"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Ujian Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ujian Allah. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Ogos 2021

Covid19: Kanak-kanak 12 tahun tabah kuarantin seorang diri di rumah

ZALIFAH Ithnin (kiri) meletakkan sumbangan di hadapan kediaman seorang kanak-kanak lelaki kuarantin kendiri di rumah di sebuah kawasan perumahan di Kluang. FOTO Ihsan NGO
ZALIFAH Ithnin (kiri) meletakkan sumbangan di hadapan kediaman seorang kanak-kanak lelaki kuarantin kendiri di rumah di sebuah kawasan perumahan di Kluang. FOTO Ihsan NGO

Johor Bahru: "Saya hanya mampu berdoa agar kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang kuat mental itu dan menjalani kuarantin kendiri di rumah keluarga diberikan kesembuhan segera," kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Kluang, Johor (Petak), Zalifah Ithnin di sini, semalam.

Berkongsi dugaan diharungi si cilik berkenaan, Zalifah berkata, kanak-kanak dikenali sebagai Arshad adalah anak sulung daripada lima beradik dan baru saja kehilangan bapanya berusia 38 tahun yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Beliau berkata, buat masa ini tiga adik-beradiknya tinggal di rumah ibu saudara di Johor Bahru selepas dibenarkan pulang dari Hospital Permai.

Menurutnya, hanya ibunya berusia 38 tahun dan seorang adiknya masih dirawat di Hospital Permai di Tampoi di sini akibat Covid-19.

Katanya, difahamkan kanak-kanak berkenaan memperoleh keputusan negatif ketika menjalani saringan Covid-19 pertama.

"Ia mengakibatkan kanak-kanak itu kuarantin kendiri di rumah bagi tempoh tertentu dan hasil menjalani saringan kedua baru-baru ini keputusannya juga positif.

"Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang bagi menyantuni kanak-kanak lelaki berkenaan di sebuah kawasan perumahan di Kluang di sini, semalam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zalifah berkata, sumbangan barangan kepada kanak-kanak itu adalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Muhamad Said Jonit.

Menurutnya, berikutan keperluan makanan harian serta ubat-ubatan sudah disediakan oleh waris berdekatan yang memantau kanak-kanak berkenaan, oleh itu pihaknya menyumbang susu kotak, biskut dan roti sebagai bekalan kudapan kanak-kanak itu.

"Hati saya agak sayu ketika bertanya sama ada dia ada berhubung dengan ibunya kerana dia menyatakan cuba menghubungi ibunya namun tiada maklum balas sejak kelmarin.

"Saya melihat sedikit kegusaran pada wajahnya kanak-kanak itu saat berkenaan kerana dia baru saja kehilangan bapa kesayangan dan harap dia terus kuat," katanya.

Zalifah berkata, dia dapat memahami situasi ditempuhi kanak-kanak berkenaan kerana kebiasaannya kanak-kanak sebayanya memerlukan perhatian.

"Menjadi tanggung jawab kita sebagai masyarakat prihatin memberi semangat kepada mereka dan saya difahamkan jirannya juga sentiasa mengambil berat berkaitannya," katanya.

Zalifah berkata, sejak pandemik Covid-19 bermula, Petak berusaha membantu mereka yang terkesan daripada segi keperluan makanan asas.

"Bekalan makanan asas dari Gerobok Rezeki Petak akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa," katanya.-myMetro