"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Ibubapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibubapa. Papar semua catatan

Rabu, 17 Julai 2024

Apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung' - Bapa suspek pembunuhan Nur Farah Kartini

 SUSPEK ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam. FOTO Asyraf Hamzah

SUSPEK ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam. FOTO Asyraf Hamzah

Jasin: "Siapa yang tidak sayang anak, pada saya tiada yang pelik mengenai perangainya.

"Saya tidak pernah didik dia yang bukan-bukan, apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung," kata bapa kepada suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Petani berusia 64 tahun itu berkata, sebagai bapa, dia lebih mengenali anaknya yang disifatkan sebagai amat berdisiplin dan suka bergurau.

"Namun, saya kena tabah dan berbuat seperti tiada apa yang terjadi untuk terus berkerja.

"Takdir penentu segalanya, apa saya nak buat. Perkara sudah terjadi bukan di depan mata dan tidak boleh saya halang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Rambai, di sini, petang tadi.

Ditanya mengenai keadaan menantu dan cucunya yang berusia lapan bulan, lelaki itu menegaskan mereka dalam keadaan baik.

"Saya difahamkan, malam tadi polis membawa anak saya ke rumahnya di Bukit Katil dan dia sempat membuat panggilan video kepada saya.

"Selain itu, polis juga memeriksa dan mengambil telefon bimbit isterinya untuk siasatan berkaitan termasuk mesej dihantar wanita itu (mangsa)," dakwanya.

Katanya, keluarganya juga sudah melantik peguam bagi mewakili anaknya dalam siasatan dan perbicaraan kes itu kelak.

Mengenai hubung dengan anaknya, dia berkata, anak kelapan daripada 10 beradik itu mempunyai minat sama dengannya berkebun dan difahamkan, anaknya itu juga aktif berkebun di balai tempatnya bekerja di Perak.

"Dia (anak) merayau ke merata tempat termasuk di kampung Orang Asli dan membelikan saya benih anak pokok pisang.

"Jika bercuti pula, laman rumah kami akan bersih dan dia akan memarahi adik-beradik jika melihat sampah atau barangan bersepah di persekitaran rumah," katanya yang turut memaklumkan suspek rapat dengan arwah isterinya yang meninggal dunia pada Ramadan lalu.

Kelmarin, media melaporkan Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan pada 10 Julai lalu, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, kira-kira 6 petang dipercayai akibat dibunuh individu dikenali mangsa.

Susulan itu, polis menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-myMetro 

Sabtu, 8 Jun 2024

"Korang balik rumah masing-masing kalau hanya balik nak menengking mak korang" bentak ayah

 


Semasa temankan isteri di klinik, saya tengok ada seorang pakcik sedang ralit membaca surat khabar.

Lagi satu, di sebelah dialah yang ada kerusi kosong dan jauh sikit dari bilik-bilik pemeriksaan dan bilik doktor. Saya pun berjalanlah perlahan ke kerusi sebelah pakcik.

Setelah saya duduk, pakcik memandang muka saya, bagi ucapan salam dan berjabat tangan dengan saya.

Bagus betul pakcik ni, detik saya di dalam hati.

Saya pun keluarkanlah telefon. Nak buka Facebook, Instagram semua tu lah. Baru nak buka, pakcik tanya "Nak jumpa doktor ke?"

Saya jawab "Tak, pakcik. Teman isteri buat pemeriksaan kat klinik ibu tu". Pakcik berkata lagi "Oh, isteri mengandung ke? Tahniah tahniah". 

Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Saya kemudian bertanya pula kepada pakcik "Pakcik ni nak jumpa doktor ke?".

Pakcik menggelengkan kepalanya "Tak. Isteri saya tu kena jumpa doktor. Sebulan sekali begitulah. Anak-anak banyak duduk jauh. Kebetulan saya ni kira gagah lagilah pandu kereta, bolehlah bawa isteri tu ke sana sini. Ikutkan umur dekat 80 tahun ni, anak-anak tak bagi dah hehe". 

"Umur dekat 80? Nampak macam umur 50 lebih je hehe". 

Pakcik senyum. 

Tiba-tiba datang seorang lelaki muda, bercakap dengan seorang lagi pakcik berhampiran saya, tua juga. 

"Ya Allah, abah kat sini ke?! Berapa kali dah misi tu panggil nama abah. Sebab tu kalau tak dengar, duduk depan sana. Duduk dekat dengan bilik doktor tu. Ini duduk jauh menyusahkan orang".

Suara dia taklah kuat. Tapi boleh didengari kami.

Terkedu kami jadinya. 

Bangunlah pakcik tu perlahan-lahan. Jalan pun terketar-ketar. Anak dia dah jalan laju ke depan. Agakan saya, umur pakcik tu dah lebih 80 tahun. 

Pakcik sebelah saya menggeleng-gelengkan kepalanya. Seraya berkata, 

"Inilah bala yang kita sedang hadapi. Bala yang diberi tontonan percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang tua. Benda begini dah biasa. Selalu sangat kita tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang tu".

Saya diam. Tunduk. 

Pakcik menyambung "Berapa ramai mak dan ayah yang berani tegur anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai boleh bagitahu saja, suruh cakap baik-baik dengan orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan mereka.

Saya pernah tegur seorang perempuan yang berlaku kasar kepada mak dia. Bila saya tegur, dia tinggalkan mak dia. Kasihan mak dia. 

Dah lama sikit, adalah dalam 5 minit, dia datang semula ambil mak dia. Muka masih masam. 

Saya pun ada sejarah fasal ni. Pernah dulu ada yang cakap kasar dengan saya dan isteri, mak dia orang tu. Mula-mula saya pun biarkan. Ya lah, masing-masing dah besar panjang. Patut boleh fikirlah dengan baik. Bukan bodoh belaka. 

Tak payahlah kita nak pesan bagai. 

Lama-lama benda tu jadi macam biasa. Boleh kata semua anak cakap kasar dengan saya dengan maknya. Taklah selalu. Tetapi biasa berlaku. 

Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati. Duduk rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke isteri, isteri mengadu ke saya hehe. Habis begitu. 

Masing-masing terasa hati. Tapi tak luah kepada anak-anak. 

Sampailah satu hari, yang nombor dua marah ke maknya fasal lauk dah siap masak, periuk nasi terlupa petik suis. Anak-anak balik belaka hari tu, kami buat makan-makan. 

Masa tu pakcik okey lagi. Tapi bila yang lain mula menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah tegur. Baru dia orang tahu". 

Saya pandang pakcik. Muka pakcik tak ada senyum. Nampak geram. Saya bertanya "Pakcik cakap apa?" 

Pakcik "Hehe. Pakcik cakap, awak semua pergi balik sekarang. Pergi balik ke rumah kau orang semua. Selepas ini tak payah balik-balik dah. 

Kalau balik nak sakitkan hati mak kau orang, nak rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak kereta kau orang untuk datang ke sini. Abah dan mak lagi selesa. Cukuplah tengok gambar kau orang yang ada di dinding tu, daripada sakit hati dengan apa yang kau orang dah buat. 

Semua diam masa tu. Cucu yang duduk ramai-ramai kat depan pun datang ke dapur.

Pakcik cakap lagi, masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami, mak tak pernah pun marah bila kau orang tanya banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa nak ambil itu dan ini, mak kekal tak marah. Mak diamkan sahaja. 

Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah marahnya. Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat kat aki dan wan ni. Tengok dia orang terasa ke tak. 

Cakap elok-elok tak boleh ke? Mak, mari sini pakai baju. Kita pergi makan di luar. Biarkan budak-budak ni makan sesama dia orang. Abah tak boleh tengok muka awak semua. 

Selama ni diam sahaja kau orang cakap kasar. Hari ni dah melampau. Mari cepat!

Isteri saya kemudian bersuara "Tak apalah bah, dia orang bukan selalu balik. Tak baik kita gaduh-gaduh depan rezeki. Kita tunggu sahajalah nasi tu masak. Kita makan sama-sama".

Masa tu saya geram pula ke isteri saya. Boleh pula dia memujuk. Saya tak berhenti. Saya cakap lagi ke anak-anak. 

Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia nak makan dengan anak-anak. Simpan sahajalah dalam hati sakit tu, kecewa. Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-anak. 

Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak marah? Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini? Kalau ada, pergi balik sekarang! 

Sampai situ saya berhenti. Semua tunduk mukanya bila saya tengok. Isteri saya menangis dah. Cucu semua diam. Yang kecil pun boleh diam juga hehe. 

Kemudian itu datanglah seorang-seorang minta maaf. Menangis dan sebak belaka.  

Saya pun maafkanlah. Selesai. 

Lepas tu kami makan sama-sama. 

Yang penting, apa yang terbuku di hati, lepas dah".

Saya tanya lagi ke pakcik "Sekarang macamana?" 

"Alhamdulillah. Semua okey. Tak ada dah yang cakap kasarnya. Semua cakap elok dah. Layan kami pun cukup bagus. Paling tak disangka, boleh kata tiap-tiap minggu adalah yang baliknya ke kampung. Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu. Ada sahaja periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama dia orang  buat jadual siapa kena balik. Hehe. 

Awak ada lagi ayah dan mak? 

*Kalau ada, janganlah cakap kasar dengan dia orang. Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar, langkah tak sederas dahulu, tenaga tak segagah semasa lincah, cakap tak sekuat semasa muda*

Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang, bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak balik. 

Kita hak tua ni, nak sangat tengok muka anak-anak depan mata. Tengok macam masa dia orang kecil-kecil dahulu, gembira, ketawa ramai-ramai, berkongsi berbagai cerita. 

Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan neraka. Mereka tu kunci syurga".

Pakcik tutup bicara. Mendalam sungguh nasihatnya. Begitu perasaan mak dan ayah terhadap anak-anak apabila masing-masing sudah tua. 

Kawan, 

Kita yang bergelar anak ini, ambillah peluang selagi ada. Jaga hati, jaga bicara. Berbakti sehabis baik. Perbaiki mana yang tersasar. 

Buat yang dah tiada, teruslah kirim doa tanpa jemu. 

Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi atas nikmat kurniaan-Nya. 

Mak dan ayah antara anugerah agung kurniaan Allah kepada kita. Tidak boleh ditukar ganti.

Fadhlu Art

Sumber

Rabu, 13 Mac 2024

Jangan perli mak ayah yang bagi anak tengok HP masa makan.

 Jangan perli mak ayah yang bagi anak tengok HP masa makan.

"Eleh.. malas lah tu nak layan anak"

Bukan semua mak ayah pemalas atau suka ambil jalan mudah tapi mungkin mereka terpaksa. Kita tak berada di situasi mereka kita tak sepatutnya cepat membuat sangka buruk.

Semalam semasa di kedai makan, kebetulan ada sebuah keluarga suami isteri dengan 3 orang anak lelaki. Suami isteri sedang tekun makan dan anak anak pun tekun makan makanan masing-masing sambil tengok kartun di hp.

Bukan ke bagus macam tu? Mak ayah dapat makan dengan tenang, anak-anak pun tak ponteng makan.

Memang betul banyak kajian mengatakan hp ni tak bagus untuk kanak-kanak terutama kanak-kanak bawah 6 tahun. Berisiko tinggi untuk rabun, tak pandai bersosial, ketagihan, sukar tidur dan boleh bantutkan perkembangan kognitif skil mereka.

Tapi ada satu fitrah kanak-kanak yang kita selalu lupa, kanak-kanak tak pernah berehat, mereka selalu aktif dan boleh berlari 24 jam sehari kalau mereka mahu.

Saya pernah jumpa satu keluarga yang bawa 2 orang anak lelaki ke kedai makan.

Memang suami isteri ni tak bagi anak mereka tengok hp tapi mereka juga tak kawal anak mereka. Dua beradik ni berlari-lari satu kedai sehingga terlanggar pelayan yang sedang lalu hantar makanan. Tumpah makanan atas pelanggan lain. Ini dah jadi public harrasment pula.

Tak pasal pasal mak ayah kena minta maaf.. inilah punca ada mak ayah jadi serik nak bawa anak ke kedai makan.

Ada juga kes lain yang mak ayah tak dapat nak makan langsung sebab melayan kerenah anak yang sorang melompat atas kerusi, sorang lagi menarik tudung mak dan sorang lagi main bawah meja. Kesudahannya semua makanan di bungkus, makan di rumah barangkali.

Kadang-kadang balik kerja penat, memang tunggu masa nak melenting je. Daripada mak ayah marah-marah baik bagi anak tengok HP, anak behave mak ayah automatik ter-behave.

Anak saya sendiri kalau makan tak bagi tengok kartun terus hilang selera makannya, kalau makan pun mengunyah secara terpaksa. Kalau di beri makan sambil tengok kartun boleh menambah-nambah pula.

Kenapa kita nak sekat selera makan anak, kan bagus tu anak makan banyak.

Bagi saya nak guna HP untuk tambat hati anak supaya behave masa makan dan tak ponteng makan boleh asalkan kita kawal dan letak had. Jangan bagi mereka lihat cerita lucah, ganas dan tak berfaedah sudah lah.

Gunakan untuk kebaikan seperti kenal abjad, kenal warna dan cerita teladan. Annur rania hafal lagu nasyid dari youtube kids tau. Bila dengar dia nyanyi terus ambil sejadah solat taubat..

Dan satu lagi jangan bagi anak melihat HP lebih dari 2 jam sehari kerana ada kajian dari Children's Hospital of Eastern Ontario Research Institute mengatakan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun ni, had Screen Time ( televisyen, tablet, telefon, komputer ) yang ideal adalah 2 jam sahaja sehari. Dan tak boleh secara berterusan selama 2 jam, kena ada Screen Time Break setiap 10-20 minit.

Asalkan untuk kebaikan anak kita buat apa sahaja yang terbaik untuk mereka. Dalam masa yang sama tu cuba lah ubah sedikit demi sedikit tabiat makan tengok hp tu secara baik. Sebab akhirnya yang berbakti pada anak adalah kita, dan yang mendera anak pun kita juga.

Kepada yang selalu menyindir tu, tak semua perkara yang anda lihat itu adalah keseluruhan cerita, di sebalik yang itu ada 1001 cerita yang terpaksa mak ayah tu hadap setiap hari.

Credit