"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Ikon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikon. Papar semua catatan

Ahad, 5 Januari 2025

JUTAWAN TABLIGH YANG “ LOW PROFILE ”

 JUTAWAN TABLIGH YANG “ LOW PROFILE ”

Bagi teman-teman yang berkecimpung dalam usaha Jema'ah Tabligh, umumnya pasti mengenali susuk tubuh lelaki yang digelarkan low profaile ini . Individu yang dimaksudkan ini ialah Tn Haji Zaid bin Abdullah ( Sura Malaysia)  iaitu Executive Deputy Chairman di syarikat Progressive Impact Corporation (PICORP) Berhad. 

Syarikat PICORP Berhad ini sebuah syarikat Bumiputera yang sangat berjaya dan telah disenaraikan di Bursa Saham Utama. Beroperasi di 3 buah negara ( Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi ) dengan kapasiti tenaga kerjanya berjumlah 511 orang. Keutungan kasar syarikat ini berdasarkan laporan tahunan ( Annual Report 2017 ) direkod pada tahun 2017 ialah berjumlah RM 83,876 juta.  Ianya merupakan satu jumlah sangat membanggakan bagi syarikat Bumiputera.

Nilai pasaran ( Market Capitalisation ) syarikat ini berjumlah RM 78.960 juta ( disemak pada 24/2/2019 ). Pegangan majoriti syarikat ini dimiliki oleh Tn Haji Zaid dimana beliau memegang pegangan sebanyak 54.38 % iaitu bernilai lebih RM 40 juta.

Berapakah pendapatan Tn Haji Zaid dalam setahun sebagai Executive Deputy Chairman ?

Tn Haji Zaid memperolehi gaji dan imbuhan sebanyak RM 1,960,699 juta setahun / RM 163 ribu sebulan seperti mana yang direkodkan dalam laporan tahunan ( Annual Report 2017 ). 

Menubuhkan Makmal Halal JAKIM

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang muslim sejati, Tn Haji Zaid juga telah memainkan peranan penting dengan membawa syarikat beliau berkecimpung dalam isu-isu halal. Melalui syarikat milik beliau ( ALS Technichem (M) Sdn Bhd ) yang telah berkerjasama dengan JAKIM untuk menubuhkan Makmal Halal. Tujuan penubuhan Makmal Halal ini adalah untuk menganalisis kesemua ramuan dan bahan mentah yang digunakan oleh pemohon sijil halal untuk dipastikan status kehalalannya. Untuk pengetahuan semua, makmal syarikat Tn Haji Zaid ini adalah sebuah makmal analisis yang mempunyai standard piawaian antarabangsa. 

Semoga jadi inspirasi kepada pembaca. Dunia sementara akhirat kekal selamanya.


Khamis, 16 Mei 2024

"Mesej Untuk Seorang Guru Dalam Filem Masam-Masam Manis."

 "Mesej Untuk Seorang Guru Dalam Filem Masam-Masam Manis."

Bagi peminat filem-filem klasik Melayu, pasti sudah biasa dengan filem Masam-Masam Manis (1965) lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Sharifah Hanim. 

Di sebalik kelucuan gelagat mereka berdua sebagai jiran yang saling bermusuhan tetapi rupanya di luar saling mencintai, terdapat banyak pengajaran yang kita perlu ambil dan aplikasikan dalam hidup.

Antara babak yang saya anggap orang ingat berkenaan Masam-Masam Manis ialah bila Cikgu Shaari (P. Ramlee) terlelap semasa mengajar pelajar di sekolah kerana keletihan dan tidak cukup tidur gara-gara menyanyi di kelab malam. 

Murid-muridnya semua mengulang ayat "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola." Tapi tak lama lepastu, Cikgu Shaari pun dibuai mimpi. "Cikgu sudah tidur, mari kita main!"

Babak ini menunjukkan bahawa manusia terpaksa menjalankan dua pekerjaan untuk menampung kehidupan di kota besar dan tidak hanya terhad pada zaman ini saja.

Tak salah untuk menambah gaji sedia ada dengan melakukan pekerjaan sampingan tetapi jangan sampai mengganggu tumpuan pada pekerjaan utama. 

Ini kerana jika pekerjaan sampingan tersebut mengganggu kesihatan kita dan menjejaskan produktiviti kerja kita, tidakkah itu secara tidak langsung menconteng arang kepada nama baik kita.

Bila mana kita bekerja, kena tahu bahagikan masa antara pekerjaan utama dengan pekerjaan sampingan selain menunjukkan teladan yang baik semasa di tempat kerja. 

Siapa tahu, ia sebenarnya membuka langkah kita lebih jauh lagi pada masa hadapan seperti mana yang berlaku pada Cikgu Shaari. 

Maka tidak hairanlah, selepas melihatnya terlelap, guru besar memanggil beliau ke pejabatnya dan memberi nasihat secara peribadi untuk beliau berhenti sebagai penyanyi kelab malam dan memberi fokus kepada kerjaya utama sebagai guru. 

Beliau dengar nasihat guru besar tersebut dan siapa sangka, beberapa tahun selepas itu, Shaari jadi guru besar di sekolah beliau mengajar.

Satu perkara menarik bila mana guru besar hendak menegur Cikgu Shaari tentang tingkah laku dan etika kerja beliau, beliau tidak melakukannya secara terbuka di khalayak iaitu di hadapan pelajar-pelajar atau guru-guru, sebaliknya dilakukan dalam pejabat beliau. 

Dan guru besar turut memilih perkataan-perkataan sesuai dan tona yang dipilih bersifat kebapaan bagi memperlihatkan teguran tersebut bersifat membina. 

Malah semasa menegur, guru besar turut mengakui bakat yang dimiliki Cikgu Shaari sebagai penyanyi.

Kualiti sebegini yang harus dimiliki seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi tak kira sama ada organisasi tersebut ialah syarikat multinasional (MNC) atau unit keluarga. 

Sebarang teguran yang dibuat hendaklah bersifat objektif dan sama sekali tidak menyentuh peribadi individu yang ditegur. 

Dan teguran pula dibuat secara peribadi atau tertutup demi menjaga maruah individu tersebut dan menunjukkan bahawa pihak pengurusan, majikan atau orang tua nakkan individu tersebut berusaha memperbaiki dirinya dan tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang. 

Orang yang suka menegur secara terbuka tanpa mengambil kira kesan pada individu tersebut atau pada orang lain dan suka menyentuh peribadi individu sebegini tidak layak berada di tampuk kepimpinan kerana tahu membuli dan tidak sensitif sama sekali dengan isu di tempat kerja.

Akhir kalam, kisah-kisah yang dipaparkan P. Ramlee terutama dalam Masam-Masam Manis, walaupun penuh dengan hilai tawa dan kelucuan, ia sebenarnya penuh dengan pelbagai mesej yang bersifat malar segar dan sesuai untuk sepanjang zaman. 

Maka tidak hairanlah mengapa beliau selayaknya digelar Seniman Negara kerana cerita-cerita sebegini amat dekat dengan hati masyarakat dan kita boleh meletakkan diri kita dalam setiap situasi yang ditunjukkan.

Saya akhiri dengan ucapan, Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang banyak berjasa kepada kita semua.

Oleh: Azizul Farhan

___

Sumber

Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara? 

Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan ke udara ketika PBAKL nanti!

Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/

Rabu, 5 Januari 2022

Tokoh: 4 kali terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Cikgu Noor Azlan kongsi rahsianya

Masakan tidak, APC itu bukanlah satu anugerah yang mudah untuk dimiliki melainkan mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan ketika bergelar cikgu.

Berkongsi dengan GPSBestari, Cikgu Noor Azlan yang kini merupakan Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media serta Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Abu Bakar, Baling, Kedah berkata, tiada sebarang rahsia yang dirinya pegang selama ini.

Cuma katanya, dia mengekalkan momentum semangat dan terus berusaha untuk memperbaiki diri serta membantu orang lain yang lebih memerlukan.

“Sebenarnya semua guru telah melakukan yang terbaik dalam kerjaya mereka. Mungkin masa dan peluang sahaja yang belum ada untuk mereka mendapat pengiktirafan,” ujarnya.

Terdahulu, Cikgu Noor Azlan telah dinobatkan sebagai penerima APC (kali pertama dan kedua) pada tahun 2009 dan 2013 di SMK Kudat, Sabah, kali ketiga pada 2016 di Sekolah Model Khas Baling, Kedah dan kali keempat di SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah.

Berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman menerima dua kali APC di SMK Kudat, menurut Cikgu Noor Azlan , pengiktirafan tersebut benar-benar mengejutkan.

“Saya tak pasti tentang kriteria yang dinilai tapi mungkin beberapa usaha dan penambahbaikan telah dilakukan terhadap sekolah berkenaan.

“Antaranya, ialah menaik taraf Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang dulunya dipandang sepi sehingga memperoleh lima bintang dan seterusnya berjaya mendapat anugerah Pusat Sumber Cemerlang Negeri Sabah.

“Selain itu, saya juga berjaya membawa seorang tokoh NILAM dari daerah pedalaman di Kudat ke peringkat kebangsaan.

“Dalam masa sama, saya menghasilkan inovasi Scholar Garden dan Projek Kau Buang Kami Kutip. Kemudian membangunkan PSS secara drastik berdasarkan pengalaman yang ada sebelum ini hingga tersenarai sebagai finalis Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat negeri Kedah,” katanya.

Sambungnya lagi, APC kali ketiga di Sekolah Model Khas Baling juga mungkin dinilai menerusi pembaharuan yang dilakukan olehnya.

“Saya menghasilkan dua inovasi iaitu Pembelajaran Sirah Melalui Terowong Masa dan inovasi Kad Kupon NILAM (KADKU).

“Inovasi Pembelajaran Sirah Melalui Terowong Masa telah meningkatkan minat pelajar terhadap PSS dan mata pelajaran Pendidikan Islam. Hasilnya 59 daripada 63 calon mendapat A dalam PT3 berbanding hanya empat pelajar sebelum itu. Manakala inovasi KADKU pula berjaya melahirkan Tokoh Nilam sekolah itu hingga menjadi johan peringkat negeri Kedah,” katanya yang telah mengambil Cuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) pada 2016 hingga 2018 selepas berkhidmat di sekolah ini.

Menurut Cikgu Noor Azlan, usaha keras yang dilakukannya di SMK Syed Abu Bakar hingga melayakkannya menerima APC kali keempat cukup menggembirakan dirinya.

“Usaha seperti membangunkan PSS ke arah konsep Islamik, menghasilkan inovasi Akademi Hafizul Al Quran (ALHAQ) iaitu satu-satunya program tahfiz di Pusat Sumber di Malaysia, menghasilkan inovasi ReMIND Mobile, studio Green Screen Pendidikan Islam pertama di Negeri Kedah dan sebagainya adalah antara yang dinilai.

“Alhamdullilah dan terima kasih banyak-banyak atas kerjasama dan sokongan daripada semua pihak sehingga APC kali keempat ini dalam gengaman saya,” tuturnya.

Peranan warga sekolah

Sementara itu, Cikgu Noor Azlan berkata, peranan warga sekolah sangat penting dalam penganugerahan seseorang guru.

“Kita diibaratkan seperti satu jasad yang saling memerlukan antara satu sama lain.

“Sokongan pihak pengurusan dan pentadbir, rakan setugas, seluruh staf sekolah termasuk keselamatan dan pembersihan, para ibu bapa serta seluruh pelajar adalah amat diperlukan dalam membangunkan sesebuah sekolah

“Guru tidak akan mampu bergerak seorang diri tanpa sokongan daripada semua pihak. Saya amat bersyukur kerana dikurnikan pihak pentadbiran serta rakan setugas serta seluruh warga sekolah yang sangat bersikap saling membantu antara satu sama lain tanpa ada perasaan dengki dan iri hati malahan saling memberikan sokongan dan semangat,” ujarnya.

Akhir sekali, cikgu ini sempat menitipkan sedikit nasihat kepada semua guru-guru di luar sana yang mungkin mengimpikan APC sebelum berakhirnya kerjaya sebagai pendidik.

“Sebenarnya sebagai guru kita tidak mengimpikan penghargaan daripada sesiapa tetapi dari segi psikologinya, penghargaan akan memberikan impak yang sangat baik terhadap penerimanya.

“Saya sendiri tidak pernah mengejar APC tetapi apabila memperoleh sesuatu penghargaan pastilah kita menghargainya malahan akan mencuba untuk memberikan yang terbaik selepas ini.

“Apa-apa pun kita semua perlu ingat, kita bekerja kerana ALLAH dan tanggungjawab. Apa yang dapat dan tidak dapat jangan kita terlalu persoalkan kerana kita perlu yakin segala rezeki itu milik ALLAH dan Dia berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

 Insya-ALLAH saya optimis semua guru di Malaysia adalah sangat cemerlang cuma menunggu masa dan ruang untuk mendapat penghargaan. Marilah kita memberikan yang terbaik dalam hidup kerana kita yakin ALLAH sentiasa memberikan yang terbaik lebih daripada apa yang kita impikan seperti APC. ALLAH memberikan kita kesihatan, keselamatan, ketenangan dan seronok bekerja itulah ‘APC’ yang paling mujarab sebenarnya,” jelasnya.

PROFIL

Nama: Mohammad Noor Azlan Idris

Asal : Kg Becah Sawa , Mukim Siong, Baling, Kedah

Tahap Pendidikan:

  • SK Siong, Kedah
  • SMA Yayasan Al Khairiah, Kupang, Kedah
  • Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Kelantan
  • Diploma Pendidikan IPG Keningau, Sabah
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Al Azhar (Hadis)
  • Master of Education (Islamic Specialization), Universiti Utara Malaysia

Penglibatan

  • Jurulatih Utama Mimbar Daie Kebangsaan
  • Jurulatih Utama Pendidikan Islam Negeri Kedah
  • Ketua Hakim Mimbar Daie Negeri Kedah
  • Penulis Skrip Pendidikan ASTRO
  • Panelis SPM Ntv7 Didik TV
  • Tik Tokker Pendidikan & YouTuber Pendidikan
  • Ketua Hakim Pemilihan Tokoh Nilam Daerah
  • Jurulatih Nilam Kebangsaan
  • Fasilitator GPM Baling/ Fasilitator GPM Kudat
  • Fasilitator GPM Kedah
  • Hakim NILAM Negeri Kedah
  • Jurulatih NILAM Negeri Kedah

Anugerah dan pencapaian

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009, 2013, 2015 dan 2020
  • Anugerah Guru Inovatif Sekolah Menengah Daerah Baling 2021 (Inovasi Akademi Hafizul AL Quran PSS)
  • Finalis Guru Inovatif Peringkat Negeri Kedah 2021
  • Anugerah Senarai 3 Teratas Ikon Guru Teknologi Pendidikan 2021
  • Anugerah PdPR Terbaik Daerah Baling 2020
  • Senarai 3 Teratas Ikon GPM Negeri Kedah 2020
  • Anugerah IFLA 3.0 Johor Bharu 2019
  • Anugerah Guru Inovatif PPD Baling / Sik 2016 (Inovasi Terowong Masa PSS)
  • Johan PSS Cemerlang Negeri Sabah 2013
  • Johan PSS Kudat 2010, 2011, 2012 dan 2013
  • Johan Pidato Guru MTQ Negeri Sabah
  • Anugerah iqPSS 5 Bintang 2013 dan 2014

Nama sekolah terkini: SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah

Jawatan: Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media serta Guru Pendidikan Islam

Nama isteri: Masitoh Zakaria

Nama anak:

  • Irfan Amzar
  • Irdeena Sofeya
  • Iqramiey Amzar
  • Ieysha Sofeya
  • Ieynas Sofeya
  • Ieylmi Sofeya
  • Ieymani Sofeya

Individu yang banyak memberi inspirasi dan sokongan

  • Mantan pengetua, Teh Seng Chai
  • Pengetua Sekolah Model Khas Baling, Mohd Yusop Taib
  • Mantan pengetua SMK Syed Abu Bakar, Mohd Noor Saad
  • Pengetua SMK Syed Abu Bakar, Mohamad Razis Mat Din
  • Ayah, ibu, isteri, anak-anak dan keluarga
  • Dua adiwira yang sentiasa membantu, Cikgu Norhailmi dan Ustaz Asrul Nizam
-GPS Bestari Sinar Harian