Selasa, 19 Oktober 2021

Kenangan Lagenda:Ahmad Chetty dari seorang penggali kubur menjadi seniman

 AHMAD CHETTY - PENJAGA KUBUR JADI SENIMAN


Penampilannya dalam filem, walaupun sejenak, telah meninggalkan kesan yang signifikan, terutamanya dalam filem PANGGIILAN PULAU, PENAREK BECHA, PENDEKAR BUJANG LAPOK dan SENIMAN BUJANG LAPOK. Beliau boleh diiktitaf sebagai pelakon ' super extra ' kerana kepelbagaian watak yang dilakonkan seperti chetty, kelasi kapal, bomoh, orang gila, penjual satay, Benggali jual batu cincin dan kain, pemabuk, banduan, nelayan, pembesar Istana dan banyak lagi. 

AHMAD CHETTY yang berketurunan Mamak India bekerja sebagai penjaga dan penggali kubur di Pusara Bidadari, Singapura. 

Kemunculan pertamanya di layar perak adalah pada tahun 1952 dalam filem JIWA LARA, diikuti dengan 4 buah filem lagi pada tahun yang sama. Kesemua nya, beliau telah berlakon dalam 52 buah filem bermula dari tahun 1952 hingga 1967.  15 darinya melibatkan P Ramlee, sama ada sebagai pelakon, mahupun Pengarah. Selain dari itu, Ahmad Chetty juga rapat dengan P Ramlee kerana beliau seringkali singgah di rumah P Ramlee yang terletak di Cedar Avenue, tidak jauh dari Pusara Bidadari, tempat beliau bekerja. 

Gambar di bawah menunjukkan watak2 Ahmad Chetty yang paling terkenal, yang mana tiga darinya adalah arahan P Ramlee. 

1. PANGGIILAN PULAU sbg Chetty Modern

2. PENAREK BECHA sbg Chetty traditional

3. PENDEKAR BUJANG LAPOK sbg Pak Dol murid Sekolah Dewasa

4. SENIMAN BUJANG LAPOK sbg Benggali jual batu cincin

Ahmad mendapat gelaran ' Chetty ' selepas mula2 berlakon sebagai Chetty dalam filem SANGSARA pada tahun 1953. 

Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Al Fatihah.

fonzzfauzee

18.10.21

Sumber Facebook

0 comments:

Catat Ulasan