula Mac jadi ia memberi gambaran kasar sebahagian besar penduduk yang terlibat,” kata polis. – Agensi