"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab. Papar semua catatan

Selasa, 30 Julai 2024

SAHKAH SOLAT DIBELAKANG IMAM WAHHABI?

 SAHKAH SOLAT BELAKANG IMAM WAHHABI?

1) Persoalan yang selalu ditanya kepada kami ASWJ yang mendedahkan brain wash dan penyelewengan Wahhabi. 

2) Apabila golongan Wahhabi mengelabah dan terdesak dalam berhujjah, mereka akan lontarkan brain wash tersebut.

3) Hal ini kerana mereka bangga dengan Kerajaan Saudi yang sekarang menguasai Dua Tanah Suci (Mekkah & Madinah). 

4) TAHUKAH ANDA?

●  Aliran Muktazilah menguasai Dua Tanah Suci lebih kurang 34 tahun (813-847M)

●  Muktazilah menjadi mazhab aqidah rasmi pada 827M di zaman Khalifah Al-Makmun.

●  Dua Tanah Suci dikuasai oleh Muktazilah bermula ketika Khalifah ke-7 Dinasti Abbasiyyah iaitu Al-Makmun (813-833M)

●  Khalifah ke-8 Al-Muktasim (833-842M) meneruskan penyebaran Muktazilah secara ekstrimis dan kejam sehingga Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan dan banyak lagi yang menjadi mangsanya.

●  Khalifah ke-9 Al-Wasiq (842-847M) yang menyambung juga semakin kejam dengan membunuh Yusuf bin Yahya Al-Buwaity (murid utama Imam Syafie) dan ramai lagi.

●  Namun, Imam Abu Abdul Rahman Abdullah ibnu Muhammad ibnu Ishak al-Azraniy telah berdebat dengan Khalifah Al-Wasiq hingga menyebabkan Al-Wasiq bertaubat dan penyebaran Muktazilah secara kejam terhenti.

●  Seterusnya, mazhab Muktazilah dibasmi dan dilenyapkan secara total oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi serta pengikut-pengikut mereka yang dikenali Al-Asyairah wal Maturidiah.

5) Persoalanya?

i) Siapakah yang berjaya membasmi fahaman yang telah membunuh ramai ulama Sunni?

ii) Dimanakah Al-Wahhabiyyah ketika itu?

iii) Sahkah solat makmun ASWJ dibelakang Imam yang Muktazilah ketika itu?

iv) Samakah situasi penguasaan Wahhabi Saudi ke atas Mekkah dan Madinah  dengan penguasaan Muktazilah pada zaman tersebut?

6) Apa hukum solat dibelakang Wahhabi di Mekah dan Madinah?

a) Bersangka baik bahawa tidak semua Imam di sana berpegang dengan fahaman Wahhabi.

b) Jika jelas ia adalah Wahhabi, maka sah solat berimamkan ahli bidaah aqidah seperti solat berimamkan Muktazilah. Hal ini dibahaskan oleh para ulama fiqh tentang hukum menjadi makmum kepada ahli bid'ah yang aqidahnya tidak mencapai tahap kufur.

c) Maklum di sisi ASWJ, kami tidak mengkafirkan Wahhabi atau mana-mana firqah bukan ASWJ.

c) TG Haji Salleh Sik pernah bertanya kepada gurunya, TG Syeikh Wan Ismail (Pak Da Eil Mekah) tentang hukum solat berimamkan Wahhabi. 

Pak Da Eil jawab, sah solat dibelakang Wahhabi iaitu diuzurkan di tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa kerana berkehendak kepada kelebihan berjemaah bukan kerana Imam-Imam Wahhabi.

7) Demikianlah Wahhabi, banyak brain wash daripada hujjah. Tetapi sekarang, banyak fitnah daripada hujjah. Orang ramai mudah percaya kerana kurang ilmu yang sama kurang dengan penyampainya. Ingatlah kita dengan hadis akhir zaman:

يأتي على الناس زمان لا يبقى فيما يبقى من الإسلام إلا اسمه, ولا من القرآن إلا رسمه, مساجدهم عامرة وهي خرابٌ من الهدى, علماؤهم شر من تحت أديم السماء, من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود

"Akan datang suatu zaman di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali pada namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali pada tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama yang ada adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali."  (HR. al-Baihaqi)

ﻗﺎﻝ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ: ﺇﻥ ﺃﺧﻮﻑ ﻣﺎ ﺃﺧﺎﻑ ﻋﻠﻰ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﻣﺔ ﺍﻟﻤﻨﺎﻓﻖ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ. ﻗﺎﻟﻮﺍ: ﻭﻛﻴﻒ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻨﺎﻓﻘﺎً ﻋﻠﻴﻤﺎً؟ ﻗﺎﻝ : ﻋﻠﻴﻢ ﺍﻟﻠﺴﺎﻥ ﺟﺎﻫﻞ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭﺍﻟﻌﻤﻞ 

Saidina Umar Bin Khattab r.a. berkata “Sesungguhnya sesuatu yang paling mengkhuawatirkan yang aku khuawatirkan dari umat ini adalah para munafiq yang berilmu”

Para sahabat bertanya “Bagaimana orang munafiq tapi ia alim?”

Saidina Umar r.a. menjawab “Mereka alim dalam lisannya tapi tidak dalam hati dan amalannya.”

Sayyidina al-Imam al-Syafie radhiyallahu ' anhu berkata :

لولا المحابر لخطبت الزنادقة على المنابر

Seandainya tidak ada tinta-tinta para ulama yang membela kebenaran, pasti orang-orang zindiq (munafik) akan berceramah di berbagai mimbar.

Bukankah ramai Wahhabi sekarang lunak bermadah, hebat berkata-kata, banyak pula puisinya, mubahalah sebagai kebanggaannya.

Disediakan oleh:

Ust HAZA Official


P/S : Gambar diatas dikatakan gambar Pak Da Eil (Syeikh Wan Ismail al-Fathani) yang merupakan guru kepada Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, TG Haji Salleh Sik, Baba Abdul Qadir Hj Wangah Sekam, TG Haji Abdullah Lubuk Tapah, Syeikh Wazir al-Kalantani al-Makki dan ramai lagi.

Isnin, 25 September 2023

#3208: Tahi Cicak Membatalkan Air Sembahyang

 POSTED ON  

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Baru-baru tular satu video dan di dalamnya disebutkan, terpijak tahi cicak membatalkan air sembahyang. Jadi, benarkah bahawa terpijak atau terkena tahi cicak membatalkan air sembahyang? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Secara umumnya, tahi cicak termasuk dalam kategori najis mutawassitah. Hal ini kerana menurut mazhab al-Syafi‘i tahi, najis dan air kencing termasuk yang datang daripada haiwan adalah dikira sebagai najis. Terdapat sebuah hadith daripada riwayat Ibn Mas‘ud R.A, beliau berkata:


فأتيتُه بحجرَيْن وروْثةٍ فأخذ الحَجرَيْن وألقى الرَّوْثةَ وقال: إنَّها رِكسٌ

Maksudnya: “Aku telah membawa dua biji batu kepada Nabi SAW dan satu kotoran (tahi binatang yang kering). Baginda mengambil dua biji batu dan membuang kotoran tersebut, lalu bersabda: ‘Sesungguhnya ia ialah kotoran haiwan.’”  

Riwayat al-Tirmizi (17); Ibn Majah (314); Ahmad (3685)

Sekalipun pada asalnya, mazhab Syafi‘i berpendapat tinja, bahan buangan dan kencing itu adalah najis, sama ada daripada sekalian haiwan sekalipun binatang yang dimakan dan tidak dimakan. Namun ada beberapa keadaan, yakni berlakunya ‘Umum al-Balwa iaitu keadaan apabila keberadaan najis itu susah dikawal dan dielakkan, seperti tahi burung di dalam masjid, tinja ikan di dalam air dan tinja belalang, dan tinja haiwan yang tidak ada darah mengalir di dalam badannya termasuklah cicak mengikut pandangan sebahagian ulama, maka ia dianggap najis juga, tetapi dimaafkan kerana sukar untuk dielakkan. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 2/550; Nihayah al-Muhtaj, 1/80).

Seterusnya, berkenaan perkara-perkara yang membatalkan wuduk pula, di dalam al-Fiqh al-Manhaji  (1/62-63) disebutkan bahawa perkara yang membatalkan wuduk ada lima, iaitu:

  1. Keluar sesuatu daripada salah satu saluran qubul dan dubur kencing, tahi, darah, kentut dan lain-lain.
  2. Tidur yang tidak tetap. Maksud ‘tetap’ di sini ialah duduk dalam keadaan punggung bertaup rapat dengan lantai manakala maksud tidak tetap pula ialah terdapat rongga di antara punggung dan lantai.
  3. Hilang akal disebabkan sama ada mabuk, pitam, sakit atau gila. 
  4. Seseorang lelaki menyentuh isterinya atau perempuan lain tanpa berlapik dan perbuatan itu membatalkan wuduk kedua-duanya. Maksud perempuan lain ialah perempuan yang halal berkahwin. 
  5. Menyentuh kemaluan manusia, sama ada diri sendiri atau orang lain, sama ada qubul atau dubur dengan tapak tangan dan perut-perut jari tanpa berlapik.

Selain itu, dijelaskan juga bahawa segala sesuatu yang keluar dari saluran selain daripada saluran qubul dan dubur, jika ia bukan najis, maka tidak dianggap sebagai pembatal wuduk menurut kesepakatan para ulama. (Lihat al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/113).

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Amin.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Bertarikh: 22 September 2023 bersamaan 6 Rabiulawwal 1445

Sumber:maktabahalbakri.com

Selasa, 17 Mei 2022

Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian, sah atau tidak?

 Untitled design (4)

HENDAKLAH mengambil wuduk dengan teratur dan sempurna mengikut rukun-rukun wuduk.

SALAH satu syarat sah solat adalah wuduk. Bukan hanya gerakan, umat Islam juga dianjurkan untuk memerhatikan adab dan etika ketika hendak menunaikan solat.

Menutup aurat merupakan hal yang sering dipertanyakan dalam Islam. Suruhan untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk tidak ada dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan

Akan tetapi, di dalam bab mandi ada dinyatakan bahawa menutup aurat adalah satu daripada perkara sunat.

Namun begitu, ia berlainan pada keadaan mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.” (Hadis Riwayat Muslim)

BERWUDUK termasuk dalam perkara ibadah yang perlu disempurnakan.

Dalam sebuah lagi hadis, daripada Muawiyah bin Haidah, beliau berkata yang bermaksud: “Saya bertanya: “Wahai Nabi ALLAH, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.”

Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi ALLAH, jika berada dalam keadaan sendirian?”

Nabi menjawab: “ALLAH lebih berhak baginya untuk malu terhadap-NYA daripada (malu) terhadap manusia”. (Hadis Riwayat al-Tirmidzi)

Menurut Mazhab Syafie, wajib kepada seseorang muslim yang berada di dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup untuk menutup aurat.

Pandangan ini juga disokong oleh ulama dari kalangan Mazhab Hanafi dan Hanbali. Adapun begitu, dari kalangan ulama Mazhab Maliki pula, mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat ketika berada dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup.

Namun begitu, dibenarkan seseorang itu untuk tidak menutup aurat ketika bersendirian dengan syarat ia perlu disertakan dengan hajat seperti mandi atau untuk menyejukkan badan.

Justeru, dalam keadaan tidak memakai pakaian ketika wuduk adalah sah tetapi tidaklah dilakukan di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain.

Begitu juga sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain. Walaupun sah wuduknya tetapi dia berdosa kerana mendedahkan aurat kepada orang yang haram melihatnya.


Jelaslah tidak dinyatakan sebagai perkara sunat atau wajib untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk tetapi adalah baik untuk menutup aurat seperti yang disunatkan ketika mandi.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Sinar Harian & Pexels

-SH Online

Khamis, 16 September 2021

Hukum Solat dengan Memakai Singlet / Tidak Berbaju

 

SOALAN

Bolehkah lelaki solat dengan memakai singlet?

JAWAPAN

Solat dengan memakai singlet, atau memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu, atau tidak berbaju, hukumnya adalah makruh namun sah solatnya. Rasulullah SAW bersabda

لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَىْءٌ

Maksudnya: “Janganlah salah seorang dari kamu solat dengan pakaian yang satu, yang mana tidak ada sesuatu di atas dua bahunya.”[1]

Menurut Imam al-Nawawi, “Hikmahnya adalah, jika dia memakai baju dan tidak ada sesuatu di atas bahunya, maka tidak selamat daripada terdedah bahagian auratnya, berbeza dengan jika diletakkan pakaian di atas bahu. Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafie serta jumhur berpendapat: Larangan itu menunjukkan kepada makruh tanzih, bukannya kepada pengharaman. Jika seseorang itu solat hanya dengan memakai satu pakaian yang menutup auratnya, tetapi tidak menutup bahagian bahunya maka solatnya dikira sah berserta hukum makruh, sama ada dia mampu meletakkan sesuatu di atas bahunya ataupun tidak.[2]

Walaupun sah solatnya, sebaiknya pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika ingin menunaikan solat.  Hayatilah firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).”[3]

Imam Al-Tabari rahimahullah di dalam tafsirnya menyatakan bahawa perkataan خُذُوا زِينَة di dalam ayat bererti pakaian yang menutup aurat. Kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Wallahu a’lam.

[1] Riwayat Al-Bukhari, no. 359; Riwayat Muslim, no. 516.

[2] Sharḥ al-Nawawī ʿalā Muslim, 2/274

[3] Surah Al-A’raf: 31

Sumber: maktabahalbakri.com