"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Veteran Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Veteran Polis. Papar semua catatan

Selasa, 16 Januari 2024

Kisah Atok Dengan India Tukang Gunting....

Atok dari kecil jika gunting rambut hanya di satu kedai...Kedai Gunting India di pekan Rembau berhadapan dengan pasar...kalau nak gunting abah akan bawak ke sana....charge 50 sen untuk kanak2 dan seringgit untuk dewasa...

Abah punya perangai pulak...kalau dia hantar atok bergunting, dia akan tinggalkan atok di situ dan tunggu giliran...dia pun pergi entah kemana, ada je halnya dia tu.

Kita pun tunggulah...lambat ķe cepat ke dia datang kita kena tunggu...biasanya lambatlah dia sampai. Atok pun main2lah kt koridor kedai India tu...

Kami bergunting kt kedai tu tak pernah bayar cash...abah ada bukak buķu tiga lima...lepas gunting kita jalan je, çukup bulan abah datang bayar.

Pada tahun 1959 atok bersekolah di Undang Rembau English School (URES) kelas SMC1 sampai SMC2. Semasa bersekolah di URES abah tak perlu lagi hantar atok bergùnting di kedai India tu...atok boleh gunting bila2 masa, ĺepas gunting jalan je, tak payah bayar...India tu pun memang dah familiar dengan atok...

Kisah berlaku pada 16 Mei 1960...mudah ingat tarikh tu sebab ia tarikh lahir atok ke 12. Pada pagi tu abah bawak atok ke Pejabat Pendaftaran Rembau nak buat Kad Pengenalan (orang dulu2 panggil buat paspot).

Pagi kami sampai...borang dah isi, gambar dah ada, surat beranak ada...abah bagi borang kt kaunter dan suruh atok tunggu. Abah macam biasa...bila dah hantar atok dia pun hilang tak tau pergi mana...mungkin ini cara abah untuk tidak manjakan anaknya...

Atok pulak pada masa tu baru kehilangan emak...emak meninggal pada Jan  1960. Bila emak tak ada, atok kena biasakan diri buat urusan sèndiri, hadapi cabaran sendiri, susah senang kena tanggung sendiri. Emak dah tak ada, abah selalu sibuk, dia ada 11 anak, macam2 dia nak buat...Atok ada 2 orang abang dan seorang kakak...tapi mereka semua budak pandai, bèlajar di Kolej dan duduk di asrama, abang sulung di MCKK, kedua dia FMC dan kakak di MGC...atok takde pilihan, apa2 pun kena buat sendiri. Di rumah macam2 atok kena buat, bukan lagi budak manja....

Balik kepada cerita buat IC...tak berapa lama menunggu, nama atok pun dipanggil....atoķ pun datang, sua muka  kt lubang kaunter tempat kerani duduk...

Dia tanya...abah mana

Atok ìngat dia kenal abah atok...sape tak kenal cikgu Lias.

Atok jawab...dia dah keluar tak tau pergi mana....

Dia tanya lagi...ada duit 50 sen.

Tak ada...

Abis nak buat paspot macamana setem tak ada...pergi cari abah, bawak duit 50 sen nak beli setem....

Ah sudah...mana pulak nak cari abah, bukan aku tau mana dia pergi. Atok tunggu je lah...

Tunggu punya tunggu abah tak juga datang2...kaunter tu dah tanya 2-3 kali mana abah....Atok mula panik. Ni kita nak buat paspot...setem tak ada , abah tah kemana...

Apa akal...atok kena guna initiatif....

Atok berlari pergi kedai India tukang gunting, kira2 1 km jauhnya. Hanya dia di pekan Rembau yang atok kenal...atok pun bagi tau nak pinjam 50 sen, nanti abah bayar...

India tu pulak...mana dia senang2 nak bagi duit kt orang kt budak pulak tu,  Dia tak apikkan permintaan atok...dia cakap2  sesama dia sambil gelak2 kan atok. Dua tiga kali atok mintak, dia masih tak bagi...perasaan atok bercampur baur...marah ada, panik ada, sedih ada...baru ku tau betapa susahnya hidup ini...nak cari 50 sen puñ susah...

Atok terus buat muka sedih...memang sedih pun. Air mata mula bergenang...melihat keadaan itu...si India cepat2 seluk laci dan bagi atok duit 50 sen...

Atok terus berlari semula ke Pejabat Pendaftaran...bagi duit...urusan atok pun beres. Lega....

Tak lama abah pun sampai...atok cerita apa berlaku. Dia nampak kesal apa berlaku pada atok...tapi di masa sama dia mungkin menaruh rasa bangga terhadap atok...pandai berfikir, pandai berusaha dan tau berdikari...

Ye abah...Iman pun sangat bangga punyai seorang abah macam abah. Abah telah melatih Iman dari kecil lagi untuk berdikari...membuat Iman lebih matang, lebih cerdas pemikiran, dan lebih pandai mencari penyelesaian apa jua masalah yang Iman lalui...

Tq abah...Alfatihah buat abah, beliau meninggal 1993 masa tu dah jadi TimbalanOCPDKuala Selangor.  Atok tau abah bangga melihat atok menjadi Pegawai Polis, atok satu2nya dalam keluarga jadi PegawaiPolis. ..

Gambar tahun 1959, setahun sebelum kejadian...nampak je hensem tu, tapi nakal.

Kalau tak salah kedai gunting itu sekarang diusahakan oleh seorang lelaki Cina di kenali sebagai P Ramlee...dia selalu tular di alam maya kerana pandai menyanyi lagu P Ramlee.

Nukilan Zahriman Alias

Isnin, 8 Januari 2024

Part 2:Kisah atok terjebak masuk kerja Polis....

 Sambungan....

Kisah atok terjebak masuk kerja Polis....

Latihan bermula keesokan pagi...kami dilatih, diasah, dibentuk untuk menjadi pegawai yang berilmu, berdisiplin dan berintegriti...disiplin mengikut spec orang putih. Makan pun ada disiplin...cara atur sudu, cara pegang sudu garpu, cara makan, cara cedok sup semua diajar secara detail...

Selama 3 bulan kami diganyang dari lepas subuh sampai ke malam ....schedule sentiasa padat tak ada ruang kosoñg...maklum mereka hendak menyediakan kami daĺam tempoh paling singkat  iaitu 3 buĺan berbanding kebìasaan latihan asas mengambiĺ masa 1 tahun. Disebab tekanàn yang kuat ada jugak pelatih yang kecundang di setenģah jaĺan dan dihantar pulang...kegagalan macam ni dalam latihan Polis dipanggil UBE, bermaksud Unlikely to Be Efficient. Atok Alhamdulillah dapat mengikuti semua latihan dengan sempurna. Keputusan peperiksaan Undang2 atok pun agak baik...terima kasih juga kepada ITM sebab atok pernah didedahkan kepada mata peĺajaran Undang2 masa belajar di sana dulu, oleh demikian lebih mudah atok menyerap pelajaran Undang2 dalam Polis....

Masa berkursus kami para pelatih hampir tak sempat nak berinteraksi sesama sendiri sebab jadual terlalu padat....terutama bagi atok yang duduk di berek kayu, hampìr tak kenal dengan pelatih2 yang duduk di bangunan utama...

Semasa latihan macam2 peristiwa menjadi kenangan. Pertama kawad macam kartun...betul macam kartun. Ada setengah pelatih bila kawad, kaki dan tangannya sama2 maju kedepan. Kalau berjalan dia elok, bila berkawad dia jadi kartun...Masa latihan menembak ada pulak pelatih yang tak boleh kenyit mata sebelah... Macamana nak menembak rifle kalau dua2 mata terbuka...lama2 cikgu suruh dia bukak baju balut matanya sebelah baru boleh menembak.

Di akhir latihan ada pelatih dinobat juara kawad, ada juara menembak dan ada pelatih terbaik Undang2 dan ada Peĺatih Terbaik keseluruhan.  Yang paling atok ingat ialah best student Undang2 iaitu kawan baik atok nama Kamaruddin Hashim @ Kenny. Korang kena ingat nama ni baik2...kelak  atok akan buat banyak cerita mengenai dia...dia atok anggap sebagai wira tak didendang paling ulung dalam sejarah PDRM, terlalu banyak jasanya kepada bangsa dan negara....tunggu...

Tamat latihan para pelatih diserap kepada tiga cawangan...atok perhatikan cara Bukit Aman buat penentuan siapa tukar kemana adalah saperti berikut...lebih kurang 80 pelatih yang punya kelulusan akademik terbaik diserap ke SB, 30 orang yang terbaik keputusan Undang2 ditukar ke Tugas Am sebagai Pegawai Penyiasat, dan selebihnya masuk Field Force atàu  Pasukan Polis Hutan...

Atok diserap ķe SB...dan kami seramai  80 orang diperlukan kekal selama 2 minggu lagi di Maktab untuk menyambung kursus peralihan Cawangan Khas. 

Yang bertukar ke Tugas Am terus dihantar ke Daerah2 sebagai IO, diantaranya termasuk kawan atok Kamaruddin @ Kenny...dan mereka yang diserap ke Field Force dihantar ke Ulu Kinta untuk menjalani kursus peralihan di Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan...

Semasa atok  menjalani Kursus Cawangan Khas, jadual pun sangat padat...selama 2 minggu setiap hari terpaksa mendengar ceramah demi ceramah dari pagi sampai jauh malam...tersangatlah boring, sebab kebanyakan apa yang mereka sampaikan atok belum faham dan tak dapat tangkap kandungan dan tujuannya...Cawangan Khas adalah terlalu asing bagi atok.

Dan semasa kami menjalani kursus Cawangan Khas itu, satu group baru masuk untuk memulakan latihan di Maktab....Mereka adalah terdiri daripada pegawai2 Kadet ASP dan dua orang PI perempuan. Yang group Kadet ASP tu termasuklah mantan IGP Tan Sri Rahim Nor....

Ada satu peristiwa yang atok ingat mengenai mereka...First day mereka lapor diri, pakai baju preman lagi, rambut semua panjang ada yang macam rambut Beatles...petang tu mereka masuk ke Mes untuk minum. Atok ni bila jumpa mereka cubalah act friendly, sapa mereka...adalah atok joke sikit dengan mereka, kata...hey, have a last good look at your hair, they will be gone in a moment....bila atok cakap macam tu,  ada sorang dari mereka yang datang jegih kt atok....Alamak, mentang2 kau dapat Kadet aku ni dapat PI...hari pertama, belum  apa2 pun lagi dah tunjuk bossy kt orang bawahan....piirah, atok fikir, malas aku nak layan orang macam tu...

Tamat latihan SB atok diarah lapor diri ke Bukit Aman pada 25 Sep1969 bersama 16 orang pegawai lain...maka bermulalah kareer atok sebagai pegawai Cawangan Khas selama 21 tahun di Bukit Aman....

Sekian.

Coretan oleh Zahriman Alias

Part 1:Kisah atok terjebak masuk kerja polis ....mula2 tak minat lepas tu syok pulak.

 Kisah atok terjebak masuk kerja polis ....mula2 tak minat lepas tu syok pulak.

Atok berkhidmat dalam PDRM 31 tahun...masuk 1969 bersara tahun 2000. Bersara awal semasa atok umur 52 tahun... Dalam tempoh tersebut atok berkhidmat dalam berbagai cawangan,  paling lama dalam Cawangan Khas (SB) 21 tahun, Jenayah Berat 2 tahun dan Tugas Am 8 tahun. Dalam tempoh itu juga atok meĺalui berbagai pengalaman ...yang merbahaya, yang mencemaskan, ýang sulit, yàng geli hati, yang seronok semua ada...tugas dalam SB yang paling banyak cabaran.  Mula2 atok terlibat menyiasat kegiatan sabversif Komunis dalam Communist United Front bilamana kader2 Komunis menyusup masuk dalam pertubuhan2 pelajar dan belia lalu menjalankan dakyah mereka. Atok juga pernah terlibat menyiasat kegiatan pegawai2 perisik asing ( foreign spy) dari negara luar yang datang ke tempat kita cuba menembusi badan2 Kerajaan termasuk Polis dan tentera, Kementerian, badan politik dan sebagainya .....

Tapi sebelum atok pergi kepada cerita hal dalaman tu...biarlah atok mula dengan cerita  bagaimana atok mula2 terjebak dengan kerja Polis...walhal pada mulanya atok langsung tak minat nak jadi Polis....

Kisahnya begini... dulu selepas Senior Cambridge tahun 1966 atok belajar di ITM tahun 1967, nasa tu dipanggil Mara College.  Kursus yang atok ambil ialah external course berpusat di England...nama Kursus Institute of Credit Management (ICM). Atok pilih kursus pun pakai rawak je, bukan ada sape2 kt kampung masa tu nak nasihat atok tentang jenis2 kursus yang baik. Jadi atok main agak2 jelah...

Sebenarnya atok dah salah pilih kursus...ICM adalah kursus baru yang diperkenaĺ oleh ITM. Untuk kali pertama mereka ambil 8 orang sebagai percubaan termasuklah atok. Kursus tu susah nak lulus rupanya...semester pertama kami 8 orang amik periksa, ke semua lapan2 gagal. Ambil lagi peperiksaan yang sama di semesta keduà.. sekali lagi kesemùa lapan2 gagal. Kursus external ni tak boler refer, semua ķena repeat...satu sabjek gagal, kesemua paper kena repeat ...

Tahun berikutnya, kami ambil lagi periksa kali ketiga...masih gagal, tak seorang pun lulus. Malahan intake baru yang ITM ambil pada tahun 1968 pùn seratus peratus gagal.....

 Kemudian barulah Mara College sedar kursus itu tidak sesuai bagi penuntut yang fresh dari sekolah...ia adalah kursus post graduate, tak sesuai untuk pelajar fresh from school....seterusnya Mara College telah batalkan kursus tersebut, dan peserta2  ditawar untuk ambil kuŕsus lain...

Bagi atok ia amat mengeciwakan...atok bosan, atok dah membazir masa hampir 2 tahun di ITM....hati mula memberontak. Perasaan malas, perasaan serik untuk sambung belajar timbul. Kawan2 yang ambil kursus lain dah nak graduate...atok abok pun tak ada...Mulalah berusaha cari kerja....

Berbèkalkan keputusan Senior Cambridge atok yang agak baik, mata pelajaran semua dapat credit, atok mohon kerja...tulis surat sana sini mintak kerja. Nampak je iklan kerja kosong atok pun mintak.  Tak kira apa jawatan...kerani, accounts clerk, store keeper...tak kisah semua mintak. Malangnya satu pun tak berjaya...panggil temuduga pun tak.

Dalam pada tu, seorang kawan atok di ITM nama Azme, dia pun sibuk cari kerja...dia hulur borang untuk jadi Pegawai TLDM...tapi atok tak minat. Langsung tak minat jadi tentera atau nak pegang senjata ....dia pun ada bagi atok borang masuk Polis, tapi atok pun tak minat...

Dah beberapa hari borang polis tu duduķ kt meja atok..tiba2 atok ambil pen,  isi borang tu...isi main2 bukan minat pun nak jadi Polis. Lepas isi atok pun poskan...saja main2 hantar tengok macam mana...

Tak lama atok terima jawapañ dari Bukit Aman suruh atok lapor ke Polis Depot Jalan Gurney pada 13 Mei 1969 untuk temuduga jawatan Inspekter Percubaan...atok cakap, buat apalah korang panggil aku temuduga, aku bukan minat jadi Polis....

Kesudahan atok tak pergi temuduga...

Nasib baik atok tak pergi, kalau pergi tak tau apa terjadi pada atok...bukankah tarikh 13 Mei tu hari kejadian rusuhan besar2an di Kuala Lumpur juga seluruh negara....

Ye hari yang sepatutnya atok pergi temuduga tu telah berlaku rusuhan perkauman 13 Mei. Atok masa tù berada di Kampus ITM Seksyen 17 Petaling Jaya...malam tu kecoh di kalangan students kata ada pergaduhan kaum berlaku di Kuala Lumpur.  Atok nampak ada kawan2 yang naik bas ITM ramai2 pergì Kuala Lumpur untuk menyertai pergaduhan...tapi atok tak mau terlibat. Atok dan kawan2 standby je di Maktab...dari jauh kami nampak jelas kesan2 rusuhan. Asap berkepul2 naik dari arah K Lumpur,  Bangsar, Kg Kerinchi, Jalan Kelang Lama dan merata tempat...namun kami di ITM tenang, tak ada apa2 buruk berlaku...

Keesokan harinya ada seruan untuk derma darah dari Hospital University...hospital memerlukan darah sebab terlalu banyak orang cedera akibat rusuhan...budak2 ITM berbas2 pergi derma darah. Atok tidak ketinggalan ikut serta...itu kali pertama atok derma darah.

Selepas meletus rusuhan  Perintah Berkurung dikenakan...tak dibenar langsung kelùar rumah. Polis dan tentera sentiasa berkawal dan meronda...kalau ada yang cuba melanggar perintah berkurung mereka ditembak tanpa soal jawab. Malah kalau duduk kt varendah rumah pun boleh kena tembak...ketat sungguh kawalannya. 

Namun bagi kami yang duduk di ITM relak jè, kelas semua dibatalkan...kami duduklah di asrama, makan tidur...

Selepas 3 hari, perintah berkurung dilonggarkan...orang ramai dibenar keluar siang hari untuk membeli keperluan. Malam tetap curfew....Hari ke4 tiba2 arwah abah  muncul di asrama tempat atok tinggal..

Iman jom balik ikut abah, katanya...ada Polis datang ke rumah cari kau....

Terkejut atok bila dia kata ada Polis datang cari atok....

Rupanya Polis tu datang nak bagi tau suruh atok pergi temuduga Inspektor Percubaan  di Seremban...abah pun suka kalau atok masuk Polis, belum ada sesiapa dalam keluarga kami yañg kerja Polis...dia pun desak atok balik...

Atok pun akurlah...atok ikut abah, besoknya abah hantar atok pergi IPK Seremban untuk temuduga...

Tiba di IPK atok melalui ujian2 yang diwajibkan...ukur tinggi, berat, dada, cek mata, tangan, jari, siku, kemudian suruh kita berjalan nak tengok pengkar ke tak. Mereka tak nak orang mata rabun, juling, buta warna dan sebagainya...atok nyaris je gagal...Polis tu kata siku atok meleding sikit, dan dia tulis  komen kt dalam borang"siku lembut"....nasib baikĺah pegawai dia kata ok boleh lulus.

Lepas pemeriksaan fisikal...yang gagal disuruh balik. Atok lulus terus masuk dalam bilik untuk temuduga...takde berlengah. Dalam bilik tu ada tiga orang yang temuduga atok...tengok pangkat dia paku berbutir2, ada keŕis bersilang2...mereka nampak hebat. Itulah pertama kali atok tengok Pegawai Polis dari dekat pangkat besar2.  Kagum atok...barulah betul2 atok ada minat nak jadi Pegawai Polis macam mereka....berkobar2 lah pulak. Bos yang ambil temuduga tu nama Mohammad ...orang panggil Mat Kwantong. Dia baik, lembut tak cerkah² orang....dia belek atok punya sijil Senior Cambridge , dia pandang atok, angguk2. Langsung tak tanya bañyak...hanya tanya latar belakang atok, kampung mana, emak, ayah, adik beradik, sekarang buat apa, belajar kt mana...itu je. Dia pun suruh keluar....

Sampai diluar, ada sorang pegawai tiga paku bagi tau...awak lulus. Sekarang naik bangunan ni tingkat atas buat vetting....aaaitt...senangnya dapat kerja Inspektor Polis....macam tak percaya je.

Masa vetting tak ada halangan, semua clear....Lepas tu diorang bagi atok borang dan suruh datang pulak ke Hospital Seremban keesokan hari untuk ujian medical. Diorang kata...kalau awak lulus medical, bermakna awak telah berjaya dalam pemilihan...dan tunggu surat tawaran, dijangka sebelum cukup bulan Mei akan dapat surat....huuih mudahnya.

Keesokannya abah hantar lagi atok pergi medical check up...Alhamdulillah semua lulus. Tapi atok tengok bilangan yang datang buat medical check up adalah lebih ramai dari yang buat interview semalam. Rupanya dalam kumpulan tu adalah termasuk calon2 yang telah ditemuduga di Polis Depot pada 13 Mei. Dalam ramai2 atok tengok ada sorang yang tangan kirinya berbalut simen. Dia kata, dia temuduga di Depot, lepas temuduga dia pergi jalan2 ke kawasan Chow Kit...dan di sana dia telah terperangkap dalam pergaduhan kaum. Tangannya kena tetak, tulang hampir putus...Disebabkan kecederaannya itu, dia gagal ujian medical...kesian dia.

Atok ĺulus medical...lega. Apa lagi takkan nak tunggu kt ITM...atok terus pergi ITM,  amik semua barang bawak balik kampung...tanpa notis, tanpa bagi tau maktab atok berhenti dari ITM. 

Di rumah hati berdebar2 menunggu surat tawaran...katanya sebelum hujung bulan akan dapat. Atok tunggu punya tunggu...surat tak jugak tiba2....bulan dah masuk Jun, masih jugak menunggu...atok makin tak sabar. Atok pergi ke pekan Chengkau cari telephone booth nak call Bukit Aman....

Atok standby duit syiling lebih2 sikit dan calĺ Bukit Aman ....atok tak tahu nk contact sape, cakap jelah kt operator tu atok nk tanya pasal permohonan masuk Inspekter...operator sambung ke bahagian berkenaan, dan sorang  budak perempuan yg jawab ringkas je... tunggu tunggu tunggu...nanti surat sampai. Agakñya dia sibuk sangat tak sempat nak layan atok...

Seĺang beberapa hari atok terima surat tawaran berserta warrant ticket naik keretapi pergi Kuala Kubu Bharu. Hati gembira bukan kepaĺang...sah sudah nak jadi pegawai polis...

16 Jun atok pikul beg, naik train dari Rembau...itu kali kedua pengaĺaman  naik train seumur hidup. Kali pertama masa kecil ikut abah pergi Singapore. Tiba di KKB baru perasan ada ramai rupanya yang sama naik train dengan atok nak pergi KKB,  dan masa tiba di stesèn keretapi sebuah lori Polis sudah sedìa menunggu kami...

Tiba di Maktab rupanya atok last batch yang sampai...budak2 lain dah tiba dulu dan mereka memenuhi semua bilik kamar di bangunan utama Maktab.  Yang tinggal hanya berek kayu sebelah bawah dekat transport yard...alamak, orang ĺain dapat duduk bilik macam pegawai...atok dapat duduk berek kayù macam mata2. Ia merupakan dormitory panjang dèngan katil berderet macam hospital. 

Perkara pertama kami diajar menyediakan tempat tidur,  pasang cadar dan keĺambu. Mesti kemas to perfection.  Kami diberi kasut boot, kepaĺanya berbiji macam kulit cempedak dan disuruh kilatkan sampai memancar macam cermin. Kerja tu bukan mudah...terpaksa tonyoh berjam2 nak bagi kilat sampai keras kematu jari telunjuk atok.

Bilangan pelatih yang lapòr diri 252 orang...itu merupakan rekod paling ramai PDRM mengambil pelatih baru pada satu2 masa. Kumpulan kami juga mencatat rekod  sebagai kumpulan pertama tak perlu masuk Depot, tapi terus pergi Maktab. Selain itu kami mencatat rekod latihan terpendek hanya 3 bulan berbanding sebelumnya memakan masa 1 tahun...

Latihan bermula keesokan pagi.....

Bersambung....

Nukilan Zahriman Alias