"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label PRN N.Sembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRN N.Sembilan. Papar semua catatan

Selasa, 14 Julai 2026

PRN N.SEMBILAN:TUJUH KERUSI UMNO DI NS DIRAMAL MUDAH TUMBANG JIKA TOLAK KERJASAMA DENGAN PAS

 


Di sebalik kenyataan Presiden PAS, Haji Hadi Awang semalam bahawa parti itu sedang berunding mengenai pembahagian kerusi dengan BN serta sedia memberi laluan kepada UMNO mengisi jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan dalam persaingan kuasa pada PRN 1 Ogos depan, semuanya masih belum ada kata putus lagi.

Ini berikutan respon Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang agak suam-suam kuku tehadap kenyataan Haji Hadi itu.
Kata beliau, apa yang berlaku antara PAS dan UMNO hanya merupakan persefahaman yang belum dimuktamadkan.
Timbalan Perdana Menteri itu juga bersikap sinis tentang hasrat PAS itu dengan menyifatkannya tidak perlu dipandang serius kerana ia boleh berubah mengikut kesesuaian politik semasa.
“Tidak semuanya harus diterima sebagai satu kenyataan yang tepat kerana kita tidak ada sebarang perjanjian dengan PAS.
“Cuma kalau ada perbincangan pun sekadar understanding atau persefahaman dan kita tidak memuktamadkan sebarang perbincangan itu,” katanya.
Pun begitu, secara realitinya kesediaan PAS untuk bekerjasama dan memberi laluan kepada UMNO mengisi jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan adalah rezeki bergolek yang rugi besar jika BN menolaknya.
Ini kerana, meskipun BN baru saja menang cemerlang di Johor, tetapi ia bukan jaminan akan berulang di Negeri Sembilan.
Ini kerana, suasana di Johor dan Negeri Sembilan begitu jauh berbeza.
Di Johor. BN sebelum ini sudah pun menguasai pentadbiran negeri itu dengan kejayaan menang 40 kerusi DUN pada PRN 2022 yang lalu.
Dengan itu, apabila BN menang 48 kerusi pada PRN baru-baru ini, kemenangan itu diperolehi berasaskan tapak kemenangan yang sudah sedia kukuh ada dalam genggaman.
Tetapi berbeza dengan Negeri Sembilan, BN pada PRN 2023 hanya memenangi 14 kerusi berbanding PH yang menang 17 kerusi.
Kerajaan Negeri Sembilan sejak 2023 adalah kerajaan hibrid melibatkan PH dan BN.
Lima kerusi selebihnya di Negeri Sembilan dipegang oleh PN.
Ini bermakna, dalam PRN Negeri Sembilan mendatang ini, BN bukan menerajui kuasa di peringkat negeri, malah telah melepaskan semua jawatan Exco Kerajaan Negeri susulan tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun sebelum ini.
Ia berbeza dengan BN Johor yang masuk bertanding sebagai kerajaan bertahan, berbeza dengan BN Negeri Sembilan yang cuba melakukan pengambil-alihan.
Lebih daripada itu, daripada 14 kerusi DUN yang dimenangi UMNO pada PRN 2022 lalu, tujuh daripadanya hanya dimenangi dengan undi tipis bawah 1000 undi.
Kerusi-kerusi DUN tersebut ialah Sungai Lui (majoriti 535 undi), Palong (majoriti 554 undi), Jeram Padang (majoriti 693 undi), Lenggeng (majoriti 685 undi), Senaling majoriti 662 undi), Kota (majoriti 135 undi) dan Juasseh (majoriti 78 undi).
Disebabkan pada PRN 2022 lalu, BN berganding dengan PH, ia bermakna kemenangan tipis semua tujuh kerusi itu ialah dengan mengalahkan PN.
Oleh itu, bayangkan jika pada PRN kali ini di mana BN tidak lagi bersama PH dan terpaksa pula berdepan pertandingan tiga penjuru - BN, PH dan PH - masih bolehkah tujuh kerusi itu dipertahankan?
Melalui pertandingan tiga penjuru juga, bukan saja tujuh kerusi yang dimenangi tipis itu tidak lagi selamat buat BN, bahkan semua kerusi yang mereka tandingi nanti, termasuk yang ditandingi MCA dan MIC turut tidak lagi selamat.
Selain kehilangan sokongan PH, ancaman terbesar kepada BN dalam PRN Negeri Sembilan kali ini kedua-duanya kerajaan pusat dan kerajaan negeri dipegang oleh PH.
Apakah BN ingat PH akan senang-senang mahu membiarkan kerajaan negeri yang sedang dipegangnya terlepas?
Apakah tidak mungkin kali ini Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan turun setiap hari untuk berkempen?
Ringkas cerita, untuk PRN Negeri Sembilan 1 Ogos ini, BN hanya boleh selamat jika sedia bersama dan bekerjasama dengan PN, khususnya PAS.
Melalui kerjasama dengan PAS, selain BN mudah mempertahankan 14 kerusi sedia ada, mereka juga ada potensi menang di kerusi-kerusi yang sekarang dipegang DAP, PKR dan Amanah.
Menolak bekerjasama dengan PAS sebagaimana telah ditawarkan oleh Haji Hadi, bukan saja BN menolak rezeki bergolek untuk mengambil alih kerajaan negeri, bahkan berpotensi memberi laluan mudah untuk PH kekal lagi berkuasa di Negeri Sembilan. - ShahbudinHusin 14Julai2026.