"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label TMJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TMJ. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mei 2022

TMJ cabar Sanusi dedah individu digelarnya `tokong'

 Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto ihsan FB Johor Southern Tigers.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto ihsan FB Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan nama individu yang beliau gelar sebagai 'tokong' dalam bola sepak Malaysia.

Menerusi satu ciapan pada akaun Twitter miliknya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut meminta Menteri Besar Kedah itu menyatakan semua dakwaan yang dimaksudkan dengan menyertakan bukti dan fakta.

"Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala-galanya. Ini cakap main sembur, badut Mc Donald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician," tulis TMJ.

Muhammad Sanusi sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa ada individu yang mengawal bola sepak Malaysia, namun tidak mendedahkan nama individu berkenaan.

Malah, ada yang mendakwa isu berkenaan turut menjadi punca JDT memanggil semula penyerangnya, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan kepada pasukan Kedah Darul Aman FC untuk kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan.

Dalam perkembangan lain, TMJ dalam kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi kelab JDT iaitu JOHOR Southern Tigers, semalam menjelaskan beliau sudah menyatakan masalah yang dihadapi bola sepak tanah air sejak 2013.

Katanya, apa yang diperkatakan itu memang berlaku dan kejayaan yang dicapai skuad Harimau Selatan ketika ini menjadi ikutan pasukan lain.

"Dari 2013 semua benda saya katakan berkenaan dengan pencapaian JDT dan masalah bola sepak tanah air, pemain-pemain, kemudahan dan pembangunan bola sepak semua dipertikaikan oleh orang-orang yang tiada pencapaian dalam industri bola sepak. Tetapi pada hari ini, semua yang saya cakap berlaku dan diikuti," katanya.

-BH Online

Isnin, 13 September 2021

Hadiah TMJ kepada Azizulhasni cetus spekulasi

 Gambar menunjukkan Azizulhasni bersama kereta Ford GT milik TMJ yang menjadi tular, baru-baru ini.

Gambar menunjukkan Azizulhasni bersama kereta Ford GT milik TMJ yang menjadi tular, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Bentuk ganjaran yang dikurniakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menjadi tanda tanya khususnya dalam kalangan peminat sukan tanah air.

Malah, ada yang cuba mencetuskan spekulasi atau andaian bahawa TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menghadiahkan sebuah 'supercar' kepada Azizulhasni.

Andaian itu dibuat sesetengah pihak dengan hanya melihat Azizulhasni yang dikenali senagai 'The Pocket Rocketman' bergambar bersama kereta Ford GT milik TMJ, baru-baru ini.

Namun, ada juga yang bersikap lebih positif dengan menganggap agak mustahil untuk TMJ menghadiahkan koleksi kereta kesayangannya kepada Azizulhasni.

Menurut laporan beberapa portal, kereta Ford GT itu dipandu TMJ ketika menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu di ibu pejabat JDT.

Berdasarkan status di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Selasa lalu juga tidak mendedahkan apa bentuk ganjaran peribadi yang dikurniakan oleh TMJ atas pencapaian Azizulhasni di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini.

Azizulhasni dalam hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama hanya berterima kasih atas kurniaan ganjaran peribadi daripada TMJ dan turut tidak mendedahkan mengenai hadiah yang diterimanya.

"Menjunjung kasih Tunku diatas hadiah peribadi daripada Tunku kepada patik. Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku," tulis Azizulhasni.

Usaha BH Sukan untuk mendapatkan komen daripada Azizulhasni sendiri mengenai spekulasi yang bermain di media sosial berkaitan hadiah peribadi dari TMJ itu juga tidak berjaya.

-myMetro

Jumaat, 3 September 2021

Wanita bersalin sendirian di HSI: Ini am4ran dari TMJ

 


KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kejadian seorang wanita bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) tidak patut berlaku lagi.

Tegas Tunku Ismail, pihak-pihak yang terbabit akan diberikan peringatan dan amar4n bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pes4kit.

“Saya telah menerima laporan dari JKNJ & melihat kenyataan JKNJ. Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin,” kata TMJ satu ciapan di laman Twitter selepas menerima dan melihat kenyataan dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Sebelum ini, tular di laman Facebook mengenai seorang wanita mendakwa terpaksa bersalin seorang diri di bilik pengasingan khas untuk ibu hamil p0sitif C0VID-19 di HSI selepas usaha meminta bantuan kakitangan hospital dikatakan tidak dilayan.

Susulan itu, JKNJ berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu.

“Hanya dengar suara ‘mereka’ ketawa di luar” Wanita bers4lin menj3rit minta t0l0ng di hospital

Terdahulu eorang wanita membuat hantaran di Facebook mendakwa bahawa dia terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif Covid-19, setelah banyak panggilannya untuk meminta b4ntuan tidak dilayan.

Berdasarkan foto yang dikongsi bersama catatannya itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 23 Julai di Hospital Sultan Ismail di Johor.

Wanita itu mencatatkan di Facebook pada 31 Julai, tetapi hanya menjadi tular sejak semalam.

Menurut wanita yang dikenali di Facebook sebagai Noor Aziah, dia diuji p0sitif C0vid-19 ketika menunggu untuk melahirkan bayinya bilik bersalin di hospital sekitar jam 4.40 petang.

Berdasarkan keputusan ujiannya itu, wanita itu berkata bahawa dia tidak dibenarkan bersalin secara lazimnya dan dibawa ke bilik khas untuk pesakit kor0navi.rus, serta ditinggalkan keseoranga.

“Lebih kurang 6 petang perut mula rasa sakit sikit. Cuba mengiringkan badan. Masa ini ada darah keluar boleh tahan banyak.

“Mula ingatkan terkencing sebab rasa nak berak. Rupanya darah yang keluar. Pada 6.03 petang rasa memulas sangat perut. Cuba panggil jururawat dan doktor sekali lagi. Tapi, hampa dia orang tak layan,” katanya dalam Facebook.

Sehingga jam 1 tengah hari, hantaran wanita tersebut telah dikongsi lebih 5,900 kali dan menerima sekitar 530 komen. Menurut Noor Aziah, dia ketika itu menyerahkan takdirnya kepada Allah dan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk keselamatan bayinya.

“Angkat kaki tak sempat angkat banyak. Baru angkat sikit bayi dah keluar. Alhamdulillah, selamat melahirkan anak tanpa bantuan doktor dan jururawat.

“Hampir terjatuh bayi dari katil sebab katil jenis tilam terasing. Syukur saya tahan bayi guna kedua-dua belah kaki saya sendiri dan bayi berpaut pada kaki saya.

“Hampir 10 minit menjerit menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada saya panggil jururawat dan doktor. Tapi, hampa saya dengar jelas suara-suara mereka sedang ketawa di luar,” katanya.

“(Sambil) usap perut cakap ‘ya Allah andai diri saya tak dapat diselamatkan, tolong sel4matkan baby (bayi) saya.

“Lepas tu saya mengucap dua kalimah syahadah, baca ayat kursi, dengan lailahainnalaantasubahannakainnikumtum minal zolimin sebanyak tiga kali,” katanya.

Akhirnya, seorang jururawat datang untuk memeriksanya setelah dia menjerit untuk memberitahu mereka bahawa dia telah berjaya melahirkan anak.

“Syukur hanya Allah saya yang tahu. Pengalaman ini tak mungkin saya lupakan,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Menteri Kesihatan dan Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan ulasan mereka.

Semalam, anak perempuan K Ehambaram, 74 yang rebah dan meningg4l dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah mendakwa kematian bapanya adalah akibat terjatuh daripada katil hospital dan bukan kerana C0vid-19.

Lelaki itu dikatakan terbaring di lantai tanpa sesiapa pun datang menjenguknya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira 40 minit kemudian.

Keluarga Ehambaram membuat laporan polis dan meminta pihak berkuatkuasa untuk menyiasat, kerana mereka mendakwa kematiannya mungkin disebabkan oleh kejadian itu dan bukan disebabkan oleh koronavirus, seperti dinyatakan oleh pihak hospital.

Jabatan Kesihatan Johor sahkan wanita bersalin sendirian di HSI

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini mengesahkan dakwaan seorang wanita yang melahirkan anak secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru pada 31 Julai lepas.

Pengarah JKNJ Datuk Dr Aman Rabu dalam kenyataan hari ini berkata secara keseluruhannya, aduan wanita berusia 36 tahun yang juga pesakit positif Covid-19 itu adalah berasas.

“Dia perlu ditempatkan di ruang isolasi yang tertutup (kerana positif Covid). Proses bersalin berlaku di luar jangkaan…ia berlaku lebih awal daripada tempoh jangkaan bersalin enam jam. Pes4kit telah bersalin secara bersendirian dan bayi didapati berada di atas katil pesakit.

“Bagaimanapun, JKNJ akan menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai kejadian ini dan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan,” katanya.

Dr Aman menjelaskan wanita yang mengandung anak keempat dengan usia kandungan 39 minggu itu, hadir ke bilik saringan HSI pada 5.33 pagi, 23 Julai kerana telah mempunyai tanda-tanda awal hendak bersalin serta mengesahkan dia kontak rapat suaminya yang telah disahkan p0sitif C0vid-19.

Selepas diperiksa, wanita itu didapati berada di peringkat awal kelahiran dengan bukaan pangkal rahim tiga sentimeter dan kemudian dimasukkan ke bilik isolasi pada 10.18 pagi sementara menunggu keputusan Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR).

Dr Aman berkata wanita berkenaan kemudiannya diletakkan di dalam bilik nombor dua dewan bersalin dengan pintu sentiasa bertutup kerana dia positif C0vid-19.

Pegawai perubatan dan jururawat telah memeriksa pes4kit pada 4.26 petang dan mendapati hasil keputusan PCR wanita itu positif dan perlu melahirkan secara pembedahan dengan bukaan pada ketika itu empat sentimeter serta mengalami kontraksi tidak teratur dan pes4kit dipersiapkan untuk pembed4han.

Baru-baru ini, tular menerusi Facebook hantaran wanita berkenaan yang mendakwa terpaksa melahirkan anak sendirian di dalam bilik bersalin meskipun cuba memanggil petugas kesihatan berulang kali.

Bunyi ketawa mungkin dari bilik berhampiran

Sementara itu, Dr Aman berkata dakwaan pes4kit yang mengatakan mendengar bunyi ketawa pula berkemungkinan datang daripada bunyi bising di bilik bersalin berhampiran, yang ketika itu sedang melakukan prosedur kelahiran bayi secara vakum.

Sumber: limauasamboi.tw

Khamis, 26 Ogos 2021

“Sapa Kenal Dia ,Dimana Cari Dia” – TMJ – ‘Brader’ bersuara emas lagu lirik PKP dapat perhatian Sultan Johor

 

Paling diingati sudah tentu lagu-lagu berkisar tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditonton jutaan pengguna media sosial sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Sultan Johor titah TMJ ‘cari’

Namun begitu, menerusi satu perkongsian Tunku Mahkota  Johor (TMJ) di Instagramnya, baginda memaklumkan yang Sultan Johor menitahkan baginda untuk mencari pemilik akaun tersebut memandangkan cover lagu yang dibuat @azmannaim44mantra mendapat perhatian KDYMM Sultan Johor.

Terima pujian dari Sultan Johor & TMJ

TMJ  turut memuji posting yang dibuat oleh @azmannaim44mantra dan memuat naik kembali salah satu video di Instagram baginda dengan kapsyen “First Class”.

Menjunjung kasih Tunku

Perkongsian tersebut turut telah disedari oleh @azmannaim44mantra atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim apabila dia memberi respon di media sosial posting TMJ ‘mencarinya’ atas titah Sultan Johor.

Keunikan suara dan kreativiti Azman ini sememangnya menjadi perhatian warganet sejak awal PKP dahulu kerana lirik yang disampaikan tepat dengan situasi yang berlaku ketika itu.

Sehingga hari ini, lelaki berkenaan masih lagi membuat parodi dan menjadi hiburan seluruh masyarakat Malaysia.


-Malaysia Times

Selasa, 24 Ogos 2021

Bolasepak: TMJ tinggalkan JDT?

 Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Kuala Lumpur: Persoalan mengenai Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal meninggalkan juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menjadi tanda tanya di kalangan peminat sukan bola sepak tanah air.

Ia berikutan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) seakan memberi bayangan berbuat demikian menerusi satu komen yang ditinggalkan beliau di laman Instagram pasukan berkenaan.

Komen TMJ di laman Instagram JDT yang mencetuskan persoalan.
Komen TMJ di laman Instagram JDT yang mencetuskan persoalan.

"Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

"Top infrastucture dan 18 piala senior team dan 10 piala junior level. Total 28 piala dalam 8 tahun.

"Ini saya punya last hadiah kepada kelab," kata Tunku Ismail.

Komen terbabit ditinggalkan pada gambar yang memaparkan rekabentuk berkonsep tiga dimensi (3D) Pusat Latihan JDT yang baharu.

Dalam kemaskini terbabit, JDT memaklumkan pembinaan pusat latihan yang baharu akan dimulakan pada Oktober ini.

-myMetro

Jumaat, 20 Ogos 2021

Menjelang pertemuan Raja-Raja, Sultan Johor muatnaik pesanan tanda orang munafik

 

Tangkap layar perkongsian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam status akaun Facebooknya memuatnaik satu pesanan berhubung tanda-tanda orang munafik menjelang Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang akan berlangsung hari ini.

Dalam status itu, pesanan yang dimuatnaik menjelaskan berhubung tiga tanda orang munafik yang dipetik daripada Hadis Riwayat Al Bukhari dan ia menerima banyak komen balas daripada orang ramai.

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu: Apabila dia bercakap dia berdusta, dan apabila dia berjanji dia memungkiri, dan apabila dia diberi amanah dia telah mengkhianati,” tulis pesanan tersebut dalam status Facebook akaun Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi tulisan yang dimuat naik diruang komen Instagram miliknya, hrhcrownprinceofjohor pula berkata Johor tidak mahu terlibat dalam sebarang keputusan yang menjejaskan Perlembagaan, Kedaulatan Institusi Diraja dan Kesejahteraan Rakyat.

“Apa-apa keputusan yang akan menjejaskan Perlembagaan, Kedaulatan Institusi Diraja dan kesejahteraan rakyat, Johor tidak ingin terlibat.

“Keutamaan adalah kestabilan negara, kehidupan rakyat dan bukan kepentingan peribadi,” tulis TMJ dalam komennya.

Tumpuan massa hari ini terarah ke Istana Negara apabila Raja-Raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu semasa negara, khususnya berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijadual bermula jam 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menurut Bernama.

Tumpuan dijangka terarah kepada perbincangan bagi melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan.

Ia berikutan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai PM pada 16 Ogos lalu.

-Agenda Daily