Jumaat, 8 Oktober 2021

'Tak kecil hati pun...'kata Zizi Kirana terhadap ciapan Diva AA

 PASANGAN selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

PASANGAN selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Kuala Lumpur: "Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau? Kan? Dah dapat pucuk muda? Laju ek kau? Kau rasa?" ciap pengacara Azwan Ali yang merujuk artikel berkaitan pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Bagaimanapun, Zizi, 36, mengakui tidak berkecil hati dengan ciapan Azwan itu selain menganggap ia satu doa buatnya agar segera diberikan rezeki cahaya mata.

"Saya tidak berkecil hati atau terasa dengan pendapat peribadi Diva AA (Azwan) itu. Saya juga sering terhibur dengan perkongsian santai dan bersahajanya itu. 

"Kenapa saya hendak memandang negatif apa yang dia katakan, kerana kata-kata itu satu doa. Semoga ramai yang mendoakan saya untuk mendapat cahaya mata dalam tempoh terdekat," katanya kepada Harian Metro.

CIAPAN Azwan Ali.
CIAPAN Azwan Ali.

Mengulas mengenai kenyataan itu yang mana dia tidak boleh melakukan kerja berat, Zizi berkata ia bukanlah disebabkan hamil.

"Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat. 

"Insya-Allah, terima kasih juga kepada semua yang mendoakan baik-baik buat saya dan suami," katanya.

Terdahulu, Zizi dan Yusuf Bahrin selamat dinikahkan dengan sekali lafaz pada 19 September lalu di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

-myMetro

0 comments:

Catat Ulasan