"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Hari Ini Dalam Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Ini Dalam Sejarah. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Julai 2025

Sejarah:Solat Jumaat kali pertama di Kampung Orang Asli Suku Kensiu

Majlis Agama Islam Negeri Kedah mengisytiharkan solat Jumaat buat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Orang Asli Lubuk Legong.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah mengisytiharkan solat Jumaat buat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Orang Asli Lubuk Legong.

 BALING -  Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) mengisytiharkan solat Jumaat buat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Orang Asli Lubuk Legong di sini sekali gus memberi kemudahan kira-kira 100 penduduk lelaki komuniti tersebut.

Setiausaha MAIK, Datuk Dr Abdul Ghani@Zulkifli Zainuddin berkata, keputusan itu sudah tentu khabar gembira buat satu-satunya komuniti Orang Asli Suku Kensiu di Malaysia dalam usaha memudahkan pelaksanaan kewajiban mereka.

"Hari ini hari pertama surau ini boleh menyempurnakan ibadah sembahyang Jumaat, mufti dah bagi kebenaran...jika tidak, mereka perlu ke masjid luar yang berjarak kira-kira 2.3 kilometer," katanya.

Solat Jumaat di Perkampungan Orang Asli memberi kemudahan kepada komuniti tersebut melaksanakan kewajiban mereka.
Solat Jumaat di Perkampungan Orang Asli memberi kemudahan kepada komuniti tersebut melaksanakan kewajiban mereka.

Beliau ditemui ketika menyempurnakan pengisytiharan dan menyertai solat Jumaat kali pertama tersebut.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Datuk Zakaria Othman dan Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Kedah, Datuk Mohd Azam Abd Samat.

Abdul Ghani yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) berkata, pelaksanaan ibadat solat Jumaat dikendalikan oleh komuniti Orang Asli memandangkan terdapat lepasan institusi agama dan universiti tempatan dalam kalangan mereka.

Sementara itu, Zakaria berkata, satu kajian lengkap telah dibuat JHEAIK dan LZNK mengenai keperluan masyarakat Orang Asli Suku Kensiu Lubuk Legong melaksanakan solat Jumaat bersama kelompok mereka sendiri.

Perkara ini diangkat dan jawatankuasa fatwa memutuskan mereka boleh melakukan solat Jumaat tanpa secara pecah kariah dengan jemaah asal bagi membolehkan semua masyarakat Orang Asli Lubuk Legong mendirikan solat Jumaat," katanya.

Jelas beliau, keputusan itu diyakini memberi sinar baharu buat mereka dalam usaha memperkukuhkan iman dan memantapkan ibadat.

Sejak 2018, kita sudah ada 17 pelajar anak Orang Asli Kensiu belajar di sekolah agama di sekolah LZNK di Belantek Sik...Pada 2024, pemgambilan pertama ada tiga pelajar Orang Asli dah menduduki SPM...berjaya masuk universiti.

"Mereka sudah ada calon untuk baca khutbah, kita dah latih dan Alhamdulillah...bagi lepasan SPM pula, kita beri peluang enam bulan kursus intensif di Institut Dakwah Islamiah Perkim Pengkalan Chepa," katanya.

Solat Jumaat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Lubuk Legong Baling.
Solat Jumaat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Lubuk Legong Baling.

Dalam perkembangan sama, Tok Batin, Razali Kulim, menzahirkan kesyukuran apabila keputusan mendirikan solat Jumaat di kampung mereka dibenarkan.

Anak-anak Orang Asli teruja sebab jarang ke masjid luar...nak bergaul sukar sebab kebanyakan mereka masih rendah diri.

"Pelaksanaan ini membolehkan mereka belajar, menambah keyakinan, faham dan tahu kewajiban sembahyang Jumaat, membuatkan mereka berani berhadapan komuniti luar," katanya.

-SH Online 

Isnin, 12 Mei 2025

Hari Ini Dalam Sejarah: 387 tahun yang lalu, Shah Jahan memerintahkan pembinaan Kubu Merah di Delhi, India.


 Hari ini 387 tahun yang lalu, Shah Jahan memerintahkan pembinaan Kubu Merah di Delhi, India.

Sejak diasaskan pada 1526, ibu kota Empayar Mughal bertukar-tukar antara Agra, Delhi, Lahore & Fatehpur Sikri. Bila Shah Jahan naik takhta sebagai Maharaja ke-5, ibu kotanya dipindahkan dari Agra ke ke Delhi lalu diperintahkan pembinaan Kubu Merah.

Nama diberi sempena dinding batu merahnya yang merentas lebih 2km & tinggi sehingga 33m, direka oleh Ustad Ahmad Lahori yang juga arkitek Taj Mahal & mengambil masa 9 tahun untuk siap. Ia menampilkan adunan seni bina Parsi, Timurid & Hindu.

Terletak dekat tebing Sg. Yamuna, kompleks pentadbiran & kediaman pemerintah Mughal berkeluasan lebih 256 ekar ini menempatkan struktur penting antaranya Diwan-i-Khas, Diwan-i-Am, Rang Mahal & Hamam, yang dibina dengan kehalusan kerja seni tertinggi.

Mercu tanda utama kota Shahjahanabad (kini Old Delhi) ini berbentuk segi 8, dengan paksi utara-selatan lebih panjang daripada paksi timur-barat. Kubu Merah adalah salah satu kompleks binaan di India yang merangkumkan sejarah panjang & keseniannya

Kekayaan kubu ini dijarah ketika pencerobohan kuasa Parsi pada 1739, kemudian jatuh ke tangan Empayar Maratha pada  1771 hingga 1803 sebelum wilayah Delhi menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Empayar British selama lebih 140 tahun.

Pada 15 Ogos 1947, PM pertama India, Jawaharlal Nehru menaikkan bendera India di Pintu Lahore kubu ini. Sejak itu, sambutan rasmi hari kemerdekaan India disambut di sini setiap tahun dengan upacara menaikkan bendera & ucapan daripada PM.

Sebahagian besar Kota Merah kekal sebagai kawasan kawalan tentera India hingga Disember 2003 apabila diserahkan kepada Badan Survei Arkeologi India. Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2007. 

Sumber: Britannica, Culture Trip, UNESCO

#PeristiwaHariIni

-AstroAwani

Rabu, 14 Disember 2022

Tragedi Rusuhan Natrah Demi Selamatkan Akidah

 


Tanggal hari ini (12 Disember) pada tahun 1950, tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu. Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di Singapura. 

Sedutan daripada Tragedi 12 Disember :

Pada tahun 1950 ---

orang melayu tak ada pemimpin.

Negara Malaysia pun belum ada waktu tu. Orang Melayu miskin pada masa tu tuan-tuan...  walaupun Orang Melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat dengan kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah, Orang Melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, Orang Melayu dari Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, Orang Melayu dari Perak dan Selangor tumpang kereta api barang untuk ke Singapura.

Pada tanggal 12 Disember 1950 ---

beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan mahkamah.

Orang Melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.

Karim Ghani berkata kepada Inspektor Taha :

“Kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? Kamu halanglah, aku akan tetap pergi."

Dengar itu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia. Inspektor Taha menyatakan :

“Demi Allah! Aku akan bersama kamu pada hari ini.”

Laungan "ALLAHUAKBAR!" bergema di setiap sudut. Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang Melayu.

Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.

Allahuakbar...

sambil saya taip ni pun menitik air mata😭

Orang Melayu kita dulu miskin tapi AKIDAHnya Masya'Allah...

hamba Allah paling lemah, faqir dan hina.

Ahad, 10 Oktober 2021

Hari Ini Dalam Sejarah:Angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

 


Hari ini 14 tahun yang lalu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). 

Pada 2006, Program Angkasawan Negara dilancarkan sebagai sebahagian daripada perjanjian kerajaan Malaysia-Rusia berhubung pembelian 18 jet pejuang Sukhoi untuk TUDM & Rusia setuju untuk melatih & menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS. 

Daripada 11,275 peserta awal, 4 finalis berjaya melepasi semua peringkat ujian yang ditetapkan pada standard agensi angkasa Rusia, Roscosmos. Akhirnya, hanya 2 individu terpilih iaitu Dr. Faiz Khaleed & Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. 

Mereka berdua kemudian menjalani latihan selama 18 bulan di Star City, Moscow sebelum diumumkan bahawa pada 17 September 2007 bahawa Dr. Sheikh Muszaphar dipilih sebagai kru utama dalam misi Soyuz TMA-11 & Dr. Faiz sebagai kru sandaran. 

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 27 Julai 1972, Dr. Sheikh Muszaphar bin Sheikh Mustapha al-Masrie merupakan seorang doktor bedah orthopedik lepasan Universiti Manipal, India & berkhidmat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 

Pada jam 9.21 malam waktu Malaysia 10 Oktober 2007, beliau bersama kosmonaut Rusia, Yuri Malenchenko & angkasawan A.S., Peggy Whitson berlepas dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan yang disiarkan secara langsung di Dataran Merdeka & seluruh negara. 

10 hari di ISS, beliau menjalankan pelbagai eksperimen dalam graviti sifar, antaranya sifat & tumbesaran sel kanser hati & leukemia, serta pengkristalan protein & mikrob juga turut membuat demonstrasi sifat bendalir & kesan objek berputar di angkasa. 

Menjadi umat Islam pertama yang berpuasa & menyambut Aidilfitiri di sana pada 13 Oktober, beliau turut mempraktikkan ibadah seperti tayamun, solat, cara menentukan arah kiblat & waktu solat mengikut garis panduan diberi Majlis Fatwa Kebangsaan. 

Dr. Sheikh Muszaphar meninggalkan ISS dengan kru misi Soyuz TMA-10 & selamat mendarat ke Bumi pada 21 Oktober jam 6.44 petang waktu Malaysia. 

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Britannica, NASA