"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan

Isnin, 21 April 2025

TRUMP TEMBAK KAKI SENDIRI: TARIF 125% BUAT AMERIKA GELABAH

 TRUMP TEMBAK KAKI SENDIRI: TARIF 125% BUAT AMERIKA GELABAH

Dalam keghairahan nak ‘ajar’ China, pentadbiran Trump akhirnya memakan diri sendiri. Terbaru, dalam usaha mengetatkan kawalan ke atas bahan strategik, Amerika Syarikat mengenakan tarif sehingga 125% terhadap beberapa kategori bahan mineral kritikal — termasuk produk berkaitan unsur nadir bumi. Tapi langkah ini mula menunjukkan kesan pelik: sabotaj ekonomi sendiri.

Satu-satunya lombong nadir bumi besar di Amerika, MP Materials di Mojave Desert, kini berdepan dilema pelik. Berdasarkan laporan kewangan mereka, kos melombong nadir bumi di Amerika sekitar $4,400 satu tan. Namun disebabkan kekurangan fasiliti pemprosesan dalam negara, bahan mentah ini terpaksa dihantar ke China untuk diproses — menambah lagi kos.

Dengan tarif baru ini, bahan yang diproses kemudian dihantar balik ke AS boleh melonjak harga mencecah lebih $10,000 satu tan. Ini adalah mimpi ngeri dalam dunia perniagaan. Apabila bahan sama boleh diperoleh dari negara lain dengan harga lebih murah, syarikat-syarikat teknologi Amerika sendiri terpaksa cari alternatif — bukan lagi sokong produk tempatan.

Ironinya, langkah ‘America First’ ini sebenarnya membunuh peluang industri domestik untuk berkembang. MP Materials misalnya, kini terpaksa menahan sebahagian besar hasil kerana tidak mampu bersaing tanpa fasiliti pemprosesan sendiri. Sedangkan untuk membina kilang pemprosesan baru, kos dan masa yang diperlukan bukan sedikit.

Dalam masa sama, China pula mengambil langkah balas dengan mengenakan sekatan eksport terhadap bahan strategik penting seperti gallium dan germanium — bahan asas untuk cip semikonduktor, bateri EV, dan sistem pertahanan moden. Ini menggandakan lagi tekanan ke atas industri Amerika.

Kalau nak gambarkan situasi ini, bayangkan seperti petani yang tanam padi, tapi terpaksa hantar beras ke kilang negara lain — dan bila nak beli balik, kena bayar cukai mahal. Siapa yang rugi? Tentulah petani itu sendiri.

Penganalisis menggambarkan ini sebagai “bila emosi politik mengalahkan logik ekonomi”. Dalam dunia sebenar, tarif berlebihan menaikkan kos, menakutkan pelabur, dan akhirnya pengguna biasa juga yang terpaksa membayar harga lebih mahal.

Pada skala global, kegagalan AS mengurus nadir bumi ini membuka ruang kepada negara lain — termasuk China, Malaysia, dan Australia — untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam rantaian bekalan bahan kritikal dunia.

Jika perang tarif diteruskan tanpa pelan strategik jangka panjang, bukan sahaja ekonomi AS yang tergugat, bahkan kredibiliti mereka sebagai kuasa industri moden juga akan merudum.

MasyaAllah, beginilah bila politik mendahului akal. Dalam dunia penuh cabaran ini, negara yang berjaya bukan sekadar kuat bersuara, tetapi yang mampu membaca masa depan, merancang dengan bijak, dan bertindak dengan tenang.

___

Source 

Sabtu, 15 Jun 2024

Ingatkan produk Malaysia, rupanya Ayam Brand bukan jenama tempatan!

 Ingatkan produk Malaysia, rupanya Ayam Brand bukan jenama tempatan!

Ayam Brand, sebuah jenama yang sangat dikenali di Malaysia, telah hadir dalam pasaran selama 127 tahun.

Di mana-mana sahaja, dari kedai runcit di kampung hingga ke pasaraya besar, anda pasti dapat menjumpai produk Ayam Brand dijual.

Jenama ini terkenal dengan produk sardin dan tuna berkualiti tinggi yang siap dimakan.

Kini, Ayam Brand telah menjangkau pelbagai negara seperti Australia, China, Perancis, Hong Kong, Jepun, Singapura, Thailand, United Kingdom, dan Vietnam.

Ayam Brand sentiasa menekankan kualiti produknya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa pengawet, MSG, atau trans lemak.

Jenama yang terkenal ini diasaskan oleh Alfred Clouet, seorang warga Perancis.

Pada asalnya, syarikat ini berpusat di Singapura pada tahun 1882, ketika itu merupakan sebahagian daripada British Malaya.

Pada tahun 1954, Ayam Brand dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Freres dari Perancis.

Hingga kini, nama pengasas terus diabadikan melalui nama syarikat pengedaran, A. Clouet & Co Kl Sdn Bhd di Malaysia.

Produk sardin Ayam Brand dihasilkan sepenuhnya di kilang mereka sendiri, dengan lebih kurang 1,200 pekerja tempatan yang berkhidmat di situ.

Kilang Ayam Brand merupakan salah satu pengeluar sardin terbesar di Asia Tenggara dan menerima pensijilan kualiti tertinggi termasuk dari JAKIM.

Selain produk sardin, Ayam Brand juga meluaskan rangkaian produk termasuk tuna, santan kelapa, kacang panggang, dan buah-buahan.

Syarikat ini juga menjadi ahli Global Compact sejak 1 Januari 2016, menunjukkan komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial korporat.

Menurut tinjauan oleh Synovate pada tahun 2007, Ayam Brand menduduki tempat ke-197 di kalangan jenama Asia yang terkenal, melebihi jenama-jenama besar lain seperti Nissan, L’Oréal, Heinz, dan American Express.

Ayam Brand juga aktif dalam aktiviti kerja amal dengan menganjurkan program-program dengan rumah-rumah kebajikan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Melalui inisiatif sosial ini, mereka berharap dapat menyebarkan kesedaran tentang pemakanan sihat dalam komuniti.

Alfred Clouet adalah contoh usahawan yang berjaya membangunkan namanya di luar negara kelahirannya, Perancis, dan memberi sumbangan besar dalam industri makanan.

Kita semua boleh mengambil iktibar daripada kejayaan Alfred Clouet dengan menyemai usaha dan tekad tinggi dalam membangunkan perniagaan yang kita cintai.

-InfoRakyat 

Jumaat, 1 Mac 2024

Menggunakan rizab Bank Negara untuk membeli ringgit dedahkan serangan spekulator -Isham Jalil


 Tadi Lim Guan Eng bekas Menteri Kewangan berterima kasih kepada Menteri Kewangan 2 kerana kesediaan kerajaan untuk campurtangan dalam tukaran wang asing di pasaran antarabangsa untuk mengukuhkan ringgit. 

Ini bermakna menggunakan rizab Bank Negara yang kini sebanyak USD115 billion untuk beli ringgit di pasaran. Kerajaan juga akan mengarahkan syarikat berkenaan kerajaan untuk kukuhkan ringgit (i.e. dengan beli ringgit).

Saya ingin kata kepada Lim Guan Eng, dia mungkin tidak faham atau buat-buat lupa bagaimana serangan matawang berlaku. Langkah kerajaan membeli ringgit menggunakan rizab inilah punca permulaan serangan matawang berlaku. Inilah juga yang terjadi pada tahun 1997.

Apabila kamu umum kamu akan guna rizab USD Bank Negara untuk beli ringgit di pasaran antarabangsa, spekulator matawang akan beli ringgit dan ini akan kukuhkan ringgit sekejap untuk sementara waktu. Cara kukuhkan ringgit seperti ini adalah superficial atau cetek dan tidak merubah asas atau fundamental nilai ringgit malah ianya berbahaya.

Mereka (spekulator matawang) akan beli dan jual ringgit dan bermain dengan kamu sehingga satu masa mereka ada cukup ringgit untuk tunggu kamu beli dari mereka guna rizab USD kamu di Bank Negara. Apabila tiba masa itu mereka akan jual ringgit secara besar-besaran dan ringgit akan terhempas atau crash terus seperti tahun 1997 semula. Bila ini berlaku, bukan sahaja ringgit akan jadi hampas tetapi rizab Bank Negara juga akan hilang dan ekonomi Malaysia akan ranap. Pada ketika itu mungkin kita perlu minta sedekah kepada IMF atau World Bank untuk pulihkan ekonomi Malaysia.

Dulu sebelum krisis matawang 1997 semasa Anwar jadi Menteri Kewangan pertama kali pun Bank Negara telah gunakan rizab untuk bermain dengan ringgit sebelum ringgit terhempas oleh serangan spekulator. Kini bila Anwar jadi Menteri Kewangan kali kedua, kamu ingin buat perangai lama lagi. Jika krisis ekonomi berlaku lagi pasal ini jangan kata saya tidak beri amaran. Kukuhkanlah ringgit secara fundamental bukan secara superficial.

Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ada kuasa dan gunalah kuasa dan amanah itu sebaiknya. Jangan gadaikan dan memperjudikan nasib negara dan rakyat dengan kuasa ini. Fikirlah betul-betul dan dengan lebih mendalam.

ISHAM JALIL

29 Februari 2024

Ahad, 2 Oktober 2022

OPR berkemungkinan dinaikkan setinggi 3.50 peratus

 Bank Negara Malaysia (BNM) -NSTP/Hazreen Mohamad

Bank Negara Malaysia (BNM) -NSTP/Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: HSBC Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga 3.50 peratus memandangkan bank pusat itu terus mengetatkan dasar monetari.

Ia turut menjangkakan kenaikan 25 mata asas (bps) lagi akan diputuskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada November 2022 dan sekali gus menjadikan OPR sebanyak 2.75 peratus menjelang akhir 2022.

"Kami juga mengunjurkan tiga lagi kenaikan kadar pada separuh pertama 2023, setiap satunya sebanyak 25 mata asas, menjadikan OPR mencecah paras tertinggi dalam sejarahnya sebanyak 3.50 peratus," menurutnya.

Menerusi laporan penyelidikan Asian Economics Quarterly, HSBC Global Research menjelaskan BNM telah mencapai keadaan seimbang dalam penilaian ekonominya, dengan pandangan optimis mengenai kadar pemulihan namun mengambil pendekatan berhati-hati terhadap peningkatan inflasi.

Semasa akhir mesyuarat pada 8 September 2022, MPC BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus.

Ia kenaikan kadar ketiga berturut-turut BNM, menjadikan kenaikan OPR keseluruhan sebanyak 75 mata asas setakat tahun ini daripada paras terendah dalam sejarah sebanyak 1.75 peratus.

Mengenai ekonomi, ia menambah, enjin pertumbuhan domestik Malaysia semakin kukuh dan lebih berhasil, memandangkan ekonomi kembali normal dan pasaran buruh terus hampir mencapai guna tenaga penuh atau keseimbangan antara permintaan dan penawaran.

Walau bagaimanapun, HSBC Global Research mengingatkan bahawa apabila cabaran perdagangan mengancam dan dorongan domestik semakin reda, pada masa sama pemulihan domestik akan membawa kepada pertumbuhan pada 2022, ekonomi ini berkemungkinan menjadi sederhana menjelang 2023.

"Justeru, kami menyemak naik pertumbuhan Malaysia kepada 7.6 peratus (sebelum ini 6.6 peratus) bagi 2022 namun menyemak turun pertumbuhan 2023 kepada 4.0 peratus (sebelum ini 4.3 peratus).

"Walaupun inflasi Malaysia masih tidak buruk seperti di negara lain, momentum inflasi bagaimanapun mula meningkat," katanya.

-BERNAMA

Jumaat, 9 September 2022

Ekonomi:OPR naik lagi November ini?

 BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus yang juga  kenaikan ketiga berturut-turut bagi tahun ini. FOTO Arkib NSTP

BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus yang juga kenaikan ketiga berturut-turut bagi tahun ini. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: CGS-CIMB Research mengekalkan pandangannya mengenai kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) tahun ini pada November, sekali gus menyaksikan kadar faedah kekal pada 2.50 peratus.

Bagaimanapun, bagi 2023, firma pembrokeran itu mengunjurkan dua kenaikan 25 mata asas yang menjadikan OPR pada 3.00 peratus.

Pada masa sama, ia juga tidak menjangkakan keadaan global yang lebih baik pada masa akan datang berikutan faktor termasuk Amerika Syarikat (AS) yang berkemungkinan mencatat ekonomi lebih perlahan susulan pelaksanaan beberapa siri kenaikan kadar faedah.

Selain itu, krisis tenaga di Eropah dijangka menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) mengalami kemelesetan, manakala ketidaktentuan pasaran hartanah China pula hanya memaparkan sebahagian kecil daripada masalah sebenar.

Ini menjadikan dorongan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia akan bergantung sepenuhnya ke atas ekonomi domestik dengan pemangkin utama kekal terhad kepada pemulihan sektor pelancongan dan faktor yang boleh menaikkan permintaan," kata CGS-CIMB Research dalam nota tinjauannya hari ini.

Pada Khamis, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus yang juga kenaikan ketiga berturut-turut bagi tahun ini.

Bagi pengeksport, CGS-CIMB Research menyifatkan impak kelemahan ringgit adalah terhad berikutan kadar pertukaran efektif nominal – indeks wajaran perdagangan tukaan asing, memaparkan peningkatan kecil setakat tahun ini.

Peningkatan ketara dolar AS menyebabkan ringgit susut sejak minggu lepas walaupun pasaran sememangnya sudah menjangkakan kenaikan OPR.

Firma pembrokeran itu berpendapat bahawa perbandingan dolar AS/ringgit kekal dalam keadaan tidak menentu yang menyebabkannya menyemak semula unjuran pada akhir 2022 kepada 4.60 daripada 4.25, didorong terutamanya oleh faktor seperti jangkaan lebihan dagangan yang lemah susulan penurunan harga komoditi selain impak daripada perkembangan di China.

Sementara itu, Kenanga Research yang juga cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank, pula berpendapat bahawa BNM akan kekal dengan pendirian menaikkan kadar faedah yang seiring dengan aliran kadar global bagi menangani inflasi.

Berikutan itu, ia menjangkakan BNM akan menaikkan 25 mata asas lagi pada mesyuarat seterusnya MPC yang menjadikan OPR pada 2.75 peratus.

Menurutnya, kenaikan inflasi dan pemulihan yang berkekalan dalam permintaan domestik akan terus mempengaruhi serta mendorong sebarang keputusan dasar BNM.

"Kami kekal dengan unjuran bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar untuk suku ketiga 2022 pada 8.8 peratus, susut sedikit daripada 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini.

"Ini juga diunjur menyederhana secara ketara kepada 0.5 peratus dalam suku keempat, didorong oleh permintaan global yang lemah akibat sekatan pergerakan berterusan di China akibat Covid-19 dan kemungkinan berlakunya kemelesetan di zon euro dan AS," katanya.

Atas alasan itu, Kenanga berkata, BNM mungkin mengehadkan tindakan memperketat dasar monetari dan memberi andaian 50:50 terhadap kemungkinan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas lagi pada Januari tahun depan.

-myMetro 

Jumaat, 24 September 2021

Pendapatan pelaburan KWSP RM34.05 bilion

 

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat pendapatan pelaburan sebanyak RM34.05 bilion untuk separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2021 (1H2021), pertumbuhan sebanyak RM6.79 bilion atau 25 peratus daripada RM27.26 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku tahun kedua (S2 2021) adalah RM14.77 bilion, RM0.35 bilion lebih rendah berbanding 2020 dengan ekuiti sebagai penyumbang utama sebanyak RM7.89 bilion, merangkumi 53 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Instrumen Pendapatan Tetap terus menyumbang pendapatan yang stabil sebanyak RM5.28 bilion, atau 36 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan kasar pada S2 2021.

Hartanah dan Infrastruktur serta instrumen Pasaran Wang pula masing-masing mencatatkan pendapatan RM1.4 bilion dan RM0.2 bilion.

Setakat akhir Jun 2021, aset pelaburan KWSP adalah berjumlah RM989.14 bilion, yang mana 37 peratus daripadanya adalah pelaburan di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prestasi kukuh pada 1H 2021 dipacu oleh pemulihan progresif di pasaran ekuiti dan kebanyakan kelas-kelas aset yang lain, ketika pasaran global mengalami kebangkitan semula.

Amir Hamzah

“Pelaksanaan program vaksin Covid-19 yang sedang giat dijalankan, di samping pembukaan semula sektor ekonomi telah meningkatkan prestasi ekuiti di pasaran maju.

“Bagaimanapun, prestasi ekuiti di pasaran baharu muncul adalah lebih lembab berikutan peningkatan kes jangkitan di beberapa negara di Asia Tenggara disusuli kejatuhan harga saham ketara akibat tindakan China mengetatkan peraturan ke atas sesetengah sektor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Amir Hamzah, terdapat kebimbangan tentang keselamatan persaraan rakyat, terutamanya apabila 46 peratus ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun hanya mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan mereka.

“Pandemik telah mengakibatkan kejatuhan ketara dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36 peratus kepada 27 peratus susulan pengeluaran yang telah dibuat bagi menampung pendapatan semasa krisis Covid-19 ini.

“Ketika kita sedang pulih daripada krisis, fokus KWSP adalah untuk membantu ahli membina semula simpanan persaraan mereka. Kami akan fokus kepada Alokasi Aset Strategik dan peka terhadap perkembangan profil risiko pasaran agar penambahbaikan dapat dilakukan,” katanya. – K! ONLINE