"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Ogos 2024

Keunikan pasar pagi kebun getah atau Pasar Pendekar

 KEMERIAHAN Pasar Pendekar dalam kebun getah.

KEMERIAHAN Pasar Pendekar dalam kebun getah.

Meriah dalam suasana tradisi berlatarkan rimbunan pokok getah yang menghijau.

Demikian uniknya pasar pagi di Kampung Guntong, Pasir Puteh, Kelantan turut dikenali sebagai Pasar Pendekar dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar.

Terletak kira-kira 3.5 kilometer (km) dari bandar Pasir Puteh, pasar pagi berkenaan kini menjadi antara tarikan utama pengunjung dari luar untuk ke daerah itu.

Pasar pagi seluas dua hektar itu mula beroperasi setiap Jumaat sejak lebih 10 tahun lalu dan kini mempunyai lebih 100 peniaga.

Kebanyakannya menjual makanan seperti nasi berlauk pagi, kuih-muih tradisional, sayur-sayuran, buah-buahan, lauk basah (ikan dan sebagainya), pakaian dan ikan hiasan.

Suasana jual beli ala 1970 -an dan 1980-an dalam kebun getah yang nyaman serta kepelbagaian barangan jualan menjadi faktor utama mengapa Pasar Pendekar semakin menjadi perhatian.

Selain itu, harga makanan juga berpatutan mendorong pasar itu menjadi tumpuan bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah pengunjung dari luar termasuk luar Kelantan.

PASAR pagi yang istimewa.
PASAR pagi yang istimewa.

Peniaga kuih, Mariam Wok, 59, berkata, pada awal pembukaannya ada puluhan peniaga sahaja di pasar pagi itu, tetapi kini semakin meriah dengan kehadiran lebih 100 peniaga.

"Bukan saja peniaga ramai, tetapi pengunjung juga semakin ramai setiap minggu.

"Alhamdulillah, suasana di pasar ini meriah dan jualan mak cik juga laris. Begitu juga dengan jualan peniaga lain," katanya.

Ibu tujuh cahaya mata itu berkata, pengunjung bukan sahaja datang melihat suasana, malah dapat membeli pelbagai makanan tradisi yang sukar didapati di tempat lain seperti lompat tikam, jala emas, bunga tanjung, jering rebus, belalang goreng, lemang periuk kera, etok, ketupat palas dan perut ayam percik.

"Selepas pasar ini viral, semakin ramai pengunjung datang termasuk dari negeri luar dan pada musim cuti sekolah, jumlahnya meningkat berlipat kali ganda.

MENU unik seperti belalang goreng turut dijual.
MENU unik seperti belalang goreng turut dijual.

"Boleh dikatakan pasar ini adalah tarikan pelancongan terbaharu di Kelantan," katanya.

Pengunjung, Danisha Rozelan, 20, pula berkata, dia pertama kali datang ke pasar pagi itu selepas melihat ia tular di TikTok.

Katanya, meskipun agak jauh dari rumahnya di Pengkalan Chepa, namun demi merasai sendiri keunikan suasana jual beli di pasar tani itu, dia sanggup datang dengan ibunya, Kasma Sahimizan, 54, seawal jam 8 pagi.

KEUNIKAN pasar yang penuh aura tradisional.
KEUNIKAN pasar yang penuh aura tradisional.

"Banyak pilihan makanan dan pelbagai barangan jarang jumpa lain boleh didapati di pasar pagi ini, harganya pula berpatutan.

"Ia lokasi yang sesuai untuk 'kaki makan' dan penggemar makanan tradisi masyarakat di negeri ini.

"Tambahan pula, suasananya sangat mendamaikan dalam kebun getah yang menghijau, menjadi daya tarikan tambahan untuk pengunjung," katanya.

Bagi Roslan Ahmad, 55, pula, dia tidak melepaskan peluang berkunjung ke pasar itu setiap kali pulang ke kampung halamannya di Jerteh ,Terengganu.

MAKANAN, ikan hiasan dan lauk basah turut dijual.
MAKANAN, ikan hiasan dan lauk basah turut dijual.

Katanya, dia bukan sahaja tertarik dengan kepelbagaian barangan yang dijual, malah teruja melihat suasana jual beli yang masih mengekalkan unsur tradisi dalam senario kampung.

"Keunikan aktiviti jual beli barangan harian dalam kebun getah yang penuh tradisional juga jelas berbeza dengan suasana pasar pagi biasa di tempat lain," katanya.

-myMetro 

Rabu, 17 Julai 2024

Apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung' - Bapa suspek pembunuhan Nur Farah Kartini

 SUSPEK ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam. FOTO Asyraf Hamzah

SUSPEK ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam. FOTO Asyraf Hamzah

Jasin: "Siapa yang tidak sayang anak, pada saya tiada yang pelik mengenai perangainya.

"Saya tidak pernah didik dia yang bukan-bukan, apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung," kata bapa kepada suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Petani berusia 64 tahun itu berkata, sebagai bapa, dia lebih mengenali anaknya yang disifatkan sebagai amat berdisiplin dan suka bergurau.

"Namun, saya kena tabah dan berbuat seperti tiada apa yang terjadi untuk terus berkerja.

"Takdir penentu segalanya, apa saya nak buat. Perkara sudah terjadi bukan di depan mata dan tidak boleh saya halang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Rambai, di sini, petang tadi.

Ditanya mengenai keadaan menantu dan cucunya yang berusia lapan bulan, lelaki itu menegaskan mereka dalam keadaan baik.

"Saya difahamkan, malam tadi polis membawa anak saya ke rumahnya di Bukit Katil dan dia sempat membuat panggilan video kepada saya.

"Selain itu, polis juga memeriksa dan mengambil telefon bimbit isterinya untuk siasatan berkaitan termasuk mesej dihantar wanita itu (mangsa)," dakwanya.

Katanya, keluarganya juga sudah melantik peguam bagi mewakili anaknya dalam siasatan dan perbicaraan kes itu kelak.

Mengenai hubung dengan anaknya, dia berkata, anak kelapan daripada 10 beradik itu mempunyai minat sama dengannya berkebun dan difahamkan, anaknya itu juga aktif berkebun di balai tempatnya bekerja di Perak.

"Dia (anak) merayau ke merata tempat termasuk di kampung Orang Asli dan membelikan saya benih anak pokok pisang.

"Jika bercuti pula, laman rumah kami akan bersih dan dia akan memarahi adik-beradik jika melihat sampah atau barangan bersepah di persekitaran rumah," katanya yang turut memaklumkan suspek rapat dengan arwah isterinya yang meninggal dunia pada Ramadan lalu.

Kelmarin, media melaporkan Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan pada 10 Julai lalu, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, kira-kira 6 petang dipercayai akibat dibunuh individu dikenali mangsa.

Susulan itu, polis menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-myMetro 

Sabtu, 13 Julai 2024

Air Selangor sahkan label notis pemotongan bekalan air

 Label notis pemotongan bekalan air berwarna merah yang tular di laman sosial, hari ini. FOTO IHSAN TULAR

Label notis pemotongan bekalan air berwarna merah yang tular di laman sosial, hari ini. FOTO IHSAN TULAR

Kuala Lumpur: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengesahkan label notis pemotongan bekalan air yang tular di laman sosial, diguna pakai oleh pihaknya.

Syarikat itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan, label notis itu digunakan untuk pelanggan yang mempunyai tunggakan bil.

"Bagi pelanggan yang tidak mempunyai tunggakan bil tetapi turut menerima label notis tersebut, sila hubungi kami di talian 15300 atau ajukan pertanyaan di Help Centre yang boleh didapati menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya, di sini, malam ini.

Terdahulu, tular di laman sosial dakwaan pengguna yang memaklumkan bekalan air terhenti secara tiba-tiba.

Individu itu kemudian keluar untuk memeriksa dan ternampak tanda merah terbabit.

Dakwaan itu turut memaklumkan imbas kod QR itu membawa kepada laman web yang pada pandangan pertama kelihatan seperti laman web Air Selangor yang sah tetapi sebaliknya.

-myMetro 

Sabtu, 11 Mei 2024

Ingatkan Raja Azura yang kahwin, rupa-rupanya...

 

Tangkap layar hantaran di TikTok Syed Saif Alsagoff pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran di TikTok Syed Saif Alsagoff pada Sabtu.

KECOH di media sosial apabila pengacara dan pelakon, Raja Azura memuat naik hantaran memaparkan beliau sedang berjalan menuju ke pelamin bersama pembawa dulang ketika berada di sebuah majlis perkahwinan.

Video berdurasi 19 saat itu menerima lebih 800,000 jumlah tontonan dan rata-rata netizen serta rakan artis turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

"Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima kasih," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Bagaimanapun ada beberapa pihak yang mempersoal dan tidak mempercayai bahawa Kak Engku sudah berkahwin semula selepas 17 tahun hidup bersendirian.

Namun semuanya sudah terjawab apabila individu yang dikenali sebagai Syed Saif Alsagoff memuat naik video dan menjelaskan ia bukan majlis Raja Azura tetapi orang lain.

Turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.
Turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.

Menerusi hantaran di TikTok, Syed Saif Alsagoff memaklumkan bahawa resepsi berkenaan adalah majlis pernikahan sepupunya.

"Tahniah sepupu, semoga ALLAH merahmati anda berdua," ujarnya ringkas.

Berdasarkan sumber, Syed Saif merupakan sepupu kepada pengantin lelaki yang juga mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Azura.

Pada masa sama turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan situasi berkenaan kerana ia dikatakan telah memberi kejutan dalam cerita mengenai kejadian tersebut.

Menurut pengguna @puteri_marzia, sudah pasti keadaan itu menghiburkan artis berkenaan kerana hampir seluruh rakyat Malaysia tampil mengucapkan tahniah.

"Kak Engku tengah ketawa terbahak-bahak tu (itu), satu Malaysia punya ucap. Tahniah, selamat pengantin baru buat pasangan ini," ujarnya.

-SH Online 

Jumaat, 5 Januari 2024

Minda TGHH:Gempar Langkah Dubai

 Minda Presiden PAS

GEMPAR LANGKAH DUBAI

Dimulakan jenama langkah untuk mengubah kerajaan oleh kumpulan Langkah Kajang dan juga kumpulan demonstrasi jalanan yang mahu memaksa kerajaan diubah berslogankan ‘Reformasi’. Kemudiannya, mereka meletakkan jenama Langkah Sheraton dan kerajaan tebuk atap kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendapat Akuan Berkanun (SD) yang mencukupi mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Pihak yang mengambil langkah dan berusaha menarik wakil-wakil rakyat, melakukannya dengan janji diberikan jawatan menteri, kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lain-lain. Di samping itu, mereka memberi sogokan wang bagi menjatuhkan Kerajaan PN dan Barisan Nasional (BN), sehinggakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) terpaksa diadakan. 

Maka, terbentuklah sebuah Kerajaan Perpaduan yang setiap parti komponennya mempunyai masalah dalaman masing-masing, apa lagi kalau mahu membentuk perpaduan dengan komponen lain yang nyata mempunyai ideologi yang berbeza dan saling bercakaran antara satu sama lain dalam kempen pilihan raya yang baru saja berlalu.

Dalam sistem demokrasi, perubahan dilakukan oleh rakyat secara langsung melalui pilihan raya atau wakil rakyat yang dipilih mengadakan undi tidak percaya di Parlimen atau menyatakan SD yang mencukupi jumlahnya. Bertindak menolak kerajaan yang ada dengan jumlah sokongan yang mencukupi, secara rela hati tanpa diugut atau disogok dengan jawatan mahupun wang, atau dengan maksud yang lainnya tanpa rasuah.

Pengalaman suka menipu, berbohong, memberi sogokan, ugutan, boleh melakukan apa-apa sahaja, dan boleh berpura-pura bersih dan telus, termasuk dalam kalangan mereka laksana kata pepatah Arab:

ضَرَبَنِي وَبَكَى، سَبَقَنِي وَاشْتَكَى.

“Dia yang memukul diriku, dia pula yang menangis. Dia yang berlaku zalim terhadapku, dia pula yang mengadu.”

Saya sangat bersetuju dengan komen wartawan veteran, Abdul Kadir Jasin berkenaan politik wang dan Langkah Dubai, bahawa ia mestilah datang daripada pihak yang mempunyai wang dan menguasai kalangan yang diharapkan mendapat wang, dikatakan mahu bertindak menjatuhkan kerajaan yang berjenama Madani. Sedangkan, pihak kerajaan sekarang yang menguasai wang dan dapat mempengaruhi mereka yang mencari segala projek yang menghasilkan kewangan dengan cara yang paling mudah. 

Adapun pihak pembangkang pula disekat peruntukan yang wajib diberikan, bahkan dibekukan perjalanan kewangannya dan juga disita. Pada masa yang sama, pihak yang menyokong pihak pembangkang pula dilakukan sekatan dan disusahkan kerana dianggap menjadi pencabar paling bahaya terhadap kerajaan.

Kerajaan Madani yang tidak nyata asas tamadunnya telah menubuhkan kerajaan laksana pokok yang reput akarnya, sehingga ditakuti ia akan tumbang disebabkan oleh angin yang bertiup perlahan sahaja, apa lagi kalau berlaku taufan dan tsunami. 

Mendengar guruh di langit sahaja sudah disangkakan mesti akan datang angin yang dapat menumbangkan pokoknya yang tidak berakar tunjang kuat. Laksana kata-kata dalam pantun Melayu yang tidak lupa: 

Melukut di tepi gantang,

Buka sanggul mencari kutu,

Orang yang takut akalnya hilang,

Jumpa tunggul dikata hantu.

Telah ditubuhkan sebuah kerajaan berjenama perpaduan dan Madani yang kabur makna madani yang diuar-uarkan, sehingga dikatakan penyokong juga ikut membangkang terhadap ucapan-ucapan di Parlimen dan kenyataan media secara terbuka. 

Malah, banyak janji yang tidak mampu ditunaikan, cakapnya pula tidak serupa bikin. Banyak kenyataan yang bercanggah, sekali gus menandakan kerapuhannya umpama retak mencari belah. 

Keadaan ini menjadikannya sedang berada dalam keadaan yang sentiasa mengganggu pentadbiran dan pengurusan. Semuanya sedang disaksikan oleh rakyat termasuk bukan pemerhati politik yang tidak berpolitik merasa bimbang dalam keadaan negara yang sebegini rupa, laksana penumpang yang berada dalam kenderaan yang pemandunya tidak diluluskan lesennya.

Walaupun sudah berada dalam blok kerajaan yang berkuasa, tetapi lantang suaranya dan cepat langkahnya mengulangi perangainya semasa menjadi pembangkang dahulu.  Sentiasa mencari kesalahan pihak yang menyebut kelemahannya atau mengetahui kesilapannya atau dianggap ingin mencabar kuasanya, maka cakapnya berdegar-degar, terus tidak menunaikan janjinya, lain yang ditanya lain yang dijawab, atau gelabah bertindak dahulu sebelum disiasat, tangkap dahulu sebelum nyata penyiasatannya.

Kerajaan Perpaduan yang melangkah laksana anak ayam kehilangan ibu, kerana ibunya ke sana ke mari mencari makanan dengan meninggalkan anaknya sehingga boleh disambar helang yang sentiasa mencari peluang. Bapak ayam pula memang tidak mempedulikan anak kerana sibuk mengejar ayam betina lain.

Semua parti yang memilih konsep demokrasi mahu menjadi kerajaan, bukan sekadar menjadi pembangkang sepanjang masa. Pihak kerajaan pula tetap akan mempertahankan kedudukannya. 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan rakan-rakan dalam PN memilih pendekatan mempertahankan kepercayaan rakyat secara langsung dan tidak langsung, tidak perlu kepada budaya ‘shopping’ Ahli Parlimen dengan menggunakan duit yang banyak dan janji-janji, tetapi berpijak di bumi yang nyata mengamalkan politik demokrasi yang sebenar. Kami bergantung kepada rakyat dan pengorbanan mereka bersama PAS sejak penubuhannya sehingga kini. Orang yang tidak boleh bertahan melalui ribut dan gelombang politik ini umpama mereka yang mabuk kapal di lautan. Apa yang dapat dirempuh oleh gelombang yang diadakan ini, laksana gerak air kopi yang dikacau dalam cawan oleh sudu yang kecil.  

PAS terus bersabar sejak ditubuhkan pada tahun 1951 dengan hanya satu kerusi, diikuti pasang surut politik kerana gelombangnya dan terus beristiqamah dalam semua keadaan. Walau bagaimanapun, PAS tetap bersedia dan berusaha menunggu perubahan kerajaan melalui proses demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Menarik diri daripada demonstrasi jalanan kerana ia dahulu pernah menyusahkan rakyat dan tidak mempunyai wang yang banyak melainkan daripada sumbangan rakyat terutama kalangan yang miskin.

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 22 Jumada al-Akhirah 1445 / 5 Januari 2024


[Bil: 1 / 2024]

Khamis, 8 Jun 2023

Surat terbuka buat Jocelyn Chia.

Pertama, paksu tak kenal pun you ni siapa. Entah datang dari ceruk gua mana tiba-tiba nama you trending di semua sosial media. 

Viral sampai satu negara kami gegak gempita. Kedua, paksu tak tahu apa yang buatkan you ni marah dan benci sangat dengan negara kami Malaysia. 

Sampai jenaka yang you buat seolah-seolah mempersenda dan mengina negara kami tanpa rasa bersalah atau berdosa. 

Mungkin cinta you pernah ditolak orang jantan Malaysia agaknya. (Paksu sekadar meneka). 

Dan last but not least, paksu secara total menolak keras cubaan atau apa saja bentuk content yang menghina negara Malaysia walau dengan alasan sekadar lawak jenaka. 

Itu bullshit, nonsence dan sangat tidak boleh diterima.

Wahai makcik Jocelyn Chia.

You boleh hina negara kami tidak maju dan membangun seperti negara you…..Singapura. Itu memang benar dan paksu sebagai rakyat Malaysia pun mengakui dan tidak menafikannya. 

Singapura memang hebat dalam segala benda. Tapi you silap besar bila you dengan muka tau fu fa celup tepung duk carut rakyat Malaysia dengan carutan yang sangat teruk dan tidak pantas untuk diterima halwa telinga. 

Ayat-ayat yang you guna dan mimik muka you yang jelas sangat bencikan orang Malaysia. 

Dan paling kurang ajar you kutuk pasal kehilangan kapal terbang (MH370) yang tidak yang hilang dan tidak mendarat itu sangat-sangat to muchhh la makcik Jocelyn tua. 

You nak melawak, melawak tapi jangan libatkan negara kami Malaysia. You nak fame, ambil tapi jangan dengan publisiti murahan macam ni ya. 

You kata kami rakyat Malaysia tak ada internet hello sila tempah jalan ke neraka. 

Sebab you sekarang dah jadi manusia paling dibenci di negara Malaysia tercinta. 

Watch out ya. Jangan pernah bermimpi nak datang bercuti ke sini, kami tidak terima. 

Kepada semua rakyat Malaysia, ayuh tunjukkan sokongan dan kasih sayang kita kepada negara. 

Jangan biarkan sesiapa pun baik warganegara sendiri atau orang luar bebas dan sesuka hati menghina negara kita. 

Kita ada kuasa. Kita ada suara. Kalau tidak dengan kekuatan ekonomi dan tentera, kita tunjukkan dengan kekuatan netizen kita di alam maya. 

Share posting ni biar Jocelyn Chia baca dan tahu “bawangrian Malaysia” tiada tandingan dalam melawan musuh ya. 

Hidup Malaysia!!! 😍💪❤️🇲🇾

Sumber: Facebook 


Artikel Berkaitan: Singapura mohon maaf ekoran tindakan Jocelyn Chia menghina Malaysia

Isnin, 7 Mac 2022

Sumber: Polis tahan ambulans untuk elak bertembung konvoi PM

 


Rakaman video yang memaparkan polis trafik menahan sebuah ambulans bagi memberi laluan untuk konvoi masuk ke jalan utama di Johor Bahru tular di media sosial, dengan orang ramai mempersoalkan tindakan itu.

Malaysiakini difahamkan insiden itu, yang berlaku pada Sabtu lalu, melibatkan konvoi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selepas dia melancarkan program Aspirasi Keluarga Malaysia di Plaza Angsana di Johor Bahru.

Rakaman dashcam menunjukkan ambulans swasta dengan siren dibunyikan ditahan untuk memberi laluan kepada konvoi itu dimuat naik di media sosial semalam.

Seorang sumber daripada pihak penguatkuasaan berkata ambulans tersebut ditahan kerana konvoi tersebut, yang bergerak dari arah Taman Tasek, telah masuk ke jalan utama dengan kelajuan tinggi dari jejambat. 

Sumber itu berkata jika ambulans itu dibenarkan meneruskan perjalanan, ia berisiko bertembung dengan konvoi di depannya.

Namun, katanya lagi, ambulans itu diberi keutamaan berbanding kenderaan lain dan dibenarkan meneruskan perjalanan terlebih dahulu selepas konvoi berlalu.

Malaysiakini menghubungi ibu pejabat polis Bukit Aman berhubung insiden itu, dan pihak polis menyambungkan pertanyaan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. Jabatan itu belum memberi maklum balas.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh ibu pejabat polis daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Ketika pelancaran program Aspirasi Keluarga Malaysia minggu lalu, Ismail Sabri menegaskan kepentingan kestabilan politik.

Turut hadir di acara itu adalah penyandang menteri besar Hasni Mohammad, yang juga pengerusi BN Johor.

Kunjungan Ismail Sabri di tengah kempen PRN Johor. Pengundi akan membuat pilihan mereka pada 12 Mac ini.

Pada Disember lalu, sebuah ambulans turut ditahan di Hulu Langat, Selangor bagi memberi laluan kepada konvoi Ismail Sabri ketika dia melawat kawasan yang terjejas akibat banjir.

Selepas rakaman video insiden itu tular, Polis Selangor menjelaskan langkah itu dibuat atas faktor keselamatan. 

Selasa, 8 Februari 2022

Disamakan dengan watak video lucah, ‘gadis tudung hijau’ lapor polis

 


Seorang pelajar membuat laporan polis setelah video Tik Tok miliknya diedit dan disamakan dengan individu terlibat dalam video lucah yang dirujuk sebagai “gadis bertudung hijau”.

Nur Alia Mohd Acha, 21, membuat laporan itu pada 31 Januari di balai Ayer Keroh, Melaka.

“Daripada komen-komen dalam post tersebut ramai memalukan saya dengan mengatakan saya sebagai pelakon lucah.

“Saya merasa malu dan ingin mengambil tindakan kepada individu tersebut dan tindakan lanjut,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Jelasnya, videonya - yang juga dimuat naik di TikTok - digunakan dan disunting tanpa kebenaran dan pengetahuan.

Dalam video asalnya, Alia yang bertudung hijau muncul dengan komen berkaitan keadaan bibirnya yang kering. 

Bagaimanapun terdapat pengguna maya menyamakan Alia dengan “gadis tudung hijau” yang pernah tular dengan video lucah.

Selepas itu, katanya, muncul pula video itu diedit dan digabungkan dengan gambar individu yang didakwa terlibat dalam video lucah.

“Dia edit letak muka saya. Lepas itu dia buat gaya suntingan ‘Jedag Jedug’. Lepas itu dia letak muka cikgu (tudung hijau) itu.

“Yang itu saya dah buat laporan polis dah. Benda itu boleh timbulkan fitnah pada diri saya kan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Alia bagaimanapun berkata pelaku telah memadam video yang disunting serta memohon maaf padanya.

‘Saya trauma’

Sementara itu, Alia menyifatkan apa yang berlaku padanya amat mengejutkan.

Katanya, hanya memakai tudung hijau, dia menjadi mangsa gangguan seksual.

“Bagi saya benda ini sangat tidak wajar sebab kita tak bolehlah samakan orang dengan orang yang pernah buat benda jahat. 

“Sebab mungkin cikgu itu sendiri, yang buat video itu, pun dah berubah.

 “Sungguh trauma hidup saya,” katanya.

-malaysiakini