"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kisah Dan Teladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Dan Teladan. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2025

MUNCULNYA SEMULA ‘OTHMAN WOK’ PENGKHIANAT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM

 [SEBAR | TULAR | VIRAL]

MUNCULNYA SEMULA ‘OTHMAN WOK’ PENGKHIANAT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM

1. Peranan Othman Wok dalam Pemisahan Singapura dari Malaysia

Moga tidak mati hina. Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.

2. Pengaruh Othman Wok dalam Kekalahan UMNO di Singapura

UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranan Othman Wok mirip Anwar Ibrahim, Zahid  Hamidi mahupun Mat Sabu yang terus memperdayakan Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina.

3. Singapura sebagai Pengajaran kepada Orang Melayu

Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran. Ini bukan soal rasuah dan kronisme, tetapi soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.

4. Cadangan Pembakaran Jenazah Orang Islam di Singapura

Pada awal 70-an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok, yang juga menteri mewakili orang Melayu, membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

5. Persamaan Othman Wok dengan Pemimpin Melayu dalam Pakatan PH-BN-DAP

Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan PH-BN-DAP yang didominasi  DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?

Manusia Yang Bernama Othman Wok

1. Latar Belakang dan Kerjaya Awal

Othman Wok adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya, dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa Melayu, Utusan Melayu Singapura.

2. Penyertaan dalam PAP dan Sokongan kepada Dasar Multirasial

Beliau menyertai PAP beberapa hari selepas penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu, beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman serta menentang institusi raja-raja Melayu (seperti perjuangan PKR sekarang). Beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai negara multi-perkauman dan hak samarata dalam akhbar Petir, surat khabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP.

3. Pengaruh dalam PAP dan Penentangan terhadap Hak Istimewa Melayu

Selepas itu, beliau dipilih sebagai ahli dewan editorial buletin Petir dan dijemput menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959. 

Gara-gara ‘gila jawatan’ dan ‘ketagih kuasa’, Othman Wok adalah penyokong kuat Lee Kuan Yew dan sering menentang perlaksanaan hak-hak keistimewaan orang Melayu. 

Beliau sanggup berulang kali menyatakan bahawa hak-hak istimewa orang Melayu dan raja-raja Melayu hanyalah retorik dan agenda politik Tunku Abdul Rahman.  Hasilnya, Melayu tiada tempat dan merempat di Singapura.

4. Dakwaan terhadap UMNO dan Peranan dalam Pemisahan Singapura

Beliau mendakwa bahawa rusuhan kaum pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunku Abdul Rahman. Beliau turut dikaitkan dengan penulisan skrip temu ramah BBC dengan Lee Kuan Yew ketika pemisahan Singapura dari Malaysia, di mana Kuan Yew berpura-pura menangis untuk meraih simpati orang Melayu dan memburukkan Tunku.

5. Pengharaman UMNO Singapura dan Hasutan terhadap Orang Melayu

Othman Wok dikatakan menjadi punca utama Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS yakni, UMNO Singapura). Bersama pemimpin Melayu lain dalam PAP, seperti Ishak Rahim, Ariff Suradi, dan Mahmud Awang, beliau turun ke kampung-kampung Melayu untuk menghasut orang Melayu agar membenci UMNO dan Tunku.

6. Kekalahan dalam Pilihan Raya dan Kemarahan Penduduk Kampung

Pada tahun 1959, beliau bertanding sebagai calon PAP di kawasan Majlis Bandaran Kampung Kembangan tetapi tewas kepada calon UMNO. Malu dengan kekalahan itu, beliau menuduh UMNO mengugut pengundi. Akibatnya, penduduk kampung beramai-ramai berkumpul di pejabatnya di Tampines, menghalau dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

7. Kemenangan di Pasir Panjang dengan Sokongan Lee Kuan Yew

Kemudian, beliau bertanding di parlimen Pasir Panjang dan menang atas bantuan serta sokongan dana dari Lee Kuan Yew.

8. Dilantik sebagai Menteri Tanpa Kuasa

Selepas pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1963, beliau dilantik oleh Lee Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Namun, jawatan itu tidak mempunyai sebarang fungsi sebenar kerana Kuan Yew telah melantik seorang menteri Cina untuk menguruskan hal ehwal sosial dan meletakkannya di bawah jabatan Perdana Menteri.

9. Pengakhiran Kerjaya Politik dan Kehidupan Sebagai Penulis Cerita Seram

Setelah 14 tahun menjadi menteri tanpa kuasa, pada tahun 1978, beliau tidak lagi berada dalam kabinet Kuan Yew. Di akhir hayat, beliau dikenali sebagai salah seorang penulis cerita seram paling terkenal di Singapura seiring dengan  kecenderungan Melayu menonton cerita hantu, kerana beliau tahu Melayu sangat mudah ditakuti.

10. Kesimpulan : Pengkhianat Melayu dalam Sejarah Moden

Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura. Disebabkan hasutan beliaulah, UMNO Singapura diharamkan, dan orang Melayu di Singapura kehilangan kuasa politik dan mengemis di tanah air sendiri. Jalan cerita Othman Wok ini sangat mirip dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang.

Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura?

Ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri.

Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok hidup membiak di dalam negara kita.

Mari kita senaraikan para pemimpin Melayu mana yang mirip Othman Wok.

Rabu, 5 Februari 2025

Lembaga Penyedut Duit Rumah Puaka

 Lembaga Penyedut Duit Rumah Puaka

Mungkin benda ni berlaku pada korang 👇

Bayangkan hari-hari kau tengok kawan kau termenung makan maggi, hujung minggu duduk dalam bilik je. Kejap okay, kejap murung. Sentiasa kerja overtime macam takde hari esok. Itulah cerita Fikri, kawan aku yang pernah tersalah langkah besar.

(Dia minta aku sebar cerita ni untuk jadi pengajaran semua)

1.  Cerita dia berlaku tahun 2010. Dia ni jenis semangat tinggi nak beli rumah, umur baru 28 dah sibuk cari property. “Kau tengok, kalau aku tak mula sekarang, bila lagi nak ada aset?” Aku pun angguklah, kagum dengan cita-cita dia.

2.    Dia jumpa satu rumah, harga hampir RM400K. Sales agen  promote habis-habisan. Katanya, “Dekat dengan MRT, kawasan tengah naik, boleh buat sewa lagi!” 

3. Lepas tu diumpan pula dengan lefall fee Dan spa fee free dan rebate Cashback 25k bagai. Fikri pun rasa macam jackpot. Tanpa fikir panjang, dia terus angkat.

4. Mula-mula nampak macam okey je. Tapi bila dah sign S&P, baru dia sedar. “Weh, aku punya loan RM2K sebulan, tapi bila tengok kadar sewa area ni, maksimum pun RM1K je orang sanggup bayar!”

5. Dia cuba naikkan sewa. Tapi siapa nak sewa mahal kalau rumah lain lagi murah? Penyewa pun bijak sekarang. Akhirnya, dia kena turunkan sewa ke RM1K, tak ada pilihan.

6 Setiap bulan, Fikri kena top up RM1K dari gaji untuk bayar baki loan. “Weh, duit gaji aku habis macam tu je, ghaib tiap bulan kat rumah puaka” 

7. Dia mula rasa stress. Bila duit gaji separuh kena bayar rumah, dia struggle nak cukupkan perbelanjaan lain. Belanja makan pun dah kena potong.

8. Satu hari dia luah: “Weh, aku rasa kena tipu dengan agen tu. Dia kata investment, tapi aku rasa macam sponsor tenant aku je sekarang.” Aku tak tahu nak jawab apa. Betul juga dia cakap.

9. Dia cuba cari penyelesaian. Tapi nak jual rumah bukan senang. Harga pasaran tak naik pun, malah ada risiko jatuh lagi sebab kawasan tu tak cukup demand.

10. Aku tanya dia: “Weh, kenapa kau beli terus dulu? Tak fikir panjang ke?” Dia balas, “Aku fikir ni pelaburan, aku ingat untung. Tapi aku lupa nak kaji dulu kadar sewa, kos tambahan, semua tu.”

11. Masa tu baru aku sedar, ramai kawan-kawan muda macam Fikri tersilap langkah. Sebab apa? Sebab ikut hype. Sebab ikut kawan-kawan.  Beli rumah sebab orang lain beli, tak buat kira-kira betul.

12. Fikri cakap agen banyak janji manis. Siap tunjuk graf naik harga kawasan tu. Tapi graf tak bayar loan, bro! Duit gaji kau yang kena cover.

13. Dia tak semak lokasi betul-betul. Walaupun ada MRT, kawasan tu belum matang lagi. Tak ramai orang nak tinggal situ. Hasilnya, kadar sewa rendah.

14. Aku pun cakap dengan dia: “Kalau kau buat research lebih sikit, mesti kau nampak benda ni awal-awal.” Dia angguk, menyesal.

15. Aku cerita balik pengalaman senior aku aka mentor aku. Dia cakap, “Pelaburan rumah kena ada ROI yang jelas. Kalau loan tinggi, sewa rendah, jangan sentuh.”

16. Aku bagi nasihat untuk elakkan benda ni. Sebelum beli, kaji dulu kadar sewa kawasan. Tengok rumah lain sekitar. Jangan percaya agen bulat-bulat.

17. Fikri tanya aku, “Kalau aku tak beli rumah ni, aku nak buat apa dengan duit tu?” Aku jawab, “Simpan. Kalau cukup simpanan, kau boleh cari rumah yang betul-betul berbaloi.”

18. Jangan beli rumah sebab nak berlumba dengan orang. Rumah ni tanggungjawab jangka panjang, bukan aset untuk suka-suka.

19. “Kenapa kau tak pernah beli rumah?” Fikri tanya. Aku balas, “Aku beli rumah yang below market je. Aku pastikan simpanan cukup, ada emergency fund, lokasi betul, dan aku tak nak bayar lebih dari apa aku mampu.”

20. Terus dia terdiam. “Weh, aku rasa ni pelajaran paling mahal dalam hidup aku,” dia kata.

21. “Kau kena jadikan pengalaman ni panduan. Jangan ulang kesilapan ni lagi. Kau pun boleh ajar orang lain lepas ni.”

22. Sebelum balik, aku sempat pesan “Bukan semua rumah tu pelaburan. Ada rumah yang jadi beban kalau tak pandai pilih.” Ibarat lembaga penyedut duit.

23. Dia mula nampak hikmah. “Lepas ni aku kena lebih berhati-hati. Buat research lebih sebelum buat keputusan besar.”

24. Aku cakap dengan dia “Kita semua belajar dari kesilapan. Tapi jangan biarkan kesilapan ni hancurkan kewangan kau.”

25. Dia mula rancang semula kewangan. Buat bajet, cari cara nak kurangkan beban loan, dan mula bina simpanan baru.

26. Aku harap kita semua belajar dari sini. Beli rumah ni kena ada ilmu. Kalau tak, duit gaji kau yang jadi mangsa.

27. Aku kongsi cerita dia kat kawan-kawan lain. Aku nak semua orang tahu, jangan buat keputusan besar tanpa kajian mendalam.

28. Mesej aku jelas. Rumah bukan perlumbaan. Jangan terburu-buru ikut orang lain.

29. Aku tambah lagi, “Kalau kau tak pasti, tanya pakar. Dapatkan nasihat sebelum sign apa-apa.”

30. Moral cerita Fikri ni, jangan biar agen atau hype media sosial, ikutan kawan-kawan kawal keputusan kewangan kau.

31. Aku tutup cerita dengan nasihat terakhir

32. Pelaburan yang sebenar ialah pelaburan dalam ilmu. Fahamkan betul-betul sebelum kau serahkan gaji kau kepada ‘lembaga penyedut duit’ macam ni.

33. Ada ke yang pernah tersilap percaturan?

Sumber 

Ahad, 12 Januari 2025

Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.'

 'Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.'

Gambar hiasan 

Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU. 

Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma diatas katil. 

'Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?' 

'Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya'

Kenapa? 

'Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.'

Dia menangis teresak esak. 

'Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?' 

'Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu'

Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini. 

Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.

Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..  

Kenapa? 

Kerana lupa diri. 

Ramai yang berkata 'wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang'. 

Itulah yang aku selalu lihat di depan mata. 

Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja. 

Masa banyak. Duit banyak.

Jadi, hati pun kembali muda. 

Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga. 

Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat. 

'Jadi puan datang ke sini bagaimana? ' 

'Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena stroke'

'Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.'

'Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.'

'Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri'

Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur. 

Keesokan harinya lelaki itu meninggal dunia. 

Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga. 

Tanpa keluarga.

Tanpa isteri... Atau lebih elok disebut bekas isteri. 

Tanpa isteri muda yang sudah lari.

Tanpa anak anak yang menjauh hati.

Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri. 

Hanya dia dan kami. 

Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi. 

Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti. 

Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan. 

Dr Nurilyani Bujang

Air mata insaf di ICU

Source 

Khamis, 26 Disember 2024

Kisah pegawai bank Malaysia yang mencuri 1 sen sampai jadi jutawan

 Kisah pegawai bank Malaysia yang mencuri 1 sen sampailah dia jadi jutawan.

Pada tahun 1990 dulu, ada seorang pegawai bank yang mencuri 1 sen je duit pelanggan sampailah dia jadi jutawan!

Semuanya bermula apabila Aman Shah Ahmad yang berusia 24 tahun pada ketika itu diambil bekerja di Hock Hua Bank Jalan Raja Laut, KL sebagai seorang esekutif muda dengan pendapatan kira-kira RM1800 sebulan.

Bekas pelajar jurusan perakaunan dari Institut Teknologi Mara ini merupakan seorang pekerja bank yang agak cekap sebenarnya sehinggakan dia diberi kepercayaan menguruskan akaun-akaun pelanggan.

Pada mulanya memang tak ada apa yang berlaku, tetapi semuanya berubah apabila dia dihantar oleh pihak bank mengikuti kursus komputer. Kat sinilah dia mula belajar tentang selok belok computer banking dan tanpa orang lain sedari dia ni telah membuat satu perancangan yang sangat licik sampaikan Bank Negara Malaysia pun kena tipu.

Dengan jawatan barunya sebagai sebagai Ketua Jabatan pemprosesan Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana dan Sekuriti (SPEED) di Hock Hua Bank, dia telah mengemukakan arahan palsu melalui sistem tersebut dengan memperdaya pengurusan Bank Negara sendiri.

Melalui arahan ini, dia secara senyap-senyap mengambil duit klien dan memindahkanya ke akaun Bank Bumiputra miliknya sendiri tanpa ada pihak yang sedar. Aman Shah juga telah mencipta satu program, di mana sistem ini akan mengambil 1 sen je dari setiap akaun pelanggan di Hock Hua Bank.

Satu sen! Atau 5 sen sekalipun kalau hilang dalam bank korang mana perasankan, tapi kalau dah banyak sangat klien yang kena macam itu memang boleh  kayalah dia. Bayangkan lah, dalam masa beberapa tahun je dia bekerja dengan bank dah bulih songlap duit sampai RM4.01 juta!

BELI 6 BIJI KERETA MEWAH DAN SELAMBA PERGI PAMERKAN DI PLAZA BUKIT BINTANG

Dengan duit yang banyak tadi aman shah telah berhenti daripada Hock Hua Bank dan membuka syarikatnya sendiri iaitu Agensi Pengiklanan Bistro dekat Kuala Lumpur.

Bukan takat tu je, dia juga telah membeli enam bijik kereta mewah iaitu Lamborghini Countach bernilai RM1.3 juta, Mercedes Benz 300SL (RM502, 000), Mercedes Benz 300E (RM192, 000), Porsche 928 S4 (RM638, 000), Porsche Carrera (RM350, 000) dan BMW 329i (RM68, 000).

Yang lebih memeranjatkan lagi apabila dua keretanya, lamborghini Countach dan Porsche Carrera tiba di Malaysia melalui penghantaran khas menggunakan kapal terbang dari London, manakala BMW 329i adalah kereta terpakai.

Bagi melindungi harta beliau yang luar biasa, Aman Shah sengaja meletakkan kereta-kerata mewah yang dia miliki di pusat pameran dekat Plaza Bukit Bintang dan akan mengambilnya bila dia terasa nak pakai je.

Semua kereta mewah ni pula dia beli secara tunai dengan tiga daripadanya tidak didaftarkan dan tidak dibayar cukai import, manakala dua lagi didaftarkan atas namanya sendiri manakala sebuah lagi atas nama teman wanitanya.

DENGAN BERANINYA MUNCUL DI TV3 DAN MENCERITAKAN KEHEBATAN KERETA-KERETANYA

Kelemahan Aman Shah ialah dia lupa diri, dengan beraninya dia telah menghadiri satu program bual bicara Sekapur Sirih pada 3 Jun 1990 di TV3. Kali ini nasib tidak menyebelahinya apabila bekas pengurusnya di Hock Hua Bank kebetulan sedang tengok rancangan tu.

Memang terperanjatlah ketuanya bila dia dapat tahu yang Aman Shah sekarang dah kaya raya dan memiliki banyak kereta mewah. Dia pun hairan bagaimana bekas pekerjanya dengan gaji RM1800 mampu memiiki pelbagai jenis supercar walaupun tak sampai setahun dia tinggalkan bank tersebut.

Dengan syak wasangka yang tinggi, pengurus ni tadi telah melakuan satu audit dalaman dan mendapati kira-kira RM4.01 juta telah lesap daripada pengetahuan bank. Bila pihak bank dapat tahu je pasal benda ini dorang pun dengan segera membuat laporan di Balai Polis Campbell pada 8 Jun 1990.

Tak lama lepas tu pihak polis berjaya mengesan Aman Shah dan tangkapat telah dilakukan di sebuah Kondominium yang terletak di Bangsar. Ibarat pelanduk yang lupakan jerat, akhirnya Aman Shah ditangkap dan didakwa di mahkamah.

DITANGKAP, TETAPI TAK MAMPU BAYAR IKAT JAMIN

Melalui kenyataan daripada pengarah siasatan jenayah Bukit Aman ketika itu, Datuk Shamsuri Arshad berkata bahawa penipuan ini telah dilakukan dengan sangat teliti apabila dia berjaya memindahkan wang pelanggan bank ke dalam akaunnya selepas berjaya memecahkan kod keselamatan yang direka khas untuk sistem perbankan di Malaysia.

Akhirnya Aman Shah telah dibawah ke mahkamah dan didakwa mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksayan yang membawa kepada 10 tahun penjara dan denda. Dia juga menghadapi empat pertuduhan menipu dengan jumlah keseluruhan mencecah RM4.01 juta.

ketika perbicaraan berlangsung, hakim telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan dua orang penjamin tetapi dia mengakui tidak mampu untuk membayar wang jaminan tersebut.

Mungkin kerana dirinya yang tidak beringat dan suka berbelanja mewah, akhirnya dia gagal diikat jamin dan dihantar ke Penjara Pudu sehingga perbicaraan selesai. Aman Shah akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum penjara 5 tahun di atas kesalahan pecah amanah.

Sebenarnya kisah ini agak popular sekitar tahun 1990 dahulu tetapi kami tidak tahu pula apa yang terjadi terhadap Aman Shah pada hari ini. Untuk pengetahuan korang, Bank Hock Hua ini pun dah tak ada lagi sekarang apabila ianya telah digabungkan dengan Public Bank pada tahun 2000.

Source 

Isnin, 18 November 2024

Saya kehilangan lebih daripada $38 bilion dalam bentuk tunai dan 35% daripada Amazon kepada bekas isteri saya, MacKenzie-Jeff Bezos

 Saya kehilangan lebih daripada $38 bilion dalam bentuk tunai dan 35% daripada Amazon kepada bekas isteri saya, MacKenzie. 

Saya bernilai kira-kira $76 bilion pada masa itu." kata Jeff Bezos

"Saya tidak akan pernah membuat kesilapan untuk berkahwin lagi." 

Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya, Mackenzie, selama lebih 25 tahun tetapi dia tiba-tiba bangun suatu hari dan memberitahu saya bahawa dia sudah bosan dengan perkahwinan kami yang membosankan dan dia mahu bercerai. 

Dan apabila saya bertanya kepadanya jika ada apa-apa yang boleh saya lakukan untuk mengubah fikirannya, dia memberitahu saya bahawa jika saya boleh memberinya separuh daripada kekayaan saya yang bernilai $76 bilion dan 50% daripada saham dalam syarikat saya, Amazon, dia akan mempertimbangkan untuk terus tinggal dan menjadi isteri saya. 

Saya merayu kepadanya supaya tidak memfailkan perceraian tetapi dia tetap meneruskan untuk memfailkan perceraian. 

Kemudian saya sedar bahawa jika saya memberinya separuh daripada kekayaan saya yang dimintanya, dia tetap akan memfailkan perceraian selepas itu dan mengambil separuh daripada apa yang akan saya tinggalkan, jadi saya biarkan dia melakukannya.

Apabila kami berada di mahkamah, peguam saya dapat memberikan kepadanya hanya separuh daripada wang tunai saya dan 35% daripada Amazon. 

Jika dia boleh melakukan ini kepada saya selepas 25 tahun berkahwin, itu hanya bermakna perkahwinan bukan untuk lelaki. 

Saya tidak akan berkahwin lagi kerana saya bukan agensi memperkayakan wanita. 

Jeff Bezos bercerai dengan bekas isterinya, MacKenzie, yang telah disenaraikan sebagai perceraian kedua termahal sepanjang zaman apabila jutawan berbilion dolar itu membayar bekas isterinya lebih daripada $38 bilion dalam bentuk tunai dan memberikannya 35% daripada syarikatnya, Amazon.

Menurut Forbes, nilai bersih MacKenzie Scott pada masa ini dianggarkan sekitar $43.6 bilion, menjadikannya salah satu wanita terkaya di dunia.

Selepas perceraian pada tahun 2019, dia menerima kira-kira 4% daripada saham Amazon, yang bersamaan dengan sekitar 35% daripada pegangan Amazon Bezos pada masa itu. 

Ini, digabungkan dengan penyelesaian tunai sebanyak $38 bilion, telah menyumbang kepada kekayaan bersihnya yang besar.

Walau bagaimanapun, MacKenzie sejak itu menjadi seorang dermawan terkemuka, menyumbang berbilion-bilion kepada pelbagai tujuan dan organisasi amal, termasuk institusi pendidikan, organisasi kesihatan, dan inisiatif keadilan sosial.

Jadi, apakah pelajaran daripada kisah ini?

Source 

Khamis, 14 November 2024

Ina Naim tunjukkan 3 kali contoh teladan yang baik

 Bagi saya Ina Naim dah 3x tunjukkan contoh teladan yang baik. 

Pertama, sepanjang dia menjadi isteri kepada arwah Suhaimi. 

Rata-rata menggelarkan Ina ‘the real isteri solehah’. Ah tidak, uh tidak, eh pun tidak. Sangat berdamai dengan kemampuan suami dan menyokong suami tak kira apa orang kata. 

.

Kedua, sewaktu Allah ambil semula arwah suami nya, Ina langsung tidak menunjukkan reaksi sedih keterlaluan, meratap atau kecewa.

Dalam 1 vtt nya, dia cakap ‘buat apa Ina nak sedih. Kita tahu cara hidup dan kematian arwah macam mana. Dia sedang menyambut panggilan Allah, bidadari2 sedang menyambutnya pulang. Kenapa nak bersedih? Lain la kalau dia meninggal masa tengah buat maksiat ke apa.’

MasyaAllah. Menghadap ujian kehilangan bukan calang-calang. Mudah benar kita tergelincir akidah tanpa sedar. Tambah untuk si suri. Apa lagi ujian paling perit dari kehilangan suami tempat bergantung segala hal. Boleh hilang akal dan iman kalau tak kena gaya. Dan tempoh nak sembuh tentu nya panjang. 

.

Ketiga dalam dia menyantuni jodoh baru yang datang. Bukan dia yang promote diri, tanpa dia sangka ada yang datang cuba mendekat ikhlas nak ambil dia jadi isteri beserta pakej 4 orang anak. 

Apa saya kagum

1. Takde pun di hati Ina menidakkan aturan Allah. Suami isteri seperti bff sangat lah tak mudah nak move on dan terima orang lain dalam hidup. 

2. Tak menjadikan sebab ‘cinta dan setia’ dia mengeraskan hati menutup pintu untuk lelaki lain. Atau nak ada prinsip ‘aku tak kan kawen lain’. 

3. Dengan humble dia selalu cakap siapa lah nak dia dengan anak 4 orang ni. Dekat situ dah nampak walau apa pun sebab dia terima lamaran tu, tapi yang sebenar dia sangat bersyukur dan melihat itu adalah ‘pertolongan Allah’ dalam dia nak meneruskan hidup kedepan dan menjaga kehormatan. 

4. Ina tak termakan hasutan netizen yang bagi nasihat ‘jangan lah kawen. Nanti tak jumpa dah Suhaimi dekat syurga’ 😮‍💨

.

Dari sini saya belajar

1. Benar sungguh apa Ust Nik Bakri selalu cakap. Yang sebenar nya hidup kita ni tentang apa? Bukan tentang suami, isteri, anak, harta. Hidup kita ni hanya lah tentang kita dengan Allah semata-mata. 

2. Setiap ujian Allah bagi untuk uji daya lekatan hati dengan benda tersebut. Suami, isteri, anak-anak lah the real dunia. Cuma bagaimana kita nak gunakan anugerah Allah bagi jadi jambatan kita ke syurga. 

Bila mulut boleh cakap ‘aku tak kan kawen lagi walau apa jadi’. Itu lah sukatan iman kita tentang Allah atau cinta makhluk dah melebih. Nauzubillah takut-takut kita tengah mencabar Tuhan.

3. Ina memberi tauladan tak perlu pun kita ni perempuan bila kematian suami, nak kena jadi terpaling sado, terpaling kuat, terpaling iron boleh teruskan hidup sorang-sorang, boleh besarkan anak sorang-sorang. Kita nak tunjuk kuat dengan siapa sebenarnya? 

4. Kadang-kadang bila kita dah pernah berkahwin ni, kita jadi lupa dengan hadis Nabi larangan menolak pinangan lelaki soleh. Ya benar, hadis itu untuk wali dan wanita dah berkahwin perlu dengan redha hati nya bukan keputusan atas wali. Tapi itu lah. Apa lagi kita nak sandar kalau bukan sebab agama. Apa tah lagi nak menyediakan figura ‘ayah baru’ buat anak-anak kalau bukan dengan jaminan agama?

5. Kita risaukan tak jumpa nanti dekat syurga. Pada hal ada soalan lagi besar. ‘Aku ni betul ke layak masuk syurga?’ 😣 Betapa yakin diri nya kita konfem masuk syurga dengan amalan tak seberapa. Dgn rasa dah cukup amal baik dengan suami terdahulu dah konfem akan masuk syurga? 

Pada hal wanita zaman salaf dulu bila kematian suami je. Takde nak menjanda lama. Sebab apa? Sebab mereka tak mahu mati dalam keadaan tak berbakti pada suami. Sebab itu lah pintu syurga paling mudah untuk wanita. 

Jangan di banding kita dengan Rabiatul Adawiyah. Kita ni level iman senipis bawang. Sedang Allah dah pesan pada para suami ‘nanti zaman dajjal ikat tambat isteri-isteri kamu.’ Betapa perempuan itu sememangnya fitnah dan perlukan lelaki untuk menambatnya. 

Tulisan ini utama nya buat saya, kamu dan semua. 

Moga saat di uji kita sentiasa meletak iman di depan walau emosi tercarik lumat.

Sumber:FB Zainurul Azwa Zakaria

Khamis, 8 Ogos 2024

Kisah Atok: 4 penyamun bermaharajalela sebelum rumah Atok dimasuki mereka

 

Gambar sekadar hiasan 

Oleh: Zahriman Alias 

Assalamualaikum.  Semalam atok buka cerita mengenai atok kena samun di rumah oleh 4 orang perompak dari negara seberang....cerita tu belum habis, masih ada hujungnya....

Tapi sorilah atok belum boleh cerita sambungnya...sebab cerita itu ada bahagian Part 1 yang atok belum tulis.....so atok tulis part 1 dulu lah ye....

Kejadian 16 tahun yang lalu....

Tiba2 saja kampung Sg Yu tempat atok duduk ni huru hara di serang perompak. Saban hari ada je kejadian berlaku....tiap kali mesti kejadian dilakukan oleh 4 orang, seorang bertutup muka dan tiga tidak menutup muka....mengapa ya.

Tiap kali mereka mengguna parang, tiap kali mereka ikat mangsa guna dawai besi yg mereka bawa sendiri, tiap kali masuk mengikut jendela yang diumpil, tiap kali mereka hanya ambil barang kemas, wang tunai, laptop dan hp...lain mereka tak minat...dan tiap kali berlaku antara jam 2-5 pagi sahaja. Loghat yg mereka gunakan loghat Indonesia...

Dah macam boleh dibaca segala perbuatan mereka...pastinya dilakukan oleh kumpulan yang sama...sudah 9 buah keluarga menjadi mangsa...ke10 siapa pula.. masing2 tertunggu2 siapa seterusnya...

Rumah atok belum kena...takkan mereka lupa atau tak nampak....rumah atok antara yang paling besar dalam kampung...

Kejadian bermula sekitar pertengahan 2008...16 tahun telah berlalu namun masih segar dalam ingatan.... Jerutan dawai di pergelangan tangan bagaikan masih  terasa2...sejuk mata 4 bilah parang berkilat yang diletak atas tengkuk atok jugak seolah2 masih terasa2 ngerinya....andai atok bergerak atau parang bergerak pasti berderik menghiris leher ku....siahpalih.

Penduduk Kg Sg Yu,  Kg Sg Terap, Kg Sg Gulang2 dan kawasan sekitar ramai, rumahnya banyak beribu buah....namun tumpuan perompak tersebut lebih kepada Kg  Sg Terap dan Kg Sg Yu...penduduk di sini bukan golongan orang kaya, rata2 penduduknya petani menanam sawit, kelapa dan sayuran...hanya sebilangan kecil peniaga, kerja kerajaan atau swasta... dan sebilangan kecil lagi pesara macam atok...

Mula2 kena sebuah rumah tak jauh dari rumah atok...dia bukan orang kaya tapi hidup sederhana...Masa perompak menyerbu masuk, orang tua tu melawan. Entah apa dalam otaknya masa tu tak sayangkan nyawa...dia peluk kuat2 seorang perompak dari belakang....lantas saja rakan perompak melibasnya dengan parang. Umur pakcik tu panjang.... perompak tak berniat membunuh...dia tak libas dengan mata parang...hanya katuk dengan belakang parang kt kaki. Kalau betul2 dia nak bunuh pakcik tu dah lama arwah.... Pengajaran nya di sini, kalau kita dalam situasi sedemikian...jangan melawan. Tak payah tunjuk handal, tak usah melatah...Wang ringgit boleh dicari. Atok difahamkan orang tua tu suatu masa pernah menjadi guru silat...haaih,  ini bukan masa untuk menunjukkan kehebatan silat awak.

Dalam satu lagi kejadian dalam kampung atok juga....perompak telah masuk, mengumpulkan isi rumah dan diikat...mereka mula menjalankan kerja menggeledah. Di satu ketika perompak membuka peti ais mengambil makanan dan minuman yang ada, mereka kemungkinan lapar....tiba2 isteri tuan rumah bersuara...

"Kau makan lah segala benda tu...aku tak halalkan, biar kau masuk neraka, dibakar api neraka...

Perompak nyata tak suka dengar ayat tu, dia suruh si isteri tu diam...tapi mulut perempuan tu terus mengomel mengulangi ayat yang sama....

Perompak tertekan...dia datang kepada perempuan tu dengan minuman dalam tin di tangan...ditonyohnya kuat2 tin air ke moncong kakak tu hingga hampir berdarah....

Pengajaran lagi... mengapa perlu agitate perompak tu...mereka manusia biasa, mungkin Islam saperti kita... mereka pasti marah didoakan secara terbuka perkara yang tidak elok. Mereka nak makan, biarkanlah, bukan rugi banyak pun....Alfatihah,  dah arwah pun kakak berkenaan beberapa tahun lepas.

Selepas berlaku beberapa kejadian, penduduk menjadi cemas....mengapakah kampung mereka saja menjadi sasaran sedangkan penduduknya bukan orang kaya....

Pada hemat atok ia dilakukan oleh kumpulan sama, orang yang sama...

Pada hemat atok mereka ada tak jauh mungkin duduk menyewa dalam kampung itu jugak...,atau mereka duduk dalam bangsal tinggal dalam kebun...

Pada hemat atok seorang dari mereka diguna sebagai recce untuk mencari maklumat dan untuk membeli makanan...tu sebab setiap kali hanya seorang memakai topeng untuk melindungi identity nya...

Pada hemat atok kumpulan ini professional, memang dilatih untuk melakukan kerja...

Pada hemat atok kumpulan ini hanya ingin merompak bukan untuk melakukan keganasan...

Penduduk kampung tekad untuk melakukan sesuatu....

Atok sendiri tekad untuk berbuat sesuatu...atok yakin dan pasti satu hari  mereka akan datang juga ke rumah atok....

Bersambung....

Source 

Rabu, 7 Ogos 2024

Kisah 'Hussein Gila' selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

 ~Posting 6 tahun lepas, 30 July 2018~

Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Hussien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Husain, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Husein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendiri dan untuk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor.

Khamis, 25 Julai 2024

Kisah Dan Teladan:Keberkatan kerja yang ikhlas dan kehebatan sedekah

 Dalam aku berniaga ni, aku juga memerhati.

Ada sorang abang ni ...dia memang dah 3-4 hari lalu naik moto. Pakai sling bag Carhartt bundle. (Ada taste)Aku suka bag Carhartt dia.aku panggil dia brader Carhartt.

Tengok durian...turun motor..naik motor balik...beli burger kat sebelah gerai durian aku..sengih senyum peramah je..tapi tak beli.Jeling je.

Brader Carhartt: Kau punya durian ni murah. Kat Pasir Gudang mahal lagi..

Dan..

Setelah 4 hari 

Dia turun motor dan terus tanya..

Brader Carhartt:  "Der,durian mana yang isi dia paling power sekali kat sini? Nak belanja anak-anak makan la."

Aku: D13 bosku..Golden Bun nama jolokan dia..isi oren tapi tiada rasa oren langsung (aku buat lawak biasanya customer akan ketawa)

Dan dia ketawa.

Brader Carhartt: memanglah, kalau rasa oren ,kawan pulang balik. Hahahaha...

Aku: Bro,duduk mana?

Brader Carhartt: belakang ni...dah hari-hari kawan lalu nak beli durian kau ni tapi belum gaji...hari ni sudah gaji..hehehehe...ini durian anak kawan punya.

Aku: ooo..baru balik kerja la ni? Kerja kat mana ?

Brader Carhartt: Pasir Gudang.

Aku: Pasir Gudang?? Naik moto Lagenda ni? Hari2?

Brader Carhartt: haah. (Dia senyum)Alhamdulillah aku ada keje. Kawan-kawan ramai yang takde keje. Jauh pun ku gagahi jua...chewah..

Aku: Alhamdulillah  (aku bukak durian tunjuk isi oren D13) camno bos? Cantik tak? RM26.

Brader Carhartt: indah sungguh ciptaan Tuhan. Boleh.

Aku: bang,udang merah ni kawan belanja.

Dalam aku berborak ni..ada customer lain suami isteri juga memerhati kami.

Customer suami isteri dah siap bayar dan bergerak naik kereta.

Tiba-tiba, dia patah balik.

Turun dengan laju.

Tahan Brader Carhartt.

Dan dia belikan ioi sebiji untuk Brader Carhartt.

Lalu dia pun bergerak pulang.

Aku belajar banyak.

Niat Brader Carhartt belanja anak makan. Allah tambah rezeki dia dengan aku belanja Brader Carhartt dan Customer tak dikenali pun join belanja Brader Carhartt.

Sesungguhnya tidak akan miskin dan berkurangan harta dengan bersedekah.

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ 

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”

(HR Muslim)

Kredit Fazrul Nizam Angah

Source 

Isnin, 15 Julai 2024

Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir?

 Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir?


 Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.

——————————————

روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :

مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .

Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata :

” Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.

Baginda kemudiannya bersabda :

” Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”.

Mereka ( para sahabat ) bertanya :

” Kenapa begitu ya Rasulullah? “.

Baginda bersabda :

“Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.

[ HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. 

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar

ALMARHUM DATO DR HARON DIN

SIMPAN KAT WALL FB MASING-MASING YA. 

#ALFATIHAH

Credit 

Jumaat, 5 Julai 2024

Titanic: Kehebatan dan Tragedi Kapal Mewah Zaman Silam

 Titanic: Kehebatan dan Tragedi Kapal Mewah Zaman Silam

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia. Kapal Titanic, sebuah kapal yang dianggap sebagai puncak kecanggihan teknologi pada zamannya, tetap menjadi salah satu tragedi maritim paling terkenal dalam sejarah. Titanic dilancarkan pada 10 April 1912 dari Southampton, England, menuju ke New York City.

Titanic direka oleh syarikat Harland and Wolff di Belfast dan dianggap sebagai kapal paling besar dan mewah pada masa itu. Kapal ini dilengkapi dengan kemudahan canggih seperti kolam renang, gimnasium, perpustakaan, restoran mewah, dan kabin-kabin yang dihiasi dengan hiasan yang indah. Kecanggihan teknologi Titanic termasuk sistem komunikasi wayarles yang maju dan rekabentuk kapal yang dipercayai tahan tenggelam.

Keunikan dan Kebanggaan Titanic

Sebelum dilancarkan, Titanic dianggap sebagai pencapaian besar dalam kejuruteraan maritim. Kebanggaan utama kapal ini termasuk:

- Rekabentuk Tahan Tenggelam: Titanic dilengkapi dengan 16 kompartmen kalis air yang boleh ditutup secara individu. Ini menyebabkan ramai percaya bahawa kapal ini tidak mungkin tenggelam.

- Kemewahan Luar Biasa: Titanic menawarkan kemudahan mewah seperti kolam renang, gimnasium, perpustakaan, restoran mewah, dan bilik-bilik yang dihiasi dengan indah.

- Sistem Komunikasi Wayarles: Titanic dilengkapi dengan salah satu sistem komunikasi wayarles yang paling canggih pada masa itu, membolehkan kapal itu menghantar dan menerima mesej dari jarak jauh.

Tragedi yang Berlaku

Pada malam 14 April 1912, Titanic melanggar sebuah iceberg di Lautan Atlantik Utara. Walaupun usaha untuk mengelakkan perlanggaran dibuat, kapal itu tetap mengalami kerosakan yang teruk. Kesan perlanggaran menyebabkan enam kompartmen kapal dimasuki air, dan ini melebihi had yang mampu ditahan oleh Titanic untuk kekal terapung. Kapal itu mula tenggelam dengan cepat, menyebabkan kekeliruan dan kepanikan di kalangan penumpang dan anak kapal.

Titanic hanya membawa 20 bot penyelamat yang tidak mencukupi untuk menampung lebih dari 2,200 penumpang dan anak kapal di atas kapal. Proses pemindahan penumpang juga menjadi kacau bilau, menyebabkan banyak bot penyelamat dilancarkan dengan muatan yang kurang dari kapasiti sebenarnya. Ramai penumpang enggan meninggalkan kapal, mempercayai bahawa Titanic lebih selamat daripada bot penyelamat kecil di tengah-tengah lautan.

Dalam detik-detik terakhir sebelum Titanic tenggelam sepenuhnya pada 2:20 pagi, 15 April 1912, terdapat banyak kisah keberanian dan pengorbanan. Seorang pereka kapal, Thomas Andrews, dilihat kali terakhir di dalam bilik merokok kelas pertama, manakala pasangan tua Isidor dan Ida Straus memilih untuk mati bersama daripada berpisah.

Keanehan dan Konspirasi

Tragedi Titanic turut diselubungi beberapa keanehan dan teori konspirasi, antaranya:

- Keangkuhan Teknologi: Walaupun menerima beberapa amaran tentang iceberg, kapal ini tidak memperlahankan kelajuan atau menukar haluan kerana keyakinan bahawa ia tidak mungkin tenggelam.

- Tidak Cukup Bot Penyelamat: Keputusan untuk tidak membawa bot penyelamat yang mencukupi adalah berdasarkan undang-undang maritim yang lapuk dan keyakinan yang salah bahawa Titanic adalah kapal yang tidak mungkin tenggelam.

- Teori Konspirasi: Terdapat pelbagai teori konspirasi mengenai Titanic, termasuk dakwaan bahawa kapal yang tenggelam sebenarnya adalah kapal kembarnya, RMS Olympic, yang ditukar untuk tujuan insurans.

Pengajaran dan Warisan

Titanic tenggelam membawa lebih dari 1,500 nyawa. Hanya 706 orang yang terselamat, diselamatkan oleh kapal RMS Carpathia yang tiba beberapa jam kemudian. Tragedi ini membawa kepada perubahan besar dalam peraturan keselamatan maritim, termasuk keperluan untuk menyediakan bot penyelamat yang mencukupi untuk semua penumpang dan anak kapal.

Lebih daripada satu abad kemudian, Titanic terus memikat hati ramai dengan cerita-cerita keberanian, tragedi, dan kemewahannya. Penemuan bangkai kapal pada tahun 1985 di dasar lautan membuka lebih banyak peluang kajian dan pemahaman tentang apa yang berlaku pada malam tragis tersebut. Teknologi baru membolehkan saintis dan sejarawan untuk menggali lebih dalam tentang Titanic, memberikan kita pandangan yang lebih jelas tentang kemalangan yang meragut begitu banyak nyawa.

Nasib Syarikat Kapal Titanic

Selepas tragedi Titanic, syarikat White Star Line yang mengoperasikan kapal tersebut menghadapi banyak kesulitan. Syarikat ini bergabung dengan Cunard Line pada tahun 1934. Harland and Wolff, syarikat pembina Titanic, terus beroperasi dan kini terlibat dalam pelbagai projek kejuruteraan maritim dan tenaga. Mereka masih dikenali sebagai salah satu syarikat pembinaan kapal terkemuka di dunia sehingga tahun 2024.

MasyaAllah, segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, yang mengingatkan kita tentang kerapuhan hidup manusia dan pentingnya keselamatan dan persediaan dalam menghadapi sebarang bencana.

Sabtu, 8 Jun 2024

"Korang balik rumah masing-masing kalau hanya balik nak menengking mak korang" bentak ayah

 


Semasa temankan isteri di klinik, saya tengok ada seorang pakcik sedang ralit membaca surat khabar.

Lagi satu, di sebelah dialah yang ada kerusi kosong dan jauh sikit dari bilik-bilik pemeriksaan dan bilik doktor. Saya pun berjalanlah perlahan ke kerusi sebelah pakcik.

Setelah saya duduk, pakcik memandang muka saya, bagi ucapan salam dan berjabat tangan dengan saya.

Bagus betul pakcik ni, detik saya di dalam hati.

Saya pun keluarkanlah telefon. Nak buka Facebook, Instagram semua tu lah. Baru nak buka, pakcik tanya "Nak jumpa doktor ke?"

Saya jawab "Tak, pakcik. Teman isteri buat pemeriksaan kat klinik ibu tu". Pakcik berkata lagi "Oh, isteri mengandung ke? Tahniah tahniah". 

Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Saya kemudian bertanya pula kepada pakcik "Pakcik ni nak jumpa doktor ke?".

Pakcik menggelengkan kepalanya "Tak. Isteri saya tu kena jumpa doktor. Sebulan sekali begitulah. Anak-anak banyak duduk jauh. Kebetulan saya ni kira gagah lagilah pandu kereta, bolehlah bawa isteri tu ke sana sini. Ikutkan umur dekat 80 tahun ni, anak-anak tak bagi dah hehe". 

"Umur dekat 80? Nampak macam umur 50 lebih je hehe". 

Pakcik senyum. 

Tiba-tiba datang seorang lelaki muda, bercakap dengan seorang lagi pakcik berhampiran saya, tua juga. 

"Ya Allah, abah kat sini ke?! Berapa kali dah misi tu panggil nama abah. Sebab tu kalau tak dengar, duduk depan sana. Duduk dekat dengan bilik doktor tu. Ini duduk jauh menyusahkan orang".

Suara dia taklah kuat. Tapi boleh didengari kami.

Terkedu kami jadinya. 

Bangunlah pakcik tu perlahan-lahan. Jalan pun terketar-ketar. Anak dia dah jalan laju ke depan. Agakan saya, umur pakcik tu dah lebih 80 tahun. 

Pakcik sebelah saya menggeleng-gelengkan kepalanya. Seraya berkata, 

"Inilah bala yang kita sedang hadapi. Bala yang diberi tontonan percuma dari Allah. Anak cakap kasar dengan orang tua. Benda begini dah biasa. Selalu sangat kita tengok. Kita pula tengok sahaja tanpa menegur orang tu".

Saya diam. Tunduk. 

Pakcik menyambung "Berapa ramai mak dan ayah yang berani tegur anak-anak dia yang dah besar ni? Berapa ramai boleh bagitahu saja, suruh cakap baik-baik dengan orang tua. Suruh anak-anak cakap baik dengan mereka.

Saya pernah tegur seorang perempuan yang berlaku kasar kepada mak dia. Bila saya tegur, dia tinggalkan mak dia. Kasihan mak dia. 

Dah lama sikit, adalah dalam 5 minit, dia datang semula ambil mak dia. Muka masih masam. 

Saya pun ada sejarah fasal ni. Pernah dulu ada yang cakap kasar dengan saya dan isteri, mak dia orang tu. Mula-mula saya pun biarkan. Ya lah, masing-masing dah besar panjang. Patut boleh fikirlah dengan baik. Bukan bodoh belaka. 

Tak payahlah kita nak pesan bagai. 

Lama-lama benda tu jadi macam biasa. Boleh kata semua anak cakap kasar dengan saya dengan maknya. Taklah selalu. Tetapi biasa berlaku. 

Kita ni dah tua, simpan sahajalah dalam hati. Duduk rumah berbincang berdua sahajalah. Mengadu ke isteri, isteri mengadu ke saya hehe. Habis begitu. 

Masing-masing terasa hati. Tapi tak luah kepada anak-anak. 

Sampailah satu hari, yang nombor dua marah ke maknya fasal lauk dah siap masak, periuk nasi terlupa petik suis. Anak-anak balik belaka hari tu, kami buat makan-makan. 

Masa tu pakcik okey lagi. Tapi bila yang lain mula menyampuk, siap perli-perli ke maknya, gurau-gurau guna ayat yang tak sepatutnya, pakcik teruslah tegur. Baru dia orang tahu". 

Saya pandang pakcik. Muka pakcik tak ada senyum. Nampak geram. Saya bertanya "Pakcik cakap apa?" 

Pakcik "Hehe. Pakcik cakap, awak semua pergi balik sekarang. Pergi balik ke rumah kau orang semua. Selepas ini tak payah balik-balik dah. 

Kalau balik nak sakitkan hati mak kau orang, nak rendah-rendahkan dia, tak payah bazirkan minyak kereta kau orang untuk datang ke sini. Abah dan mak lagi selesa. Cukuplah tengok gambar kau orang yang ada di dinding tu, daripada sakit hati dengan apa yang kau orang dah buat. 

Semua diam masa tu. Cucu yang duduk ramai-ramai kat depan pun datang ke dapur.

Pakcik cakap lagi, masa kau orang kecil, duduk sekali dengan kami, mak tak pernah pun marah bila kau orang tanya banyak kali. Layan, jawab. Ada juga kamu terlupa nak ambil itu dan ini, mak kekal tak marah. Mak diamkan sahaja. 

Ini fasal terlupa petik suis, bukan mainlah marahnya. Hal kecil. Ini anak-anak ada tengok ni, esok anak-anak buatlah macamana mak bapak kau orang buat kat aki dan wan ni. Tengok dia orang terasa ke tak. 

Cakap elok-elok tak boleh ke? Mak, mari sini pakai baju. Kita pergi makan di luar. Biarkan budak-budak ni makan sesama dia orang. Abah tak boleh tengok muka awak semua. 

Selama ni diam sahaja kau orang cakap kasar. Hari ni dah melampau. Mari cepat!

Isteri saya kemudian bersuara "Tak apalah bah, dia orang bukan selalu balik. Tak baik kita gaduh-gaduh depan rezeki. Kita tunggu sahajalah nasi tu masak. Kita makan sama-sama".

Masa tu saya geram pula ke isteri saya. Boleh pula dia memujuk. Saya tak berhenti. Saya cakap lagi ke anak-anak. 

Ha tengok. Mak awak tetap nak makan dengan awak semua. Awak semua gelak perlekehkan dia, tetap dia nak makan dengan anak-anak. Simpan sahajalah dalam hati sakit tu, kecewa. Yang penting dapat lagi merasa makan dengan anak-anak. 

Fikirlah. Semua dah besar. Ada siapa nak marah? Tak setuju dengan apa yang abah cakapkan ini? Kalau ada, pergi balik sekarang! 

Sampai situ saya berhenti. Semua tunduk mukanya bila saya tengok. Isteri saya menangis dah. Cucu semua diam. Yang kecil pun boleh diam juga hehe. 

Kemudian itu datanglah seorang-seorang minta maaf. Menangis dan sebak belaka.  

Saya pun maafkanlah. Selesai. 

Lepas tu kami makan sama-sama. 

Yang penting, apa yang terbuku di hati, lepas dah".

Saya tanya lagi ke pakcik "Sekarang macamana?" 

"Alhamdulillah. Semua okey. Tak ada dah yang cakap kasarnya. Semua cakap elok dah. Layan kami pun cukup bagus. Paling tak disangka, boleh kata tiap-tiap minggu adalah yang baliknya ke kampung. Tak sunyilah hari Sabtu dan Ahad tu. Ada sahaja periuhnya. Agaknya dia orang pakat sesama dia orang  buat jadual siapa kena balik. Hehe. 

Awak ada lagi ayah dan mak? 

*Kalau ada, janganlah cakap kasar dengan dia orang. Dua-dua dah tua. Telinga tak berapa nak dengar, langkah tak sederas dahulu, tenaga tak segagah semasa lincah, cakap tak sekuat semasa muda*

Jaga hati dan perasaan mak dan ayah. Umur-umur macam saya, tahap simpan perasaan sahajalah kalau ada anak buat yang tak betul. Nak tegur beria karang, bimbang ke anak terasa hati. Bimbang anak tak nak balik. 

Kita hak tua ni, nak sangat tengok muka anak-anak depan mata. Tengok macam masa dia orang kecil-kecil dahulu, gembira, ketawa ramai-ramai, berkongsi berbagai cerita. 

Anak-anak ini, syurga. Mak dan ayah tu, bukan neraka. Mereka tu kunci syurga".

Pakcik tutup bicara. Mendalam sungguh nasihatnya. Begitu perasaan mak dan ayah terhadap anak-anak apabila masing-masing sudah tua. 

Kawan, 

Kita yang bergelar anak ini, ambillah peluang selagi ada. Jaga hati, jaga bicara. Berbakti sehabis baik. Perbaiki mana yang tersasar. 

Buat yang dah tiada, teruslah kirim doa tanpa jemu. 

Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi atas nikmat kurniaan-Nya. 

Mak dan ayah antara anugerah agung kurniaan Allah kepada kita. Tidak boleh ditukar ganti.

Fadhlu Art

Sumber

Khamis, 16 Mei 2024

"Mesej Untuk Seorang Guru Dalam Filem Masam-Masam Manis."

 "Mesej Untuk Seorang Guru Dalam Filem Masam-Masam Manis."

Bagi peminat filem-filem klasik Melayu, pasti sudah biasa dengan filem Masam-Masam Manis (1965) lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Sharifah Hanim. 

Di sebalik kelucuan gelagat mereka berdua sebagai jiran yang saling bermusuhan tetapi rupanya di luar saling mencintai, terdapat banyak pengajaran yang kita perlu ambil dan aplikasikan dalam hidup.

Antara babak yang saya anggap orang ingat berkenaan Masam-Masam Manis ialah bila Cikgu Shaari (P. Ramlee) terlelap semasa mengajar pelajar di sekolah kerana keletihan dan tidak cukup tidur gara-gara menyanyi di kelab malam. 

Murid-muridnya semua mengulang ayat "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola." Tapi tak lama lepastu, Cikgu Shaari pun dibuai mimpi. "Cikgu sudah tidur, mari kita main!"

Babak ini menunjukkan bahawa manusia terpaksa menjalankan dua pekerjaan untuk menampung kehidupan di kota besar dan tidak hanya terhad pada zaman ini saja.

Tak salah untuk menambah gaji sedia ada dengan melakukan pekerjaan sampingan tetapi jangan sampai mengganggu tumpuan pada pekerjaan utama. 

Ini kerana jika pekerjaan sampingan tersebut mengganggu kesihatan kita dan menjejaskan produktiviti kerja kita, tidakkah itu secara tidak langsung menconteng arang kepada nama baik kita.

Bila mana kita bekerja, kena tahu bahagikan masa antara pekerjaan utama dengan pekerjaan sampingan selain menunjukkan teladan yang baik semasa di tempat kerja. 

Siapa tahu, ia sebenarnya membuka langkah kita lebih jauh lagi pada masa hadapan seperti mana yang berlaku pada Cikgu Shaari. 

Maka tidak hairanlah, selepas melihatnya terlelap, guru besar memanggil beliau ke pejabatnya dan memberi nasihat secara peribadi untuk beliau berhenti sebagai penyanyi kelab malam dan memberi fokus kepada kerjaya utama sebagai guru. 

Beliau dengar nasihat guru besar tersebut dan siapa sangka, beberapa tahun selepas itu, Shaari jadi guru besar di sekolah beliau mengajar.

Satu perkara menarik bila mana guru besar hendak menegur Cikgu Shaari tentang tingkah laku dan etika kerja beliau, beliau tidak melakukannya secara terbuka di khalayak iaitu di hadapan pelajar-pelajar atau guru-guru, sebaliknya dilakukan dalam pejabat beliau. 

Dan guru besar turut memilih perkataan-perkataan sesuai dan tona yang dipilih bersifat kebapaan bagi memperlihatkan teguran tersebut bersifat membina. 

Malah semasa menegur, guru besar turut mengakui bakat yang dimiliki Cikgu Shaari sebagai penyanyi.

Kualiti sebegini yang harus dimiliki seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi tak kira sama ada organisasi tersebut ialah syarikat multinasional (MNC) atau unit keluarga. 

Sebarang teguran yang dibuat hendaklah bersifat objektif dan sama sekali tidak menyentuh peribadi individu yang ditegur. 

Dan teguran pula dibuat secara peribadi atau tertutup demi menjaga maruah individu tersebut dan menunjukkan bahawa pihak pengurusan, majikan atau orang tua nakkan individu tersebut berusaha memperbaiki dirinya dan tidak mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang. 

Orang yang suka menegur secara terbuka tanpa mengambil kira kesan pada individu tersebut atau pada orang lain dan suka menyentuh peribadi individu sebegini tidak layak berada di tampuk kepimpinan kerana tahu membuli dan tidak sensitif sama sekali dengan isu di tempat kerja.

Akhir kalam, kisah-kisah yang dipaparkan P. Ramlee terutama dalam Masam-Masam Manis, walaupun penuh dengan hilai tawa dan kelucuan, ia sebenarnya penuh dengan pelbagai mesej yang bersifat malar segar dan sesuai untuk sepanjang zaman. 

Maka tidak hairanlah mengapa beliau selayaknya digelar Seniman Negara kerana cerita-cerita sebegini amat dekat dengan hati masyarakat dan kita boleh meletakkan diri kita dalam setiap situasi yang ditunjukkan.

Saya akhiri dengan ucapan, Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang banyak berjasa kepada kita semua.

Oleh: Azizul Farhan

___

Sumber

Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara? 

Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan ke udara ketika PBAKL nanti!

Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/

Rabu, 1 Mei 2024

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," kata pemilik gedung ketika temuduga pekerja baru

 


Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?" 

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya. 

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".

"Waww"!!! 

Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap, 

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"

Dammm !!!

Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je. Katanya, "Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahnya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat. 

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...

Selalu kita akn tanya apa rahsia utk kaya...tapi kita lupa utk jaga hubungan dgn Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sendiri dan kawan2 yg bakal kaya.

Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh.

"Aamiin. KITA BERSAHABAT KERANA ALLAH S.W.T.

Terima kasih tekun membaca, siapa kata rakyat Malaysia malas membaca.  

(Perkongsian Manfaat.)

Kisah benar 21/02/2015

Sumber : Az Mi

Isnin, 8 April 2024

"CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".

 "CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".

Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga. 

Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku. 

"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum. 

"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum. 

"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.

"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku. 

"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde". 

"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.

"Ok cikgu", dia jawab ringkas.

"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku

"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya. 

"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku. 

"Sendiri", jawabnya lagi.

Allahu

Mataku berkaca.

"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.

***********************************

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya. 

Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.

Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.

Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali. 

Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.

Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya. 

Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.

***********************************

"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.

"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.

"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.

Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.

"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".

Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"

"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.

"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.

"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah. 

"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"

"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor. 

"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.

"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.

"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.

Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".

Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah! 

"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!

"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!

***********************************

Wahai Anak.

Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?

Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.

Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.

Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.

Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb. 

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Allahuakabar...

Anak..

Kita ini biar miskin harta

Jangan miskin akhlak

Biar kurang pandai

Jangan kurang ajar

Biar terlebih adab

Jangan terlebih biadab.

Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa. 

Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.

#AanasBukanNamaSebenar

Credit