JUTAWAN TABLIGH YANG “ LOW PROFILE ”
Bagi teman-teman yang berkecimpung dalam usaha Jema'ah Tabligh, umumnya pasti mengenali susuk tubuh lelaki yang digelarkan low profaile ini . Individu yang dimaksudkan ini ialah Tn Haji Zaid bin Abdullah ( Sura Malaysia) iaitu Executive Deputy Chairman di syarikat Progressive Impact Corporation (PICORP) Berhad.
Syarikat PICORP Berhad ini sebuah syarikat Bumiputera yang sangat berjaya dan telah disenaraikan di Bursa Saham Utama. Beroperasi di 3 buah negara ( Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi ) dengan kapasiti tenaga kerjanya berjumlah 511 orang. Keutungan kasar syarikat ini berdasarkan laporan tahunan ( Annual Report 2017 ) direkod pada tahun 2017 ialah berjumlah RM 83,876 juta. Ianya merupakan satu jumlah sangat membanggakan bagi syarikat Bumiputera.
Nilai pasaran ( Market Capitalisation ) syarikat ini berjumlah RM 78.960 juta ( disemak pada 24/2/2019 ). Pegangan majoriti syarikat ini dimiliki oleh Tn Haji Zaid dimana beliau memegang pegangan sebanyak 54.38 % iaitu bernilai lebih RM 40 juta.
Berapakah pendapatan Tn Haji Zaid dalam setahun sebagai Executive Deputy Chairman ?
Tn Haji Zaid memperolehi gaji dan imbuhan sebanyak RM 1,960,699 juta setahun / RM 163 ribu sebulan seperti mana yang direkodkan dalam laporan tahunan ( Annual Report 2017 ).
Menubuhkan Makmal Halal JAKIM
Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang muslim sejati, Tn Haji Zaid juga telah memainkan peranan penting dengan membawa syarikat beliau berkecimpung dalam isu-isu halal. Melalui syarikat milik beliau ( ALS Technichem (M) Sdn Bhd ) yang telah berkerjasama dengan JAKIM untuk menubuhkan Makmal Halal. Tujuan penubuhan Makmal Halal ini adalah untuk menganalisis kesemua ramuan dan bahan mentah yang digunakan oleh pemohon sijil halal untuk dipastikan status kehalalannya. Untuk pengetahuan semua, makmal syarikat Tn Haji Zaid ini adalah sebuah makmal analisis yang mempunyai standard piawaian antarabangsa.
Semoga jadi inspirasi kepada pembaca. Dunia sementara akhirat kekal selamanya.