"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kes Bunuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Bunuh. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2024

Pembunuh anti-Islam Norway tak patut dibebaskan, kata pendakwa

Pembunuh berfahaman neo-Nazi itu membunuh 77 orang pada 2011 dengan bom kereta dan menembak orang ramai, kebanyakannya remaja.

Anders Behring Breivik hadir di mahkamah di Norway. (Gambar AP)

SANDVIKA
Anders Behring Breivik, lelaki Norway yang membunuh 77 orang pada 2011 dalam kejadian terburuk di negara itu, tidak patut dibebaskan malah masih dianggap berbahaya, menurut pendakwa ketika lelaki itu hadir di mahkamah memohon dibebaskan selepas lebih 13 tahun dalam penjara.

Pembunuh berfahaman neo-Nazi anti-Islam itu membunuh lapan orang menggunakan bom kereta di Oslo sebelum menembak mati 69 yang lain – kebanyakannya remaja – di sebuah kem belia anjuran Parti Buruh di pulau Utoeya.

Ini cubaan kedua Breivik untuk mendapat parol. Beliau dihukum penjara 21 tahun iaitu tempoh maksimum diperuntukkan, namun ini boleh dilanjutkan selagi dia dianggap mengancam masyarakat.

Pendakwa Hulda Karlsdottir memberitahu mahkamah, dia tidak patut dibebaskan.

“Adakah wujud bahaya bahawa Breivik akan melakukan jenayah melibatkan nyawa dan kesihatan orang? Ancaman itu memang wujud,” katanya.

Beliau berkata, laporan penilaian risiko terbaru turut menunjukkan Breivik berisiko bertindak ganas.

Breivik, 45, tidak menunjukkan sebarang emosi sepanjang hujah berkenaan.

Permohonan parol terbaru itu diadakan di penjara berkawalan keselamatan tinggi di mana dia sedang ditahan, tidak jauh dari Utoeya. Dia turut akan memberi keterangan nanti.

Merete Stamneshagen, ibu kepada seorang gadis berusia 18 tahun yang maut di Utoeya berkata, usaha Breivik mendapat parol sukar diterima keluarga mangsa.

Breivik tidak menjawab ketika ditanya pemberita sama ada dia menyesali perbuatannya.

Dia pertama kali memohon parol pada 2022. Ketika itu Breivik mendakwa tidak lagi ganas, tetapi tetap mempertahankan pegangannya terhadap fahaman neo-Nazi.

Selain itu, Breivik pernah cuba menyaman kerajaan Norway kerana mendakwa penahanannya secara bersendirian melanggar hak asasinya.-FMT

Rabu, 17 Julai 2024

Apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung' - Bapa suspek pembunuhan Nur Farah Kartini

 SUSPEK ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam. FOTO Asyraf Hamzah

SUSPEK ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu semalam. FOTO Asyraf Hamzah

Jasin: "Siapa yang tidak sayang anak, pada saya tiada yang pelik mengenai perangainya.

"Saya tidak pernah didik dia yang bukan-bukan, apa yang berlaku ini adalah atas dirinya sendiri, berani buat berani tanggung," kata bapa kepada suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Petani berusia 64 tahun itu berkata, sebagai bapa, dia lebih mengenali anaknya yang disifatkan sebagai amat berdisiplin dan suka bergurau.

"Namun, saya kena tabah dan berbuat seperti tiada apa yang terjadi untuk terus berkerja.

"Takdir penentu segalanya, apa saya nak buat. Perkara sudah terjadi bukan di depan mata dan tidak boleh saya halang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Rambai, di sini, petang tadi.

Ditanya mengenai keadaan menantu dan cucunya yang berusia lapan bulan, lelaki itu menegaskan mereka dalam keadaan baik.

"Saya difahamkan, malam tadi polis membawa anak saya ke rumahnya di Bukit Katil dan dia sempat membuat panggilan video kepada saya.

"Selain itu, polis juga memeriksa dan mengambil telefon bimbit isterinya untuk siasatan berkaitan termasuk mesej dihantar wanita itu (mangsa)," dakwanya.

Katanya, keluarganya juga sudah melantik peguam bagi mewakili anaknya dalam siasatan dan perbicaraan kes itu kelak.

Mengenai hubung dengan anaknya, dia berkata, anak kelapan daripada 10 beradik itu mempunyai minat sama dengannya berkebun dan difahamkan, anaknya itu juga aktif berkebun di balai tempatnya bekerja di Perak.

"Dia (anak) merayau ke merata tempat termasuk di kampung Orang Asli dan membelikan saya benih anak pokok pisang.

"Jika bercuti pula, laman rumah kami akan bersih dan dia akan memarahi adik-beradik jika melihat sampah atau barangan bersepah di persekitaran rumah," katanya yang turut memaklumkan suspek rapat dengan arwah isterinya yang meninggal dunia pada Ramadan lalu.

Kelmarin, media melaporkan Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan pada 10 Julai lalu, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, kira-kira 6 petang dipercayai akibat dibunuh individu dikenali mangsa.

Susulan itu, polis menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-myMetro 

Ahad, 16 Januari 2022

Video: Kejam! Lelaki penggal kepala ibu sendiri


Kuala Selangor: Seorang lelaki bertindak kejam apabila sanggup memenggal kepala ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.45 petang yang memaklumkan kejadian seorang wanita dicederakan anaknya.

Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 56 tahun ditemukan di ruang tamu dan terdapat kesan darah dalam rumah berkenaan.

"Siasatan lanjut sudah dijalankan bersama pasukan forensik," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek berusia 28 tahun merupakan seorang penganggur yang tinggal bersama mangsa dan suaminya.

Katanya, anak-anak mangsa yang lain pula menyewa di kawasan berhampiran.

"Siasatan lanjut mendapati kejadian disedari salah seorang anak mangsa yang gagal menghubungi ibunya sebelum pergi ke rumah melakukan pemeriksaan.

"Tiba di lokasi, anak mangsa nampak keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut terus melarikan diri di belukar belakang rumah.

"Polis dengan bantuan penduduk kampung berjaya menangkap suspek yang bersembunyi dalam belukar berhampiran dengan rumah mangsa," katanya.

Suspek yang ditahan polis.
Suspek yang ditahan polis.

Menurutnya, polis turut merampas parang disyaki digunakan untuk memenggal kepala mangsa yang ditemui dalam tandas rumah itu.

"Ujian air kencing dibuat ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang (HTK). Hasil laporan awal adalah positif Methamphetamine dan Amphetamine.

"Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

-myMetro